Sabtu, 13 Ogos 2016

KRONIK - AL TUN MAHATHIR MOHAMAD, LEJEN LAKON LAYAR POLOTIK DEWA & JIN.



Bismillahi 
Assalamu'alaikom 

Puak anti Najib baru sahaja umumkan penubuhan parti baharu dengan nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Kenapa mereka gunakan "Pribumi Bersatu" pun ambe kurang pasti sebab majoriti cuma bercakap mengenai niat & tujuan penubuhan sahaja. Maka ambe tak berani lah nak buat spekulasi nujum pa belalang cam para cendawan cendikiawan cerdik-tak-boleh-nak-lawan. 

Pasal Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau ambe sebot Parti Mat Bunga kerana menggunakan logo saduran logo klinik botox dan bunga raya kebangsaan, parti nni baru di peringkat Pro-tem / Penajaan dan masih di pejabat Pendaftaran Pertubuhan (tak pasti samada benar atau tidak permohonan di buat atau sekadar acah-acah tarian zapin). 

Dalam Perlembagaan cuma di sebot Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak. Istilah Pribumi takde dalam Perlembagaan. Maka, suku pribumi mana yang Tun Mahathir maksodkan?

Kebetolan, nama Pribumi sangat mirip dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang turut di taja Tun Mahathir dan dikepalai Dato' Ibrahim Ali (Tok Him).

Logo yang nak digunakan ialah Bunga Raya. Waima Bunga Raya dah di-isytihar sebagai Bunga Kebangsaan tapi Bunga Raya ni bukanlah tumbuhan bunga-bungaan tempatan. Orkid, Melor, Rafflesia, Teratai dan Kemboja adalah bunga-bungaan tempatan. Dan amat sinonim dengan lejen-lejen tempatan berbanding Bunga Raya.

Asalnya Bunga Raya ni adalah bunga yang di impot masuk dari luar. Kurang lebih macam Mahathir Mohammad jugak lah. Kemudian kawin campor dengan Melayu Peranakan. Dapat zuriat pun masih dalam kategori Melayu Peranakan. Mendapat tuah badan bila menjadi ahli UMNO 1946 yang diharamkan pada 1988 atas usaha beliau sendiri.

Yang diwar-warkan oleh penaja Parti Mat Bunga ialah mereka keluar parti Mahathir 1988 yang ganti UMNO 1946  (ada yang kena pecat sebab melanggar tatatertib yang amat serius) kerana berniat untuk tombangkan Najib yang dulu mereka penaik dan kini mereka tak suka.

Hamboi, diaorang ni, kejap suka kejap benci. Macam takde pendirian dan macam anak Raja Dewa merajok bila tak dapat kawin dengan anak Raja Jin. Apa yang diaorang suka pun kita dah tak tahu. Kesukaan para Dewa & Jin kalo ikot Hikayat-hikayat lama Melayu memang pening kepala nak layan kesukaan para Dewa & Jin. Dah tengok cerita Hollywood THE GODS OF EGYPT? Pilem itu dalam kategori pilem Bahasa Amarika di dalam Amarika (Bahasa Amarika ialah Bahasa Melayu). 

Maka, Parti Mat Bunga ni belom lagi rasmi dan belum diluluskan pendaftaran. Tapi publisiti dah macam pernah bertanding 13 PRU sejak merdeka.

Ramai yang "terlupa" nak tanya kepada pihak penaja parti Mat Bunga, apakah halatuju mereka sekiranya mereka dapat tombangkan BN tapi Najib masih Perdana Menteri? Atau tiba-tiba, Najib umumkan Mahathir Mohammad atau Anwar Ibrahim, atau kedua nya sebagai Menteri Kewangan dan Naib Perdana Menteri?

Kita kena ingat, Mahathir Mohammad amalkan Budaya Polotik Machiavelli yakni "Takde Mana-Mana Orang Akan Lama Menjadi Musuh atau Kawan Dalam Polotik". Terbokti pun akhir-akhir ini, bila Mahathir Mohammad berpelok cium sakan dengan Kit Siang dan Guan End. Dan, kembali cemolot dengan Anwar Ibrahim. Kerana pada masakini, Najib yang dulu nya taat setia patoh kepada nya semasa menjadi Presiden Parti nya dan PM, adalah musuh nya yang paling ketat. 

Jadi, senario semakin pelik lah. Kejap kawan, kejap musuh. Mana satu nak ikot ni? Lalang pun tak camtu. memang pelik lah, orang yang sehebat Mahathir Mohammad akhirnya gagal nak tombangkan Najib seorang diri selama bertahun-tahun. Di mana, Mahathir Mohammad kena keluar dari partinya, anak nya di pecat dari jawatan MB Kedah dan sekutunya pun turut di pecat. Dah hilang ke kehebatan Mahathir Mohammad?

Atau, kita hanya sekadar melihat suatu tontotan Lakon Layar Polotik Terhebat bagi kategori pilem Bahasa Amarika di Luar Negara Amarika?

Ada lagi .. tunggu ilham dinihari nanti yer.

Rabu, 1 Jun 2016

SURPRISE GERAKAN, MIC & MCA !


BISMILLAHI 
SALAMUN 'ALAIKUM 

SURPRISE MCA MIC & GERAKAN !

Tak perlu nak tulis panjang-panjang

Kah ... kah ... kah 


MESEJ PEMIMPIN PAS "KAMI TAHU ASAL-USUL KAMI SIAPA..." PEMIMPIN UMNO BILA LAGI?


BISMILAHI 
SALAMUN 'ALAIKUM 

Biar gambar yang menceritakan mesej yang mereka di dalam gambar itu nak sampaikan kepada semua. Bagi mereka yang biasa dengan seni keris Alam Melayu dan tanjak Alam Melayu, adalah jelas tanjak dan keris yang mereka pakai adalah pesaka pusaka turun temurun yang menyatakan asal-usul mereka di Alam Melayu Tanah Melayu ini.

Cara pemakaian dan keris berpasang jelas membuktikan asal usul mereka di Alam Melayu. Mereka menyampaikan Mesej yang amat kuat dan signal yang amat jelas kepada semua.

Malu lah dan aiblah pemimpin UMNO jika pada PAU nanti pemimpin UMNO gagal menunjukkan mereka tahu pesaka pusaka dan asal usul mereka di Alam Melayu Tanah Melayu. Sebab UMNO BARU kan amat sinonim dengan klise & retorik HIDOP MELAYU !

Pemimpin PAS nampaknya lebih peka dan lebih paham peringatan-peringatan daripada Alam Melayu yang selama ini ditujukan kepada gulungan politik.

KLISE & GIMIK POLITIK ? Namun Mesej nya amat jelas dan kuat, KAMI TAHU ASAL USUL KAMI DI ALAM MELAYU TANAH MELAYU INI ... engkau hado?

1 PRN & 2 PRK POLITIK MALAYSIA MASIH BERTARAF FILEM GRED B

BISMILLAHI 

Senario Politik Malaysia tak ubah seperti kita melihat filem gred B genre terbitan Hollywood. Selepas 1 PRN dan 2 PRK bakal muncul, kita melihat pemimpin PAS berbusana Melayu tradisional semula.

Dan kita melihat sikit drama MIC MCA merajok tak kesampaian dalam RUU 35++ , dan Rapiji menyerahkan dokumen bukti rasuah seks terhadap pentadbiran Azmin Ali dan sedikit adengan cubit mencubit; membuatkan pembelian tiket berharga $1.70 lebih berbaloi digunakan untuk isi 1 liter petrol bagi motorsikal untuk pergi kerja esok hari.

Skrip-skrip senario politik tidak lagi menarik minat mana-mana orang untuk memperkatakannya. Setiap isu politikal yang muncul tak mampu menjadi suatu tayangan Box-Opis pecah panggung punya. 

Mungkin kerana skrip-skrip senario politikal pada hari ini di tulis dan di arah oleh para akauntan berlesen yang pegang kalkulator lebih lama dari hanfon. Episod Deklarasi Rakyat pun amatlah hambar dengan adengan-adengan sumpah bersumpah dan surat sesumpah, akhirnya orang makin menyampah. Nampaknya politikus sudah kembali selesa berada dalam zon Kota Kara Selesa musim salju Korea. Semakin hari, rakyat sudah tak mempedulikan apa lakon layar dan tajuk tayangan puak politik terbitkan. Kerana pada akhirnya, rakyat tahu dan sedar itu semua hanya menguntungkan poket dan akaun bank puak politik sahaja. Rakyat dah muak dengan lakonan tak bermutu ahli politik. 

Semakin lama semakin ahli politik tak begitu relevan dalam kehidupan seharian rakyat. Dan minda rakyat seperti sudah memuktamadkan siapakah mereka bakal pilih pada PRU 14 dan 2 PRK yang bakal mendatang nanti.

Politik protagonis DAP semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat. Dan Politik Gadis Sunti BN pula akhirnya di lihat sebagai suatu persembahan tarian yang tak cukup ramuan. Apalagi isu-isu politik yang politikus cuba gembar-gemburkan mampu menarik perhatian rakyat ? Jawapannya, sudah tiada menarik perhatian rakyat. 

