Rabu, 6 Oktober 2010

ISNIN KE RABU.

ISNIN KE RABU. 3 hari saja. Heboh pepuak UMNOPHOBIAN Goon melakukan gerakkerja KONTROL MACHO pasal isu pemulangan wang ehsan. Macam-macam lolongan dan salakan keluar daripada pepuak yang kuat berhalusinasi ini. Dikesalkan kerana isu ini berkaitan dengan DAP, sebuah parti bukan Islam bukan Melayu tapi PARTI BUKAN-BUKAN. Sungguh bangang pepuak Melayu Petualang dalam PKR & PAS mempertahankan sebuah parti yg bukan Islam dan bukan Melayu ini. DAP goyang kaki sebab ada para bangang & bahlol yang sanggup jadi balaci percuma dan anjing kepada DAP. Bahlol sungguh.

(2) M. Kula dan Keshvinder Singh pun dah angkat kaki akibat bosan amat dengan sikap prejudis dan cauvinis parti Bukan-bukan itu. Cuma Melayu Petualang UMNOPHOBIAN Goon saja yg beriya-iya pertahankannya; walaupun mereka bukan ahli parti Bukan-bukan itu. Bahlol dan bongok sungguh !

(3) Bila Wali Selipar PAS dikritik hebat oleh Tok Guru Abdullah Sa'amah di Terengganu dengan memberi gelar kepada Tok Guru Selipar sebagai Tok Guru Gilo, kemain pentaksob Pok NIk naik gilo. Bila Pok Nik keluarkan fatwa Auta-Mati-K nya menTAKFIRkan UMNO, orang-orang UMNO bertenang saja walaupun mereka tidak bersetuju dengan pendapat dangkal lagi tak waras Pok Nik itu.

(4) Melayu Petualang UMNOPHOBIAN Goon inilah punca masaalah kepada perpaduan Melayu Islam. Mereka cuma handal mempertahankan sebuah parti yang bukan Islam dan bukan Melayu yang lebih rasis dan cauvinis serta fasis dari NAZI dan APARTHEID. Sendiri mahu ingatlah siapa DAP itu sebenarnya. DAP pun tak perjuangkan dan pertahankan Melayu Petualang UMNOPHOBIAN Goon pun.

Ahad, 3 Oktober 2010

PRK N 45 GALAS : TEPUK DADA TANYA IMAN.

Dalam alam Melayu, 1 bidalan amat menarik hati. Bidalan asal berbunyi " TEPUK DADA TANYA SELERA'. Bidalan ini membawa maksud tersirat yakni ' TEPUK DADA TANYALAH IMAN'. Alam Melayu begitu terkait rapat dengan agama ISLAM. Berapa ramaikah orang Melayu tahu bahawa syariat-syariat para rasul dan anbiya' terdahulu merupakan darah daging orang-orang Melayu. Apabila, syariat Nabi Muhammad bin Abdullah Rasulullah s.a.w. yang melengkapi akan sekelian syariat-syariat para rasul dan anbiya' terdahulu bagi menyempurnakan ISLAM,di alam Melayu ianya diterima bulat-bulat dengan penuh rela dan redha secara beramai-ramai. Penceritaannya amat panjang, tak cukup sekadar di tulis dalam 1 tajuk sahaja di sini. 

Kali ini, perkara yang hendak disampaikan adalah mengenai keadaan hal ehwal orang-orang Melayu sekarang. Semasa orang-orang Melayu memeluk agama Islam dahulu, tiadalah pada masa itu PAS mahupun UMNO; yang ada pada masa itu adalah bangsa Melayu yang beraja. Datanglah perubahan zaman dan berubahlah keadaan hal ehwal orang Melayu. Muncullah tabiat budaya politik dalam alam Melayu. Di zaman moden ini dalama sistem kenegaraan yang diamalkan kuasa memerintah dan memilih pemerintah terletak kepada pilihan rakyat jelata Melayu melalui proses pembuangan undi dalam pilihanraya. Tertubuhlah parti-parti politik yang bakal dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemerintah. Dahulunya Tanah Melayu ini diperintah bulat-bulat oleh Sultan-sultan Melayu; kini Tanah Melayu dikongsi bersama dengan para 'tetamu' yang di bawa masuk oleh pihak British. Barulah pada waktu ini, ada UMNO dan PAS. Bermulalah berebut kuasa dan jawatan antara keduanya sejak sebelum merdeka sehinggalah kini, dah dekat 53 tahun berebut.

Dalam tempoh 53 tahun berebut antara kedua buah parti ini, macam-macamlah cerita yang ada, yang sedih, yang duka, yang mengecewakan tapi belum ada yang menggembirakan hati sekelian orang Melayu ini. 53 tahun bukan tempoh yang pendek tapi punyalah lama, tapi 2 buah parti ini masih bertekak bertegang urat leher bertikam lidah antara keduanya. 6 orang Perdana Menteri Malaysia, tapi keduanya berterusan berbalah antara satu sama lain. Masing-masing hendak menang. Keduanya mewakili kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. Selepas PRU 12, perbalahan antara keduanya menjadi semakin besar sehinggakan gagasan untuk bersatu dan penyatuan di tolak mentah-mentah atas macam-macam alasan tak masuk akal. 

Kini, kerusi DUN Galas N45 dalam Parlimen Gua Musang di Kelantan sekali lagi menjadi medan tempur antara keduanya. Berpecahlah sekelian umat Melayu Islam dalam babak-babak cabar-mencabar, ugut-mengugut, membuka 'aib, mencari kesilapan, bertekak, bertegang urat leher dan macam-macam lagilah sebab nak menang. Cuma, mengikut rekod, bila pihak UMNO yang menang, orang-orang PAS masih bebas berkeliaran hatta meragot rumput di padang sekalipun, tapi bila PAS menang, masya - Allah Ta'ala, lembu nak meragot rumput di padang pun takde dan bilangan orang Islam jadi kafir tiba-tiba jadi banyak sebab PAS sesuka hati takfirkan orang Islam dalam UMNO. 

Jadi eloklah para pengundi sekelian mengundi UMNO yang bertanding atas tiket BARISAN NASIONAL. Kalo tidak, nanti bilangan orang Islam di Galas semakin berkurangan dek karenah PAS.




Khamis, 30 September 2010

AKU MELAYU, MELAYU BUKAN RASIS.


AKU MELAYU, 
MELAYU BUKAN RASIS

Aku dilahirkan seorang MELAYU beragama ISLAM di TANAH MELAYU di alam NUSANTARA. Aku hanya tahu bahawa tanah ini adalah tanah warisan bagi bangsa MELAYU. Aku juga hanya tahu MELAYU itu ISLAM di tanah ini. Aku juga tahu adanya PERKARA 153 dalam PERLEMBAGAAN yang melindungi hak-hak MELAYU di Tanah ini. Aku juga tahu, ada PERKARA 8 dalam PERLEMBAGAAN. Aku juga tahu, Tanah ini didiami bersama. Aku juga tahu , 'tetamu' yang datang tidak diundang. Aku juga tahu, mereka juga manusia sama seperti aku. Aku juga tahu, bangsa MELAYU telah banyak berkorban untuk 'tetamu'. Aku juga tahu, MELAYU tidak pernah menindas para 'tetamu'. Aku juga tahu, MELAYU itu beradab kepada 'tetamu'.  AKU JUGA TAHU BAHAWA MELAYU ITU BUKAN RASIS !

KESEDERHANAAN

Besederhana itu adalah jalan terbaik bagi semua rakyat Malaysia. Konsep 1 Malaysia ini kini menyeru semua rakyat Malaysia agar bersikap sederhana. Sikap ini adalah amat penting dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama. Tanpa sikap ini, kesefahaman tidak akan tercapai. Jika tiada persefahaman, maka amat sukar untuk maju ke hadapan dan mencapai Wawasan 2020. Orang-orang Melayu sudah pun membuat 1 pengorbanan besar melalui Jus Soli manakala orang-orang Cina pula perlu mengikis sebanyak mungkin sifat prejudis mereka terhadap orang Melayu. Orang-orang Cina Malaysia perlu menolak semua unsur-unsur melampau yang disuarakan oleh sebahagian besar pemimpin-pemimpin mereka yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada semua pihak. Jika masyarakat Cina mahukan keadilan diberikan mereka juga harus bersedia melakukan keadilan kepada pihak lain. Dalam 53 tahun, pengorbanan dan kesediaan mereka untuk melakukan pengorbanan dan berlaku adil kepada pihak lain masih dilihat sebagai terlalu minimal dan tidak memberi impak yang besar.


Masyarakat Cina Malaysia mestilah menolak pemimpin-pemimpin pelampau mereka yang bersikap cauvinis dan rasis. Mereka juga perlu sedar bahwa sekolah vernakular mereka harus menerima arus perubahan zaman. Mereka perlu mengikis sifat & sikap takut budaya mereka dipinggirkan kerana itu tidak mungkin samasekali berlaku dalam kerangka ruanglitup asas kenegaraan MALAYSIA di dalam PERELEMBAGAAN MALAYSIA.


Kesinambungan keberadaan masyarakat Cina Malaysia sebenarnya bergantung kuat kepada pengikisan prejudis, pelampau dan kiasu. Tanpa adanya sifat-sifat ini, mereka akan menjadi lebih terbuka dan hidup tanpa dibayangi oleh perasaan gerun dan gentar kepada orang lain. Jika mereka bersedia bersikap sederhana, mereka akan lebih dihormati oleh orang lain.


PROFIL DUN 45 GALAS.

DUN 45, Galas dalam jajahan penuh Gua Musang, pintu masuk ke Kelantan dari arah selatan. Jumlah penduduk lebih kurang hampir 100,000 orang. Majoriti adalah Melayu Islam. Daerahnya GALAS, BERTAM & CIKU Mukim-mukimnya ialah BATU PAPAN, BANDAR GUA MUSANG, GUA MUSANG, KETIL, PULAI, RENOK,BERTAM, LIMAU KASTURI.ULU NEGGIRI & RELAI. 

Bandar Pusat Pentadbirannya ialah BANDAR BARU GUA MUSANG. Pejabat Jajahan ialah di Bandar Gua Musang. Di situ juga terletak MAJLIS DAERAH GUA MUSANG. Di Kelantan, wilayah pentadbirannya dipecahkan kepada JAJAHAN, DAERAH & MUKIM. Berbeza sedikit daripada pecahan wilayah pentadbiran yang diamalkan di negri-negeri lain yakni DAERAH, MUKIM & KAMPUNG.

Pusat penamaan calun  kemungkinan seperti biasa ialah samada di Dewan Majlis Daerah Gua Musang, ataupun bertempat di Pejabat Jajahan (Pejabat Daerah Gua Musang).

Tidak banyak maklumat yang boleh didapati daripada laman web Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang berbanding dengan laman web Majlis Daerah Gua Musang. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari kedua-dua laman web pun amat sedikit. Gambaran profil, geografi, taburan penduduk , kegiatan ekonomi serta kegunaan tanah tidak diberikan secara terperinci. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...