Ahad, 17 April 2011

PENELITIAN PRN SARAWAK 10 ; POLITIK & AMALAN PEMISAHAN DAP.


1.   PRN SARAWAK ke 10,  merupakan pertarungan antara AMALAN POLITIK MATANG & RETORIK CAUVINISMA 60an DAP. Gagasan PERPADUAN ditentang hebat oleh DAP melalui IDEALISMA CAUVINISMA.yang mahukan PEMISAHAN MUTLAK bagi mengubah 100% Kerangkan Perlembagaan dan semua institusi sediada kepada FAHAMAN SOSIALISMA CAUVINIS. Bagi mencapai matlamat itu, DAP tidak segan silu menzahirkan sifat angkuh dan besar kepala untuk menjustifikasi kepada kaum Cina Bandar bahawa mereka mempunyai kekuatan fizikal, material dan mental untuk menjadi KUASA DOMINAN yang mampu menundukkan kesemua unsur-unsur lain.

2.    'DOMINAN' yang ingin dizahirkan oleh DAP adalah berbentuk ABSTRAK bagi membangkitkan semangat KESEDARAN / AWAKENINGS mengikut acuan mereka. Pada peringkat awal pembentukan semangat Kesedaran ini, DAP menawarkan pakej berikut:-

a.    Pembebasan Hak.
b.    Pembelaan Hak
c.    Pilihan Hak
d.    Perubahan Hak.

Sudah tentulah tidak ada pemangkin yang lebih mudah diterima secara masal dan masif oleh audiens sasaran DAP melainkan melalui penciptaan-penciptaan gelombang-gelombang kesedaran melalui pencetusan suasana-suasana fiktif berlatarbelakangkan fakta rawak seperti berikut:-

a.   Represif Hak,
b.   Diskriminasi Hak
c.   Kelapukan Hak
d.   Kebelengguan Hak.

3.   Audiens Sasaran dihipnosiskan melalui persembahan-persembahan kekuatan Oraltikal Memukau cara penyampaian bertenaga dan vokal. Ini mampu mengubah unsur ketidakpuashati ke atas perkara yang selama ini di anggap remeh dan kecil walau sekecil mana pun diamplifikasikan menjadi besar dan tidak terkawal. 

4.    Dalam menzahirkan kesemua perkara-perkara tersebut, titik pemfokusan diperlukan bagi mengarahkan kesemua gelombang energi/ tenaga yang dicetuskan ke SASARAN UTAMA iaitu pihak musuh/lawan. Ini bertujuan bagi menghapuskan terus pengaruh dan dominasi pihak musuh/lawan ke atas audiens sasaran.

5.    Kecenderungan sifat manusiawi yang lebih terarah kepada Sifat Berontakan inilah yang difokuskan oleh DAP bagi menghasilkan satu gelombang kesedaran bersifat negatif kerana jenis gelombang inilah yang paling mudah dicetuskan iaitu melalui LEDAKAN EMOSI MARAH DAN BENCI TERHADAP PIHAK LAWAN/MUSUH. Semakin kecil Titik Pemfokusan tersebut semakin efektif gelombang yang dicetuskan. Oleh itu, Serangan Personaliti pihak musuh merupakan pilihan utama DAP.
DI ATAS ALASAN INILAH, DAP PKR & PAS TIDAK PERNAH BERTANDING DI ATAS NAMA & KAPASITI SATU ENTITI YANG BERNAMA ' PAKATAN RAKYAT'. ENTITI INI HANYA DIWUJUDKAN SECARA ABSTRAK DAN SEBARANG BENTUK ABSTRAK AMAT SUKAR DIMUSNAHKAN MAHUPUN DISERANG OLEH PIHAK MUSUH. IANYA JENAMA YANG DIABSTRAKKAN BAGI MENYUKARKAN PIHAK LAWAN/MUSUH MEMFOKUSKAN SERANGAN BALAS. INI MENGAKIBATKAN SERANGAN BALAS PIHAK MUSUH/ LAWAN TAMPAK LEMAH DAN TIDAK BERTENAGA AKIBATNYA KELEMAHAN INI DINILAIKAN OLEH AUDIENS SASARAN SEBAGAI KEKUATAN AMPUH DI PIHAK DAP.
6.    DAP menggunakan kaedah ini bagi mencetuskan ledakan gelombang yang dikehendaki dan pada masa yang sama memberikan satu gambaran ilusi DOMINASI ke atas pihak lawan/ musuh. Tidak sukar untuk DAP mendominasi pemikiran golongan muda belia kerana golongan muda belia inilah yang mempunyai paling tinggi Tenaga Berontakan. Terlalu banyak vakum yang boleh diisikan oleh DAP ke dalam emosi kaum muda belia. 

