Sabtu, 9 Januari 2016

LU ADA TELOR BRADER ? MEH JOIN INI KELAB BARU

Grup Pengamal Media Sosial Yang Bertelor Sahaja 
Di Sini Anda Bebas Menjadi Anda 
Anda Bebas Menjadi Insan Sempurna 
Di Sini Kita Berjemaah 
Di Sini Kita Buat Gunung-ganang Datang Kepada Kita
Di Sini Kita Menyatakan Maruah Kita Sebagai Pengamal Media Sosial

BISMILLAHI WA BILLAHI WA MINALLAHI 
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD 
SALAMUN 'ALAIKUM 

Dah lama dah ...... bukan apa ... sikap dan layanan gulungan politikus kepada pengamal media sosial amatlah rendah. Mereka anggap kita balachi budak suruhan yang takde makna. Macam lampin pakai buang je.

Kita mahukan platfom / landasan yang betul dengan cara dan kaedah yang betul menyuarakan pendapat atas Hak Kebebasan Bersuara dan Menulis mengikut perundangan dan etika penulisan.

Dan kita mahukan platfom jana pendapatan sampingan bila menulis di media sosial supaya kita tidak bergantung harap sangat lah kat ahli politik yang terlalu kedekut dengan dana Awam yang dalam penguasaan mereka.

Kita mahu perjuangkan untung nasib anak cucu cicit kita di kemudian hari.

Takkan nak biarkan gulungan politikus yang menentukan apakah bahagian yang diperolehi oleh anak cucu cicit kita nanti kan ?

So kena ada Timbal Balas Imbang Timbal lah.

Gulungan politikus bila kita biarkan sahaja tanpa Timbal Balas Imbang Timbal ... mampos kita dikerjakan dek mereka

Kerana di tangan gulungan politikus mereka mempunyai Kuasa Eksekutif dan Kuasa Legislatif  yang mempengaruhi budaya, cara berfikir, cara bertindak, gaya hidup dan kedudukan sosial kita.

Maka , jika lu brader-brader kata ADA TELOR lebih berani dari BESI BERANI dan rasa lebih PANDAI dari sekelian gulungan politikus dan penasihat2 ekonomi mereka termasuklah penaja2 mereka dari gulungan Kapitalis Liberal .... SILA LAH MENDAFTAR DI PAUTAN INI

http://maninthemirror14.blogspot.my/?m=1dan

SEMOGA ANDA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH HU TA'ALA BRADER 

Selasa, 5 Januari 2016

TPPA SEBELUM TSUNAMI BESAR BIASANYA KEADAAN TENANG ... YABEDA BEDOOO 2016

To' Pa Konpiden Kerana Menyangka Isu TPPA Takde Impak dan Efek Dan Berjaya DiNeutralisasikan Oleh Perkumpulan Tukang Canang Yang Setiap Bulan Memakan Kuih Bulan. Tanpa Menyedari Bahawa Fenomena Alam Selalunya Tenang Sebelum Tsunami & Topan Melanda Tiba-tiba 

BISMILLAHI WA BILLAHI WA MINALLAHI
DENGAN NAMA ALLAH DAN BESERTA ALLAH DAN DARIPADA ALLAH HU TA'ALA JUA 
ALLOHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD

SALAMUN 'ALAIKUM 

Pada awal tahun lepas, negara di landa bencana alam yang terburuk. Kemudian sepanjang tahun dipenuhi dengan propaganda isu-isu politikal yang bersifat tak cerdik.

Di awal tahun ini pula ,2016, segalanya nampak tenang, aman dan damai. Senyum simpul semua politikus.  Dah setel segalanya mengikut congakan mereka.

Fenomena alam .... lazimnya bila keadaan tenang aman damai ..... selepas ribut topan melanda .... akan datang Ibu Segala Topan menyudahi anak-anak topan punya kerja sebelumnya.
Sebelum ini ambe ada menulis mengenai betapa pentingnya TPPA kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Blok TPPA menurut fatwa politik ekonomi Najib, bakal menjadi Kuasa Ekonomi ke 4 terbesar. Ya, ambe tak nafikan. Memang betul TPPA 'bakal' menjadi Kuasa Ekonomi ke 4 terbesar. Di sini tiada cacat cela nya pun. Memang logik dan memang rasional.

Cuma ianya berada di 'atas kertas ucapan'. Memang sedap di dengar oleh telinga dan kita amat gembira dengan tahap keyakinan tinggi pasukan TPPA yang berjaya menyakinkan bos mereka.

Majoriti ahli politik negara masakini sejak 1990, mereka lupa bahawa keberadaan mereka itu berkait rapat dengan Indeks Kepuasan Rakyat.

Walaupun, kita boleh berbangga dan berbesar hati dengan kemurahan beberapa agensi penarafan global yang di sebut oleh Najib dalam ucapan Tahun Baru 2016, kita jangan leka cuai alpa dan lupa, bilamana Indeks Penarafan Umum Rakyat tak dapat di bendung, tiada mana-mana agensi penarafan global mampu mengubah minda dan komitmen rakyat yang tak berpuashati.

Sebaik mana pun gerak kerja propaganda penampan dan sebagus mana pun laporan harian, rakyat Malaysia ini jenis pandai menyimpan 'Rasa Terbuku Di Hati'.

Kita ambil contoh, walaupun benar ramai yang menyanggah arwah Madet punya Gila nak jatuhkan Najib, pada masa yang sama, Rakyat menyimpan 'Rasa Terbuku Di Hati'.

Rakyat amat jarang dah meluahkan 'Rasa Terbuku Di Hati' dalam status-status di fesbuku dan di media sosial dan turun ke jalanan untuk demonstrasi. Tapi itu bukan bermakna, Rakyat melepaskan dan mulai suka dengan TPPA, GST , wang derma $2.6 biliyun serta isu bauksit.

Walaupun betul semakin ramai rakyat masih berbelanja besar dan semakin banyak kenderaan di atas jalanraya membayar tol-tol itu akibat perjanjian berat sebelah pentadbiran dulu, itu tak bermakna Rakyat menerima Perjanjian Konsesi Tol dan mampu membayar tol.

Masalahnya, tim-tim media dari pasukan PMO dan Menteri2 yang ada, terlalu lewat untuk menjawab dan terlalu teknikal sangat dalam menepis propaganda2 bertali arus.

Kekuatan tim-tim media goyang kaki ambil kredit gerak kerja oranglain masih terlalu lemah dan lemau dalam menjawab pantas isu-isu propaganda. Mereka amat kurang Kemahiran Menjawab Secara Spontan. 

Tukang-tukang canang puak anti Najib dan anti Malaysia sedang menunggu masa yang sesuai bilamana tahap ketidakpuashati rakyat semakin memuncak. Perkara ini ambe tak fikir tim-tim mampu menangkis serangan propaganda pada waktu itu kerana mereka tidak bersedia langsung.

Isu TPPA ini akan melonjak naik mengambil momentum apabila masanya amat sesuai dengan ketidakpuashati rakyat dengan harga barangan yang masih belum turun dan matawang yang menurun.

Harga minyak mentah dunia turun dan ini memang menjejaskan pendapatan negara. Pada masa yang sama, GST berjaya menyelamatkan kondisi ekonomi negara namun rakyat melihat kenaikan elaun dan gaji ahli parlimen dan ADUN serta EXCO berlaku.

Keresahan rakyat semakin menebal bilamana Rasionalisasi Hutang 1MDB mula dikaitkan dengan GST walaupun perkara itu tidak benar.

Isu GST dan banyak lagi isu-isu lain tidak lagi rakyat luahkan di media sosial tapi secara senyap-senyap dan terbuka di tempat awam, di pejabat dan di mana saja rakyat berkumpul setelah berpenat lelah mencari rezeki.

Maka jangan terkejut bilamana isu TPPA akan mula melonjak naik dan tim-tim media yang ambil kredit oranglain akan mula berpaling arah dari Najib.

Yang tinggal kekal pertahankan Najib adalah mereka-mereka yang selama ini melakukannya kerana tidak mahu negara menjadi kacau-bilau dan bukan bermotifkan apa-apa kepentingan politikal.

Sabtu, 2 Januari 2016

TAHUN BARU 2016 TAHUN YABEDA BEDOO


BISMILLAHI WA BILLAHI WA MINALLAHI 
DENGAN NAMA ALLAH DAN DENGAN KEKUATAN ALLAH DAN DARIPADA ALLAH
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD

Sempena Tahun Miladiah yang baru ikut pengiraan kaedah kalendar Gregorian , Maharaja Rom sebelom lahir Nabi Allah Isa alaihissalam , yang pada waktu itu menjarah hebat Baitulmuqaddis.

