Khamis, 10 November 2011

EKSLUSIF TEMUBUAL KHAS DATUK SERI NOH OMAR ISU NFC.

EKSLUSIF PENJELASAN DATUK SERI NOH OMAR MENGENAI NFC. Ini di ambil daripada sahabat bloger BADUT RAKYAT (baca transkrip penuh di blognya). Ringkasnya beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Haramjadah (PKR) di jawab oleh Datuk Seri Noh Omar yang membuktikan bahawa PKR sengaja memutarbelitkan fakta-fakta penting (entri sebelum ini telah mendedahkan sumber maklumat yang digunakan oleh PKR begitu meragukan).

Antara fakta-fakta yang didedahkan oleh Datuk Seri Noh Omar ialah:-
  1. NATIONAL FEEDLOT CORPORATION terdiri daripada dua buah syarikat iaitu Agroscience dan Lambert (syarikat Australia). 
  2. Sasaran jumlah 226,000 ekor lembu tidak hanya bergantung kepada NFC tetapi selebihnya pada ladang satelit berjumlah 310 (pada anggaran sebuah ladang menghasilkan 600 ekor lembu: 310 x 600=186,00 ekor lembu) Bermakna tiga entiti bertanggungjawab untuk menghasilkan 226,000 ekor lembu mengikut pembahagian seperti berikut:- Agroscience : 60,000 ekor, Lambert -20,000 ekor dan Ladang Satelit-186,000 ekor, 
  3. Agroscience hanya dapat beroperasi pada tahun 2008 kerana kelewatan proses pemilihan melalui Tender Terbuka. Oleh itu Agroscience telah berunding semula untuk menghasilkan 8 000 ekor dalam tempoh yang masih berbaki kerana adalah mustahil bagi mereka unutk menghasilkan 60 000 ekor dalam asa kurang dari tiga tahun. Ternyata mereka mencapau sasaran tersebut manakala Lambert telah menarik diri. 
  4. Ladang satelit 310 buah: Dalam pembinaan 67, sudah siap 53 manakala 23 sudah beroperasi. 
  5. Tempoh masa sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mencapai penghasilan 226,000 ekor ialah dari 2006 hingga 2011 kelewatan disebabkan oleh pemilihan kontraktor secara Tender Terbuka. 
  6. Keluasan Tanah adalah seperti berikut Agroscience 1,500 ekar, Lambert 500 ekar manakala syarikat kerajaan negeri 3 000 ekar.
  7. Soal pembayaran pula, PKR hanya berdasarkan kepada maklumat Penyata Kewangan Tahunan yang difailkan di dalam SSM. Kini Datuk Seri Noh Omar menunggu jawapan SSM. 
Datuk Srri Noh Omar mengulangi cabaran dan kesediaan beliau menunggu mana-mana syarikat milik Pakatan Haramjadah untuk mengendalikan dan mengusahakan 30 Ladang Satelit yang masih kekosongan jika mereka berani dan mempunyai kemampuan. 

Jelaslah kepada kita semua bahawa dalam setiap isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Haramjadah merupakan isu-isu yang tidak berdasarkan kepada maklumat yang mempunyai kredibiliti serta sengaja diputarbelitkan oleh mereka. Tujuan mereka hanya untuk menimbulkan kecurigaan dan kekeliruan di kalangan rakyat semata-mata. Pakatan Haramjadah sejak dulu sehingga sekarang tidak mempunyai sebarang kewibawaan dan tidak boleh dipercayai langsung.  Ini macam ke hendak menjadi sebuah kerajaan Pusat? Menipu sahaja pandai. Auta je lebih. Pentadbiran negeri Pakatan Haramjadah pula jika tidak boleh jawab soalan jawabnya yang bertanya itu kena halau dari sidang DUN.

TEPUK DADA TANYA IMAN!




EKSLUSIF SUMBER MAKLUMAT YANG DIGUNAPAKAI OLEH PKR DALAM ISU PUSAT FIDLOT NASIONAL.


PKR & DATO' SHAHRIZAT. Di sini hamba ingin mendedahkan kepada semua mengenai sumber maklumat yang digunakan oleh PKR dalam membangkitkan isu Pusat Fidlot Nasional. Sila baca kenyataan Mak Lempira Zuraidah Ampang di bawah ini yang di petik dari laman sesawang AMK (Shamsul Iskandar Akin).


WELAWEH ... " Berdasarkan kepada temuramah pekerja-pekerja .....' ? Wat Da Fak man! Hanya berdasarkan kepada sebuah Lawatan Tidak Rasmi yang diketuai oleh Rafizi JMB dan ADUN Sikamat Aminuddin Hasan selama beberapa jam pada hari Khamis 20hb Oktober 2011 maka PKR membuat satu kesimpulan bahawa Dato Shahrizat Jalil dan NFC adalah GAGAL????? 

HAMBA MENCABAR RAFIZI JMB, AMINUDDIN HASAN dan MAK LEMPIRA MENDEDAHKAN KEPADA UMUM PERKARA-PERKARA BERIKUT:-
  1. Mendedahkan kesemua butiran temuramah dengan pekerja-pekerja di Pusat Fidlot Kebangsaan Tersebut.
  2. Nama pekerja-pekerja dan jawatan mereka.
  3. Bagaimana mereka boleh masuk ke kawasan tersebut.
  4. Mengemukakan bukti bahawa mereka telah membuat lawatan tersebut.
  5. Pengesahan maklumat yang mereka perolehi. 
  6. Kelayakan & Pengalaman Rafizi JMB, Aminuddin Hasan dan Mak Lempira dalam mana-mana projek pemeliharaan lembu fidlot, jika ada. 
Ada berani ka?

TEPUK DADA TANYA IMAN!



WARTAWAN HARAKAH P.PINANG SIFATKAN KAKITANGAN AWAM SEBAGAI SAMPAH & KUAT RASUAH.

PAS & HARAKAH (Sumber maklumat blog PISAU.NET). Sebagai hamba abdi yang baik lagi  ta'at kepada tuan Kafir Harbinya, wartawan Harakah bernama Sabri di ibupejabat Harakah di Pulau Pinang telah menulis 'Buat Apa Banyak Sangat Kakitangan jadi SAMPAH DAN KUAT RASUAH'. 

Semua kakitangan awam di minta sms nombor ini 019 446 1717 bagi meluahkan perasaan anda kepadanya.Jika anda tidak memberikan sms kepadanya bermakna anda bersetuju dengan pendapat beliau menagatkan bahawa anda adalah SAMPAH DAN KUAT RASUAH. 


Adakah anda rela diberhentikan kerja semata-mata Pakatan Haramjadah mahu memberhentikan anda semua jika mereka berjaya menawan Putrajaya? Perlukah anda menerima penghinaan sedemikian sedangkan anda pernah menyokong rakan sejawat anda yang dihadiahkan penyapu oleh Khir Toyo. Bertindak sekarang!


TEPUK DADA TANYA IMAN!

KUS SEMANGAT KAK WAN JIJAH SEMAKIN KECEWA.


RAFIZI RAMLI SI JAMBU MADU BERLEKIT (JMB). Tok Janggut amat berang dengan peel Rafizi Ramli JMB. Menurut Tok Janggut si Rafizi JMB ini mempersiakan hidupnya di dunia ini menjadi seorang penipu, pembelit, pemutar skru dan batu api semata-mata mahu memuaskan nafsu serakah politik Mak Lempira Zuraidah K71 dan Saifuddin Nasution. Isu yang dibangkitkan oleh si Rafizi JMB berkenaan dengan NFC (Projek Lembu Fidlot) di sanggah habis-habisan oleh Tok Janggut. Sanggahan Tok Janggut ada benarnya. Dimanakah salahnya Dato' Shahrizat Jalil apabila suaminya dan anak-anaknya yang berkemampuan menjalankan projek kerajaan? Bahkan sudah tentulah komitmen yang diberikan melebihi daripada mana-mana kontraktor biasa memandangkan maruah dan harga diri Dato' Shahrizat menjadi 'Jaminan Projek'. Tok Janggut menulis:-
MALANG sungguh Rafizi Ramli,anak muda yang belajar hingga ke Leeds University akhirnya mempraktiskan segala pendidikannya untuk menjadi penipu,memutarbelitkan fakta,pemfitnah dan membenarkan dirinya diperbodoh dan diperalatkankan oleh Saifuddin Nasution dan juga Zuraida,Ketua Wanita KeADILan untk menyerang National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC),syarikat yang diterajui oleh Dato Sri Mohd Salleh Ismail.

Ketidakmatangan Rafizi menilai kepentingan projek Pusat Fiflot Nasional sebagai sebuah syarikat yang diterajui oleh orang Melayu sepenuhnya menterjemahkan bahawa pendidikan bertaraf tinggi anak muda ini tidak digunakan sebaiknya untuk kepentingan bangsa dan Negara ini malah kebodohannya menilai projek berharga RM250 juta itu cukup membimbangkan sejauh mana daya fikir anak muda yang pernah mendapat pendidikan di MCKK ini.


Projek ternakan lembu selama ini dimonopoli oleh bangsa asing dan apabila Melayu berpeluang untuk membangunkan projek ternakan ini, ada orang Melayu termasuklah Rafizi tidak senang ataupun adakah berkemungkinan Rafizi alat kepada bangsa asing itu untuk menjahanamkan projek ini dan memangsai syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kewangan ini?


Rafizi yang bagaikan menjadi budak suruhan Saifudin dan Zuraidah cuba memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat bagi mempercayai fitnah dan pembohongannya kononnya syarikat ini telah diberikan geran percuma oleh kerajaan untuk membangunkan NFC sama sekali tidak masuk akal kerana jelas syarikat ini sebenarnya meminjam daripada kerajaan. Bila meminjam syarikat ini kena bayar balik bila sampai tempoh yang telah ditetapkan.