7.   Penyelesaian bagi menangani DAP dan bagi meraih kembali sokongan penuh pengundi-pengundi Cina Bandar bukanlah terletak kepada berapa besar dan berapa banyak sekolah Cina di bina mahupun berapa ramai bilangan orang Cina diberikan peluang untuk bersaing di semua lapangan ataupun penghapusan Hak Istimewa Bumiputera; secara umum adalah seperti berikut:-

(a) Mendidik golongan belia Cina Bandar melalui program sosial kemasyarakatan.
(b) Membentuk dan membentur jatidiri golongan belia Cina Bandar.
(c) Menghapuskan dan mengecilkan semua punca-punca jurang perbezaan Taraf Sosial.
     Inilah sebab utama Pengasingan kelompok belia Cina Bandar dengan kelompok belia-belia lain di pinggir
     bandar dan di luar bandar.
(d) Mengisi kesemua vakum-vakum yang ada dan menjadikan setiap perbezaan itu merupakan titik kekuatan.
(e) Melenturkan persepsi dan tanggapan negatif terhadap sejarah, budaya, gaya hidup dan agama kaum lain.
(f)  Mendidik bahawa persaingan sosial dan persaingan budaya merupakan sesuatu yang tidak bertamaddun.

KESIMPULAN:

A
DAP tidak boleh dibiarkan menyuburkan dan menyemai benih-benih pengasingan dan dominasi bagi mengisi vakum-vakum dalam masyarakat Cina. Parti komponen Barisan Nasional wajar memainkan peranan yang lebih efektif dan peka menyampaikan semua mesej-mesej kerajaan kepada masyarakat Cina dan tidak lagi hanya bergantung kepada faktor rangkaian kuno yang wujud dalam masyarakat Cina sahaja.  Mereka wajib mengisi semua vakum-vakum yang ada dalam masyarakat Cina dan menjadi lebih peka kepada sebab musabab punca wujudnya sesuatu vakum itu dengan justifikasi penyelidikan dan praktik yang lebih pragmatik. DAP lebih berusaha mengasingkan masyarakat Cina dari terus berasimilasi secara aman di dalam arus perdana masyarakat dan ini amat merbahaya dan mendatangkan musibah berpanjangan kepada masyarakat Cina itu sendiri. 

B
DAP lebih tertumpu kepada Pendominasian Memaksa daripada Pengasimilasian Aman. Oleh itu, parti-parti komponen Barisan Nasional yang bertunjangkan kepada representasi kaum Cina wajar mendidik kaum Cina bahawa hidup bersama dan tidak mengasingkan kehidupan, budaya dan agama mereka daripada rakyat Malaysia lain adalah pilihan terbaik buat mereka. Mereka boleh memilih untuk berdominasi tetapi itu akan mengakibatkan tercetusnya Konfrontasi Berpanjangan yang tiada Kesudahan.



SUDAH TIBA MASANYA PARTI-PARTI 
KOMPONEN BARISAN NASIONAL
MELAUNGKAN DENGAN PROAKTIF
SERUAN INI 

1 MALAYSIA GANTI DAP !


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...