CUBA KITA RENUNGI. Sejak Anwar Ibrahim dikeluarkan dari UMNO pada 1997, tidak pernah sesaat pun UMNO tidak di serang. Sebagai parti politik yang menjadi tunjang kepada BARISAN NASIONAL sejak sebelum merdeka sehingga sekarang sudah tentulah UMNO sentiasa di serang bertubi-tubi. Ada sahaja kesilapan dan kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh UMNO. Semenjak dahulu anak-anak muda Melayu dijadikan sasaran untuk melemahkan UMNO atau lebih tepat lagi ialah melemahkan kuasa politik, agama, pendidikan, sosial dan ekonomi MELAYU ISLAM.
Tempoh masa dari 1946 sehingga 1957 merupakan tempoh masa yang tidak boleh dilupakan dalam perbahasan ini. Kita semua tahu senario dunia selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia kedua banyak merubah lanskap politik dunia. Kejayaan revolusi komunis 1911 BOLSHEVIK di Rusia selepas Perang Dunia Pertama, Revolusi di China dan beberapa buah revolusi lagi hasil idealisma sosialisma kononnya atas nama kuasa rakyat mengujudkan fenomena konflik dalam suasana dialektika negatif berpanjangan.
Bangkitnya semangat nasionalisma di negara-negara yang terjajah oleh kuasa imperialis Barat makin memburukkan keadaan. Timbulnya tekanan ke atas kepercayaan agama menjadikan politik didasari oleh persoalan pertentangan sosial dan ekonomi yang tidak berkesudahan. Namun kuasa-kuasa dan tangan-tangan ghaib yang mencaturkan segalanya di sebalik tabir amat jarang kita mahu memperbincangkannya.
Abad ke 20 yakni dari tempoh 1900 - 1999 merupakan satu abad yang penuh dengan konflik, pertentangan ideologi politik, penguasaan ekonomi monopoli dan penindasan ke atas agama. Dunia ini seolah-olah mahu dipaksakan menganut satu kepercayaan dan satu sistem politik.
Hairannya wujud beberapa buah negara-negara kota kecil yang terlepas pandang dari pengetahuan umum. Ada tiga buah negara kota di dunia ini:
- Vatikan
- Washington DC
- Inner London.
Sepanjang abad ke 20, negara-negara kota tersebut tidak pernah di usik mahupun tergugat oleh sebarang keadaan yang berlaku.
Negara kita di anggap sebagai sebuah negara baru pada abad ke 20. Apa yang baru tidak tahulah. Bagi hamba istilah itu sendiri penuh kontroversi. Malaysia ini adalah sebuah entiti politik yang lahir dari konflik ideologi komunis, sosialis, imperalis dengan kuasa politik Melayu Islam.
Pada waktu kebangkitan komunis dan sosialis di Malaysia yang di bawa oleh para imigran Cina Nanyang, pihak imperialis British cuba memihak kepada aspirasi Cina Nanyang. Malangnya, UMNO wujud sebagai penghalang utama cita-cita British. Tempoh masa selepas perang Dunia kedua (1945-1957) dua belas tahun yang penuh dengan konflik pertentangan ideologi politik. Akhirnya British akur kepada aspirasi politik Melayu Islam. Namun British tetap meninggalkan bibit-bibit konflik lain dengan harapan ianya akan dicetuskan pada masa yang sesuai. Salah satunya ialah meluluskan pendaftaran PAS dan membiarkan ACMJA bekerjasama dengan pihak sosialis nasional mencabar penubuhan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.
Oleh itu UMNO sentiasa di serang bertubi-tubi dan Melayu Islam sentiasa diletakkan dalam kedaan defensif sepanjang masa. British sengaja membiarkan Singapura terpisah terlebih dahulu dari pengisytiharan awal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Jika UMNO tiada maka kisah-kisah sejarah ini bakal dilupakan dan dipadamkan terus oleh generasi muda Malaysia.Ini kerana UMNO merupakan simbol kesatuan kuasa politik Melayu Islam yang tidak mampu ditandingi dan digantikan oleh PAS dan PKR.
Pada masa penubuhan MALAYSIA, British sengaja berpura-pura bekerjasama dengan UMNO untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam satu gagasan entiti politik dinamakan MALAYSIA. Entiti politik MALAYSIA ini adalah hasil Perjanjian bertulis dan referendum yang berlaku dengan entiti politik sedia ada di Sarawak, Sabah dan Singapura pada waktu itu. Inilah yang gagal digarap oleh anak-anak muda SMM dan BEBAS.
Tujuan British sebenarnya ialah mahu entiti politik Cina Nanyang yang telah bertapak di Singapura melakukan dialektika yang maha hebat, Ternyata muslihat politik British itu membuahkan hasil apabila berlaku konflik pada 1964 antara Lee Kuan Yew dengan PERIKATAN. Melangnya kesalahan itu diletakkan ke atas bahu UMNO. Perseteruan tersebut diteruskan oleh DAP rasis sejak 1965 sehingga sekarang.
Sebenarnya, MALAYSIA ini mahu di olah semula dan digagaskan semula dengan menyingkirkan 100% kuasa budaya agama dan politik Melayu Islam. Keberadaan PAS dan PKR tidak membantu aspirasi kuasa politik Melayu dan gagasan politik gabungan nusantara sebaliknya kedua parti itu banyak membantu aspirasi politik Cina Nanyang yang masih berkiblatkan kepada British.
Kini anak-anak muda Melayu dijadikan alat oleh agenda-agenda politik pembangkang untuk menhancurkan UMNO. Tujuannya ialah untuk memadamkan semua dan bukti-bukti sejarah negara sejak 1948 sehingga kini yang di simpan dan di pegang oleh UMNO.
Jadi fikir-fikirkanlah.
TEPUK DADA TANYA IMAN!