Ahad, 18 April 2010

HIKAYAT TANAH BERTUAH (2)


1900 - 1920 tahun masihi.

Dunia pada waktu ini baru sahaja memasukki alaf baru ke 20. Suasananya hampir seperti masa menyambut Alaf 21. Dunia memasukki peringkat perkembangan sains & teknologi yang begitu pantas sekali. Perkembangan ekonomi sistem kapitalis memuncak dan perkembangan idea-idea fahaman baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Dalam tempoh 20 tahun pertama di alaf baru, sudah terlihat gerakan -gerakan baru yang cuba mengubah suasana politik dunia. Di Tanah Melayu pula, segala penentangan terbuka sudah dipatahkan. Orang Melayu bagaikan harimau dirantai, semakin hari semakin alpa dan leka. Tiada lagi 1 gerakan bersepadu antara orang-orang Melayu menentang Ingeris.



Pada masa ini juga, di Asia Tengah berlaku pergolakan politik yang menguggat kekuasaan daulah Othmaniyyah Turki yang merupakan daulah Islamiyyah yang terakhir dan masih bertahan.


Kebangkitan semangat kepuakan assobiyah jahilliyah di kalangan orang-orang Arab mulai bertapak dan subur. Pergerakan ini diburukkan lagi dengan merebaknya secara luas fahaman Wahhabiyyah di Semenanjung Tanah Arab. Pergerakan assobiyah jahiliyyah ini digunakan oleh kuasa-kuasa besar barat sebagai alat melemahkan daulah Islamiyah Othmaniyyah Turki.




Apakah kesannya kepada Tanah Melayu pada waktu itu? Pihak Ingeris semakin mencengkam penguasaan mereka di bidang politik dan ekonomi. Bagi tujuan itu, pihak Ingeris membawa masuk bilangan imigran dari India dan China. Imigran kaum India ini bertugas sebagai Polis dan tentera dan sebagai pekerja di ladang-ladang getah milik syarikat-syarikat Ingeris. Imigran dari China pula dipergunakan sepenuhnya oleh pihak Ingeris di dalam bidang ekonomi ini kerana mereka datang dengan modal yang besar. Pihak Ingeris telah memperkenalkan sistem ekonomi Kapitalis. Pada peringkat inilah, asas-asas ekonomi moden Tanah Melayu mulai di bentuk. Segala peluang-peluang tersebut di buka seluas-luasnya kepada imigran Cina manakala pihak Ingeris menggunakan perang saraf terhadap orang Melayu dengan slogan dan kepercayaan karut bahawa orang Melayu ini pemalas.




Imigran Cina telah mengambil kesemua kesempatan dan peluang yang diberikan kepada mereka oleh pihak Ingeris. Mereka mula mengumpul kemewahan dan harta benda yang banyak dan menguasai semua bidang ekonomi termasuk pembukaan bandar-bandar baru, restoran, pasar, barang keperluan harian dan pelbagai bidang lagi. Matawang baru yang diperkenalkan oleh Ingeris bagi menggantikan matawang emas keluaran kesultanan Melayu semakin terhapus dan hilang terus. Ini bermakna secara otomatis, kemewahan orang Melayu hilang.




Namun, orang Melayu tidak pernah mencemburui apa yg dimiliki oleh kaum Cina pada masa itu malah orang Melayu bergaul dengan kaum Cina dengan penuh selesa dan menerima baik kehadiran kaum Cina di Tanah Melayu. Budaya Melayu semakin terhakis dan pihak British telah membuat persepsi/tanggapan umum yang memudaratkan orang Melayu iaitu dengan membina dan melemparkan persepsi/tanggapan bahawa orang Melayu ini pemalas, ketinggalan zaman lapok serta kuno dan tidak boleh dipercayai. Pihak British telah sengaja merendahkan maruah orang Melayu di mata kaum Cina dan di orang Eropah. Pada kala ini, orang Melayu di lihat sebagai bangsa yg hanya berlagak , suka berhias dan tidak pandai berniaga. Peluang-peluang yang ada pada kala itu tidak diberikan langsung kepada kaum Melayu. Sistem pendidikan barat mula diperkenalkan oleh pihak British dan pihak British hanya memberikan pendidikan secukup makan kepada orang Melayu.




Hakmilik tanah telah disekat secara sistematik oleh pihak British melalui SISTEM TORRENS yang diciplak dari Australia. Kuasa-kuasa Sultan Melayu untuk menyerahkan dan menentukan hakmilik pegangan tanah sudah dirampas secara halus oleh pihak British. Budaya Melayu, insittusi Melayu serta kepentingan Melayu telah di serang bertubi-tubi dan secara sistematik oleh British. Orang Melayu telah dimarginalkan oleh sistem pemerintahan British.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...