Sabtu, 19 Mac 2016

AHLI POLITIK & BANGSA-BANGSA BEREBUT HAK YANG BUKAN HAK MEREKA.


Melalui PERJANJIAN 7 PERKARA yang ditandatangani pada 8hb Ogos 1957 sebelom Perjanjian Merdeka ditandatangani
Disebutkan dalam Perkara 4 & Perkara 7 dimana diberi pinjam lambang kedaulatan asal Tanah Melayu yakni Bendera Peribadi YDPA, Keris Panjang YDPA dan 5 Keris yang di pegang oleh Institusi Dato' Undang Nan Empat Pengamal Adat Temenggong Tali Benih Pesaka Bapa 

BISMILLAHI WABILLAHI WAMINALLAHI
ALLAHOMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD 

PERJANJIAN PERKARA 7 yang kini dikenali sebagai WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU adalah amat penting dalam sejarah pembentukan negara yang dinamakan di antara 1957 -1963 sebagai Persekutuan Tanah Melayu merangkumi 9 buah negeri. Kemudiannya pada 1963, di atas pemikiran Ahli Politik yang terdiri dari Melayu Pendatang mengubahnya menjadi Malaysia pada 1963 dengan memasukkan Sabah, Sarawak & Singapura. Akhirnya, Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan negara Malaysia kini merupakan persekutuan di antara 9 negeri asal dari Persekutuan Tanah Melayu 1957 dengan negeri Sabah & Sarawak. 

Puncanya ialah kerana berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa dan hak di antara Melayu Pendatang dan kaum Cina Singapura yang menjadi ahli politik. Pelik kan, orang yang bukan Peribumi yang telah diberikan izin tinggal dan mentadbir Tanah Melayu bersama-sama, akhirnya berebutkan hak yang bukan Hak mereka. Tanpa merujuk kembali kepada Perjanjian 7 Perkara dan kepada institusi Dato' Undang Nan Empat. Apakah akibat yang ditanggung oleh seluruh penduduk Tanah Melayu kerana perbuatan ahli politik berkenaan?

Berlakulah bala bencana dan malapetaka rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Sebelum itu pada 1964 berlaku rusuhan kaum di Singapura pada waktu kemuncak ahli politik bergadoh berebut Hak yang Bukan Hak Mereka. 

PUNCANYA KERANA AHLI POLITIK MELANGGAR 
PERJANJIAN 7 PERKARA 
PERKARA 153 PERLEMBAGAAN 
TIDAK MERUJUK KEMBALI KEPADA DATO' UNDANG NAN EMPAT. 

Dari 1979 -1989 berlaku krisis perlantikan DUL Jelebu ke 15. Di mana campurtangan ahli Politk di dalam perlantikan berkenaan yang mempengaruhi kuasa-kuasa Dewan Keadilan & Undang Negeri Sembilan memihak kepada calon Dato' Menteri berbanding calon Dato' Ombi.

Dengan campurtangan ahli politik dalam perlantikan DUL Jelebu ke 15, bermakna telah berlaku perlanggaran kepada Perjanjian 7 Perkara, Perkara 153 dan Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959.

KENAPA ISU CAMPURTANGAN ORANG POLITIK DALAM PERLANTIKAN DATO' UNDANG LUAK JELEBU KE 15 SUATU PERKARA YANG AMAT BESAR BAGI KAMI MELAYU PERIBUMI ASAL TANAH MELAYU ?

INI AKAN DIPERJELASKAN DI ARTIKEL-ARTIKEL BERIKUT. 

Jumaat, 18 Mac 2016

KEBURUKAN POLITIK ARWAH MADET KEPADA TANAH MELAYU

BISMILLAHI
ALLAHUMMA SHOLLI ÃLA MOHAMMAD

POLITIK adalah ciptaan raja iblis azazil laknat tullah. Di bawa orang putih yang menyembah dewa-dewa sekutu raja iblis laknat tullah melalui perdagangan dan peperangan ke Tanah Melayu.

Bilamana anak raja di sebuah negeri kota di Palembang yang bukan beragama Islam di bawa masuk menjadi Sultan Melaka, tak bermakna seluruh Melayu Peribumi Asal itu bukan beragama Islam.

Kami Melayu Peribumi Asal sejak zaman berzaman beragama Islam mengikut syariat Nabi Allah Adam alaihis salam yang sah sampai akhir zaman. Tulisan kami ialah tulisan Jawi.

Siapa yang kata kami bukan beragama Islam sejak dari awal?

Kini Kami melihat bagaimana Melayu Pendatang dan bangsa-bangsa lain datang ke Tanah Melayu ini.

Mereka datang dengan Kapal Layar. Kerana itu perikatan politik mereka yang pertama menggunakan lambang Kapal Layar.

Kami amat musykil melihat gelagat dan kesombongan anak cucu cicit mereka setelah kami berikan keizinan untuk tinggal di Tanah Melayu.

Sejak seorang anak Kerala yang ibunya orang Riau ambil alih perikatan politikal mereka pada 1980; mereka mula mengubah dan melanggar semua Perjanjian 7 Perkara, Perkara 153 dan DURBAR.

Institusi kami yakni Dato' Undang nan Empat dikacau ganggu oleh mereka. Melalui Dato' Mentunggang yang mentunggang-terbalikkan Adat Temengong kepada Adat Perpatih.

Akibatnya Adat Orang Menang Laga Kerbau membolehkan mereka pula jadi Raja di Tanah Melayu. Dan mereka mengaku pula mereka berhak menjadi Raja.

Bahkan seluruh keturunan orang menang laga kerbau mengubah sejarah dan adat kami Melayu Peribumi Asal dan di bantu ahli politik yang sentiasa lapar tamak halobakan Hak-hak Kami Melayu Peribumi Asal.

Sehingga kini 6 Perdana Menteri adalah bukan Melayu Peribumi Asal. Dan sikit demi sedikit hak-hak Melayu peribumi asal di kikis dan institusi Dato' Undang Nan Empat diperkecilkan dan diperlekehkan ahli politik.

Kini Kami mahu menceritakan pula Kisah Sebenarnya mengenai TANAH MELAYU.

Kerana selama ini kamu semua hanya mendengar cerita versi daripada orang politik dan orang menumpang yang menidakkan hak-hak kami Melayu Peribumi Asal.

Jumaat, 11 Mac 2016

KEDAULATAN ASAL SEBENAR TANAH MELAYU YANG DIPINJAMKAN

Bangunan Parlimen Malaysia - Lambang KEDAULATAN YANG DIPINJAMKAN dalam
Perjanjian Perjanjian Malaysia 1962,
Persekutuan Tanah Melayu 1948,
Wasiat Tujuh Raja-raja Melayu 
Perjanjian Malayan Union 1946,
DURBAR 1931-42
Perjanjian Persekutuan 1898 (diantara Yamtuan Besar Sri Menanti & Dato Undang Nan 4) 

BISMILLAHI WA BILLAHI WA MINALLAHI 

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD 

AL QURAN NUR KARIM KALAM ALLAH SWT menyebutkan bahawa Adam dijadikan Khalifah Nya di muka bumi. Dan diperintahkan sekelian alam taat patuh taat setia sujud sembah kepada Adam.

Maksudnya, ADAM diberikan HAQ PESAKA memerintah dunia bumi ini dari awal zaman sampai akhir zaman.

Bila ADAM diturunkan ke dunia bumi, maka bermulah KERAJAAN NABI ALLAH ADAM a.s. berkenaan. HAQ PESAKA ini diturunkan dan diwarisi oleh anak cucu cicit Nabi Allah Adam & Siti Hawa dari 20 pasangan kembar. Dari situ diwarisi oleh 40 orang pupu pula. Gulungan manusia inilah yang di sebut Manusia Roh Rohani Insani.

KERAJAAN NABI ALLAH ADAM a.s. ini membawa Darjah Daulah Daulat Haq yang benar sebenarnya. Tanpa Darjah Daulah Daulat ini, dunia bumi takkan aman tenteram dan pergerakan dunia bumi jadi huru hara serta bercelaru.

Semasa turun ke dunia bumi, maka Nabi Allah Adam a.s. sujud dua kali 'MERAYU' kepada ALLAH swt KESELAMATAN & KEAMANAN untuk anak cucu cicitnya dari awal zaman sehingga akhir zaman. Maka dari perbuatan 'MERAYU' itulah nama bangsa MELAYU. Rayuan Nabi Allah Adam a.s. untuk KESELAMATAN & KEAMANAN itulah ISLAM. Yang kemudiannya disempurnakan oleh junjungan besar kita Nabi Mohammad bin Abdullah s.a.w. yang lahir di Tanah Arab 1400 tahun dahulu.

DARJAH DAULAH DAULAT ini pertama kali di bawa oleh Nabi Syits a.s. bersama saudara-saudaranya dari 40 orang pupu. Bertebaranlah mereka di mukabumi ini. Adalah yang sampai ke TANAH MELAYU TANAH JAWI TANAH KUNING ini. Beranak pinaklah sampai ke zaman Nabi Allah Nuh a.s.

Cucu cicit Nabi Allah Adam a.s. yang datang ke sini TANAH MELAYU TANAH JAWI TANAH KUNING menamkan HAQ PESAKA mereka dengan nama KERAJAAN SILANG GUNTING GUNUNG BERANGKAT mengekalkan nama asal Kerajaan Nabi Allah Adam a.s.

Bertemulah mereka dengan Nabi Allah Nuh a.s. di GUNUNG PERTEMUAN. Dari situ lahirlah Raja Seri Alam Iskandar Zulkarnain yang memerintah 7 benua. Kemudian silsilah ini bertemu dengan Nabi Allah Ibrahim a.s dan keturunan para sahabat Rasul Allah yang berkahwin dengan Siti Fatimah anak Rasul Allah. 


Dari situ, darjah daulah daulat Silang Gunting Gunung Berangkat dipusakai oleh Pagaruyong dan Jelebu. Dari Jelebu dipusakai oleh pemerintahan Dato Undang Nan 4 iaitu Jelebu, Rembau, Sg Ujong & Johol. Dengan nama Kerajaan Nika Mendelika Menteri Akhiruzzaman Jelebu Gajah Bertunggal.

Maka kekal sehinggalah pada 1990 di mana seluruh Waris Imam Memperang dikeluarkan dari Tombo Dahan Adat di Luak Jelebu akibat campurtangan ahli politik dalam perlantikan Dato Undang Jelebu sejak 1980.

Maka muncullah 26 gambaran di langit yang dipersaksikan oleh 200 ornag murid & guru di Sekolah Agama Tinggi Sultan Hishamuddin Padang Jawa Kelang Selangor. Dipersahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tetapi dinafikan oleh gulungan ahli politik.

Di akhir zaman, manusia itu dibahagikan kepada 4 gulungan yakni
Manusia Dewa
Manusia Jin
Manusia berhati Iblis

MANUSIA ROH ROHANI INSANI anak cucu cicit Nabi Allah Adam a.s. yang tidak berkahwin campur dengan Dewa, Jin dan bukan dari benih Iblis.

Diketahuilah, gulungan ahli politik telah bersengkongkol dengan pengamal Adat Perpatih yang di bawa Dato Mentunggang untuk menumbangkan Kerajaan Nabi Allah Adam yang ada di Tanah Melayu ini.

Pada 1982-83, gulungan ahli politik memansuhkan Imuniti Raja-raja Melayu. Perlanggaran yang jelas kepada wasiat 7 Raja-raja Melayu dan Perlembagaan sendiri.

Akibatnya, sejak UMNO diharamkan pada 1989 sehingga kini, TANAH MELAYU tak pernah aman tenteram dan sentiasa bergelojak dengan isu-isu politikal bertaraf kuali, mangkuk hayun & cerek kosong.

Maka kesalahan ke atas gulungan ahli politik yang bersyubahat dengan pengamal Adat Perpatih bawaan Dato Mentunggang menumbangkan Kerajaan Nabi Allah Adam a.s. 

