DI DALAM SAINS POLITIK SIHIR DAJAL dan dijadikan amalan budaya berpolitik sejak 1982 apa kamu dengar lihat & baca mengenai isu isu politikal ; satu pun tak ada yang betul & benar.
Apatahlagi bila semua pihak di dalam politik berada dalam keadaan paling tak selesa, hilang arah tujuan & merepek meraban merapu.
Kem Rafizi telah kalah dalam pemilihan PKR.
Nurul Izzah menang di atas bantuan & pengaruh bapaknya
Apa nak pelik hairan terkejut ?
Bukan ke amalan nepotisma anak beranak & segala istilah dalam politik diamalkan oleh parti derita itu sejak 1997 1998 ?
Bertemakan REFORMASI RASUAH KEADILAN SOSIAL PEMBAHARUAN POLISI PENTADBIRAN TELUS MULUS KURUS kem anwarista mengangkat naik & perjuangkan nasib seorang IDOLA mereka.
Bahkan banyak lagi retorik propaganda kempen yang telah dibuat oleh semua pihak di dalam politik.
Untuk apa? Berebut kuasa & pengaruh. Menarik simpati. Membina kepercayaan.
Cuma itu semua sekadar manis mulut berbicara. Bukan untuk menjaga kehormatan kedaulatan dan untung nasib rakyat jelata.
Mereka adalah spesis makhlok yang sentiasa mahu dilihat dipandang dipuja oleh rakyat waima mereka tak buat kerja.
Mereka suka bergeng sana sini. Ampusana ampusini. Cucuk sana cucuk sini,
itulah Budaya Amalan Politik Sihir Dajjal yang diamalkan
Kepentingan & kebajikan rakyat bukan keutamaan mereka.
Mereka bukanlah Pejuang rakyat. Mereka sekadar berertorik memperalatkan rakyat untuk kepentingan kerjaya politiikal mereka sendiri.
Banyak wayang opera sabun mereka lakunkan & bikin Tayangan Perdana bagi tontonan rakyat.
Rakyat makin terhimpit dalam pelbagai polisi fiskal & pentadbiran yang merobek & mengoyak semua batu asas perjuangan awal & pembebasan sebuah empayar terkuat suatu masa dulu.
Segala hak dipijak. Bathil di angkat sebagai nilai normalisasi atas pelbagai alasan menyalahi nilai kemanusiaan termaktub dalam al Quran & sunnah.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN & KEDAULATAN UNDANG-UNDANG menjadi mainan & pertaruhan bagi mereka yang tidak ada semangat & jatidiri cintakan tanah ayer agama bangsa.
Mereka perkotak katikkan keduanya seolah olah merekalah berada di atas keduanya.
Orang Gila atau Gila Tak Sekara diberikan pengecualian & kekebalan di sisi perundangan. Kerana pada kaca mata perundangan mereka tidak waras tak siuman dan mereka tak tahu apa mereka buat itu salah,
Ya golongan tersebut diberikan pengecualian oleh kedaulatan undang-undang kerana kedaulatan undang-undang ada peri kemanusiaan & maknusiawinya.
Bila mana ada politikus memohon kekebalan maka itu berarti beliau mengakui sudah hilang kewarasan atau sakit mental.
Dalam Perlembagaan seseorang Ahli Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri terlucut hak bila mana mereka Hilang Kewarasan Sakit Gila & sakit mental.
Ironis sungguh bila ada politikos memohon kekebalan.
Sudah pastilah ianya satu proses penyalahgunaan prosedur mahkamah sahaja.
Mungkin benar telahan bahawa politikus sekarang memang hadapi & alami sakit mental serta sudah hilang kewarasan mereka.
Balasan daripada Allah barangkali.
Kita sebagai rakyat jelata enjoi saja lah wayang opera sabun daripada politikos kita yang kelihatan alami sakit mental & hilang kewarasan mereka,
Selain itu kita terus struggle dalam kehidupan sambil mengharap keajaiban berlaku kerana apa yang berlaku pada hari ini kita juga terbabit sama.
Kerana salah pilihan & salah pangkah akhirnya kita perolehi hanya sekelompok narsistik memimpin & mengurus tadbir hal ehwal kita,
Kepada ALLAH kita berserah.