Selasa, 10 Mei 2011

GEMPAR!!! RINGKAS TERKINI LANGSUNG DARI KG KERANDANG HULU SELANGOR!

Pagi ini penduduk Kampung Kerandang Hulu Selangor berhempas pulas dan mempertahankan kampung tradisional mereka daripada diturunkan nilainya oleh kerajaan Pakatan Jahat PASDAPKR. Menurut sumber yang dihubungi, Teresa Kok telah memberikan maklumat salah kepada pihak Pejabat Hutan Negeri Selangor. Mujurlah Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB Kamal dan ADUN YB Dato Idris Bakar serta jentera BN turun dan membantu orang kampung. Terkini, kampung tersebut terselamat buat seketika.
1. Lapuran awal mengenainya pertama kali keluar di blog the flyingkick. Sebaik saja menerima maklumat, kumpulan Nadi Rakyat berjaya menghubungi YB Datuk Idris Bakar dan perwakilan orang kampung. Sumber maklumat daripada mereka mengatakan bahawa tindakan perobohan kampung tersebut dihentikan buat sementara waktu.

2. Ahli Parlimen Hulu Selangor YB Kamal juga turut hadir di kampung tersebut termasuk kesemua jentera Barisan Nasional yang turut sama membantu orang kampung membuat perbincangan terbuka dan secara aman dengan pihak Pejabat Hutan Negeri Selangor. Menurut maklumat perwakilan orang kampung menyatakan bahawa Teresa Kok telah memberikan maklumat salah mengenai kampung tersebut dan kini mengubah kata-katanya bercanggahan dengan apa yang disampaikan kepada Pejabat Hutan sebelum ini.

APAPUN KITA MENANTI MAKLUMAT SETERUSNYA DAN PERKEMBANGAN TERKINI DARI MASA KE SEMASA. BUAT SEMENTARA WAKTU, PENDUDUK KAMPUNG KERANDANG TERSELAMAT DARIPADA ANGKARA DURJA PAKATAN JAHAT PASDAPKR. TERIMAKASIH DAN TAHNIAH KEPADA YB AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR YB KAMAL DAN DATO' IDRIS BAKAR SERTA SEMUA JENTERA BN YANG MEMBANTU! CAYALAH OLEXXS !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...