Khamis, 30 September 2010

SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI ? PRK GALAS.


Pilihanraya Kecil datang lagi. Kali ini di DUN Galas dalam Parlimen Gua Musang di negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Serambi Mekah. Peperangan saikologi telah bermula di Facebook. BARISAN NASIONAL  dijangka akan bertanding dengan PAS, itupun jika tiada calon bebas atau secara tiba-tiba DAP turut bertanding.

Awal-awal lagi pihak PAS telah buat lawak dan menyindir UMNO agar tidak bertanding atas nama perpaduan Melayu. Kemudian disusuli lagi jenaka mengenai Ku Li akan sokong PAS. Persembahan di tambah lagi dengan rungutan biasa mengenai SPR yang kononnya berat sebelah dan adalah salah satu komponen Barisan Nasional. Kita juga menunggu kehadiran ramai bomoh-bomoh untuk menjaga pengundi-pengundi 'hantu., jika ada.

Adat pertandingan akan ada yang kalah dan yang menang tapi kemungkinan akan berlaku seri. Sesuatu yang tidak mustahil berlaku dalam senario politik Malaysia pada masakini. Tapi siapakah yang untung dan siapakah yang rugi?

Keuntungan politik adalah hakmilik calon yang menang dan parti yang diwakilinya. Apakan tidak, calon yang menang bakal mendapat gaji, elaun dan bermacam-macam lagi habuan sebagai AHLI UNDANGAN NEGERI tak termasuk segala kenduri-kendara dan majlis meraikan kemenangan manakala Parti yang diwakilinya pula mendapat publisiti dan kerusi tambahan bermakna bertambah kuasa. Rakyat ? 

Oleh itu amat penting bagi rakyat memilih calon dan parti yang boleh memberi manafaat kepada rakyat. Kalau hendak ISLAM, itu nikmat kurniaan Allah Ta'ala dah sudah ada dinikmati pun tanpa gangguan. Jadi apa yang rakyat/ pemilih berdaftar dalam DUN Galas kehendaki? Janji-janji ? Harapan-harapan? Perjanjian ? Pengharapan? Pertaruhan?

Rakyat/ Pemilih berdaftar di DUN Galas perlukan PENGHIDUPAN YANG LEBIH SELESA DAN LEBIH BAIK DARI SEBELUM PILIHANRAYA KECIL. Penghidupan bermakna, (1) Peluang-peluang ekonomi yang lebih baik. (2) Kemudahan-kemudahan asas yang lebih baik. (3) Kebajikan yang lebih baik. (4) Nasib yang dibelakan dan bukan terbela. (5) Kerancakan pembangunan setempat, (6) Masalah kehidupan dan penghidupan yang dapat diselesaikan segera,

Diharapkan juga agar parti-parti yang berkenaan dan terkenal dengan sifat 'luarbiasa' ganasnya ketika berkempen, agar pada kali ini menjaga adab sopan dan budi bahasa sebagai orang ISLAM walaupun sudah menolak keMelayuannya. Apapun diharapkan mana-mana parti yang menang janganlah pula meluluskan pula lebih banyak kandang babi moden , pusat judi dan arak, rumah urut batin, pusat hiburan, ladang rakyat, lombong emas, kilang dinar emas & perak dan projek bernilai RM4 trillion. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...