Rabu, 26 Ogos 2015

YAB PM NAJIB RAZAK BAPA MALAYSIA NEGARA MAJU - IMPAK USD AKAN DI KEKANG.

Lantak lah Korang Nak Kata Apa Kat Ambe
Bagi Ambe Najib Tidak Gagal Tapi Kita Yang Gagal Fahami Aspirasi Murni nya 

BISMILLAHI

YAB PM NAJIB RAZAK menulis di status fesbuk nya:-
"Petang tadi, saya telah mengadakan perbincangan mengenai kedudukan ekonomi dan mata wang Ringgit bersama Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai kanan syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan iaitu KWAP, KWSP, Lembaga Tabung Haji, Petronas, Permodalan Nasional Berhad dan Khazanah. 
Sebelum ini, saya juga telah bertemu dengan Ketua Ekonomi dan penganalisa kanan daripada institusi kewangan seperti JP Morgan, Standard Chartered, Credit Suisse, CIMB, RHB, Maybank, Bank Islam, MIER dan Malaysian Rating Corporation Berhad.
Kami sedar akan situasi semasa dan bersetuju bahawa asas ekonomi, the fundamentals, kekal kukuh dan jauh berbeza dengan krisis pada tahun 1997-98. 
Beberapa langkah jangka masa pendek telah dicadangkan dalam sesi perjumpaan saya dengan mereka. 
Perbincangan akan diteruskan dan cadangan-cadangan oleh pakar ekonomi serta tokoh korporat akan diperincikan oleh saya dan ahli-ahli Jawatankuasa Khas Ekonomi, yang baru sahaja diumumkan tadi, dalam masa terdekat. 
Saya yakin dengan kepakaran dan kerjasama ahli-ahli dalam kedua-dua Majlis Ekonomi serta Jawatankuasa Khas Ekonomi akan dapat kita mengharungi cabaran ekonomi global pada ketika ini."

Apalagi nak tulis pasal Najib? 

Semua pasal Najib dah di tulis.

Pada kali ini ambe nak tulis dan fokus kepada apa yang Najib buat dan updet kat status fesbuk nya. Sebab itulah Sumber Paling Sahih apa yang Najib buat dan bikin.

So setat pada hari ini, inilah yang ambe akan buat. 

Sabtu, 22 Ogos 2015

TITAH MAHARAJA KERALA MEMBUNGKAMKAN ANTI NAJIB


BISMILLAHI-ALLAH- HU - AKBAR 

Dah lama beliau pendamkan cita-cita nak follow jejak langkah nenek moyang nya belah ayah nya, keturunan Raja Duryadhana , Kauravas yang lawan keturunan Pandavas (Pandawa 5)  dalam Mahabratayudha. 

Dulu pun Raja Suran pecah perang gak kat Tanah Melayu, lepas tu kawin dengan anak Raja , Bangsa Laut, Aftabul Ardh yang kemudian melahirkan Sang Sapurba, Krishna naik lembu yang muntahkan Bad (Baatala). Si Bad yang membaca Ciri' Permahsuran Sang Sapurba menjadi Raja. 

Wan Empok dan Wan Malini yang sambut mereka di puncak Bukit Saguntang. Dikawinkan oleh Demang Lebar Daun kepada Sang Sapurba dan Krishna. 

Sebab itu arwah Madet Kerala besar kepala. Beliau fikir keturunannya empunya hak perintah Tanah Melayu. Tapi beliau lupa akan sumpah ikrar Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.

Tapi beliau lupa, Najib anak Raja Bugis Pandawa 5.
Dan beliau lupa bagaimana keturunan Pandawa 5 mengambil Hak mereka semula kerana keturunan Kaurava mungkir janji dengan Demang Lebar Daun.

Waris Kedah Tuha jangan lupa, Kedah Tuha dulu di langgar Raja Suran keturunan Raja Duryadhana Kaurava kerana balas dendam kepada keturunan Pandawa 5. 

SEJARAH BERULANG?
takpe lah, dah Takdir Allah Hu Ta'ala.

Jumaat, 21 Ogos 2015

ASET RAKYAT SELANGOR BERNILAI $30 BILIYUN DALAM BAHAYA DALAM TANGAN DEIG.


BISMILLAHI-ALLAH-HU-AKBAR 





Dimanakah amalan keterlusan pentadbiran pkr-dapigs dalam mengurustadbir dan menambah aset rakyat yang sedia ada?

Aset Rakyat bernilai $30 biliyun di bawah amanah MBI pun pentadbiran pkr-dapigs nak faraidkan melalui DEIG? 

KISAH SEDIH RAKYAT SELANGOR KENA TIPU PASAL $30 BILIYUN & DIEG.


BISMILLAHI - ALLAH - HU- AKBAR 

Pentadbiran bersama pkr-dapigs kini menghadapi kemelut dua skandal pengurusan wnag rakyat yang terbesar, $30 biliyun DIEG & baki wang rakyat $ 7.65 biliyun bagi saham Air Rakyat. Kedua-dua skandal berkenaan masih lagi tidak mampu diperjelaskan dengan baik oleh pentadbiran Pkr-dapigs.
Ringkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri SeRingkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor
1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )
2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. (menurut ADUN DAP ).
3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewangan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ).
4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri. Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).
5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.
6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.
7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?
8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.
Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.
Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.

Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.
Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat. Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.
Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ? Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ? Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?
9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu?
10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata?

Khamis, 20 Ogos 2015

DIEG SUATU EKONOMI MAGIK, RM2 KE RM30 BILIYUN & FARAID MAGIK SAHAM AIR RAKYAT SELANGOR.



BISMILLAHI - ALLAH-HU-AKBAR 

Model Ekonomi Magik
Negeri Berkebejatan 

Cara pertama adalah mudah. Ikuti langkah-langkah berikut:-

a. Jangan tidur selama 2 bulan

b. Buka kompeni dua hengget

c. Letak dua orang Pak Pacak

d. Beritahu kepada Kerajaan Negeri Selangor.

e. Tunggi derma $30 biliyun masuk akaun. 
Cara Kedua. Ini agak sukar. Ikut langkah-langkah berikut:-

a. Bikin kecoh pasal AIR. 

b. Mintak derma daripada rakyat untuk SELAMATKAN HAK AIR RAKYAT. Ingat kena janji beri Saham Air dan jumlah kutipan mestilah melebihi RM9 biliyun. 

c. Cari salah 1MDB dan mana-mana sumbangan derma Dana Politikal. Sila kowtim sekurang-kurangnya 26 ahli parlimen BN untuk Undi Tak Percaya. 

d. Sila pakat dengan 'Bapak Angkat' anda.

e. Bila situasi dah bagus dan ok jer, jangan lupa minta maaf kepada rakyat dan buat usul nak naik tariff air. 

f. Bawa cerita semua itu untuk selamatkan syarikat bekalan air dan hak rakyat. Syhhhh, jangan bising pasal mana pergi baki RM7,65 biliyun dari RM9 biliyun. 

g. Siapa nak tanya dalam sidang DUN, pastikan ianya telah tamat masa untuk bertanya



AMARAN KERAS 
Model Ekonomi Magik Di Atas  Adalah Hasil Imaginasi 100% Penulis dan Tiada Kena Mengena Dengan Sebarang Isu-isu Politikal Yang Berbangkit. Jika ianya  TERkena, itu adalah suatu kebetulan semata-mata



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...