Di sudut propaganda politik, reaksi sebegitu di nilai sebagai Tahap Membimbangkan politikus kerana politikus kehilangan Kuasa Kontrol Minda & Emosi rakyat. Yang dok keriau ke hulu ke hilir cuma jentera propaganda sahaja lah. Yang lain cuma sibuk nak kira berapa baki duit siling masih ada dalam poket dan tabung atas almari baju. 

Dalam politik, unsur kepercayaan dan ketaksoban adalah penting dan menjadi faktor sejauh mana sesebuah parti politik itu mampu bertahan dan menjadi popular. Nampaknya sekarang, unsur itu sudah berada jauh dari kawalan para politikus. Bravo Rakyat Malaysia !

Golongan politikus telah gagal membawa mercu tanda demokrasi ke tahap yang membanggakan. Sebaliknya, gulungan politikus menjadi bahan lawak jenaka Komedi Berdiri di pentas lawak politik. Memasing mempersembahkan aksi-aksi selapistik dan punch line tak sampai. Persembahan yang amat hambar dan tak mendapat sebarang bintang daripada panel juri. 

Kini golongan politikus dan strategis politik semakin jauh dari sentuhan peribadi dengan rakyat. Klise-klise dan retorik-retorik politik tidak lagi mempesonakan rakyat. Ceramah-ceramah politik semakin tidak mendapat sambutan dan rakyat sudah tak ghairah nak tahu apa politik buat. 

Yang paling besh sekarang ialah setiap hari kita boleh mendengar kata-kata serta selapistik lucu dan lawak daripada politikus yang semakin hari semakin hilang 'Kuasa' dan 'Penghormatan' daripada rakyat. Era Kekuasaan Politik semakin hari semakin luntur macam kekotoran degil kena sabun Daia.

Isnin, 30 Mei 2016

BIADAP & BEBAL EKSTRIM BILA PERCATURKAN HUKUM HAKAM SYARA' DALAM POLITIK.

BISMILLAHI 

" Jangan Ikut Bebal dan Jadi Lagi Bebal Wahai Strategis Politikal" 

Ini bukanlah soal samada calon PRK Kola Kangsoe tak boleh berkempen atau keterbatasan dalam had hukum-hakam syara'.

Tapi ini adalah soal cara dan kaedah pemikiran bebal dan kebiadapan strategis politikal BN yang meletakkan hukum-hakam syara' dalam percaturan politik.

Calon PRK Kole Kangsoe tak salah. Jentera tak salah. Mufti pun tak salah. Yang bersalah ialah Strategis Politikal BN yang duduk di atas awang-awangan di langit bumi.

Kesalahan Strategis Politikal BN ialah kerana mereka meletakkan hukum-hakam syara' dalam percaturan politik.

Politik bukan berasal dan bersumber kepada al Quran Nur Karim kalam Allah dan bukan daripada mana-mana sunnah baginda Rasul Allah Mohammad bin Abdullah shallallahu 'alaihis salam.

Menyokong dan mempertahakan kebebalan dan kebiadapan itu samalah seperti bersyubahat dan menjadi dua kali bebal dan biadap terhadap Agama.

Sepatutnya, strategis politikal BN tak gunakan alasan hukum-hakam syara' bagi menjustifikasikan ketidakupayaan calon untuk berkempen. Carilah alasan-alasan lain. Jangan letakkan hukum hakam syara' dalam percaturan Politik.

Politik adalah ciptaan musuh utama manusia yakni azazil laknatullah. Sebarang usaha untuk meletakkan hukum-hakam syara' di dalam percaturan politik adalah perbuatan bebal dan biadap ekstrim. Kalau masih tak paham, tidak mengapalah kerana Hidayah itu milik Allah Hu Ta'ala.

Namun jika tiada bersetuju dengan pendapat yang enggan tunduk patoh kepada kebebalan dan kebiadapan ekstrim Strategis Politikal BN , jangan lah pula menjadi tiga kali ganda bebal dan biadap ekstrim mempertahankan strategis politikal BN yang bebal dan biadap itu.

Amat memalukan dan mengaibkan kepada pihak yang mengaku membawa perjuangan Allif Baa Taa ciptaan Politik bilamana berbuat begitu. Perbuatan itu samalah seperti pekerjaan orang nak membasuh kain putih dengan air kencing.

Ada banyak alasan-alasan lain yang boleh dipergunakan bagi menjustifikasi ketidakupayaan calon berkempen. Dan menggunakan alasan hukum-hakam syara' bukanlah termasuk dalam alasan-alasan yang banyak itu.

Diulangi sekali lagi, bukan calon yang bersalah tetapi Pakar Strategis Politikal BN yang bebal dan biadap ekstrim menggunakan hukum-hakam syara' dalam politik bongok mereka. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...