Khamis, 9 Mei 2013

PASCA #PRU13 - DAP PELOPOR POLITIK PERKAUMAN & POLARISASI KAUM



Pemandangan di atas biasa kita melihatnya sewaktu kempen PRU13. Itulah hasil tarbiyah puak DAP RASIS yang menggunakan sentimen perkauman dan kebencian untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina. Semakin kuat sentimen perkauman semakin besarlah undi yang DAP perolehi. 

Sejak sebelum PRU2008 lagi, DAP menjanjikan HARAPAN kepada pengundi Cina untuk menjadi KINGMAKER. Peranan KINGMAKER itu nanti akan berubah menjadi KING pula. Harapan itu sungguh mengujakan pengundi Cina. Manakala produk BN pula semakin tak mengujakan pengundi Cina.

Orang Cina tetap orang Cina. Mereka merasakan BN yang diketuai oleh UMNO membuli mereka waima masyarakat Cina diberikan bermacam kemudahan. 

Untuk mencapai matlamat itu, DAP berkempen secara aktif bermula dari 2008 memburukkan dan menebar kebencian kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Gerak kerja DAP itu cuba di lawan dengan Konsep 1 Malaysia. Tapi MCA dan GERAKAN pula di serang oleh DAP.  Kedua parti komponen tersebut gagal menangkis serangan DAP. Akhirnya, keduanya mengalah begitu sahaja tanpa serangan balas yang benar-benar efektif. 

Melalui Hero-hero kampung seperti Namewee yang dimertabatkan seketika oleh DAP, sentimen perkauman dan polarisasi kaum semakin diperbesarkan. Dari kutukan lagu NegaraKu sehinggalah kepada azan. Tindakan Namewee itu di anggap wajar sebagai tindakbalas kepada 'kezaliman' BN, kononnya lah. 

Bila tiada tindakan tegas di ambil terhadap Namewee, pada pandangan pengundi Cina tindakan Namewee adalah betul! Benda tu beri kelebihan lah kepada DAP. Jadi Cina pun makin naik tocang dan DAP semakin berani untuk langgar semua.

Ya betul ada segelintir Cina yang masih setia dan percaya konsep KONGSI , kepada mereka kita ucapkan terimakasih banyak-banyak.

So apa PLIHAN KEPADA CINA MALAYSIA selepas ini?
ADAKAH MEREKA MASIH NAK MENGEJAR CITA-CITA DOMINAN dan KINGMAKER?

ATAU MEREKA KEMBALI WARAS DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA INI BERSAMA ANAK WATAN DAN PRIBUMI MALAYSIA?

ORANG TAMAK SELALU RUGI ... pesanan ringkas kepada kaum CINA MALAYSIA. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...