Ada yang kata perlu lah ikut kalendar Islam sahaja yang mula diperkenalkan selepas kewafatan Rasul Allah Mohammad bin Abdullah shallallohu 'alaihis salaam. Bagi ambe yang tak belajar Ilmu Falak, Ilmu astronomi dan ilmu Bintang Nabi Allah Idris alaihissalam; kata-kata demikian tidaklah penting sangat dalam menentukan darjah keIslaman seseorang itu.

Sebab cuba fikir, Nabi Allah Adam alaihissalam dan Siti Hawa
adalah dua orang manusia yang beragama ISLAM jugak di waktu mula-mula turun ke dunia bumi selepas menerima beberapa klimat-kalimat daripada Allah Hu Ta'ala.

Maka,
kalender apa plak yang digunakan oleh Nabi Allah Adam alaihissalam untuk mengira saat, minit, jam, siang dan malam, hari, minggu, bulan dan tahun ? 

Lanjutan daripada artikel IBLIS BERTEMU MANUSIA sebanyak 7 siri lalu ...... ramai gak nak tahu kan apa plak selepas itu ...?

Ada beberapa perkara penting yang nak diringkaskan bagi menambah kepahaman berkenaan artikel-artikel IBLIS BERTEMU MANUSIA 7 siri itu .....

Pertama gulungan manusia yang ada pada akhir-akhir-akhir zaman ini sejak 2,000 tahun lepas yakni
pada tahun masihi 1......

Manusia digulungkan kepada
Manusia keturunan Dewa
Manusia keturunan Jin
Manusia berhati Iblis

dan

Manusia Roh Rohani Insani anak cucu cicit Nabi Allah Adam alaihisalam dengan Siti Hawa yakni 20 pasangan kembar pertama yang di sebut 40 pupu anak cucu cicit Nabi Allah Adam alaihissalam dengan keturunan dari Nabi Allah Syits alaihissalam.

Kemudian dikelompokkan kepada gulungan
Gulungan Penentang
Gulungan Pendurhaka
Gulungan Pembelot
Gulungan Taat Setia Patuh Tunduk sembah sujud (bukan mempertuhankan yer) kepada Nabi Allah Adam alaihissalam

kemudian dikategori mengikut amalan-amalan mereka
Yang membatalkan yang Haq dan menghalalkan yang Bathil
Yang Batu api
Yang Menyekat Rezeki
Yang Mengadu domba
Yang Menghisap darah
Yang gunting dalam lipatan
Yang musuh dalam selimut
Yang duri dalam daging

Mengikut Dunia bumi yang di lihat dalam 3 dimensi
Alam Daratan
Alam Ghaib
Alam Daik

Selepas itu di susun sekelian 8 alam utama
Malaikat
Dewa
Jin
Manusia
Bunian
Tumbuh-tumbuhan
haiwan
Benda-benda

Maka di lihat pada
Adat
Hukum
Peraturan

Disusun rapi mengikut Haq-haq
Haq Mutlak
Allah Hu Ta'ala pemilik mutlak dunia bumi dan seluruh isi sekelian alam dan makhlok

Haq Pesaka
Dunia bumi dipesakai kepada Nabi Allah Adam alaihissalam dan anak cucu cicit nya manusia Roh Rohani Insani

Haq Wakaf
Yakni kepada 7 alam lain yang setia tunduk patuh akur kepada nabi Allah Adam alaihissalam dan anak cucu cicitnya dari awal zaman sampai akhir zaman.

Maka di tuntut semula Hak
Gunung Gelenggang
Gunung Pertemuan

yakni
Hak Kita ... Hak Kita
Hak Orang... Hak Orang
Hak Orang kita tak nak
Hak Kita jangan lagi di beri kepada orang
Senjata Makan Tuan
Bongkok Makan sarung
Serta di buka kontrak menjadi manusia dalam rahim ibu

Disebutkan juga mengenai 26 gambaran di langit pada 1992.

Hak menghukum Haq Allah Hu Ta'ala .....
Disebutkan bagaimana Raja Iblis laknatullah memohon DUNIA BARU untuk menjadi RAJA DUNIA selama 30 tahun bermula dari 1990 sehingga 2020.....

Diberikan Surat Peringatan kepada semua pihak atasan mengenai perkara itu ....  Surat Peringatan terakhir pada 31 hb Disember 2013.

Maka tinggal lagi 4 tahun dari 2016-2020 ........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...