TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Pada alaf baru, di Malaysia dalam kancah gelanggang politik, tabiat menyembunyikan kebenaran menjadi kegemaran Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya. Tabiat buruk ini dicontohi dan diamalkan secara membuta tuli oleh para penyokong taksub Anwar Ibrahim. Ini amat memalukan semua pihak. Paling menyedihkan apabila tabiat buruk tersebut mendarahdaging dalam perwatakan sehingga tabiat buruk tersebut menjadi sebahagian diri mereka.
1. Semenjak Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan kembali semula ke dalam gelanggang politik negara, tabiat buruk para pemimpin, ahli serta simpatetik PASDAPKR semakin bertambah buruk. Ianya sudah sampai ke tahap tidak boleh diperbaiki lagi. Ibarat barah yang sudah menjangkiti seluruh badan dan satu-satunya jalan penyembuhan ialah membuang barah tersebut.
2. PASDAPKR sentiasa membunyikan kebenaran terutama dalam isu mengenai pendedahan salahlaku seksual Anwar Ibrahim, penyelewengan kuasa, rasuah, politik wang dan salah urustadbir pihak eksekutif negeri di bawah pentadbiran PASDAPKR. Setiap saat dan detik kezaliman dilakukan oleh PASDAPKR.
3. Khazanah dan tabungan negeri terkumpul pada masa pentadbiran eksekutif Barisan Nasional semakin mengecil dan tidak pernah diisikan kembali oleh pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR. Itulah antara penyelewengan kuasa eksekutif terbesar dan tidak bertanggungjawab pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR.
4. Harta Takalih, harta alih, harta kekal dan kecairan harta-harta milik negeri sudah banyak di jual dan digadaikan oleh pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR seolah-olah ianya milik peribadi mereka sendiri. Ini tidak pernah berlaku semasa pentadbiran eksekutif Barisan Nasional. Tidak ada sebarang penambahan aset-aset kekal dilakukan oleh pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR. Pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR sentiasa menambah liabiliti dan tangunggan yang begitu membebankan perbendaharaan negeri.
Kecuaian pentadbiran eksekutif negeri PASDAPKR adalah sesuatu yang disengajakan oleh mereka untuk mengumpul Dana Politik mereka. Mereka pun tidak yakin dapat kekal sebagai pentadbiran eksekutif negeri. Dalam hal ini, generasi terkemudianlah yang menanggung kerugian besar. Yakinlah dan percayalah, rejim PASDAPKR menyembunyikan fakta-fakta di atas dengan licik melalui penipuan dan pembohongan besar kepada rakyat. Janganlah anda meletakkan sebarang kepercayaan dan amanah kepada PASDAPKR yang suka berjanji manis. Kepercayaan dan amanah anda PASTI DIKHIANATI OLEH PASDAPKR. TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan