1921 - 1939 Tahun Masihi
(1) Dalam jangkamasa 18 tahun ini, empayar-empayar Eropah baru sahaja selesai berperang sesama sendiri dalam Perang Dunia Pertama. Empayar Rusia telah jatuh dan digantikan dengan sebuah kerajaan Komunis dalam REVOLUSI BOLSHEVIK manakala empayar Uthmaniyyah Turki telah tergugat dan berpecah menjadi semakin lemah.
(2) Di benua Asia, Jepun telah bangkit sebagai sebuah empayar yang menggerunkan. Manakala Dinasti Qing yang terakhir China telah digulingkan. China pada masa ini berada dalam keadaan kacau-bilau dan perang saudara yang maha hebat.Akibat tekanan sosio-ekonomi dan politik, ramai orang Cina menjadi imigran ke Asia Tenggara dan mereka di sebut sebagai CINA SEBERANG LAUT. Keegoan dan kebongkakan orang Cina telah dibentur dan dilentur oleh kuasa-kuasa Eropah dengan hebat sekali sehinggakan mereka hilang jatidiri mereka sebagai sebuah bangsa yang hebat. Mereka menjadi 1 bangsa yang lemah dan dihinakan di tanahair mereka sendiri.
(3) Pada masa ini juga, pihak-pihak kongsi gelap Cina telah dikhianati oleh kelompok revolusioner mereka. Apabila, Dinasti Qing ditumbangkan, kongsi-kongsi gelap Cina yg merupakan tulang belakang serta pemberi dana utama kpd gerakan revolusi di China dilupakan. Ini mengakibatkan berlakunya Perang Saudara dan timbulnya 1 fasa di sebut THE WARLORDS ERA. Hong Kong merupakan Hub Utama kegiatan kongsi gelap sementara Pulau Pinang menjadi Hub Kedua pada zaman itu. Sekali lagi berlaku gelombang ke 2 penghijrahan orang-orang Cina ke Asia Tenggara. Kebanyakkannya kecewa dan mahu mencari keselamatan sementara dengan harapan keadaan di negeri China semakin pulih. Namun tinggal impian kosong, apabila tercetus pertempuran antara golongan KOMUNIS dengan KUOMINTANG dan tercetusnya PERANG DUNIA KE DUA yang dimulai dengan penaklukan MONGOLIA sebagai platfom tentera Jepun melancar serangan ke atas Tanah Besar China.