Sabtu, 9 Januari 2016

LU ADA TELOR BRADER ? MEH JOIN INI KELAB BARU

Grup Pengamal Media Sosial Yang Bertelor Sahaja 
Di Sini Anda Bebas Menjadi Anda 
Anda Bebas Menjadi Insan Sempurna 
Di Sini Kita Berjemaah 
Di Sini Kita Buat Gunung-ganang Datang Kepada Kita
Di Sini Kita Menyatakan Maruah Kita Sebagai Pengamal Media Sosial

BISMILLAHI WA BILLAHI WA MINALLAHI 
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD 
SALAMUN 'ALAIKUM 

Dah lama dah ...... bukan apa ... sikap dan layanan gulungan politikus kepada pengamal media sosial amatlah rendah. Mereka anggap kita balachi budak suruhan yang takde makna. Macam lampin pakai buang je.

Kita mahukan platfom / landasan yang betul dengan cara dan kaedah yang betul menyuarakan pendapat atas Hak Kebebasan Bersuara dan Menulis mengikut perundangan dan etika penulisan.

Dan kita mahukan platfom jana pendapatan sampingan bila menulis di media sosial supaya kita tidak bergantung harap sangat lah kat ahli politik yang terlalu kedekut dengan dana Awam yang dalam penguasaan mereka.

Kita mahu perjuangkan untung nasib anak cucu cicit kita di kemudian hari.

Takkan nak biarkan gulungan politikus yang menentukan apakah bahagian yang diperolehi oleh anak cucu cicit kita nanti kan ?

So kena ada Timbal Balas Imbang Timbal lah.

Gulungan politikus bila kita biarkan sahaja tanpa Timbal Balas Imbang Timbal ... mampos kita dikerjakan dek mereka

Kerana di tangan gulungan politikus mereka mempunyai Kuasa Eksekutif dan Kuasa Legislatif  yang mempengaruhi budaya, cara berfikir, cara bertindak, gaya hidup dan kedudukan sosial kita.

Maka , jika lu brader-brader kata ADA TELOR lebih berani dari BESI BERANI dan rasa lebih PANDAI dari sekelian gulungan politikus dan penasihat2 ekonomi mereka termasuklah penaja2 mereka dari gulungan Kapitalis Liberal .... SILA LAH MENDAFTAR DI PAUTAN INI

http://maninthemirror14.blogspot.my/?m=1dan

SEMOGA ANDA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH HU TA'ALA BRADER 

Selasa, 5 Januari 2016

TPPA SEBELUM TSUNAMI BESAR BIASANYA KEADAAN TENANG ... YABEDA BEDOOO 2016

To' Pa Konpiden Kerana Menyangka Isu TPPA Takde Impak dan Efek Dan Berjaya DiNeutralisasikan Oleh Perkumpulan Tukang Canang Yang Setiap Bulan Memakan Kuih Bulan. Tanpa Menyedari Bahawa Fenomena Alam Selalunya Tenang Sebelum Tsunami & Topan Melanda Tiba-tiba 

BISMILLAHI WA BILLAHI WA MINALLAHI
DENGAN NAMA ALLAH DAN BESERTA ALLAH DAN DARIPADA ALLAH HU TA'ALA JUA 
ALLOHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD

SALAMUN 'ALAIKUM 

Pada awal tahun lepas, negara di landa bencana alam yang terburuk. Kemudian sepanjang tahun dipenuhi dengan propaganda isu-isu politikal yang bersifat tak cerdik.

Di awal tahun ini pula ,2016, segalanya nampak tenang, aman dan damai. Senyum simpul semua politikus.  Dah setel segalanya mengikut congakan mereka.

Fenomena alam .... lazimnya bila keadaan tenang aman damai ..... selepas ribut topan melanda .... akan datang Ibu Segala Topan menyudahi anak-anak topan punya kerja sebelumnya.
Sebelum ini ambe ada menulis mengenai betapa pentingnya TPPA kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Blok TPPA menurut fatwa politik ekonomi Najib, bakal menjadi Kuasa Ekonomi ke 4 terbesar. Ya, ambe tak nafikan. Memang betul TPPA 'bakal' menjadi Kuasa Ekonomi ke 4 terbesar. Di sini tiada cacat cela nya pun. Memang logik dan memang rasional.

Cuma ianya berada di 'atas kertas ucapan'. Memang sedap di dengar oleh telinga dan kita amat gembira dengan tahap keyakinan tinggi pasukan TPPA yang berjaya menyakinkan bos mereka.

Majoriti ahli politik negara masakini sejak 1990, mereka lupa bahawa keberadaan mereka itu berkait rapat dengan Indeks Kepuasan Rakyat.

Walaupun, kita boleh berbangga dan berbesar hati dengan kemurahan beberapa agensi penarafan global yang di sebut oleh Najib dalam ucapan Tahun Baru 2016, kita jangan leka cuai alpa dan lupa, bilamana Indeks Penarafan Umum Rakyat tak dapat di bendung, tiada mana-mana agensi penarafan global mampu mengubah minda dan komitmen rakyat yang tak berpuashati.

Sebaik mana pun gerak kerja propaganda penampan dan sebagus mana pun laporan harian, rakyat Malaysia ini jenis pandai menyimpan 'Rasa Terbuku Di Hati'.

Kita ambil contoh, walaupun benar ramai yang menyanggah arwah Madet punya Gila nak jatuhkan Najib, pada masa yang sama, Rakyat menyimpan 'Rasa Terbuku Di Hati'.

Rakyat amat jarang dah meluahkan 'Rasa Terbuku Di Hati' dalam status-status di fesbuku dan di media sosial dan turun ke jalanan untuk demonstrasi. Tapi itu bukan bermakna, Rakyat melepaskan dan mulai suka dengan TPPA, GST , wang derma $2.6 biliyun serta isu bauksit.

Walaupun betul semakin ramai rakyat masih berbelanja besar dan semakin banyak kenderaan di atas jalanraya membayar tol-tol itu akibat perjanjian berat sebelah pentadbiran dulu, itu tak bermakna Rakyat menerima Perjanjian Konsesi Tol dan mampu membayar tol.

Masalahnya, tim-tim media dari pasukan PMO dan Menteri2 yang ada, terlalu lewat untuk menjawab dan terlalu teknikal sangat dalam menepis propaganda2 bertali arus.

Kekuatan tim-tim media goyang kaki ambil kredit gerak kerja oranglain masih terlalu lemah dan lemau dalam menjawab pantas isu-isu propaganda. Mereka amat kurang Kemahiran Menjawab Secara Spontan. 

Tukang-tukang canang puak anti Najib dan anti Malaysia sedang menunggu masa yang sesuai bilamana tahap ketidakpuashati rakyat semakin memuncak. Perkara ini ambe tak fikir tim-tim mampu menangkis serangan propaganda pada waktu itu kerana mereka tidak bersedia langsung.

Isu TPPA ini akan melonjak naik mengambil momentum apabila masanya amat sesuai dengan ketidakpuashati rakyat dengan harga barangan yang masih belum turun dan matawang yang menurun.

Harga minyak mentah dunia turun dan ini memang menjejaskan pendapatan negara. Pada masa yang sama, GST berjaya menyelamatkan kondisi ekonomi negara namun rakyat melihat kenaikan elaun dan gaji ahli parlimen dan ADUN serta EXCO berlaku.

Keresahan rakyat semakin menebal bilamana Rasionalisasi Hutang 1MDB mula dikaitkan dengan GST walaupun perkara itu tidak benar.

Isu GST dan banyak lagi isu-isu lain tidak lagi rakyat luahkan di media sosial tapi secara senyap-senyap dan terbuka di tempat awam, di pejabat dan di mana saja rakyat berkumpul setelah berpenat lelah mencari rezeki.

Maka jangan terkejut bilamana isu TPPA akan mula melonjak naik dan tim-tim media yang ambil kredit oranglain akan mula berpaling arah dari Najib.

Yang tinggal kekal pertahankan Najib adalah mereka-mereka yang selama ini melakukannya kerana tidak mahu negara menjadi kacau-bilau dan bukan bermotifkan apa-apa kepentingan politikal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...