Memaparkan catatan dengan label Krisis Air DI Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Air DI Selangor. Papar semua catatan

Isnin, 10 Jun 2013

SENYAP SUNYI TAK BERBUNYI BN SELANGOR SELEPAS PASKA PRU13 -SIRI 1.

Lama beno lah plak BN Selangor ni kemonyokan., Termasuklah semua bloger-supastar-sapu-semua-bajet Selangor (ada yang ok dan ada yang masih teramat besar kepala). Atau mereka masih bercuti honeymoon menghabiskan dan enjoy segala pendapatan sapu-bersih mereka? Jika gerak kerja untuk PRU 14 masih kekal dengan momentum Sapu-bersih dan menyisih, jangan haraplah BN Selangor mampu tawan Selangor semula. 

Sedangkan kita semua tahu, DUN Selangor kini mempunyai seorang speker yang bertaraf bekas GRO. So, dimanakah intergriti kerajaan DAP-PKR yang menyisih PAS? Kita juga tahu, masih banyak isu-isu yang belum diselesaikan oleh DAP-PKR pada sesi pemerintahan benak mereka dari 2008-2013. Tetapi kenapa momentum yang hebat dan rancak sebelum PRU13, tiba-tiba terhenti? Seolah-olah, Garuda Menyerang? BN Selangor sudah jadi padang jarak padang terkukur ke?

Ini adalah siri pertama dari beberapa siri yang akan dilanjutkan lagi. Bukan nak tunjuk Hero, itu kerja oranglain yang selama ini kata mereka supastar, tapi mahu mencetuskan kesedaran. BN Selangor memang perlu di revamp sepenuhnya. Di rombak. Bukan dari akar umbi tetapi bermula dari hirarki pertengahan sehinggalah ke atas. 

Adalah jelas, jentera pertengahan BN Selangor gagal menterjemahkan polisi dan strategi pihak atasan. Manakala akar umbi terpaksa bekerja dalam keterpaksaan. Ada pihak yang mengaut laba berlebihan dan ada pihak yang bekerja secara jujur tanpa imbuhan. Malah ada pihak yang memburukkan pihak lain sehingga berkecil hati. Hanya semata tidak mahu menjadi Pak Turut dan bersentongkol dengan ketamakan.

Sememangnya ada Harapan bagi BN Selangor menawan kembali Selangor. Tapi apakah formulir dan strateginya?

Isnin, 5 November 2012

NURUL IZZAH PUTERI PLURALISMA - TAK SOKONG MURTAD TAPI MELAYU BOLEH MURTAD.

NURUL IZZAH OTAKNYA SUDAH TERCEMAR DENGAN CAIRAN LIKAT FAHAMAN PLURALISMA

.



















Bangang tak sudah pemimpin Pakatam Ahzab. Ingat semua orang boleh diperbodohkan macam penganut-penganut mereka yang takde akal dan sasau. Sebelum ini Nurul Izzah di petik berkata sebarang perundangan mengenai kebebasan beragama hendaklah disamaratakan (pluralisma) bagi semua agama.  "Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,”

Setelah di henyak dan di kritik hebat kerana pendapat pluralisma nya itu, kini Nurul Izzah kata:-
Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. 
Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256.
Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.
Nurul Izzah Anwar
4 November 2012
Hamboi mudahnya Nurul Izzah Puteri Pluralisma ini berkata dan berkalih kata. Segala penafsir Al Quran yang muktabar pun jika masih hidup dan mendengar kata-kata Nurul Izzah pasti terperanjat dan terkejut besar. 

Apa yang kita fahamkan dari kenyataan Pluralisma Nurul Izzah ialah, its ok untuk bebas beragama waima murtad kerana dalam AL Quran ada sebut TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA kerana itu adalah syariat Islam seeperti terikatnya warganegara dengan Perlembagaan Malaysia.

Namun pada masa yang sama bukan ke puak pakatam ahzab yang kata PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERLU DI UBAH !




Sabtu, 3 November 2012

DI MALAYSIA INI RAMAI SUNGGUH JADI PAKAR MACAM-MACAM.

MALAYSIA KITA MEMANG INDAH DAN RAMAI PAKAR DALAM PELBAGAI BIDANG LEBIH PANDAI DARI YANG TERPANDAI.

Bersantai-santai berbicara tidak salah rasanya. Memandangkan musim tengkujuh dan musim mengawan sudah tiba. Dikatakan HarakahDaily dijangka mempuyai hits paling tinggi sehingga bulan Januari nanti kerana ramai yang mencari Obat Kuat Urat. Pada musim mengawan semakin lebatlah masuk buat para lebai dan Pok Nik melakukan upacara ritual merestui pasangan pengantin. 

Majlis kenduri-kendara bakal dijadikan tempat berkempen. Pengantin juga jadi mangsa keadaan. Tidak ketinggalan di jangka makin banyaklah AES bakal menjadi mangsa kenderaan-kenderaan yang tak berpuashati di rakam gambar kesalahan trafik mereka. 

Sudah ada kedengaran beberapa suara-suara sumbangsih yang mengaitkan AES dengan Ramalan Kemerosotan undi kepada BN. Peramal-peramal masa depan ini cukup pakar dalam meramal masa depan BN tapi sendiri pun masa depan depa tak berapa nak pakar. Jadi bayangkanlah, grup peramal masa depan ini hanya pakar bab-bab meramal nasib BN sebab nak menonjolkan kepada kepimpinan yang bajet mereka terima itu tidak sia-sia waima memang sia-sia pun.

Musim mengawan sebegini jugalah menjadi igauan para pemimpin politik setempat bila asik kena bayar TOL RAKYAT. November ke Januari , tiga bulan, 12 minggu. Setiap minggu pasti ada sepuluh jemputan. 12 minggu bermakna bakal ada 120 jemputan paling tidak. Sekali jemputan kena bayar TOL RAKYAT paling minima RM50, RM100 dan RM 150. Total jangkaan kutipan TOL RAKYAT sekitar RM18,000.00 bagi 120 jemputan. 

Puak Pakatam Ahzab pula sedang sibuk berkempen berlagak dengan bas mewah, treler mewah dan jumlah bilangan audiens yang sama di setiap tempat. Kini sudah tersebar pula khabar angin mengatakan treler-treler mewah kempen DAP 'ghaib' dari tempat parkir. Macam-macam helah musibat digunakan Pakatam Ahzab untuk menipu rakyat jelata.

Petang tadi juga di Singapura beberapa pemimpin Pakatam Ahzab telah mengadakan sidang media menjemput dua orang peguam SUARAM untuk berbohong dan dan menipu di sana. Dikatakan sesi itu di taja khas oleh PAP Singapura. Kenapa berlaku begitu? Kenapa PAP Singapura begitu ghairah hendak campurtangan politik Malaysia? Apakah Lee Kuan Yew masih mengejar mimpinya untuk menjadi PM Malaysia? Anwar Aib Braheem hendak jadi Presiden Pertama Republik Malaysia?

Paling lucu bila beberapa NGO pun nak buat demonstrasi membantah 'keganasan' penguatkuasa. Hadoi. Kenapa NGO tersebut tidak berkempen Membantah Keganasan pendemo ? Jadi nampak sangat cacat dan sasau akal puak Pakatam Ahzab ini. 

Photo: lebai kera PAS mmg suka dgn demontrasi yg dipimpin oleh pejuang IFC dan Pluralisme. dulu Ambiga, skrg ni Irene Fernandez plak.pelik...pelik....
SETELAH SUARAM GAGAL, KINI IRENE FERNANDEZ CUBA MENYELAMATKAN MARUAH PAKATAM AHZAB DENGAN MENDAKWA PENGUATKUASA MALAYSIA INI 'GANAS' .LIHAT GAMBAR DI BAWAH ADAKAH PENGUATKUASA YANG 'GANAS' ATAU PENDEMO YG GANAS?









DRAMA LAKONAN KEMATIAN OLEH PENDEMO YG TERSOHOR KEMUDIAN HIDUP KEMBALI.
BOLEH DIPERCAYAI PUAK PAKATAM AHZAB YANG MENGAKUI MANIFESTO BUKAN JANJI?
Menyedihkan kerana Pakatam Ahzab membawa politik Malaysia ke taraf Primitif Zaman Gelap Eropah, Sudah di bilang banyak kali kepada penyokong dan pemimpin Pakatam Ahzab agar menjadi matang dan mengawal emosi mereka. Malangnya, otak mereka sudah dipenuhi dengan cairan pelbagai najis hewan ternakan. dan dijangikit virus. 

Akaq Wan Jijah mahu melancarkan kempen PAKATAM AHZAB HARAPAN RAKYAT dan menuduh BN berkempen dengan cara kata nista dan cela. Ya la tu, PAKATAM AHZAB HARAPAN RAKYAT KE LUBANG KUBUR.

Pakatam Ahzab tidak mempunyai sebarang MATLAMAT JELAS dan halatuju politik selain mahu menumbangkan BN dan menawan Putrajaya sahaja. Jika kita tanya kepada kak Wan Jijah , HARAPAN APA ? Jawapan yang pasti di terima ialah 'BANG NUOR ANOOGERAH TUHAN".

Dengar khabar di Sabah, Pakatam Ahzab mempunyai masalah paing besar dengan aprti-parti sekutu baru mereka bila label PKR ORI dan PKR FOTOKOPI mula menjadi bahan percakapan sesama PKR di sana. Sudah timbul keresahan ahli PKR lama dengan ahli parti sekutu baru Pakatam Ahzab yang diketuai oleh Lajim dan Bumburing.Fraksi ini akan menjadi punca Pakatam Ahzab kalah. Bagus lah.

Janganlah kita membuang masa dan tenaga mengekar mimpi yang tak pasti daripada PAKATAM AHZAB. Lebih baik kita memberikan sokongan kepada pihak yang sudah terbukti mampu membawa agama, bangsa dan negara ini ke hadapan. 

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA.

RAFIZI KETUA GAY JAMBAN PKR MENIPU WARTAWAN DALAM SIDANG MEDIA.

RAFIZI KETUA GAY JAMBAN YG MENIPU WARTAWAN DALAM SIDANG MEDIANYA MENGENAI PENDEDAHAN BAHLOL YANG MENGANTOIKAN PAKATAM AHZAB.


Dr MIM menulis :-

Akhirnya, Rafizi Ramli, pegawai khas Anwar Ibrahim mengikut langkah boss beliau apabila beliau hilang kawalan perasaan dan melenting ditanya soalan-soalan cepumas oleh para wartawan yang hadir menyaksikan aksi sarkis beliau.
Sidang akhbar yang sepatutnya menjadi medan untuk Fizi menyetang DS Nazri Aziz, gagal dan terpalik kembali ke muka anak didikan Anwar ini apabila beliau menyindir dan seperti memperbodoh-bodohkan wartwan yang hadir!
Video di bawah menunjukkan tindakan Fizi yang seperti menghina wartawan dengan berkata, "you have brain you judgelah...."
Ketidakmampuan anak didik Anwar itu untuk mengawal sidang akhbar sehingga menjadi tegang itu jelas sekali di dalam video tersebut.
Malah, pertunjukkan video yang tidak ada bukti menunjukkan anak DS Nazri Aziz itu menyebabkan Fizi terperangkap di dalam permainan murahan beliau sendiri! Pathetic! 
Dan apabila Fizi naik angin dan cuba 'diselamatkan' oleh Tian Chua, Tian Chua yang sebelum ini dikaitkan dengan Yahudi George Soros itu pula mengatakan bahawa video yang dimainkan oleh Fizi Ramli 'tidak jadi bukti'!
Jika video itu 'tidak jadi bukti' maka buat apa Fizi Ramli dan Tian Chua mengadakan sidang akhbar yang berkisar tentang video itu? 

Jom saksikan Sidang Media palaing tak cerdik Rafizi Ketua Gay Jamban dan Pakatam Ahzab:-

BINASALAH PAKATAM AHZAB SELURUHNYA !

Jumaat, 2 November 2012

HELO RAFIZI JANGAN USIK ABANG FAVORIT CIF NAZRI AZIZ ...

LU APA TUNJUK-TUNJUK ? TUNJUK LU PUNYA OTAK CACAT N SASAU KAA?
Hamba naik hangin bila abang favorit hamba si Cif Nazri Aziz kena fitnah dek Rafizi Ketua Gay Jamban PKR. Gomo dah jawab dan meluahkan isi hati nya di sini APA DOSA CUCU NAZRI AZIZ ? Kemudian fitnah tersebut mula disebarkan meluas oleh cacai-cacai anak lembu peliharan Rafizi Ketua Gay Jamban PKR di fesbuk.

Hamba nak luahkan pula isihati dan pandangan hamba pula. 
Hamba memang respek Cif Nazri Aziz. Hati kering. Tabah. Tak mudah mengalah dengan Pakatam Ahzab. Bijak dalam berbicara. Peramah. Mesra. Dan tak mudah melatah. 

Fitnah Rafizi Ketua Gay Jamban PKR ke atas Cif Nazri Aziz melampau batasan. Malah fitnah tersebut amat keji dan tercela. 

Hamba faham kenapa Cif Nazri Aziz di fitnah kerana Cif Nazri Aziz dan kakitangannya di Parlimen cukup efektif memanggil mana-mana ahli Parlimen BN untuk hadir segera bagi meluluskan Bajet 2013.
Apa cara lagi untuk Pakatam Ahzab mengganggu fikiran Cif Nazri Aziz melainkan dengan memfitnah anggota famili Cif Nazri Aziz?

Cif Nazri Aziz ini cukup sayangkan famili beliau, Isteri, anak, cucu, menantu dan adik beradik dan ibu ayah Cif Nazri Aziz adalah harta paling berharga buatnya. Beliau sanggup korbankan apasaja untuk melindungi familinya.

Pakatam Ahzab tahu mengenai perkara itu, Fitnah kali ini bertujuan agar memberi tekanan kepada Cif Nazri Aziz agar timbul perselisihan faham dengan semua ahli Parlimen BN. Bila ada ahli Parlimen BN yang mengkritik Nazri Aziz, Pakatam Ahzab berharap ianya akan mengambil momentum dendam. Bila itu berlaku, Pakatam Ahzab berharap bila sekali lagi mereka melakukan manover sepert tahun lepas, Bajet 2013 tidak akan diluluskan.

semakin hari semakin terok puak Pakatam Ahzab berpolitik. Dulu Kalipah Guan Neneng dah kata Jangan melibatkan anggota famili jika berpolitik. Nampaknya Pakatam Ahzab sudah durhaka sama Kalipah Guan Neneng. 

Memualakn sungguh cara Pakatam Ahzab berpolitik. 







Ahad, 21 Oktober 2012

BERITA BAIK UNTUK BN: PKR SERANG PAS KELANTAM GUNA CACAIMARBA PAS UNTUK DAPAT KERUSI LEBIH.

Paparan Skrin Cacaimarba PAS Yang Digunakan Oleh PKR Untuk Mendesak Kuaota Kerusi Yang Lebih Daripada PAS di Kelantan.

Kedudukan PAS di dalam Pakatam semakin goyah dan bergoncang hebat nampaknya. PAS sudah di nilai sebagai liabiliti berat oleh PKR dan DAP. Jika sudah keluar desakan-desakan seperti di atas terhadap PAS oleh cacaimarba PAS sendiri bayangkanlah magnitud masalah PAS dalam Pakatam. 

Bahkan akhir-akhir ini kita sendiri menyaksikan bagaimana PAS di hentam dan dikeroyok teruk oleh cacaimarba mereka sendiri dalam semua isu-isu. Sehinggakan pemimpin PAS pun turut di cela dan di kutok rapat oleh cacaimarba PAS berbanding dengan layanan istimewa macam Dewata yang di terima oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP. 

Seorang bloger pro PAS pernah mengulas dan menulis keluhannya mengenai serangan bertubi-tubi dari dalam PAS sendiri terhadap PAS. Beliau pun hairan kenapa layanan begitu buruk terhadap PAS diberikan oleh sekutu-sekutu politik PAS dalam Pakatam. Beliau menyimpulkannya :-

jika pemimpin PAS bersuara : " Ini tidak baik untuk Pakatam"
jika pemimpin PKR di kritik :  " Itu agen UMNO"
jika pemimpin DAP di tegur:   " Itu sudah di beli UMNO"

Nampaknya jelaslah Tahaluf Siyasi yang PAS pegang sudah memakan diir mereka sendiri. Ini kerana amalan Tahaluf Siyasi PAS tidak mematuhi syarat-syarat dan tidak mempunyai ciri-ciri Tahaluf Siyasi yang dibenarkan dalam syara'. Inilah kesan dan akibatnya bila PAS suka-suka hati mempermainkan hukum-hakam agama Islam menurut kehendak duniawi mereka bagi mendapat kerusi.PAS lebih memanipulasikan Tahaluf Siyasi daripada benar-benar menghayatinya. 

Jika beginilah konflik dalaman Pakatam yakni berlaku perebutan kerusi serta layanan buruk sesama sendiri, ini merupakan berita baik buat BN. Moleklah Pakatam memusnahkan sesama sendiri. Bertambah mudah dan senang kerja kami menengakkan Kebenaran. 


MUFTI PERAK & A KADIR JASIN BERI NASIHAT KEPADA SEMUA PENGAMAL MEDIA.

image 
Seorang Mufti dan seorang Lagi Otai Wartawan.

Semasa Pakatam gunakan media internet dan media sosial sebagai bahan penyebaran propaganda memburukan UMNO/ BN, keduanya masa itu masih belum menyedari bahayanya. Tapi apabila pengamal bebas media internet seperti Hamba mula menyerang balas dan cacaimarba pakatam mula gagal mengatasi serangan-serangan balas yang dilakukan barulah tiba-tiba datanglah ilham pujangga dari langit untuk memberikan nasihat dan pandangan. Namun begitu kita hormati keduanya walaupun kita sedar A Kadir Jasin sebagai wartawan pun banyak menulis perkara-perkara yang agak keterlaluan tetapi kerana statusnya maka perkara itu di pandang masih beretika dalam bidang kewartawanan. Sebenarnya, sebelum wujud kumpulan seperti Hamba ini, wartawan merupakan bahan terlaris di pasaran kerana menjadi perebutan para politikus. Kini pasaran tersebut telah beralih arah kepada kumpulan seperti Hamba. Cuma Hamba tak mencari makan seperti itu. Hamba menulis berdasarkan kepada ilmu yang Hamba belajar dari menara gading, pergaulan seharian hamba dengan orang-orang baik dan pengalaman melalui pembacaan. 

Salah satu buku tulisan A Kadir Jasin 

Mula-mula kita baca dan fahami dahulu pendapat A Kadir Jasin (di petik dari blog GAP yang telah membuang pautan blog ini kerana tidak puashati di tegur dan dikritik oleh pemilik blog ini walaupun Hamba tidak membuang pautan blognya mungkin nasihat A Kadir Jasin ini sesuai untuk beliau) sumber asalnya ialah lapuran daripada AGENDAILY-
Unsur anarki dalam media terutama berasaskan Internet di Malaysia dijangka akan menjadi lebih buruk melalui perang siber menjelang pilihan raya umum.Ia dikhuatiri mengakibatkan pengundi membuat pilihan kerana kekeliruan dan bukan kefahaman, kataTokoh Wartawan Negara Datuk A.Kadir Jasin.
Semasa berkongsi pemerhatian itu dalam wacana "Komunikasi Massa: Antara Demokrasi dan Anarki" di Petaling Jaya. Khamis beliau berkata anarki dalam media digital secara terang-terangan memutar-belitkan fakta dan dalam masa yang sama tidak menghormati hak menjawab (mereka yang dilibatkan).
Katanya unsur anarki dalam media berlaku apabila mereka yang tidak terlatih dalam selok belok kewartawanan, tidak arif mengenai undang-undang berkaitan dan etika kewartawanan serta mentakrifkan kebebasan secara literal, telah melantik diri menjadi 'wartawan'.
"Boleh dijangkakan perang siber ini mungkin memburukkan unsur anarki ini yang akan berlaku dengan lebih hebat dalam masa yang singkat apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan tarikh PRU (pilihan raya umum) ditentukan. "Ini situasi yang perlu diperhatikan oleh pengkaji-pengkaji media, PRU akan datang banyak bukan ditentukan oleh kefahaman, tetapi kekeliruan.
"Ini kemungkinan yang sangat berbahaya apabila orang yang akan keluar mengundi, tidak keluar mengundi atau merosakkan undi kerana kekeliruan," kata Kadir.
Kadir yang juga blogger 'The Scribe A Kadir Jasin' berkata pengendali blog tidak harus menyiarkan komen-komen yang memihak kepada mereka sahaja.
Bernama melaporkan beliau berkata kewartawanan warga di alam siber kini juga sudah dicemari oleh orang politik dan kapitalis.
Beliau berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laman-laman blog terang-terangan dimiliki, diilhamkan dan dibiayai parti-parti politik, dan sekaligus memberi gambaran bahawa medium Internet itu diakui berkesan dan mempunyai peluang ekonomi dalam kegiatan itu.
"Dulu tidak ada blogger upahan, sekarang banyak blog yang sudah tidak berkecuali. Dulu nampak anti-establishment atau tidak menyokong pihak berkuasa, hari ini tidak lagi bersikap demikian," katanya.
Kadir ketika menyimpulkan wacananya berkata anarki siber sudah menjadi sebahagian landskap komunikasi massa malah merumitkan industri itu sendiri.

"Hari ini seorang programmer mencipta satu program yang dihakmilikkan, sebaik sahaja disebarkan atau dilancarkan akan ada beratus-ratus atau beribu-ribu orang yang cuba memecahkannya, mereka (ini) juga adalah anarkis alam siber," katanya.
Beliau juga menyimpulkan bahawa ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi memberi kesan dalam pendemokrasian maklumat selain memecahkan monopoli media tradisional dan media arus perdana ke atas maklumat dan pendakyahan (propaganda).
"ICT sudah mula melahirkan generasi tanpa sempadan, tanpa wajah dan terdedah kepada penerimaan berita 'hearsay' atau cakap mulut. Bagi saya ia membimbangkan akibat ketidakcekapan dan ketidak bertanggungjawaban pengguna dan pemilik teknologi," katanya.
Kadir yang ditanya mengenai cadangan penubuhan Majlis Media Sosial, berkata beliau tidak menentang penubuhan majlis itu. "Tubuhlah, kalau hendak buat, saya tidak bangkang. (Tapi jika) hendak kawal media Internet, hampir mustahil sebab 
sampai sekarang tidak boleh kesan semua pemilik blog, tutup hari ini, esok (timbul) yang baharu," katanya.
Ketika ditemui pemberita selepas wacana itu, Kadir menggesa wartawan supaya memainkan peranan mereka dalam usaha mencegah penyebaran unsur anarki dalam media.
"Wartawan perlu selalu mengingatkan diri agar menulis berdasarkan fakta, selalu membuat kajian dengan banyak membaca dan tidak terlalu bergantung pada kenyataan akhbar dan teks ucapan semata-mata,"katanya.
Katanya wartawan kini lebih seharusnya jauh lebih berpengetahuan dan bijak menggunakan maklumat yang terdapat dalam Internet untuk memberikan artikel yang bermaklumat tepat kepada khalayak.
Kadir yang terkenal dengan gelaran tukang cerita serba boleh, mula melibatkan diri dalam dunia kewartawanan sebagai pemberita kadet di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada tahun 1969.
Setelah itu, beliau berhijrah ke Business Times untuk menceburi bidang kewartawanan ekonomi dari tahun 1976 hingga 1984, dan pernah memegang jawatan Pengarang Bersekutu Business Times.
Beliau juga pernah dilantik ke jawatan penolong pengarang kumpulan Berita Harian dan seterusnya pengarang kumpulan itu pada tahun 1986.
Pada tahun 1988, selama 10 tahun, Kadir dilantik sebagai Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan seterusnya Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad dari tahun 1998 hingga 2000.
Kadir kemudian menerajui syarikatnya sendiri yang terlibat dalam penerbitan beberapa majalah.AGENDADAILY
Berikut pula ialah pendapat Mufti Perak Datuk Harussani di petik daripada blog lain pula:-

