Isnin, 29 Ogos 2011

PERUTUSAN AIDIL FITRI & HARI KEMERDEKAAN KE 54 - DS NAJIB. 2011.




PETIKAN DI AMBIL DARI LAMAN 1 MALAYSIA 

PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
28 OGOS 2011
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Aidilfitri serta Salam Kemerdekaan,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
1. Pertamanya, segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.
2. Pada tahun ini, ditaqdirkan sesuatu yang bitara dan unik, sebagai rakyat Malaysia kita bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulangtahun sambutan kemerdekaan negara yang ke lima puluh empat. Kedua-dua perayaan ini mempunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi.
3. Pucuk pangkalnya, rakyat Malaysia yang berlainan agama, anutan dan kepercayaan mempunyai banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Hakikat bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak. Jelas sekali, kita ibarat sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik dan kegoncangan ekonomi yang bertali arus.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
4. Hari ini, seperti yang kita maklum, ketika gergasi ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan juga beberapa negara anggota Kesatuan Eropah yang dikelompokkan sebagai ekonomi maju sedang bergelut dengan krisis kewangan serius sehingga memerlukan penyelamatan atau “bailout”, sebaliknya, Malaysia hasil pengurusan yang berhemah serta cekap, masih mampu bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan baru tetapi juga untuk memberikan setengah bulan bonus kepada satu perpuluhan empat juta kakitangan awam yang menelan belanja dua bilion ringgit menjelang sambutan istimewa perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.
5. Sungguhpun yang demikian, kita tidak boleh sekali-kali terbuai dan berpuas hati dengan ehwal kejayaan tersebut. Untuk itu, sepanjang tempoh dua tahun yang lepas, pancang-pancang telah dipasak oleh kerajaan bagi memastikan penciptaan kekayaan baru, pertumbuhan ekonomi berterusan dan penciptaan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat. Apa yang diimpikan adalah sebuah negara yang makmur dan sejahtera dimana setiap individu sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak agar dapat mencorak sebuah kehidupan bahagia berkelangsungan hingga cucu cicit kita kelak.
6. Peri pentingnya, setiap seorang daripada kita hendaklah mengetahui bahawa, matlamat tertinggi kerajaan adalah untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat, sebagai suatu urutan keutamaan yang telah menjadi wawasan nasional semenjak negara mencapai kemerdekaan. Dari itu, sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat, lagi prihatin terhadap kegundahan serta resah gelisah warganya dan memahami kebimbangan mereka, kita sedar tentang fenomena kos kehidupan semakin meningkat sekaligus kita maklum terhadap harga bahan makanan yang semakin naik. Lantaran itu, kerajaan telah dan akan terus mengambil tindakan memperbaiki dan memperelok keadaan ini secara berperingkat serta menyeluruh demi kepentingan rakyat.
7. Pokoknya di sini, sekalipun fenomena kenaikan harga bahan makanan bersifat global, namun sebagai kerajaan bertanggungjawab kita tidak akan berpaling daripada menghadapi sebarang cabaran. Misalannya, sebagai langkah awal kita telah menjadikan matlamat menangani kos kehidupan yang semakin meningkat sebagai satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang terbaru. Satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang juga telah ditubuhkan dengan dipengerusikan sendiri oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri. Sememangnya, langkah-langkah ini membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan program yang bakal digubal serta dilaksanakan akan benar-benar mampu membantu rakyat.
8. Selain daripada itu, kerajaan akan meneruskan dasar memberi subsidi secara langsung atau tidak langsung. Ini terutamanya, subsidi bahan makanan yang terpilih seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula. Begitu juga bahan bakar seperti Petrol RON95, Diesel dan LPG serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Akan tetapi, kita berhasrat melakukannya dengan lebih cermat dan bijaksana tanpa menjejaskan kesihatan fiskal negara dengan mendukung prinsip bahawa mereka yang lebih memerlukan dan berkelayakan akan didahului serta diutamakan.
9. Sehubungan itu, baru-baru ini saya telah mengumumkan beberapa inisiatif awal bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung. Antaranya, Kedai Rakyat 1Malaysia di mana barang-barang keperluan berjenama 1Malaysia mampu dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran. Di Klinik-Klinik 1Malaysia pula rawatan asas boleh diperolehi dengan bayaran seringgit dan yang mutakhir melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau singkatannya KAR1SMA sejumlah 1.4 Bilion akan diperuntukan kepada lima ratus ribu warga emas, orang kelainan upaya, ibu tunggal serta balu polis atau tentera yang berkelayakan.
10. Sesungguhnya, usaha kerajaan tidak terhenti sekadar itu sahaja. Selanjutnya, insyaAllah melalui Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada awal Oktober nanti, saya akan mengumumkan pula langkah-langkah susulan bersifat lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
11. Dalam syiar meriahnya perayaan dan besarnya jiwa kemerdekaan, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan pengorbanan, darah, keringat dan air mata bapa-bapa kita para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang. Beringatlah yakni semuanya tidak terjelma dengan berwenang-wenang ataupun kekal lestari jika bahtera keramat kemerdekaan Malaysia tercinta ini terbiar hanyut tidak dikemudi dengan tulus, tidak dihargai dan musnah tanpa dipelihara. Oleh yang demikian, kita dengan ini menolak dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang pernyataan dan usaha oleh mana-mana pihak yang ingin mempersenda atau memperlekeh pengorbanan mulia para wirawan dan wirawati negara serta keluarga mereka. Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional.
12. Jadi, di atas segala-galanya, bagi memastikan apa yang terlimpah dan tercurah ke atas kita dan bumi Malaysia kekal berkesinambungan, maka perpaduan nasional perlu terus dibajai dan diperkukuhkan. Mudah-mudahan jua atas keinsafan ini makin tersepuh dan menebal semangat patriotisme dan kecintaan yang kukuh kepada pertiwi di setiap nubari kita.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
13. Bertolak dari situ, pada hemah saya, dua sambutan yang bersesekali ini sewajarnya membawa permaknaan dan pengertian yang mendalam tentang betapa besarnya kurniaan Ilahi kepada Malaysia yang makmur, bebas dari sebarang ketakutan dan kebimbangan terhadap keselamatan sama ada keselamatan diri kita mahupun keluarga disamping dapat meraikan hari-hari kebesaran sebegini dalam keadaan kecukupan dan kelimpahan.
14. Kata orang dulu-dulu, sempena hari baik bulan baik ditambah pula hembusan Merdeka, kita buanglah yang keruh, kita ambillah yang jernih. Di musim perayaan ini, marilah kita bersatu sebagai sebuah keluarga besar Malaysia supaya dapat menjadi contoh kerukunan hidup kepada seantero dunia.
15. Lantas, sempena bulan yang mulia dan semangat sambutan Hari Kebangsaan ini, ayuhlah kita terus menyemarakkan tradisi murni kunjung mengunjung dan mengadakan rumah terbuka. Seperti yang sering dinyatakan, bukalah pintu rumah dan pintu hati seluasnya dengan menjemput rakan-rakan berlainan kaum, kepercayaan dan agama ke rumah masing-masing. Di sinilah tergubah dan terlukisnya sebuah citra Malaysia yang kita damba-dambakan.
16. Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, isteri, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Turut dihulurkan salam istimewa Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dimana jua Tuan-Tuan dan Puan-Puan berada. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah hil Hamd.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    |

    KARPAL PATRIOTIK ATAU SEKADAR SINIKAL?


    Sampai habis umur dunia, hambe tidak akan mempercayai kata-kata mana-mana pemimpin, penyokong dan ahli-ahli Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat walaupun enak sedap dan sehaluan dengan nada Barisan Nasional dan UMNO. Karpal mengeluarkan kenyataan sekadar melepaskan batuk di tangga dan beliau hanya mencari simpati belas kasihan agar IDEOLOGI SOSIALIS DAP tidak dicemari dengan KOMUNIS PKM. Jangan ingat Karpal benar-benar menyanjung tinggi Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman. 

    Kita semua tahu ideologi Sosialis DAP dengan Komunis PKM adalah selari dan sefahaman belaka. Ibarat aur dengan tebing. Walaupun Karpal mengatakan Mat Sabu sebagai manusia dungu dan tolol dia bermaksud bahawa semua Melayu Islam ini dungu dan tolol. Apabila Karpal mengatakan bahawa ikon kemerdekaan Malaysia adalah Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra , beliau maksudkan betapa baghalnya pengiktirafan tersebut. 

    Apabila Karpal mengatakan bahawa pujian dan sanjungan perlu diberikan kepada anggota Polis yang terkorban beliau maksudkan jangan puji-puji lebih lah. Itulah  mentaliti dan sikap sebenar setiap seorang pemimpin Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat. Mana pernah jujur dalam kata-kata dan tindakan mereka. 

    Karpal Singh nak marahkan Mat Sabu ? Karpal Singh marahkan Mat Sabu, jika ada, adalah atas kapasitinya sebagai seorang yang pernah berkata dan memberi amaran kepada PAS , NEGARA ISLAM .. LANGKAH MAYAT KAMI (DAP- TERMASUKLAH AHLI-AHLI MELAYU ISLAM DAP) DULU !

    SOSIALISMA DAP DENGAN KOMUNISMA PKM ADALAH SEHALUAN DAN SEPENDAPAT. JANGAN LUPAKAN ITU WALAUPUN SESAAT.


    SELAMAT AIDIL FITRI UNTUK SEMUA PASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN DI SOMALIA !

    SELAMAT AIDIL FITRI PASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN DI SOMALIA ! DATUK AZEEZ DAN RAKAN-RAKAN TERMASUKLAH DINDA BONGSU PAPA GOMO. DI SANA LEMANG KETUPAT RENDANG TIADA NAMUN STOK DI SIMPAN UNTUK DINDA-DINDA SEGALA. SEMOGA SELAMAT KEMBALI KE TANAHAIR SELEPAS BERBAKTI DI TEMPAT ORANG.

    Berikut adalah petikan ciplak mengenai pengembaraan mereka di sana di ambil terus dari blog Papa Gomo. Gomo ko nak marah? Kanda mohon maaf cam Kompas je laaa, untuk makluman dinda Gomo, Mat Sabu kena balun dengan Karpal  Singh kerna stemen bahlol pasal Bukit Kepong. Nak rokok?

    Y, AUGUST 29, 2011

     

    Gambar diatas merupakan pasukan tentera kerajaan sementara Somalia yang sedang mengawal keadaan dibandar mogadishu. bukan sebuah kenderaan tetapi kiri kanan dan seluruh pelusuk jalan dibandar Mogadishu ini dipenuhi dengan mereka yang bersenjata. Ada yang berpakaian seragam lengkap ada juga yang hanya berselipar. 

     

    Baru sebentar tadi para sukarelawan yang terdiri dari Doctor diketuai Dato Azeez menghantar bekalan ubat ubatan ke Hospital Dar Al- Shifa yang mana hospital ini merupakan sebuah hospital Pakar dalam Mogadishu. 

     
    Ketua Misi Kelab Putera 1 Malaysia 
    Datuk Azeez Rahim 
     

    Lebih kurang 30 kotak bekalan ubat ubatan yang telah dihantar buat hospital pakar Dar Al Shifa di Mogadishu ini. Antara ubatan yang disumbangkan iaitu Vaksin untuk kanak kanak dan dewasa yang mana merupakan satu hal yang terpenting bagi rakyat Mogadishu ini. 

     

    Diluar Hospital sewaktu kami para sukarelawan menghantar sumbangan ubat ubatan para tentera sementara Somalia mengawal keadaan bagi memberikan perlindungan keselamatan buat kami semua. 
     

    Datuk Azeez Rahim menyampaikan sumbangan 
    ubat ubatan kepada wakil Hospital Dar Al Shifa 
     
    Lagi ubat ubatan yang siap sedia untuk diagihkan esok 
    kepada Hospital sekitar Mogadishu 
     
    Tentera Sementara Somalia Sedang berkawal 

     
    Air minuman yang merupakan sumber terpenting dalam Somalia. Dan untuk makluman semua harga air di Somalia ini harganya lebih mahal dari sebotol Coke botol 1.5ml. 

    baca selanjutnya di blog Papa Gomo laaaaaa

    ESUK RAYA DAAA ! ... MAH MANA BUTANG BAJU ???



    TAKBIR RAYA AIDIL FITRI


    LAGU RAYA !

    ESUK RAYA !!!!!!!!

    ESUK RAYA ???? HUWAAAAAA MAHHHHH CEPAT BUAT RENDANG !


    MOHON MAAF JIKA TERSINGGUNG TERKASAR BAHASA 
    TERKUTUK TERLEBIH-LEBIH
    KEPADA SEMUA

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI !


    MAT SABU HERO KOMUNIS DI SIASAT POLIS.

    Gara-gara mahu menjadi seorang sejarahwan moderen Malaysia yang bakal menulis semula fakta sejarah negara, Mat Sabu hero komunis kg perdamaian Shukirin kini di siasat oleh polis. Satu kertas siasatan telah di buka unutk menyiasat isi kandungan ceramah Mat Sabu. Di dalam ceramah kontroversi tersebut Mat Sabu hero komunis kg perdaiamain Shukirin telah menyelar semua anggota polis yang terkorban di dalam tragedi Bukit Kepong 1950. Beliau telah menyanjung pengganas komunis yang membunuh kejam anggota polis dan keluarga mereka dalam serangan tersebut sebagai Pejuang Kemerdekaan yang sebenarnya.

    Pada hari ini Utusan Malaysia melapurkan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Mat Sabu berkenaan ceramah kontroversinya itu di Tasek Gelugor pada 21hb Ogos 2011. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Kesiksaan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan khianat awam.

    Kenyataan Mat Sabu telah menggemparkan masyarakat dan sehingga kini pihak polis menerima 49 aduan awam mengenainya. Datuk Seri Khalid Abu Bakar dengan sinis menyindir Mat Sabu berkata: 'saya rasa dia kurang buka buku sejarah atau bertanya kepada mereka yang tahu mengenai sejarah tragedi itu. Dia (Mat Sabu) patut pergi melawat kawasan itu dan tengok dengan mata kepalanya sendiri"


    Pada Febuari 1950, sebagai tindakan terdesak PKM menghalang proses kemerdekaan dan untuk menakut-nakutkan rakyat, satu serangan mengejut pada jam 5 pagi dilakukan ke atas balai polis Bukit Kepong ke atas pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu . Serangan tidak berperikemanusiaan tersebut dilakukan oleh 200 anggota pengganas komunis dan menyerang 20 anggota polis berserta ahli keluarga mereka. Antara mayat mangsa yang ditemui adalah seorang ibu memangku anaknya yang hangus terbakar.


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...