Bijak pandai dahulu pernah berpesan : Marahkan Nyamuk Kelambu di bakar. Hang Tuah pula berpesan : Tak Melayu Derhaka Sultan. Jebat kata : Raja Adil Raja Disembah , Raja Zalim Raja disanggah.
Dalam SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) bacalah kisah waadat antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba Sri Tri Buana Alamsyah
“Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.’
Maka titah Sang Sapurba, ‘Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba. ‘
Maka sembah Dernang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’
Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’
Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun rnengubahkanlah’
Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.’
Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.
Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat.
Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya.”
Diakui oleh Nizar bahawa semasa dia dipanggil ke istana oleh KDYMM Sultan Perak dan di minta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Nizar telah membuat SEMBAH DERHAKA dan tidaklah KDYMM Sultan Perak memberi aib kepadanya melainkan selepas itu puak-puak Nizar telah memberi aib kepada KDYMM Sultan Perakdi dalam blog-blog dan sebagainya.
Jika Nizar dan puak-puaknya masih berdegil dan enggan menerima keputusan mahkamah Persekutuan jika tidak memihak kepada mereka, saya peringatkan mereka bahawa ALLAH TA'ALA AKAN MEMBALIKKAN BUMBUNG MEREKA KE BAWAH DAN KAKI TIANG MEREKA KE ATAS. Inipun sudah berlaku kepada Nizar. di mana dia mengalami kemalangan sehingga terbalik keretanya (bumbung ke bawah, kaki tiang ke atas) saya sekadar mengingatkan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan