Ahad, 12 Februari 2012

AKAQ WAN JIJAH MERAJUK LAH ....

Akaq Pening Lagi iii iiiii ......... Sampai Hati Pak Him .. huhuhuhu

Dato’ Ibrahim Ali mempersoalkan gelaran ‘Anugerah Tuhan’ yang ditabalkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“…Berapa ramai orang yang merana, menderita, berkorban kerana mempertahankan manusia yang dikatakan ‘Anugerah Tuhan’ oleh isterinya. Bukan ‘Anugerah Tuhan’, ini ‘Anugerah Malapetaka’ bagi negara Malaysia.

“Anugerah yang memusnahkan umat Islam, Melayu, dan juga agama Islam bagi negara kita Malaysia, kalau kita tengok tindak-tanduk politiknya sekarang ini. Jadi, semuanya ini adalah kesalahan beliau”, kata Ibrahim yang juga rakan Anwar sejak dari tahun 70-an. AIDC

TQ Empayat Pemuda!


TEPUK DADA TANYA IMAN!

SHAHRIZAT JALIL SINDIR SIKAP BERBOHONG KEPIMPINAN PAS


Kuala Kedah, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari menyifatkan kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS GAGAL menyediakan sumber ekonomi kepada rakyat Kedah. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Wanita UMNO Kedah, kerajaan negeri tidak memikirkan dan menyelesaikan masalah rakyat dari sudut pendapatan harian untuk menyara anak/bini serta lain-lain tanggunan yang sedang di hadapi oleh rakyat.

Shahrizat juga menyelar kepimpinan PAS yang sentiasa bercakap bohong dan tidak amanah kepada janji-janji mereka kepada rakyat semasa kempen PRU12 yang lalu. KLIK DI SINI

Syabas Kak Ijat ! Ibarat kata MB Ganu PAS ini ialah pembawa ajaran sesat (kenyataan yang menjadikan PAS mahu menyaman beliau).

PAS cukup gentar dan takut bila berhadapan dengan kritikan pedas dan sinis.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HASAN ALI IALAH KIAMAT KECIL BUAT PAS.

Foto ini telah di edit oleh cai PAS.

Bahkah sekarang tektik terbaru cai Pakatang ialah turut mengedit posting-posting pejuang maya UMNO yang terpilih dan digantikan dengan ayat-ayat mereka sendiri.

Sekarang kita tengok foto aslinya.

Jelas tiada 'Bendera UMNO'.

Amat jelaslah kepada kita sekarang bahawa PAS sudah menunjukkan wajah sebenar mereka selama 64 tahun menyamar menjadi orang 'alim dan para 'abid.
Walhal hakikat sebenarnya ialah mereka (PAS) adalah golongan yang cintakan duniawi.
Matlamat mereka ialah menggunakan agama dan bukannya mengamalkan agama.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

VALENTINE & THAIPUSAM: PAS JURUJUAL AKIDAH TERBAIK !

Bapak-bapak Segala Kemungkaran 

Ketua Pemuda PAS menghalalkan sambutan Valentine's Day bagi kalangan mereka yang bukan muhrim yang berada di ambang perkahwinan (ehem .. 'di ambang perkahwinan' apa maksudnya? Dalam pertunangan? sebelum nak bertunang? tengah bercinta?) Baca di bawah:-


Pendapat PAS di atas itu telah di bantah oleh Datuk Harussani. Baca petikan di bawah:-

Ok, PAS halalkan sambutan Valentine kerana mengambil hati DAP. Tapi bilamana DS Najib selaku Ketua Eksekutif bagi negara Malaysia menghadiri sambutan Thaipusam, Ketua Pemuda PAS yang sama mendesak agar kehadiran DS Najib di perayaan Thaipusam di anggap sebagai 'Menjual akidah'. Kita baca apa desakannya:-


Ok, kita tengok apa yang Ketua Umum PKR bapak Anwar Ibrahim pernah lakukan:-


Kesimpulannya, jika apa jua perbuatan haram-jadah dilakukan oleh PAS DAP PKR ianya dihalalkan oleh PAS. 

Tidakkah ini bermakna bahawa PAS MERUPAKAN JURUJUAL AKIDAH TERBAIK DI MALAYSIA/ BAHKAN DI DUNIA?

PAS hanya 'berpakaian secara Islam' tapi hati dan semangat mereka adalah HATI JURUJUAL AKIDAH.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Sabtu, 11 Februari 2012

HARI NAK KIAMAT BARANGKALI BILA HJ HADI BERBICARA TENTANG WASSATIYAH.

Al wassatiyyah ???? /.. Errr Tak nak ! Tak Nak ! 

HJ HADI AWANG. dalam harakahdaily, beliau telah menulis mengenai pandangan peribadinya mengenai Al Wassatiyyah. Jika nada hendak membaca artikel penuhnya sila klik di pautan ini TIPUHARI-HARI. Antara lain Hj Hadi menulis:-
Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwar-warkan, menggantikan slogan Islam Hadhari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.
 كلمة حق أريد بها باطل
(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)
 Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.
 Firman Allah (maksudnya):
 Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)
 Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah (الوسطية) dalam bahasa Arab adalah daripada  perkataan al-Wasat(الوسط)  yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.
Setahu hamba Wassatiyah yang diamalkan oleh pentadbiran DS Najib tidak pernah menyebut bahawa ianya adalah sebagai ganti kepada idealisma Islam Hadhari atau ianya adalah sebuah KONSEP sepertimana yang Hj Hadi salahfahami. Hamba bersetuju dengan petikan kata-kata saidina Ali karamullahiwajhah yang amat jelas menggambarkan niat dan maksud Hj Hadi menulis mengenai Al Wassatiyyah yang digeruni olehnya.

Agak menarik bila Hj Hadi menulis:-
Islam mendahulukan perdamaian
Firman Allah (maksudnya):
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.(Surah al-Anfal: 61-62)
Al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa bermakna wajib berlaku adil di masa damai dan perang, tidak menyerah kalah terhadap kezaliman dan tidak melampau apabila bertindak.
Al-Wasatiyyah mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W menjadi ikutan adalah tetap, teguh dan istiqamah, bukan slogan politik sementara seperti Islam hadari, bersih cekap dan amanah, kepimpinan melalui teladan, yang pelaksanaannya tidak cukup dan tidak berpijak di bumi nyata, tenggelam dalam gejala keruntuhan yang tidak mampu dibaiki dengan islah kerana prinsip yang salah dan konsep yang tempang dan didatangi masalah baru yang bertalu-talu.
Makna wasatiyyah bukan melaksanakan Islam tidak sempurna atau secara terpilih  atau campur aduk. Bukan sekadar mendirikan masjid tanpa sempurna mendirikan sembahyang, mengadakan Bank Islam tanpa kuasa mencegah kemunkaran riba, mengadakan musabaqah sekadar mendengar suara tanpa menjadikan petunjuk dalam amalan dan akhlak, kehilangan harta dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan salah urus lebih besar daripada bantuan kepada yang berhak dan kesimpulannya menegakkan kebaikan yang tidak sempurna  membiakkan kemunkaran yang meningkat. Maka tidak layak bersifat al- Wasatiyyah untuk menunjukkan model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan akhirat.
Pada pendapat Hamba, Hj Hadi seolah-olah menempelak amalan dan pendirian PAS yang tidak istiqamah, tidak tetap, tidak berpijak di bumi nyata sendiri. Ini kerana PAS menolak konsep Negara Islam dan menerima Pluralisma serta menerimapakai Buku Jinggay.

Betullah kesimpulan Hj Hadi bahawa PAS tidak layak bersifat al Wasatiyyah untuk menjadi model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Barangkali kiamat sudah semakin menghampiri PAS. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...