Namun atas dasar kepentingan politik kerana Mohd Salleh adalah suami kepada Shahrizat, Rafizi hilang sifat kemanusian serta kewarasannya dan  mencela Sharizat kononnya wujud unsur-unsur kronisme ekoran syarikat ini dianggotai oleh suami dan anak-anak Shahrizat.Tidak boleh berniaga rupanya bila isteri atau ibu menjadi Menteri!


Salahkah mereka ini diberikan peluang kerana Mohd Salleh berpengalaman serta berkelayakan termasuklah membangunkan Taman Teknologi dan apa salah Shahrizat hingga begitu sekali Rafizi dan kumpulannyanya menghina Ketua Wanita UMNO Malaysia ini hingga Shahrizat dituduh merompak wang rakyat?Tuduhan yang jijik ini biasanya diluahkan oleh orang-orang jijik yang sudah biasa dengan dunia jijik. BACA SETERUSNYA DI SINI SANGGAH TOK JANGGUT
Teringatkan cabaran terbuka yang telah di buat oleh Dato' Seri Noh Omar di dalam sidang Parlimen baru-baru ini semasa menjawab perbahasan isu yang sama. Cabaran tersebut telah menyebabkan kesemua ahli Parlimen Pakatan Haramjadah terdiam.

Akaq Wan Jijah kita pun semenjak pendedahan mengenai Jambu Madu Berlekit Terbaru ini pun sudah keresahan dan semakin keciwa. Bukanlah niat untuk meruntuhkan rumahtangga orang lain. Oleh kerana akaq Wan Jijah adalah Presiden Seumur Hidup PKR dan pendedahan tersebut melibatkan orang bawahannya amat perlulah bagi akaq Wan Jijah memperbetulkan keadaan, Jangan asik hendak menyelak kain orang lain sahaja. Koyak di kain sendiri apa cerita?

Sebenarnya di dalam isu Projek Lembu Fidlot ini (NFC) Hamba ada mempunyai bukti-bukti yang kukuh bahawa gerak kerja yang dilakukan oleh Rafizi Ramli JMB sebenarnya hanya berdasarkan kepada Sumber-sumber Yang Tidak Tepat langsung. Nantikan saja pendedahan Hamba tersebut.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MELAMPAU SUNGGUH ANAK-ANAK HARAMJADAH HINA IBADAT QURBAN.


IBADAH QURBAN.  Semenjak PAS ditalkin dan ditazkirahkan menjadi hamba abdi kepada DAP-PKR semakin lantang pula anak-anak haramjadah kafir harbi menghina Islam. Terkini mengenai ibadat Qurban. Tuhan Guru Nik Aziz, Tuhan Guru Hj Hadi, Nashruddin Tantawi dan semua 'Pejuang Islam Celop' menguncikan mulut mereka (Di dunia lagi Allah SWT telah tunjukkan mulut mereka terkunci mati). Suara yag kedengaran adalah daripada pemimpin UMNO sendiri samalah seperti isu SEKSUALITI  TERLAKNAT KE NERAKA , suara orang PAS senyap sunyi seperti baru lepas di serang garuda. Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegur sikap kebiadapan dan melampau tersebut namun anak-anak haramjadah kafir harbi laknatullah masih berdegil dan tetap mahu mempersendakan ibadat Qurban (inilah jadinya bila kita terlalu 'berlembut' dengan pepuak perosak DAP-PKR-PAS). Tahap pemiikiran PAS amatlah lucu sekali. PAS menyeru orang ISLAM menolak UMNO sedangkan UMNO lebih besar, lebih kuat dan lebih berkemampuan daripada PAS, DAP dan PKR. PAS tidak mampu menggantikan UMNO. Ini terbukti apabila dalam Pakatan Haramjadah sendiri peranan PAS adalah terlalu kecil.PAS langsung tidak dihormati apatahlagi diikuti oleh DAP mahupun PKR. Fikirkanlah apa guna kita membuang sesuatu yang baik, bagus, kuat, teguh dan berkemampuan untuk digantikan dengan sesuatu yang tidak ada nilai? Ibaratnya seperti kita membakar sebuah Kota Kubu untuk duduk dalam kandang harimau kelaparan. Adalah teramat elok Melayu Islam terus bernaung sahaja di bawah UMNO. Memperkuatkan lagi yang sudah perkasa adalah lebih baik daripada membuangnya. Ini bukan soal Zuhud tetapi soal kelangsungan agama Islam dan bangsa Melayu sendiri. Kita sendiri maklum bala bencana yang bakal menimpa kita kerana contoh teladan sudah jelas terpampang di mata kita. Menafikannya samalah seperti kita membutakan mata kita dan tidak mempedulikan apa yang telah Allah SWT tunjukkan. Mahukah anda (Melayu Islam) hidup dalam kesengsaraan dan kehinaan yang berpanjangan sepertimana yang berlaku kepada kaum Yahudi sejak zaman berzaman?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...