Kembali kepada menyatakan kebenaran mengenai perlakuan Zina oleh ADUN Selinsing YB Saipol. Kisah perlakuan YB Saipol ini sudah lama diketahui oleh para penduduk Selinsing Pasir Puteh Kelantan. Ianya menjadi tajuk utama di kedai-kedai kopi di situ. Tanyalah kepada sesiapa pun dalam ahli majlis mesyuarat kedai kopi Selinsing Pasir Puteh mengenainya. Penceritaan akan diberikan secara percuma sahaja. YB Saipol juga dikatakan sudah alah malu dan segan untuk berkunjung ke kawasan DUN nya kerana pandangan buruk pengundi-pengundi setempat. Dalam blog Papa Gomo, isitlah 'YB GILA BURIT' yang ditujukan kepada YB Saipol itu merupakan gelaran bisik-bisik dari mulut ke mulut penduduk setempat.
Pendedahan oleh saksi utama Ustaz Saidi bin Hussin yang merupakan salah seorang yang menangkap YB Saipol di dalam koch VIP 1 keretapi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat bermula daripada pengaduan suami kepada Kak 'N'. Selaku KETUA KESELAMATAN DUN SEMERAK & KESELAMATAN PONDOK-PONDOK KELANTAN, beliau ambil tindakan. Hasilnya, beliau menjumpai YB SAIPOL ADUN SELINSING bersama Kak 'N'. Beliau mengatakan bahawa Ustaz Fauzi sepupu beliau juga turut serta dalam serbuan mengejut yang dilakukan olehnya.
Menurut BLOG THE FLYING KICK klik di sini dan BLOG PAPA GOMO kilk disini menyatakan bahawa Kak 'N' dan suami Kak 'N' akan tampil ke hadapan untuk menyokong bukti-bukti kukuh yang dikemukakan oleh Ustaz Saidi Hussin. Kita tengok dan analisa nanti samada suami Kak 'N' dan kak 'N' ini juga akan turut dikatakan memfitnah YB Saipol ADUN Selinsing tersebut.
Pengajaran yang diperolehi daripada kejadian ini ialah mengenai sikap hipokrasi Pok Nik dalam menangani masalah disiplin ADUN-ADUN PAS DI KELANTAN. Terdahulu, kita amat keciwa dan terkejut dengan kesilapan nombor bilik dalam pendakwaan khalwat ke atas Mat Sabu. Pendedahan kali ini pula menceritakan mengenai sikap acuh tak acuh Pok Nik ke atas YB Saipol ADUN Selinsing.
Kita tidak mahu mana-mana musuh Islam mempunyai kelebihan ke atas mana-mana pemimpin-pemimpin orang Islam yang boleh digunakan oleh mereka untuk membaghalkan pemimpin-pemimpin orang Islam dan orang Islam di Malaysia.
Masa bertenang yang diberikan kepada ADUN Selinsing untuk berundur ialah sehingga jam 12 tengahmalam 31hb Disember 2010 yang tinggal cuma seminggu saja lagi sebelum pasukan NADI RAKYAT mendedahkan lebih banyak lagi. Gerakerja SAMSENG & GENGSTERISMA tidak akan mampu mengubah dan menakut-nakutkan pasukan NADI RAKYAT.
ALLAH BESERTA UMNO/BN & UMNO ITU ISLAM TULIN!!!
BERANI KERANA BENAR.





