1. Perlu ke? Begini, soalan ini ada kaitan rapat dengan PRK TENANG & kemungkinan besar PRK SELINISNG, andaikata YB SAIPOL berundur jika dia benar-benar seorang muslim sejati.
2. Menurut kenyataan akhbar, Dato Ahmad Maslan kilk di sini memperingatkan kesemua 4,000 pengundi-pengundi berdaftar yang menjadi peneroka FELDA di kawasan DUN TENANG agar memperingati 2 pembohongan besar oleh PKR iaitu pertama, mengenai fitnah ke atas FELDA bankrup dan kedua, mengenai 16hb September.
3. Beliau juga bakal turun padang habis-habisan untuk memerangi dakyah-dakyah jahat permainan politik kotor PKR PAS & DAP semasa kempen PRK TENANG. Beliau turut menyeru kepada mereka untuk menolak semua dakyah-dakyah dan manipulasi isu-isu bikinan PKR mengenai FELDA. 'Jangan Terpedaya' kata Dato Ahmad Maslan.
4. Tidak lupa juga, beliau mengingatkan kepada semua pengundi-pengundi berdaftar di kawasan rancangan FELDA di DUN TENANG bahawa FELDA memberikan IKAN kepada generasi pertama dan memberikan JORAN kepada generasi kedua peneroka FELDA kerana mempercayai kewibawaan dan kebolehan generasi kedua FELDA memacu arus perkembangan ekonomi menganjak jauh ke hadapan melalui kongolomerat bikinan mereka sendiri.
5. Sehubungan dengan itu, kenyataan Dato Ahmad Maslan di sambut dengan kenyataan akhbar Dato Seri Najib Tun Razak yang mengisytiharkan pembayaran BAYARAN BONUS INSENTIF PRODUKTIVITI sejumlah RM100.9 juta kepada 94, 281 bersamaan dengan 83.70 peratus dari jumlah 112,635 peneroka FELDA di seluruh Negara.
6. Pembayaran akan di buat secara TUNAI di pejabat rancangan pada awal bulan Januari 2011.
7. Mazlan Aliman juga tersenarai dalam penerimaan wang tunai ini kecuali jika beliau enggan dan menolak Bayaran Bonus Insentif Produktiviti tersebut atas alasan PEMBAZIRAN WANG RAKYAT sepertimana yang di dakwa oleh AGENDAILY.
8. Mazlan Aliman perlu berlaku jujur dalam hal ini dan diserukan kepada beliau agar wang itu beliau sedekahkan kepada fakir miskin yang ada atau kepada asnaf 8 yang lebih memerlukannya daripada beliau. Seruan ini juga di buat kepada geng-geng Mazlan Aliman yang kemarok menyaman FELDA. Mazlan Aliman merupakan antara hailer PKR yang menuduh secara membuta tuli FELDA sebagai FELDA APCO. Tak baik tau Mazlan Terima duit FELDA.
9. PRK TENANG juga meresahkan ANWAR AL JUBS menurut sumber klik di sini Al Jubs yang sememangnya terkenal dengan sikap resah gelisah dan penuh gundah gulana ini, dikatakan meresah dengan tarikh keluar mengundi yang ditetapkan oleh SPR.
10. Kenapa dia resah. Kita tunggu lah di keluaran lain. Klunya ada berkaitan dengan tindakan yang bakal Al Jubs ambil terhadap sesebuah organisasi rentetan kepada ketidakpuashatinya kerana di gantung dari Parlimen baru-baru ini.
Berapa pula Mazlan Aliman Bakal Menyaman FELDA kerana Menghadiahkan Wang Sejumlah RM100.9 Juta ini ? Mazlan Aliman Yang Bankrap ke ?
UMNO ITU ISLAM TULIN
INGAT PAS INGAT ZINA
INGAT PKR INGATLAH PEMBOHONGAN FELDA BANKRAP.
1 ulasan:
Salam Jas,
Mohon linkkkan blog pelantaqhujah dalam blog jas. Saya dah linkkan blog ini dengan blog saya.
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!
Catat Ulasan