Ahad, 7 Februari 2010

APA YANG AKU DAMBAKAN.



Sepanjang tahun ini bermula, kita sudah melalui beberapa peristiwa penting dan menyesakkan nafas seolah-olah kita sedang menonton sebuah filem JAMES BOND. Penuh debaran dan pertanyaan. Seringkali kita bertanya kepada diri kita, bilakah ini semua akan berakhir?

Pada tahun lepas kita menyaksikan dan mengharungi pelbagai karenah para pemimpin politik negara ini. Ada yang melucukan dan ada yang begitu menyinggung perasaan kaum Melayu. Di awal tahun, kita dikejutkan dengan berita kemangkatan DYMM almarhum Sultan Iskandar , Sultan Johor. Kita dikejutkan dengan sikap biadap adukataruna yang menghina almarhum dan segelintir para warga Malaysia yang turut sama bersikap biadap seperti adukataruna. 

Pada hari terakhir 2009, sebelum memasukki tahun 2010, kita dikejutkan dengan berita keputusan mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan pihak akhbar HERALD TRIBUNE dari ROMAN KATOLIK menggunakan kalimah ALLAH sebagai terjemahan kepada perkataan GOD di dalam semua penerbitannya. Keputusan ini amat mengecewakan orang-orang Melayu. Lebih mengecewakan lagi, sikap sesetengah para pemimpin Melayu yang memberi sokongan dengan alasan-alasan serta hujah-hujah yang amat dangkal dan cetek pengetahuan agama Islam.Ini telah hampir-hampir mengakibatkan huru-hara di dalam negara dengan disusuli oleh kejadian-kejadian yang sebelum ini tidak pernah difikirkan akan terjadi semula. Mujurlah, pihak pemerintah kita begitu bijaksana dalam menangani masalah ini. Namun, pihak pembangkang bersikap seperti pencuri di tengah malam terus menerus mendesak dan menduga pihak pemerintah pusat. Akhirnya, pihak pembangkang kecundang teruk dan kini sedang di landa pelbagai musibah akibat ketulahan perbuatan mereka sendiri. Pihak pembangkang sedang berada di dalam ambang kemusnahan secara penuh. Mereka masih mempertahankan mimpi indah mereka dengan sedaya upaya mereka walaupun mereka sedar bahawa keruntuhan sudah menjadi pasti buat mereka. Mereka telah gagal sepenuhnya sebagai pemerintah. Mereka telah gagal melaksanakan amanah-amanah rakyat. Mereka tertipu dengan permainan api dalam sekam mereka dan kini api itu membakar hangus diri mereka termasuklah maruah dan kewibawaan mereka. Mereka bukan lagi menjadi wira dan penyelamat rakyat. Rakyat sudah mulai sedar siapakah mereka sebenarnya.

52 tahun tanah bertuah ini merdeka dan melalui pelbagai kala-sakal ,yang pahit, yang sedih dan yang gembira. Di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir selama hampir 20 tahun, menyaksikan negara ini dipacu dengan daya yang luarbiasa sehingga dicemburui setiap masa oleh pihak-pihak tertentu. Pelbagai rencana dan perancangan di buat oleh pihak-pihak ini untuk menyaksikan dan memastikan Tanah Bertuah ini tidak aman sentosa. 

Peluang ini dimanafaatkan sepenuhnya semasa negara di bawah pemerintahan Tun Abdullah Badawi, seorang negarawan yang berhati mulia dan berperwatakan sederhana. Keterbukaan beliau telah dipergunakan sepenuhnya oleh anasir-anasir jahat untuk menimbulkan huru-hara di dalam negara. 

Kini, negara di bawah pemerintahan Dato' Seri Najib seorang negarawan yang berjiwa rakyat, mempunyak keperibadian tegas tetapi bijak menangani setiap tohmahan dan serangan daripada anasir-anasir jahat. Hasilnya, rakyat mulai sedar dan gelombang tsunami yang dahulunya di cipta oleh pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN kini berpatah arah melanda pihak pembangkang. Menjadi hukum alami bahawa gelombang terakhir yang membawa kemusnahan penuh secara besar-besaran dan inilah yang menimpa para pembangkang. Pengajaran pahit buat rakyat jelata bahawa jangan mudah mempercayai mana-mana pihak yang menabur janji-janji manis dan tidak mempunyai kewibawaan untuk memerintah.

Jika kita mahukan perdamaian, kesaksamaan dan kesejahteraan maka wajiblah di atas diri kita bertindak sesuai dengan kemahuan kita itu dan bukan sebaliknya.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...