PELIHARA AIB ORANG LAIN.
SEJENAK merenung di dada akhbar mahupun coretan di laman sesawang, membuatkan saya beristighfar panjang bila menyelusuri bahan berita, coretan mahupun komentar dari pihak yang rata-ratanya agak kritis dan kadangkala memualkan.
Setiap bahan berita, coretan dan komentar lebih banyak menyentuh hal-hal bersangkutan diri seseorang yang bukan sahaja boleh menjatuhkan maruahnya, malah lebih dari itu sehingga menghinakan diri dan keluarganya. Adakalanya komentar dan catatan yang dipaparkan sarat dengan fitnah, umpatan dan cacian daripada sesuatu pernyataan yang membina.
Saya menyedari hakikat umat Melayu ini yang pandai berbahasa dan berkias, namun sejak mutakhir ini gaya bahasanya sudah tidak berlapik dan beralas lantas menerjah maruah diri seseorang sehingga menusuk ke tulang putihnya. Malah, bukan sekadar menerusi penulisan, pelbagai medium digunakan termasuklah menggunakan kehebatan berkata-kata, berpidato dan berjenaka bagi menyampaikan hasrat menjatuhkan maruah dan membuka keaiban orang lain.
Apakah kita sudah lupa pesanan agung Rasullullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dari Anas Ibnu Malik r.a, bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan tidak lurus hatinya, hingga lurus pula lidahnya.
Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”Anggota lidah seperti mana yang telah disebutkan oleh Imam Al-Ghazali adalah antara sebesar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan lidah kita berzikir, tilawah Al-Quran dan berkata-kata dengan perkataan yang baik.
Menerusi lidah juga dakwah Islam disebar siarkan di serata alam, dengannya juga terlaksana proses saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya hati sentiasa dekat dengan Allah dan Rasul-Nya. Namun sebesar nikmat itu, maka besar juga tanggungjawab untuk menjaganya. Dengan lidah jugalah manusia boleh terjerumus ke dalam kehancuran, malah boleh mengundang ke lembah neraka Allah SWT.
Hal ini mengingatkan saya bahawa Al Marhum Said Hawwa pernah menyatakan besarnya bahaya lidah hingga tiada siapa yang mampu selamat darinya kecuali dengan diam. Bertepatan dengan apa yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Bukhari dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa beriman dengan Allah dan hari qiamat, maka berkatalah yang baik atau pun berdiam saja.”
Teringat saya bagaimana sejarah menaqalkan bahawa Saidina Abu Bakar r.a pernah satu ketika meletakkan batu kerikil di mulutnya, semata-mata mencegah dirinya dari berbicara. Lalu ditanya mengapa beliau berkelakuan begitu, ia menunjukkan kepada lidahnya seraya berkata, “Inilah yang menjerumuskan aku ke dalam kehancuran.”
Al Imam Al Bukhari meriwayatkan dari Sahl bin Sa‘ad bahwa Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara janggutnya dan dua pahanya maka aku menjamin untuknya syurga.”
Dalam hal ini juga, apakah umat Melayu sudah lupa pepatah yang berbunyi “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.”
BAHAYA FITNAH
Al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai manual yang memandu hidup manusia telah mencatatkan bahawa di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mengumpat setengah yang yang lain. Adakah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.”
Imam Al-Qurtubi ketika membahaskan ayat di atas menukilkan sebuah hadis tentang erti ghibah (mengumpat) seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Mengumpat itu adalah anda menyebut perihal saudaramu dengan suatu yang di bencinya.”
Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari Al-Barra beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami hingga terdengar oleh kaum wanita di rumah-rumah mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak beriman dengan hatinya, janganlah kalian mengumpat orang-orang muslim dan mencari keaibannya.
Sesungguhnya orang yang mencari-cari keaiban saudaranya, maka Allah akan mencari-cari keaibannya. Dan siapa yang keaibannya di cari-cari Allah, maka pasti Allah akan membongkarnya di tengah rumahnya.” Biarpun sekian banyaknya peringatan al-Quran dan hadis tentang telatah buruk ini, namun umat ini seakan-akan tidak pernah mendengar dan mengambil tahu.
Bayangkan apa akan terjadi sekiranya masyarakat kita dipenuhi dengan tingkahlaku yang “jelek” ini, dipenuhi saban hari dengan sikap fitnah memfitnah dan mencerca sesama kita.
Hanya ilmu dan penghayatannya sahaja mampu mengekang penularan sikap keji ini sepert imana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Umamah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul berbagai fitnah, di pagi hari seseorang dalam keadaan mukmin lalu kafir di petang harinya, kecuali orang yang dihidupkan Allah dengan ilmu.”
TENTANG KEBURUKAN ORANG LAIN
Seringkali kita mendengar pihak-pihak beralasan dengan menyatakan “Saya tidak mengumpat atau memfitnahnya, saya berkata yang benar! Saya punya bukti itu dan ini!. Pernyataan yang seolah-olah ingin menghalalkan perbuatan mereka.
Al Marhum Sa‘id Hawa menyebutkan bahawa Al-Hassan berkata yang bermaksud, “Mengatakan tentang hal orang lain itu terbahagi kepada tiga:
(1) Ghibah: Iaitu kamu menyatakan apa yang ada pada dirinya;
(2) Buhtan: Iaitu kamu menyatakan apa yang tiada pada dirinya;
(3) Ifkun: Iaitu kamu menyatakan apa yang kamu dengar tentang dirinya.”
Biar dalam situasi apapun, menyembunyikan kelemahan dan keaiban seseorang adalah lebih utama dari menzahirkannya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “ Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah taala akan menutup keaibaannya di dunia dan di akhirat.
Dan Allah SWT sentiasa menolong seseorang hamba, selama dia menolong hambanya.” Walau bagaimanapun, Imam Al Ghazali menyebut bahawa menyatakan keburukan seseorang dibenarkan di dalam beberapa keadaan yang diperlukan sahaja dengan syarat yang tertentu.
Antaranya seperti aduan seorang yang dizalimi oleh seorang yang lain kepada seorang hakim, meminta suatu hukum dalam satu perbuatan atau perkara, berniat untuk memberi peringatan kepada masyarakat atas seseorang yang terang-terangan dan bermegah-megah dengan melakukan maksiat dan beberapa perkara lain.
POLITIK, UMPAT DAN FITNAH
Akhir-akhir ini, politik, umpat dan fitnah seolah-olah suatu perkataan yang tidak mungkin dipisahkan. Baik pihak manapun, ia seolah-olah dibolehkan dengan beralaskan hujah-hujah yang tertentu. Segala keburukan pihak lawan didedahkan untuk pengetahuan umum.
Lebih mendukacitakan, saya melihat medium penting bagi membincangkan isu dan kebajikan rakyat seperti sidang Dewan Rakyat dan sidang DUN hari ini sudah menjadi medan umpatan, tuduh-menuduh dan fitnah memfitnah berkait dengan isu-isu peribadi.
Apakah kita tidak menyedari betapa terlalu banyak masa dan ruang telah kita habiskan bagi memenuhi selera buruk ini, sedangkan di hadapan kita terlalu banyak isu dan perkara yang perlu dilangsaikan.
Apabila ini terjadi, fokus utama ke arah mengutamakan kepentingan rakyat terpaksa dikesampingkan bagi memberi ruang menjawab tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.
LEDAKAN ICT
Ledakan sumber maklumat pada abad ke-21 ini menyaksikan era baru dunia maklumat. Menerusi e-mel, SMS, blog, facebook, twitter dan sekarang era wikileaks, maklumat disampaikan dengan begitu mudah dan pantas. Kebebasan bersuara dalam menyampaikan kritikan, penyebaran maklumat kontroversi mahupun khabar-khabar angin menjadikan dunia maklumat ICT berjaya menarik jutaan penggemar.
Menurut sumber Internet World Stats  menyatakan bahawa pengguna Internet hari ini sudah mencapai 1.9 billion dan Asia sahaja mencapai 110 juta pengguna. Klik disini  untuk maklumat terbaru pengguna internet dunia pada masa sekarang. Manakala pengguna facebook di Asia sudah mencapai 93.5 juta. Namun apa yang merisaukan saya hari ini, kecanggihan memindah maklumat hari ini telah dicemari dengan medan menabur fitnah dan umpatan.
Adakah ini termasuk dalam apa yang kita bincangkan di atas. Imam Al-Ghazali menyatakan mengumpat itu sebenarnya bukanlah semata-mata dengan lidah, namun merangkumi isyarat-isyarat dan tulisan.
Tidak keberatan saya katakan bahawa penggunaan medium ini bukan lagi semata-mata menyebarkan berita mahupun maklumat yang bermanfaat, tetapi terselit agenda-agenda tersembunyi yang didokongi oleh mereka yang punya niat untuk membobrokkan orang lain.
Jika amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan ia ke dalam neraka.”
Baiklah para pembaca sekelian begitulah pendapat daripada dua orang yang mempunyai latarbelakang berbeza mengenai amalan-amalan di media sosial pada hari ini.  

Maka pergunakanlah akal untuk menimbangtara kedua pendapat tersebut bagi manafaat diri sendiri dan bagi manafaat orang lain. 

Jumaat, 19 Oktober 2012

AES & LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA- KEBEJATAN MINDA POLITIK.


SETIAP KEBAIKAN sudah pasti mendapat bantahan dan penolakan pada peringkat permulaan. Ini kerana setiap manusia tidak mampu mengetahui dan membezakan kebenaran. AES bukanlah mengenai dua syarikat konsesi yang diberikan peluang untuk menjadi kaya raya kerana kontrak AES tapi ianya men genai kecuaian dan kelalaian para pemandu kereta Malaysia. Budaya pemandu Malaysia masih mengamalkan Budaya Membunuh Diri. Puncanya ialah kerana PBT yang tidak peka kepada keperluan para pengguna jalanraya. Kenapa? Sebab PBT tidak pernah nak berfikiran jauh. Begitu juga dengan pemaju-pemaju perumahan di mana mereka membangunkan kawasan-kawasan sempit yang tidak mempunyai akses jalan lebih daripada dua. Malah pemegang konsesi TOL juga tidak begitu bermurah hati kepada para pengguna jalanraya yang membayar tol setiap hari dan sentiasa terperangkap di dalam kesesakan lalulintas.

Bidang Perkhidmatan di Malaysia masih jauh berada dari tahap memuaskan kerana majoriti kakitangan awam masih menyibukkan diri mereka berpolitik setiap masa daripada mementingkan pekerjaan mereka. Boleh dikatakan tidak ada langsung kerjasama dan kordinasi baik di antara semua agensi kerajaan yang terbabit. Rangkaian agensi dan pihak berkuasa serta pihak swasta lebih mengutamakan amalan rasuah berjela-jela daripada memastikan mutu perkhidmatan ditingkatkan. 

Tidak dinafikan pemaju-pemaju perumahan lebih mengutamakan soal keuntungan daripada soal keselamatan dan keselesaan pembeli yang merupakan pengguna jalanraya. Syarikat-syarikat pemaju juga tidak terkecuali dari menjadi prejudis terhadap polisi-polisi awam. Mereka juga tidak bebas dari sebarang agenda dan aspirasi politik pihak tertentu bagi memecahkan majoriti undi pemilih bagi satu-satu kawasan PDM, Parlimen dan DUN.

Oleh itu perlulah ada sebuah ngo yang memantau semua punca dan sebab-musabab kelemahan perkhidmatan yang ada. Kakitangan awam pada peringkat ini masih belum dapat diharapkan sepenuhnya kerana mereka berminda jumud dan enggan memajukan diri mereka sendiri. 



Apabila Ketua Audit Negara mengeluarkan Lapuran Tahunan Audit sepertimana dikehendaki oleh undang-undang , ianya dipolitikkan sesuka hati oleh politikus pakatam tanpa memikirkan impak kepada rakyat. Cacaimarba pakatam turut menyanyikan lagu politik ke tahap menjijikan dan memualkan. Tidak ramai yang mahu berfikir sendiri dan menilai sendiri Lapuran Ketua Audit Negara tersebut. Kebanyakannya hanya mahu bersorak sahaja tanpa memberikan sebarang artikulasi idea bernas bagi mencari solusi.

Tidak ramai yang ingin tahu bagaimana auditor melaksanakan tanggungjawabnya dan sudut pandangnya sebagai seorang auditor dan bukan sebagai ahli politikus. Belaiu hanya menjalankan tugas-tugas dan melapurkan apa yang telah dibelanjakan oleh semua agensi, jabatan dan GLC. Beliau tidak menyentuh kenapa ianya dibelanjakan kerana itu bukan bidangkuasa dan bidang tugasnya.

Tugasan beliau mengikut perundangan negara dan standard-standard piawaian perakaunan yang digunapakai. Berapa ramai yang tahu mengenai ini?

Kebayankan orang lebih suka melompat masuk ke dalam mana-mana "Pancaragam Propaganda Politik" tanpa berfikir dan meneliti sesuatu isu itu. 


Akhirnya semua isu menjadi satu kerumitan kepada rakyat dan kebaikan sesuatu polisi dan sistem itu menjadi tunggang langgang kerana kebejatan pemikiran yang ada. Sampai bila kita harus menyanyi rentak dan irama yang dieprsembahkan oleh para politikus pakatam rakyat yang sengaja mahu menjahanamkan negara dan rakyat ini ke lubang kubur?




Selasa, 16 Oktober 2012

PENJELASAN MUHYIDDIN MENGENAI BANTUAN KEPADA S.A.R

Photo: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti pembangkang khususnya PAS perlu mengenepikan fahaman politik dalam usaha memartabatkan sekolah agama rakyat (SAR) serta menjaga kebajikan pelajarnya.
   
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha menjaga kebajikan SAR secara lestari dalam tempoh jangka panjang akan lebih mudah dilaksanakan jika PAS boleh membantu SAR berdaftar dengan kementerian.
   
"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. Saya dah buka tawaran ini sejak dulu, lebih mudah untuk kita bantu bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan. Kalau itu boleh dipersetujui untuk kebaikan pembelajaran dan pengajaran...maka daftarlah. Kita boleh bantu secara terancang.
   
"Saya kemuka cadangan itu supaya diterima oleh mereka tapi malangnya sebahagian besar anggap tak boleh, tak mahu bersama dengan kementerian kerana dia anggap kementerian ini BN punya. Ini bukan soal politik...kalau boleh buat, boleh kurang masalah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
   
Katanya RM10.5 juta peruntukan perkapita disediakan bagi SAR yang menjalankan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada tahun ini.
    
Pada tahun lepas, RM95 juta disalurkan secara dibayar sekali sebagai bantuan ihsan kepada 247 SAR di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti pembangkang khususnya PAS perlu mengenepikan fahaman politik dalam usaha memartabatkan sekolah agama rakyat (SAR) serta menjaga kebajikan pelajarnya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha menjaga kebajikan SAR secara lestari dalam tempoh jangka panjang akan lebih mudah dilaksanakan jika PAS boleh membantu SAR berdaftar dengan kementerian.

"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. Saya dah buka tawaran ini sejak dulu, lebih mudah untuk kita bantu bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan. Kalau itu boleh dipersetujui untuk kebaikan pembelajaran dan pengajaran...maka daftarlah. Kita boleh bantu secara terancang.

"Saya kemuka cadangan itu supaya diterima oleh mereka tapi malangnya sebahagian besar anggap tak boleh, tak mahu bersama dengan kementerian kerana dia anggap kementerian ini BN punya. Ini bukan soal politik...kalau boleh buat, boleh kurang masalah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Katanya RM10.5 juta peruntukan perkapita disediakan bagi SAR yang menjalankan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada tahun ini.

Pada tahun lepas, RM95 juta disalurkan secara dibayar sekali sebagai bantuan ihsan kepada 247 SAR di seluruh negara.

di petik drpd posting rakan fesbuk Akutau Apakobuat.

Jumaat, 5 Oktober 2012

REFORMASI MB SELANGOR-DARI TAUKE KELAPA SAWIT KE TAUKE AISKRIM JAMBAN.


SINAR HARIAN telah melapurkan kenyataan Azmin Ali bahawa kemungkinan besar beliau lah bakal pengganti Khalid G sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU 13. Kenyataan balas Khalid G pula telah disiarkan oleh SINAR HARIAN pada hari ini. Khalid G di petik sebagai berkata Azmin Ali tak perlu minta maaf di atas kenyataan itu dan itu adalah pendapat peribadinya sahaja tidak mewakili keputusan Pakatam. dengan berkias Khalid G menyatakan tekadnya untuk terus kekal menjadi MB Selangor selepas PRU 13. Ada kemungkinan juga Khalid G meluat dan culas dengan kenyataan angkuh bersifat egoistik Azmin Ali. 

Tapi itulah pakatam sebuah kesepakatan yang hanya tahu berkhianat dan menjahanamkan agama bangsa dan negara. Bukan sahaja Pakatam merosakkan segala-galanya malah Pakatam bersifat destruktif menghancurkan segala-galanya kerana ketamakkan dan sifat hewani yang menguasai minda dan hati mereka.

Pakatam adalah kelompok manusia yang tidak perlu dihormati dan dilayani dengan baik. Mereka adalah agen-agen kemusnahan dan begitu jahat sifat mereka. Hipokrit dan bermuka-muka menjadi pakaian mereka di hadapan rakyat demi meraih simpati belas kasihan dan undi. Tiada maaf bagi mereka. 

Inilah realiti slogan Jom Ubah dan Harapan Baru Ketuanan Rakyat di mana rakyat diperbodohkan dan digula-gulankan dengan pelbagai fitnah tak berasas setiap hari. 

Jangan benarkan Pakatam berkuasa.

Binasalah Pakatam dan cai Pakatam.

Ahad, 23 September 2012

KESILAPAN KEDUA TERBESAR DAP SELEPAS PIJAK GAMBAR.


Ngeh Memang Sengaja dan Sengal  Menghantar Tweet Yang Menyokong IOM dan Memperlekehkan Sentimen Umat Islam Negara Ini.

DAP adalah sebuah parti politik SOSIALIS DEMOKRAT. 100% mendukung aspirasi politik Gagasan Nanyang Raya 1918-1945. Asalnya sebuah cawangan PAP. Selepas Singapura keluar Malaysia pada 1965, kesemua cawangan PAP di tukar menjadi DAP. Sampai kiamat DAP tetap membawa aspirasi MALAYSIAN MALAYSIA.  Satu aspirasi ultra-rasis yang lahir kerana pertentangn hak kewarganegaraan di antara imigran dengan pribumi asal. 

Semasa belajar sejarah di sekolah, guru Sejarah tidak begitu menceritakan sangat mengenai perpisahan Singapura dari Malaysia. Kecuali disebutkan sebab musabab perpisahan adalah kerana konsep Malaysian Malaysia. Kalau kita mneyelidiki sebab musababnya tentu kita mampu merungkai perosalan sebenar perpisahan Singapura dari Malaysia. Dan kenapa LKY melaksanakan polisi tidak menkategorikan rakyat Singapura keturunan Melayu sebagai Melayu sebaliknya mencatitkan suku kaum seperti Jawa, Bugis, Bawean dan sebagainya di dalam kad pengenalan. 

Perjuangan DAP ini adalah contoh klasik konflik di antara golongan cauvinis aristokrat imigran dengan golongan penduduk pribumi. Mereka enggan dan degil untuk berasimilasi dalam budaya pribumi dan mengiktiraf hak asal pribumi. Kesombongan 100% acuan sejarah di benua Amerika di antara imigran Eropah dengan kaum pribumi asal di situ. Ini merupakan kesilapan pertama terbesar DAP yakni bersaing dengan pribumi dalam merebut kuasa politik untuk menjadi dominan.

Di bawah kesilapan pertama ini DAP mengambil peranan memperjuangkan hanya hak-hak etnik minoriti dengan melupuskan hak pribumi. DAP mengambil jalan konfrontasi terbuka dengan parti politik berasaskan pribumi seperti UMNO. Mempersetankan UMNO dan memburukkan imej UMNO. DAP sentiasa membangkitkan sentimen perkauman dan menghangatkan permusuhan di antara agama. DAP enggan menerima dan menghormati sebarang bentuk dan corak budaya Melayu Islam. Terutama agama Islam.

Berkonflik tanpa kesudahan merupakan kaedah utama digunapakai oleh DAP dalam kesilapan besar pertamanya. DAP turut mencabar dan terus mencabar kedudukan dan taraf kehidupan orang Melayu tanpa berusaha mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara kaum. DAP hanya memikirkan bagaimana hendak mencetuskan pelbagai konflik untuk dijadikan justifikasi dan alasan menghapuskan hak pribumi dan semua institusi berkaitan pribumi.

DAP turut memperalatkan Melayu dan bekas pemimpin Melayu untuk mencapai matlamat politik mereka.

Kesilapan kedua terbsesar DAP ialah sentiasa menghina agama Islam dan memperlekehkan semua usaha bantahan mempertahankan akidah dan Rasullullah s.a.w. DAP gagal memahami sensitiviti umat Islam di negara ini.


Sabtu, 22 September 2012

POLITIK MALAYSIA: PRU 13 BN MEMANG KONFIDEN, PAKATAM OBER KONPIDEN TAPI RAKYAT TAK KONPIDEN.


Walaupun UMNO sentiasa di-UMNONOK-kan, di-UMNGOK-kan serta di-UMPORNO-kan oleh Pakatam secara kejam tanpa perikemanusiaan, UMNO TETAP DI HATI RAKYAT. Bak kata pepatah di mulut luah benci tapi sentiasa sayang di hati. Lagipun label-label itu adalah bukti betapa besarnya kasih-sayang segala pecacai Pakatam dalam negeri kepada UMNO. 

Berikut adalah fakta-fakta kejadian yang dipercayai mampu mengubah minda dan perasaan lebih 2/3 jumlah pemilih menyatakan kasih-sayang mereka kembali kepada BN pada PRU 13 kelak. 

Antara menarik sepanjang bulan September 2012 ini. Bermula dengan onar pada ambang kemerdekaan 31hb Ogos 2011, bendera pengkhianat Republik Sang Saka Malaya dikibarkan oleh sekumpulan anak muda. Disusuli pula dengan ragam keseronokan melampau memijak dan aksi memberakkan gambar DS Najib oleh dua orang anak muda yang pro Pakatam. akhirnya keduanya di tahan dan keduanya memohon maaf. Tapi terpaksa jua hadapi konseksual perundangan akibat perbuatan mereka. 

Selepas itu timbul perlanjutan perbalahan mengenai tema kemerdekaan JANJI DITEPATI. Pakatam meroyan tahap gaban. Slogan SEBANGSA SENEGARA SEJIWA digunakan oleh mereka kerana mereka mengelirukan rakyat kononnya tema kemerdekaan JANJI DITEPATI sudah diUMNOkan. Sekali lagi Pakatam Selangor perkecilkan peranan Sultan Selangor dalam sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor. 

Dalam masa yang sama, BN Selangor berjaya bertindak membuktikan Pakatam menipu rakyat bilamana saman dikemukakan oleh seramai seribu orang penghuni yang menggunakan meter pukal menagih janji subsidi air 20 ml. Kali ini Pakatam benar-benar melatah dan membuktikan mereka adalah Penipu tegar bila Khalid G akui Manisfesto Pakatam pada PRU 12 lalu bukanlah janji-janji yang mesti dihormati dan ditunaikan.

Tak ketinggalan kisah-kisah katak-katak melompat empat pada 16hb September. Pembohongan terbesar Anwar Aib Braheem ialah 16hb September. Lajim Ukin pun dah mulai rasa terpukul oleh pembohongan bersimpang-siur Anwar Aib Braheem. Empat lagi menunggu masa sahaja untuk dijadikan Sup Katak kegemaran DAP rasis.

Paling hangat kisah bodigad bang Nom (Anwar Aib Braheem) mengacu pistol kepada rakyat yang membantah kehadiran bas mewah cat merah tompok-tompok dan treler mewah siri Jelajah Merdeka Selamatkan Bang Nom. Sebelum itu bang Nom menerima hadiah selipar dalam masjid kerana terlalu celupar beri ceramah di dalam masjid.

Itupun bang Nom sempat juga buat lawak dalam ceramah dengan memberi jaminan kemenangan buat Pakatam tepat jam 2.30 petang (hari tak tau ) pada PRU 13 nanti. Karoot Komedia XXX Chinadoll itu di tokok tambah dengan kisah mimpi dan dengar suara dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Sungai Pendang Kedah.

Kelucuan berterusan bila Tian Chua samada secara sengaja atau tidak terpanggil untuk membodek keterlaluan bang Nom menyebabkan bang Nom terkantoi naik jet peribadi untuk tujuan kempen Selamatkan Bang Nom.

Lanjutan dari itu sebagai bonus kelucuan yang sedia ada, sosialis PKR dan DAP terpukul dengan kerjasama yang wujud di antara UMNO-PAS membantah filem IOM. Ngeh mewakili DAP berpendapat umat Islam hanya membuang masa dan tenaga sahaja membantah. Akibatnya, UMNO-PAS dan NGO Islam pertama kali bersatu tenaga melakukan bantahan serentak. Menyedari kesilapan itu, Ngeh memohon maaf. Tapi semuanya sudah terlambat.

Terpaksalah pecacai sosialis PKR dan DAP bekerja keras menafikan kewujudan unsur penyatuan UMNO-PAS-NGO Islam. Mereka bimbang di cerai talak tiga oleh PAS. Tapi sebenarnya mereka lebih bimbang kehilangan punca pendapatan lumayan setiap bulan jika gagal mengekalkan Pakatam di tampuk kekuasaan. Apajua cara Pakatam mesti menang. Kalau tak menang anak bini mereka kelaparan di rumah.

Bila melihat keadaan dan situasi politik yang serba tak kena ini, kebanyakan rakyat sudah banyak hilang keyakinan dan kepercayaan kepada semua parti politik yang ada. Hanya kedua pihak sahaja yang cuba menyakinkan diri mereka bahawa rakyat menyokong mereka.

Adalah tidak mustahil rakyat akan memberikan satu keputusan PARLIMEN TERGANTUNG.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...