Sifat Tetap & Teguh Pendirian dalam semua tindakan. Ini memperkuatkan semua keputusan yang di buat. Kekuatan ini mampu menerjah semua halangan dan cabaran yang dihadapi. Mampu menjadikan seseorang itu ampuh. Sifat ini berdiri di atas 4 sifat utama, Benar, Bijak, Menyampaikan dan Amanah.
1. Kemelut yang dihadapi pada masakini dalam senario politik negara memerlukan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional bersifat tetap dan teguh pendirian. Tidak gentar membuat keputusan yang tidak popular demi kebajikan rakyat di masa depan.
2. Tetap dan Teguh pendirian ini akan membawa isyarat kepada semua pihak lawan dan kawan bahawa kita tidak main-main. Apa yang kita cakap , kita lakukan. Sejauh ini, hanya Tun Dr Mahathir mampu menunjukkan sifat dan sikap tersebut dan kerana itu dia berjaya.
3. Melayani karenah kritikan dan tohmahan dengan sifat dan sikap ini mampu menundukkan pihak lawan dan meraih sokongan daripada pelbagai pihak. Walaupun dibenci oleh sesetengah pihak namun jauh di sudut kebencian itu tetap ada perasaan kagum kepada sifat dan sikap tersebut. Perlu bertegas pada setiap masa dan tidak tunduk kepada kemahuan dan tekanan pihak lawan.
Ramai pandai mengkritik tapi realitinya mereka hanya menjadi gema kepada kritikan asal sahaja tanpa benar-benar memahami apa yang dikritikkan. TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan