Isnin, 22 Julai 2013

DAP Masih Hina Islam & Melayu, Pastikan PRK KOle Besout Tiada Undi Kepada PAS !



Dua artikel di atas dalam blog si penghina Islam dan Melayu tegar, Kit Siang granpa Perpecahan Kaum Malaysia, jelas membuktikan sikap dan kecenderungan politikal DAP. Selamanya, DAP akan tetap menghina Islam dan Melayu. Kepada Melayu yang masih sokong DAP PKR PAS di bawah jenama Skim Penipuan Politikal Terbesar 'Pakatan Rakyat' sedarlah ! Setiap undi kepada DAP PKR PAS adalah undi memperkuatkan iltizam dan tekad politikal DAP untuk menghina Islam dan Melayu sampai kiamat !.

Mana S.E.M.U.T yang kata nak memantau semua penghinaan ? Kenapa dua artikel KitSiang ini terlepas pandang plak???? !!! Ke S.E.M.U.T dah mampos kerana diabetes (terlebih gula-gula untuk menipu Melayu) ciptaan mereka sendiri? Dasar cipan tak sunat! Kenyataan Nik Aziz yang menuduh orang UMNO tak sembahyang dan mencela kebajikan UMNO membina masjid, kenyataan Musibat PAS yang mahu 'maaf'kan penghina Islam serta kenyataan puak anwarinas PAS yang mahu umat Islam 'terbuka hati' menerima penghinaan Islam dan Melayu, adalah suara-suara setan dari tempat kurungan dalam bulan Ramadan. 

Ini semua sudah cukup membuktikan kepada semua pengundi Kole Besout agar pada kali ini, demi kepentingan Islam dan perpaduan Melayu, jangan beri satu undi pun kepada PAS. Kerana undi kepada PAS bermakna satu kekuatan kepada DAP untuk terus menghina dan mencela Islam serta Melayu! Kita semua boleh kutok kow-kow mana-mana pemimpin UMNO kerana pemimpin UMNO bersifat terbuka. Tapi kita tak boleh nak mengamalkan hak kebebasan kutok mana-mana pemimpin DAP PKR PAS kerana mereka tak sedemokratik dan tak segentleman pemimpin UMNO. Jangan anda hilangkan hak kebebasan bersuara dengan mengundi PAS!

Ahad, 21 Julai 2013

PRK Kole Besout:- DAP campur PKR Tolak PAS samajuga BN Menang (Hak Menang, Batil Kalah).


Formulir PRK Kole Besout:-

DAP (+) PKR (-) PAS = BN Menang.



Oopss ... Gear Gostan Di Depan ... 'Bilik Perang Tim Tunggul Perdana'

Di mulai dengan bacaan Bismillahir-rohmaa-nir-rohiim



Syyyyyyyyyyyyhhhhhh ... geng keldai Donga "At Work"



PRK Kole Besout : Apa Sebenarnya Sedang Berlaku Di Sebalik Tabir ?


Persoalan Yang Bukan Soalan:-

#1. DAP-PKR tak mahu PAS menang tapi mahu BN kalah.

#2. PAS Kelate nak menang atas sebab isu 'Royalti' .

#3. DAP-PKR tak mahu PAS Kelate dapat 'Royalti' kerana itu akan 'membebaskan' PAS dari pengaruh DAP-PKR.

#4. Bagaimana DAP-PKR nak pastikan PAS menang tapi BN kalah tapi PAS Kelate tak dapat 'Royalti'. 

#5. Tapi bagaimana PAS nak 'Menang' tapi 'Kalah' dan dapat 'Royalti'?

#6. Medan Pertandingan sebenarnya berlaku di peti undi atau di belakang peti undi?

#7. Berapa peratus akan keluar mengundi?

Politik di Malaysia ialah sebuah 'Perniagaan Yang Menguntungkan'. 

Sabtu, 20 Julai 2013

Pesanan Buat PM, Kekalkan Saja Akta Hasutan 1948 Bersekali Dengan Akta Keharmonian, Barulah Kami Tidak Musykil.


Pada hemat ambe yang kecil dan kerdil ini (menyedari penuh status sosial yang jauh lebih rendah daripada PM); biarlah Akta Hasutan 1948 dan Akta Keharmonian wujud bersama. Takde salahnya pun. Melihat kepada objektif dan aspirasi politikal tranformasi PM, Akta Keharmonian Nasional diwujudkan untuk memberikan 'kelonggaran rakyat mengkritik secara konstruktif (menyatakan ketidakpuashati & kritikan) , asalkan tidak berniat jahat dan menghasut. Dan Akta Hasutan 1948 diwujudkan untuk menghukum kesalahan hasutan. Keduanya jika diwujudkan bersama akan saling lengkap-melengkapi. 

Tidak benar samasekali mengatakan PM akan mungkir janji, jika tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948. Itu bukan persoalan pokok dan utama. Kerana ambe yakin dan percaya, PM semasa melakukan janji tersebut, terpengaruh dan berada dalam 'tekanan politikal'. Sebarang keputusan yang di buat sedemikian adalah tidak secara relahati kerana 'terpaksa'. Dalam undang-undang, sebarang tindakan yang dipaksakan membolehkan apasaja janji / kontrak dibatalkan sebab ianya bukan di buat secara relahati. 

Lagipun, didikan kepada rakyat adalah unsur terpenting untuk menjadikan rakyat tahu mengkritik dengan betul. Dan bukan kerana 'upah' oleh mana-mana pihak untuk mengkritik dengan niat jahat dan menghasut. Perundangan hanya sebagai peraturan umum yang terpakai meregulasi agar hak kebebasan yang diberikan tidak disalahgunakan sewenang-wenangnya. 

Adalah terlebih relevan jika kedua akta diwujudkan bersama. Satu akta meregulasikan keharmonian dan satu akta lagi menghukum kesalahan hasutan. Ini mampu 'mendidik' rakyat berhati-hati dalam mengkritik, dan menjauhkan rakyat berniat jahat dan menghasut dalam kritikan. Memansuhkan mana-mana akta kemudian menggubal yang baru, kadangkala bukanlah menjadikan akta gantian itu lebih relevan kepada akta yang termansuh. 

Dalam senario perubahan politikal pasca PRU13, yang diakui sendiri oleh PM, adalah lebih relevan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan pada masa yang sama menggubal Akta Keharmonian Nasional. Apabila situasi lebih kondusif, maka lama-kelamaan Akta Hasutan 1948 pun tak dikuatkuasakan ke atas rakyat. Lagipun, sesuatu akta itu 'relevan' bila ianya dikuatkuasakan. Apabila tiada penguatkuasaan maka hujah 'relevansi' sesuatu akta itu tergugur dengan sendiri. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...