Memaparkan catatan dengan label Kebajikan Biji Sawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebajikan Biji Sawi. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

PRK Kole Besout, Ke Mana Hala Ahli Politik Hendak Tuju ?

Ini adalah posting duti-free lah. Tidak memihak kepada mana-mana pihak. Hanya pandangan ambe manusia kerdil di antara 29 juta rakyat Malaysia yang risau melihat gelagat ahli politik yang sedang berkempen untuk meraih undi di Kole Besout. Jadi ambe tak menyentuhlah mana-mana peribadi calun. Kerana kedua-duanya adalah bangsa ambe yang beragama Islam, cuma berlainan parti politik sahaja. Pada perkiraan ambe, artikel ambe ni tidak akan menjejaskan dan memprejudiskan mana-mana kempen oleh kedua-dua belah pihak. Cuma ambe ajak semua berfikir dan mengambil iktibar sahaja. 

Kita semua tahu, adat politik ialah 'mesti menang' Kalau tak menjadi pemenang, kuranglah syarat menjadi ahli politik. Bagaimana hendak menang dan takrifan menang, itu bergantung kepada faktor-faktor yang hanya ahli dan pakar politik sahaja lebih arif mengenainya. Persoalannya, adakah dalam faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh ahli politik dalam memperhitungkan kebarangkalian peluang kemenangan mereka di dalam PRK, kebajikan serta kehendak rakyat diberikan keutamaan?

Di dalam mana-mana pertandingan merebut undi dan sokongan untuk menang, ahli politik dengan licik dan bijak memanipulasikan emosi untuk mempengaruhi 'decision-making' kelompok pengundi agar memberikan kemenangan kepada mereka. Cuma bila menang, apa ahli politik lakukan dengan mandat yang diberikan? Ke gaung? Atau setakat memberikan khidmat nasihat kepada orangramai dalam bilik berhawa dingin mereka? Menghadiri kenduri-kendara dan solat berjemaah di masjid?

Kita perlu juga bertanya, ke mana hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan? Jika jawapan kepada persoalan itu adalah kurang jelas dan tidak menepati kehendak serta aspirasi rakyat terhadap calun-calun, anda sendiri tahulah siapa yang anda perlu pilih bukan? Fikirlah semasak-masaknya dan jangan hanya membuat pilihan tanpa berfikir. Paling tidak berfikir sikitpun tak mengapa. Asalkan berfikir. Sebab, seboleh-bolehnya, ahli politik mahu menguasai fikiran anda dalam membuat pilihan.


Anda perlu mengambil tahu dan kalau boleh bertanya 'on the spot' kepada calun-calun bertanding. Ke mana hala mereka tuju dengan mandat yang diberikan? Ambe yakin, semua pengundi mahukan ahli politik mengikut rentak dan kehendak mereka dan bukan sebaliknya. Untuk itu, kita perlu menilai peribadi dan bahasa badan calun-calun semasa mereka di tanya soalan cepumas tersebut. Jika anda nampak riak wajah mereka macam 'blur' anda sendiri tahulah , kemana hala mereka tuju dengan mandat anda!

Pada hemat ambe, sewajarnya, hala ahli politik tuju dengan mandat yang diberikan ialah mempertahankan amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Islam sebagai agama Persekutuan. Di samping, membangunkan taraf sosio-ekonomi rakyat setempat. Dan juga mendidik rakyat setempat dengan satu kesedaran mengenai peri pentingnya politik kepada mereka. Dan membuka peluang-peluang kepada rakyat setempat untuk lebih berdaya saing dan memajukan diri mereka. 

Ambe juga yakin bahawa rakyat Kole Besout tidak mahu , hari ini undi, esok lusa, nama mereka pun dilupakan terus oleh ahli politik yang mereka berikan mandat. Atau, dek kerana mandat yang mereka berikan, tiba-tiba satu usul di Parlimen diluluskan untuk memberi laluan kepada peliwat menjadi Perdana Menteri. Atau, mana-mana akta melindungi agama Islam di tarik balik serta-merta. Atau tiba-tiba, fahaman sosialisma, komunisma, liberalisma dan pluralisma di terima masuk dalam kesepakatan politik. Sendiri mau berfikir dan sendiri mahu ingat kan.....

Sabtu, 24 November 2012

HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA - TAIM UNTUK BODEKS ABANG MAT MASLAN KU YANG HENSEM LAGI KACAK.

INI GAMBAR HAMBA CILOK DARI BLOG PAPAGOMO. BANYAK ORANG KATA GOMO NI BOS HAMBA LAH KETUA HAMBA LAH & MACAM-MACAM LAGI. SEBENARNYA HAMBA BERKAWAN DENGAN GOMO. ITU SAHAJA. TAK LEBIH TAK KURANG. JASANYA HAMBA KENANG. JANGAN PULAK KATA HAMBA BODEKS GOMO.


Hari ini di adakan HIMPUNAN BARISAN 1 MALAYSIA.
Dikelolakan oleh abang Mat Maslan yang hensem lagi kacak.
Jadi jika ada kelapangan diperpanjangkan jemputan.
pada jam 8.30 pagi bertempat di Aras 4 PWTC hari ini.


Jadi, semuga sukses dan diharapkan berterusan kejayaan itu.
Paling penting nak beri puak pakatam ahzab meroyan sasau tahap otormen hilang 'Power' bunyi 'blip..blip..blip.. kat lampu AES di dada nya akibat pencemaran udara dunia.
 Dalam hal pakatam ahzab pula, blip..blip..blip dalam pala hotak mereka meroyan sasau dek pencemaran pemikiran mereka sendiri yang berpunca dari emosi dan jiwa kacau mereka.

SELAMAT BERHIMPUN BARISAN PEJUANG-PEJUANG !

Isnin, 5 November 2012

NURUL IZZAH PUTERI PLURALISMA - TAK SOKONG MURTAD TAPI MELAYU BOLEH MURTAD.

NURUL IZZAH OTAKNYA SUDAH TERCEMAR DENGAN CAIRAN LIKAT FAHAMAN PLURALISMA

.



















Bangang tak sudah pemimpin Pakatam Ahzab. Ingat semua orang boleh diperbodohkan macam penganut-penganut mereka yang takde akal dan sasau. Sebelum ini Nurul Izzah di petik berkata sebarang perundangan mengenai kebebasan beragama hendaklah disamaratakan (pluralisma) bagi semua agama.  "Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,”

Setelah di henyak dan di kritik hebat kerana pendapat pluralisma nya itu, kini Nurul Izzah kata:-
Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. 
Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256.
Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.
Nurul Izzah Anwar
4 November 2012
Hamboi mudahnya Nurul Izzah Puteri Pluralisma ini berkata dan berkalih kata. Segala penafsir Al Quran yang muktabar pun jika masih hidup dan mendengar kata-kata Nurul Izzah pasti terperanjat dan terkejut besar. 

Apa yang kita fahamkan dari kenyataan Pluralisma Nurul Izzah ialah, its ok untuk bebas beragama waima murtad kerana dalam AL Quran ada sebut TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA kerana itu adalah syariat Islam seeperti terikatnya warganegara dengan Perlembagaan Malaysia.

Namun pada masa yang sama bukan ke puak pakatam ahzab yang kata PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERLU DI UBAH !




Ahad, 21 Oktober 2012

56 TAHUN MERDEKA PENIAGA MELAYU MASIH DI HALAU DARI SURIA KLCC?

Petronas Suria KLCC

CERITA RINGKAS:-

Seorang peniaga Melayu telah diberikan oleh PENGURUSAN SURIA KLCC sekeping NOTIS KOSONGKAN LOT BISNES SETELAH 14 TAHUN BERNIAGA DI SITU.

Menurut dakwaan peniaga itu, NOTIS ZALIM itu telah diberikan kepadanya TANPA ADA SEBARANG PERBINCANGAN DENGANNYA.

Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan SURIA KLCC kepadanya ialah kerana REKOD JUALANNYA TAK BAGUS.

Tapi menurut peniaga tersebut JUALANNYA LEBIH TINGGI BERBANDING DENGAN 4 LOT MILIK NON-BUMIPUTERA YANG MENJALANKAN BISNES YANG SAMA. 

Lot niaganya akan diberikan kepada pihak peniaga sebelahnya.

Setelah 56 tahun Merdeka, ornag Melayu halau orang British dan terima orang Cina dan India tapi ornag MELAYU MASIH DI HALAU KE SANA KE MARI DAN DI-DISKRIMINASIKAN SESUKAHATI.

Ada patut ke ?

Lagi 45 tahun kita akan menjejak sambutan 100 tahun Merdeka pada 2057

Lagi 8 tahun kita sampai ke tahun 2020 ....

TAPI PENIAGA MELAYU MASIH DI LAYAN SEPERTI BERADA DI ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH OLEH SESETENGAH PIHAK YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB.

SILA BACA SETERUSNYA DI SINI....THE MOLE

BINASALAH PAKATAM JIKA MEREKA ENGGAN BERUBAH

Rabu, 19 September 2012

PAS TETAP SOKONG DAP HINA RASULLULLAH S.A.W.

PAS nama saja PARTI ISLAM Tapi Amalannya Sama Seperti Arab Jahiliyah Zaman Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Rahib Yahudi Zaman Nabi Isa a.s. serta Pope Itali.

MAHFUZ Naib Presiden PAS menyatakan sokongan padu kepada penghinaan DAP terhadap ISLAM dan baginda Rasulullah s.a.w. Tindakan itu sudah di duga. Nampaknya kita masih gagal mengekang dan membangkitkan umat Islam Melayu yang masih lena tidur diuliti kemewahan duniawi dan tamakkan kuasa politik. Hanya sedikit yang tersedar dari lena. 

Bagaimana PAS hendak menjaga kepentingan Islam dan Melayu jika perkara sebegini pun PAS masih berpolitik? Hamba doakan agar PAS ni diberikan Hidayah dan Petunjuk oleh Allahu Ta'ala. Jika mereka masih berdegil juga eloklah mereka menerima hukuman daripada Allahu Ta'ala mengikut kehendak Nya.

Anda yang sudah terbangun sila lah kejutkan yang lain pula. Jangan lagi pandang kepartian atau jawatan atau apa-apa jua. Ini berkenaan maruah baginda Rasullullah s.a.w. dan maruah Islam dan maruah bangsa Melayu. 

BANGKITLAH !

Isnin, 17 September 2012

HARI MALAYSIA BERSYUKURLAH KITA ADA NEGARA.


Hamba tak peduli lah dengan macam-macam Teori Konspirasi Illuminati ke Freemason ke berkaitan dengan penubuhan NEGARA BERNAMA MALAYSIA. Buat pening kepala je nak memikirkannya. Tidak ada satu pun Fakta, Bukti kukuh dikemukakan. Semuanya berbentuk prejudis dan perlancapan minda songsang yang gilakan kuasa semata-mata. Kerana semua hujah-hujah yang anti MALAYSIA ini banyak dipengaruhi oleh idealisma komunis dan sosialis yang tak keruan hujung pangkal. 

Jangan pedulikan lah mengenai kertas kerja MALAYSIA A STUDY OF DIRECT AND INDIRECT RULE tulisan Professor Ruppert Emerson yang dijadikan hujah dangkal oleh pepuak anti MALAYSIA. kalau tak suka sangat MALAYSIA ini sila berimigrasi ke negara lain. 

Hamba juga tak ambil peduli pasa penubuhan NEGARA ISLAM dan perlaksanaan HUDUD rayuan undi retorik puak PAS yang sejak sekian lamanya asik nak berbunuh sesama Islam yang sebangsa. Mengkafirkan sesama Islam sebangsa dan yang menolak kecintaan kepada bangsa.Yang menuduh semangat WATANIYYAH adalah ASSOBIYAH sedangkan merekalah pengamal sebenar ASSOBIYAH apabila enggan menerima kebenaran video salahlaku seksual Anwar Aib Braheem. 

Hamba juga tidak ambil peduli mengenai seruan JIHAD oleh para kelompok bangang yang mengaku Tentera Al Mahdi yang sentiasa berkhayal bahawa MELAYU adalah BANI JAWI yang di sebut-sebut sebagai keturunan Keturah yang bakal menghancurkan Israel.  Silap besarlah kalau masih menyakini bahawa MELAYU ini pemegang PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR. Mungkin Hang Tuah menyebutkan RUMPUN BANGSA MELAYU yang lain dari TANAH MELAYU ini.

Mustahil satu bangsa yang berpecah-belah dan sentiasa dahagakan darah sesama sendiri serta melupakan asal-usul mereka adalah bangsa yang ditakdirkan mencapai kegemilangan di akhir zaman.  Kita sahaja yang perasan lebih. Syok sendiri yang tak keruan. Itu semua adalah dalam pengetahuan rahsia Allah Ta'ala jua. Kita hanya menduga-duga dalam kesamaran yang tak nyata.

Hamba juga tidak kisahkah apa jua slogan KETUANAN RAKYAT, KUASA RAKYAT, MAKKAL SAKHTI dan KEBANGKITAN RAKYAT kerana semua itu retorik politik bangang yang mahu merobek-robek keadaan harmoni dan aman negara ini sejak 1969. 

Hamba juga tak peduli mengenai kemiripan bendera JALUR GEMILANG dengan bendera USA. Hamba tak peduli dengan Teori Sang Saka Malaya yang membawa aspirasi Neo Kolonialis Komunis yang telah gagal dan di tolak mentah-mentah oleh majoriti rakyat TANAH MELAYU sejak 1930an lagi. 

Hamba juga tidak ambil peduli seruan Mat Syabu pepatungan DAP yang mahukan para pembunuh dan penyumbangleweng Rejimen ke 10 PKM sebagai Pejuang Kemerdekaan. Mereka yang sanggup bersama Chin Peng walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan. Sanggup membunuh Ketua Polis. Sangggup membunuh para suami dan para bapa yang berkhidmat dalam Tentera dan Polis. Kelompok yang sanggup hidup dalam buangan kerana kedegilan dan kejahilan mereka enggan mengakui mereka di tipu oleh pihak komunis.

Hamba pun tak peduli dengan tuduhan melulu mengenai Assobiyah yang telah diselewengkan maknanya oleh PAS demi kepentingan politik sempit mereka. Kemungkaran sekutu tahaluf Siyasi PKR dan DAP yang dipertahankan oleh PAS. Menyeru agar memusnahkan kasih sayang kepada bangsa.  

Tapi Hamba memang pedulikan yang Hamba ini adalah seorang warganegara MALAYSIA. Hamba ada bangsa keturunan Melayu dan ada negara bernama MALAYSIA dan agama Hamba sama dengan agama negara ini yakni ISLAM. 

Anda bagaimana ?

Ahad, 16 September 2012

PETRONAS JADI LUBUK LGBT ANWAR AIB BRAHEEM.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBHNEemC8dgqnJqvL8CG8lMLtSqvKW_dQI2Pa4RqruPNEa2fUF97Pkt1x3PFvZDJTxm09jthwxEHQII3tEJDgw3bKZGpkjSTs0KXXLW958w2QGxJfuPowJOLA0w-nu-lg6P_07agwEJ22X/s1600/800px-Petronas_logo_svg1.png

Apabila berlaku terlalu ramai Bekas Pekerja SHELL berimigrasi ke dalam PETRONAS semangat kerja SHELL mula menguasai PETRONAS.  Kononnya, bagi mengemaskini mutu perkhidmatan Petronas dan SOP Petronas yang di dakwa oleh kelompok imigran SHELL sebagai lapok dan usang. Berlakunya kebanjiran kontraktor minyak dan gas dari Singapura. Gaji yang terlalu lumayan bagi sesetengah 'Penasihat'. Paksaan mengikut penyelesaian SHELL. Malangnya, menurut sumber maklumat sehingga ke hari ini tiada satu pun polisi efektif yang nampak di pandang dan dilaksanakan. Sebaliknya imigran SHELL ini semuanya bersemangat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. Ramai pekerja Melayu yang mahir, professional, cekap, rajin, komited, patriotik, berkebolehan serta setia kepada syarikat minyak nasional ini rasa terpinggir dan dipinggirkan oleh bekas-bekas pekerja SHELL yang di bawa masuk.. Baca seterusnya di sini LGBT MENGUASAI PETRONAS.

Lebih membimbangkan bila perkara yang sama berlaku dalam industri perbankan negara. Terutamanya di dalam Bank Islam. Dikatakan terlalu ramai golongan profesional daripada bank komersial lain di ambil dan diletakkan di dalam pengurusan tertinggi. Kemahiran 'baru' yang diharapkan menjadi 'Mimpi Ngeri' bilamana semangat yang di bawa bertentangan dengan 'Semangat Islam' yang di pupuk selama ini. Sedikit demi sedikit Semangat Ke-Melayuan' di kikis. Berlakunya satu corak diskriminasi Budaya Kerja. Ramai kakitangan berkebolehan terpaksa meninggalkan Bank Islam yang selama ini mereka sayangi untuk menyertai Bank Ar-Rajhi.

Kalau sebelum ini pengabungan AirAsia-MAS meresahkan pekerja MAS akibat budaya korporat AirAsia yang ibarat 'Ular Lidi Hendak Menelan Naga' menjadi mimpi ngeri. Usaha penyelamatan yang di dakwa sebagai inovatif dan kreatif lebih cenderung kepada amalan 'Merompak Di Sianghari'.Akibatnya, keresahan mula timbul di kalangan kakitangan MAS. 

Akhirnya apakah kesan impak ke atas undi kepada BARISAN NASIONAL? Undi kaum Cina tetap tidak akan berubah sedikit pun. Tetapi undi kakitangan Melayu di dalam PETRONAS, INDUSTRI PERBANKAN dan INDUSTRI PENERBANGAN akan berubah menjadi UNDI PROTES yang tak mampu di kesan oleh para pembodek di sekeliling DS Najib.

Berapa banyak lagi kelompok pengundi protes senyap yang bakal muncul jika situasi-situasi sebegini tidak ditangani dengan baik? Polisi Keterbukaan yang di tuntut oleh pertubuhan pengundi Cina mengundang malapetaka paling besar buat BARISAN NASIONAL. 

Dibimbangkan bahawa Polisi Keterbukaan di sektor GLC membawa keuntungan kepada satu kelompok khas etnik manakala etnik Melayu semakin Tertutup mendapat peluang-peluang yang sama di sektor swasta. Helo, mana ada pekerja Melayu yang berkebolehan dan berkemahiran diberikan peluang menjawat jawatan di peringkat pengurusan. Memang berlaku diskriminasi di tempat kerja terhadap orang Melayu.

Kepada para pembodek bertaraf 'Punahsial' yang berada di sekeliling DS Najib sila lah buka mata dan buka minda anda terhadap rungutan Polisi Keterbukaan yang menutup periuk nasi orang Melayu di dalam GLC dan perbankan. Sikap bodoh sombong anda telah banyak merugikan masa depan dan potensi orang Melayu.

Kalau masih tak reti bahasa juga jangan menyesal jika peratusan undi protes senyap semakin meningkat terhadap BARISAN NASIONAL. Ibarat kata , ' Yang di Kendong Berciciran dan Yang Di Kejar Tak Dapat'. 

Sabtu, 15 September 2012

KEJAHATAN MELATA KERANA ORANG-ORANG BAIK TAK BERBUAT APA-APA.

Anwar aib Braheem Balun Chindoll. Kita Biarkan.

Anak Muda Kerasukan Kita Biarkan,


Ahli PKR Bertindak Ganas. Kita Biarkan.


Kita masih berleka bergelak ketawa. Sedangkan Kejahatan di sekeliling kita semakin ketara dan melata. Kenapa kita melakukan apa-apa? Tidakkah kita mahu kembalikan kebaikan agar ianya kembali merata seperti dulu? Kebaikan tidak akan merata jika kita tak berbuat apa-apa. 


Anwar Aib Braheem Menghasut Dalam masjid Kita Biarkan.

Sampai bila kita hendak terus berleka dan mengharapkan kebaikan mengatasi kejahatan tanpa berbuat apa-apa? 

Setiap hari pepuak Republik Pakatam Jahanam buat provokasi dan hasutan. Kita biarkan. 

Setiap hari puak Republik Pakatam Jahanam kibarkan bendera-bendera Republik. Kita biarkan. 

Setiap hari puak Republik Pakatam Jahanam putar-belit sejarah negara. Kita biarkan. 

Setiap hari pepuak Republik Pakatam Jahanam berpelesitan di jalanan. Kita biarkan.

Setiap hari puak Republik Pakatam Jahanam menabur fitnah. Kita biarkan.

Setiap hari puak Republik Pakatam Jahanam mencabar kedaulatan negara. Kita biarkan.

Setiap hari puak republik Pakatam Jahanam menghina agama Islam. Kita biarkan. 

Setiap hari puak Republik Pakatam Jahanam menghasut anak-anak muda. Kita biarkan.
Jadi apakah kita perlu lakukan untuk kembalikan Kebaikan Merata ?

1. Kita perlu menyokong sebarang ketegasan yang di ambil oleh kerajaan pada hari ini,
2. Kita perlu bangkit dan melawan segala hujah-hujah puak Republik Pakatam Jahanam.
3. Kita perlu memberi amaran keras kepada pemimpin-pemimpin Republik Puak Pakatam Jahanam.
4. Kita terus mendedahkan kejahatan puak Republik Pakatam Jahanam di mana saja.
5. Kita terus hapuskan semua bentuk fitnah dan dakyah jahat puak Republik Pakatam Jahanam.
6. Kita perlu menangkis dengan segera segala fitnah dan kejahatan puak Republik Pakatam Jahanam.
7. Kita perlu menyatakan sokongan padau dan kuat kepada kerajaan sedia ada. 

Kita lakukannya di mana jua walaupun kita berseorangan menghadapi mereka yang ramai. Di masjid, di rumah, di kedai kopi dan di mana jua. 

Bertindaklah segera dan lakukanlah kebaikan, Semoga usaha yang sedikit itu mampu mengembalikan semula kebaikan agar ianya merata. Ingatlah kebaikan tidak datang bergolek dan timbul dengan sendirinya jika kita orang-orang baik tidak melakukan apa-apa. Sebaliknya, bertindaklah melakukan kebaikan mengikut kadar daya upaya yang ada pada kita. Barulah nampak kebaikan itu menjadi merata dan nyata.

Jumaat, 14 September 2012

ELOK BERSEDIA DAH MACAM-MACAM HAL BERLAKU.



Macam-macam benda pelik dan tak pernah terfikir akan berlaku di Malaysia sudah pun berlaku. Semuanya berpunca daripada dendam Kit Sialan dan dendam Anwar Aib Braheem. Tak perlu nak update selalu sangat pasal isu-isu politik di Malaysia ini. Semuanya orang dah tahu. Versinya sahaja berubah-ubah mengikut penceritaan. tapi akhirnya yang untung besar adalah ahli politikus dan pembodek mereka. Nak hapuskan 'benda tahyul khurafat' dalam budaya politik Malaysia bukan semudah anda ubah kerajaan !

Antara yang hangat ialah mengenai lori sampah kompektor yang kureng mutu dan sudah lapok. Khalid G nafi. Memanglah Khalid G kena nafi kalau dia tak nafi sepenggal je la dia jadi MB. Bukannya murah 50 biji lori kompektor sampah tu. Beratus juta duit rakyat Selangor habis. Duit tu pula mungkin Khalid G dah gunakan untuk tujuan lain errr...melancong ke Siam? Sebab tu Khalid G tak hadiri debat pasal isu Langat 2. 

Takkanlah Persatuan Pemegang Franchise jenama Dong Feng nak menipu plak? Kebiasaannya manusia mengadu bila  periuk nasinya tergugat. Lagipun sampai sekarang lori tu tersadai. Kalau dah penuhi spesifikasi dah tentu kita nampak lori tu dah merata-rata kutip sampah. Lori tu masih ada reben perasmian lagi dalam bengkel. Apakejadahnya?

Kemudian timbul kenyataan Anwar Aib Braheem nak bubar DUN Selangor berasingan. Pelik benar bunyinya. Anwar Aib Braheem ini AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH DALAM NEGERI PULAU PINANG. Tahu lah ANwar Aib Braheem masih berkhayal menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan berkhayal menang PRU 13. Sepatutnya benda-benda camtu Khalid G lah yang buat kenyataan. Ini tidak si Anwar Aib Braheem buat kenyataan. Jadi nampak sangatlah PKR ni pengecut dan bacul nak hadapi PRU 13. Samalah dengan Guan Eng. Pakatam Jahanam dah tak konpiden nak menang sebenarnya. Diaorg dah tau akan kalah dalam PRU 13. Itu lah sebabnya kenapa Anwar Aib Braheem yang buat kenyataan itu dan bukan Khalid G. 

Selepas itu timbul kisah pasal Tony Fernandez dengan kisah penerbangan tambang murah di Indonesia. Memang ramai yang bengang dengan Tony Fernandez nie. Banyak lah isunya. Permainan korporat pun ya jugak. Pasaran Indonesia memang idaman Air Asia dan MAS. Besar beb pasarannya. Lagipun berdasarkan kepada statistik penduduk pertengahan tahun menunjukkan hampir ada 2 juta lebih warga asing di Malaysia. Majoritinya warga Indonesia. Jadi bayangkanlah prospek keuntungan dan peluang perniagaan jika mampu menawarkan tambang murah penerbangan. Isu ini akhirnya yang untung pepuak korporat. Kita ni apalah sangat, 

Sebenarnya kita sudah perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tak terduga akan berlaku. Kita tdak boleh berdiam diri. Ahli politik dan pembodek mereka dah penuh kocek. Apa-apa berlaku diaorg boleh terbang ke luar negara ke tempat selamat bersama anak bini. Mereka tidak akan membantu kita. Penduduk kita sudah 29.3 juta sekarang ini termasuk warga asing berjumlah 2 juta lebih. 

Jadi elok-elok anda fikirkan baik-baik. Mana-mana orang yang ada dekat dengan pemimpin dan politikus eloklah nasihatkan mereka. Jika mereka dan pembodek mereka lari bila berlaku kekecohan jangan harap  mereka boleh balik semula bila keadaan aman. Tinggallah di luar negara itu sampai bila-bila. 

Kita boleh main peranan dengan membiarkan atau menasihati pembodek dan politikus agar tidak keterlaluan dan terlalu sangat menimbulkan isu-isu sampai kita nak hidup aman pun jadi susah. Kita perlukan sebuah kerajaan yang tegas tapi penyayang, Dan itu hanya kita perolehi bila memberikan mandat 2/3 majoriti kepada BARISAN NASIONAL dan tendang semua politikus yang takde kepala otak. 

KUALA LANGAT WILAYAH REPUBLIK SANG SAKA MALAYA KURANG AJAR!


Tengok Nama Ahli Parlimen Kuala Langat No 1 Di Atas Lahanat Punya Pemimpin Republik Sang Saka Malaya !

TERKINI ! BIADAP DAN BANGSAT PEPUAK REPUBLIK PAKATAM JAHANAM! DARI BLOG PEMUDATELOKDATOK pasukan petugas PEMUDA UMNO DI KAWASAN PARLIMEN KUALA LANGAT berjaya mengesan dan mengambil gambar empat helai BENDERA REPUBLIK SANG SAKA MALAYA yang sengaja dikibarkan oleh pepuak Pakatam Jahanam. 

PARLIMEN KUALA LANGAT dikuasai oleh PKR yakni DOLAH SANI yang halau bini tua sebab nak bergomol dengan bini muda dalam bulan Ramadan lalu. Kini, kebiadapan itu dicontohi oleh para pengikutnya pula dengan sengaja mengibarkan bendera REPUBLIK SANG SAKA MALAYA.

Lokasi 
(1) Jejantas Pekan Teluk Panglima Garang - laluan utama menghala ke Klang.

 (2) Lampu isyarat Simpang 3, pekan sg. Jarom, Banting. 

(3) Pokok Besar - Jalan utara (menghala jmbtn pulau Carey) Kg. Sawah, Banting. 

(4) Persimpangan masuk Taman Banting Baru. 




KEBIADAPAN PUAK PAKATAM JAHANAM yang membawa aspirasi fahaman politik berhaluan kiri semakin ketara dan keterlaluan. Mereka langsung tak menghormati JALUR GEMILANG Sebaliknya terus menerus melakukan provokasi mengibarkan BENDERA REPUBLIK SANG SAKA MALAYA.

CIS ! BIADAP ! JANGAN UNDI MEREKA !

Khamis, 13 September 2012

10 SEBAB KENAPA ANWAR AIB BRAHEEM TAK PERLU DISAYANGI.




Dipetik daripada posting rakan fesbuk Barisan Nasional Volunteer


10 SEBAB UTAMA ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM.

1- Anwar telah memberi sokongan kepada gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender).

2-Anwar memberi sokongan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ)

“3-pembohongan 16 September di mana kononnya dia dakwa bakal tubuh kerajaan baru gantikan kerajaan BN.

4- Buku Jingga yang terkandung janji-janji bulan bintang tidak dilaksanakan di empat negeri penguasaan pakatan pembangkang.

5- amalan politik populis semberono yang meraih populariti tanpa fikir kemampuan negara”,

6- adalah kegagalan Anwar menunjukkan kabinet bayangan.

“7- adalah sebab dokongan fahaman pluralisme yang mengatakan semua agama sama. 

8- dia dan pakatan pembangkang mendapat dana dan bantuan pihak asing.

9- kes liwat yang belum selesai di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan

10- skandal video seks yang tulen beliau di dalamnya” 


Rabu, 12 September 2012

PERSEPSI TERBARU PAKATAM JAHANAM GAGALKAN PRU 13 @NajibRazak

Persepsi Terbaru Ini Berbentuk Pembohongan Dan Fitnah Bertujuan Menimbulkan Keraguan dan Kesangsian Di Minda dan Hati Rakyat Ke Atas KEPUTUSAN PRU 13. 
Ianya Juga Berbentuk Ugutan Politik Supaya Kerajaan dan SPR Membenarkan Badan-badan Pengawas Lantikan dan Pilihan PKR, DAP & PAS memantau PRU 13. Itu membolehkan Lagi Perancangan Licik Mereka MENAFIKAN HAK RAKYAT MEMILIH BARISAN NASIONAL. 

Mula-mula Hamba terfikir juga kenapa Anwar Ibrahim di dalam ucapannya di Taman Kosas Ampang menyebutkan :
"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,"
Kemudian tersebarnya secara meluas di fesbuk dan di media sosial kiriman-kiriman yang membawa PERSEPSI kononnya selama ini KEPUTUSAN PRU ADALAH SUATU PENIPUAN PALING BESAR  SAMA SEPERTI PENIPUAN 16HB SEPTEMBER.

Persepsi seperti ini memang selalu digunakan di mana-mana negara yang hendak digulingkan oleh proksi Zionis. Lihat apa terjadi semasa pilihanraya di Afghanistan. Bila kita membina senario-senario yang mampu dicetuskan oleh persepsi berkenaan kita mampu melihat permainan keseluruhan taktik yang digunakan oleh Pakatam Jahanam. 

Permainan Persepsi bagi menimbulkan kesangsian dan kecurigaan ke atas ketelusan dan kesahihan keputusan PRU 13 merupakan tindakan paling jijik dan paling jahat. Ini berkaitan penafian legitimasi penubuhan kerajaan pilihan rakyat secara sah melalui proses demokrasi,

Pihak Pakatam Jahanam sudah bersedia untuk tidak menghormati dan tidak mengiktiraf keputusan rakyat dalam PRU 13. Inilah caranya Pakatam Jahanam Menipu dalam PRU 13 nanti. 

Melalui persepsi ini rakyat diperbodohkan oleh Pakatam Jahanam untuk mempercayai apa jua sebaran hasutan melalui sms dan di media sosial. Bakal timbullah bermacam-macam cerita rekaan yang akan tersebar secara meluas di kalangan rakyat nanti. Majoriti rakyat Malaysia mudah menerima gosip liar.

Kemungkinan besar Pakatam Jahanam berhasrat menimbulkan kekacauan dan huru hara dalam skala besar semasa dan selepas PRU 13 kerana tahap emosi rakyat berada pada tahap paling mudah dipengaruhi. 

Jentera siber dan bloger pro UMNO serta seluruh jentera BN perlu awasi dan menyekat persepsi itu dari tersebar luas. Keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada keputusan PRU 13 dan intergriti SPR perlu sentiasa dipelihara dan dikekalkan. Jika tidak, Pakatam Jahanam akan membuka pintu-pintu campurtangan kuasa Asing.

Selasa, 11 September 2012

LAPURAN PENUH CETAKBIRU PELAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025


(Klil pautan untuk membacanya)

Dalam Ringkasan Eksekutif dinyatakan bahawa lapuran ini disediakan melalui kaedah kajiselidik yang komprehensif (memang betul pun setebal 268) termasuk melibatkan temubual dan interbiu langsung dengan 50,000 kakitangan pendidikan dan orang ramai selama setahun. Turut melibatkan agensi-agensi Bank Dunia, UNESCO, IPTA tempatan dalam menyemak semula Sistem Pendidikan Malaysia. 

Baca jangan tak baca selepas baca berikan pendapat anda di twitter #NEB atau #Edureview2012.

ERTI KALIMAH-KALIMAH JAWI DALAM JATA UMNO @NajibRazak.

Jata UMNO ini seringkali diperlekehkan oleh pihak musuh. Sayangnya, tidak ramai peneraju grup siber yang ada contoh macam AAKJ dan RAK Yang Mampu Menghuraikan dan Berhujah Makna Terkandung Di Dalam Jata Tersebut (Tapi Berlagak Macam Nak Mampos) .
BUKAN SEBARANG JATA. 
JATA PAS PUN KALAH DENGAN JATA UMNO DALAM SERBA SERBI APATAHLAGI JATA PKR DAN DAP. 

Di petik daripada posting rakan fesbuker bernama SANG MERAH. (dengan keizinan beliau) UMNO PATOT UCAP PENGHARGAAN KEPADA USAHA MURNI BELIAU TERSEBUT YANG BERANI MEMPERTAHANKAN JATA UMNO BERBANDING DENGAN . SEMOGA DENGAN MAKLUMAT DARIPADA SANG MERAH INI MAMPU DIJADIKAN BAHAN RUJUKAN UNTUK MENJAWAB SEGALA PENGHINAAN KEPADA JATA TERSEBUT. 


Sang Merah
Mungkin sebelum ini, dikalangan media pembangkang sembrono tidak tahu, tidak mahu tahu maksud disebalik Logo UMNO, atau xnak ambil tahu langsung sebelum membuat kritikan, dan mereka juga sesuka hati mengubahsuai mengikut kehendak mereka...

Erti logo UMNO ini adalah daripada ringkasan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Dalam setiap huruf Jawi diberi makna berikut:

Pa – Pertubuhan

Kaf – Kebangsaan

Mim – Melayu

Ba-ra – Bersatu

Huruf ini disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan digrafik secara simitrikal.

sebarkan !!! —

Semoga menjadi MANAFAAT kepada semua.

Isnin, 10 September 2012

ANWAR AIB BRAHEEM BERJANJI ACU PISTOL PAKSA SPR ISTIHAR PKR MENANG

Sang Dajal Malaya 

PKR memang jahat. DAP memang biadap dan PAS anwarinas memang pelesit. Insiden bodigad Anwar Aib braheem acu pistol kepada rakyat adalah latihan. Sekarang semua ahli dan penyokong PKR di latih untuk memaksa SPR umumkan kemenangan di PKR di PRU 13 walaupun  PKR kalah. Di bawah adalah petikan daripada laporan Antarapos.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)."(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib."Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti."Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan 'kejayaan' beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13."Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," tambahnya.Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini.

Itulah perancangan licik dan kianat PKR untuk menawan Putrajaya. Bermakna Anwar aib braheem sudah melakukan intimidasi dan ugutan rampasan kuasa. Beliau berharap agar ucapannya mampu memcetuskan rantaian peristiwa penangkapan beliau di atas ucapan hasutan tersebut. Sang dajal berharap agar penangkapan anwar aib braheem pula mampu memcetuskan kemarahan rakyat lalu memberontak.

Jika tiada apa yang berlaku maka anwar aib braheem akan di julang sebagai pemberani dan DS Najib di cerca sebagai pengecut takde telor. Realitinya Anwar aib braheem tidak mahu PRU 13 dijalankan. Beliau telah kesuntukan masa dan amat terdesak. Beliau akan terus menerus melakukan provokasi dan jika semuanya gagal maka beliau akan bertindak melaksanakan suatu drama cubaan membunuh ke atas dirinya. Suatu kemalangan akan di rancang dengan tellti. Bagi menampakkan kekadian itu didalangi oleh UMNO. Ini bagi meraih simpati dan memcetuskan kemarahan rakyat bila mereka berdemo di jalanan. Jadi kepada pihak UMNO jangan terlalu selesa dan berlemah-lembut lagi kepada anwar aib braheem dan pepuak jahanam pakatam. Bukan apa kot-kot nanti DS Najib di tembak mati oleh pepuak pakatam jahanam tersebut bila sudah terlalu terdesak. Sedangkanresiden Amerika pun ada yang mati kena tembak kerana aspirasi gila individu seperti Anwar Aib braheem.

Jumaat, 7 September 2012

KLIP VIDEO YANG MAJLIS PEGUAM TAK NAK KORANG TAHU- HUH GANAS & SADIS


Kem Dinasti Kit Siang melawan Kem Marhaenis DAP cauvinis rasis. Siapakata mereka mampu membawa kemakmuran?

Sedangkan sesama mereka pun dok bergadoh dan bertumbuk berebutkan kuasa yang ciput.

Sedarkah dan tahukah anda bahawa DAP, PKR & parasit PAS mendidik, mengajar , menggalakkan serta menyebarkan benih-benih keganasan di kalangan rakyat Malaysia?

Contoh jelas kelihatan ialah pada klip video di bawah ini. Anda tengok lah sendiri dan nilaikan sendiri
Klik 'Tonton di Youtube' anda akan dapat tahu apakah kisah sebenarnya,
Kejadian berlaku di Kajang. 



Baik Melayu, Cina dan India semuanya di hasut oleh DAP PKR dan parasit PAS untuk menjadi ganas dan brutal. Mereka melahirkan Generasi GB - Ganas Brutal.

Mereka menjadi terlalu ganas dan brutal. Dan itu tidak akan memungkin sebuah negara menjadi maju.





Khamis, 6 September 2012

BERSEDIAKAH PEJABAT PEGUAM NEGARA LAKUKAN PENDAKWAAN?

 
Bangunan Mesra Alam Lagi Gah Pejabat Peguam Negara dan Sebelah Lambang Bagi Pejabat Peguam Negara .. Alamak .. Macam Ada Benda Tak Kena Lah Pada Lambang Tersebut .. 

Ok, abang Menteri kesayangan Hamba , Hishamuddin Hussein sudah berkata-kata. Menyatakan hasrat beliau hendak mendakwa dan mengenakan tindakan tegas kepada pelaku-pelaku sumbang mahram di ambang merdeka. Sekur dah mohon maaf dan sekur lagi dah tak keruan. Cuma Pakatam Jahanam saja yang hendak pelaku-pelaku aksi ngeri terhadap gambar berhala pemimpin mereka turut di dakwa. Satu soalan mudah, Perdana Menteri kita ni ada berapa ramai?

Pada kali ini, kemarahan rakyat jelata yang mengundi dan yang tak mengundi Barisan Nasional pun sudah memuncak kemarahan mereka kepada pelaku-pelaku aksi sumbang mahram di ambang merdeka tersebut. Cuma yang tak berapa nak teruja ialah Pejabat Peguam Negara yang sehingga kini masih membisu dan bermain selamat. 

Tidak kedengaran sebarang komen berapi dan komitmen tinggi daripada Pejabat Peguam Negara mengenai insiden berkenaan. Kita menanti juga kenyataan sedemikian daripada Pejabat Peguam Negara. Bila agaknya akan keluar Kenyataan Media nya ?

Abang Menteri KDN dah ok. Polis pun dah ok. Pejabat Peguam Negara bagaimana? 

Sudahkah anda bersedia untuk mendakwa atau bersedia untuk bermain di tepi margin selamat ? 

Samada Pejabat peguam Negara melakukan pendakwaan atau tidak, yang bakal kena bahana adalah abang Menteri Hamba dan rakan-rakan Polis Hamba yang selama ini bekerja keras mengekalkan keamanan negara. 

Pendakwaan adalah dalam kuasa Pejabat Peguam Negara a.k.a Ketua Peguam Negara bukan kuasa Menteri KDN atau Ketua Polis Negara. Kalau Pejabat Peguam Negara kata "Tak Nak Dakwa" maka tiadalah pendakwaan berlaku. Menteri tak boleh paksa. 

Jom baca pendapat bloger ini THE FLYING KICK - Boleh Diharap Ke Kenyataan Hishamuddin Hussein Ini ?

HJ HADI , MAT SABU & SUBKY LATIF DOK MEROYAN PASAL MELAYU & KEMERDEKAAN.



Seorang Presden PAS, seorang lagi Timbalan Presiden PAS dan seorang lagi penulis pojok di Harakah. Kesamaan ketiga orang ini ? Mereka suka meroyan dan kemudian mengatakan bahawa apa yang mereka kata itulah KEBENARAN. Sebelum itu, kami dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa Hj Hadi mengakui bahawa Mat Syabu lebih cenderung kepada Syiah dan sengaja dibiarkan berleluasa. 

Dalam satu penulisan Subky Latif memuji tindakan Mat Syabu menjulang pejuang komunis kerana mencetuskan onani minda oleh bloger Suara Selatan. Beliau turut memuji tindakan muda-mudi pro Pakatam Jahanam yang mengibarkan bendera pengkk membuka kembali lembaran hianat Salahsangka Meliwat. Kononnya mereka melakukan untuk lembaran sejarah yang sengaja di tutup. 

Terus terang Hamba katakan, melalui sistem pendidikan di pertengahan 70an sehingga penghujung 80an, Hamba tau sejarah PKMM, KMM, AWAS, API , Hizbul Muslimin, Dr Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Ibrahim Yaakob dan semua pejuang Melayu berhaluan kiri. 

Sudah terang lagi jelas, mereka bukanlah kelompok peneraju kemerdekaan negara sebaliknya pejuang-pejuang awal seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan ramai lagi adalah pejuang-pejuang awal.

Perjuangan PKMM di bawah teraju Ibrahim Yaakob dan Dr Burhanuddin Al Helmi menjadi punca utama penjajahan tentera Jepun selama 3 tahun 4 bulan. Begitu menderita rakyat Malaya. ramai rakyat Malaya di bunuh dengan kejam dek kerana kebodohan PKMM. Kerana itulah selepas merdeka dan sepuluh tahun sebelum merdeka PKMM tidak di terima oleh majoriti rakyat Malaya. 

Kerana perjuangan AWAS, API dan KMM jugalah negara ini terlibat dalam dua darurat yang menyaksikan banyak korban nyawa. Untuk apa? Mereka jugalah menjadi gunting dalam lipatan semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Akhirnya pejuang seperti Pak Sako menyedari kesilapan beliau. Manakala Dr Burhanuddin Al Helmi berjaya meresapi PAS dan menjadi ahli Parlimen. Hanya Ibrahim Yaakob melarikan diri ke Indonesia dengan harta yang banyak.

Pada waktu ini, Isham Rais pula mengambil alih peranan untuk menyambung semula persengketaan lama di antara puak haluan kiri dengan UMNO. Bukan UMNO yang menolak mereka sebaliknya mereka sendirilah yang menjauhi diri daripada UMNO sehingga terlepas peluang keemasan untuk bersama UMNO mendapatkan kemerdekaan negara. Salah UMNO kah? Tidak. Itu kesilapan perjuang berhaluan kiri kerana mereka terlalu egoistik. 

Sejarah perjuangan mereka tak pernah dipadamkan dan sengaja dipadamkan. Itu hanya sangkaan buruk terhadap UMNO untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO. 

Buat apa untuk UMNO? Bukankah lebih baik buat smeua Melayu Islam dan rakyat Malaysia jika UMNO-PAS bersatu dan kemudiannya memayungi semua ? Lagipun sudah terbukti selama ini kaum lain mampu hidup sejahtera di atas kepintaran kepimpinan Melayu yang di bantu oleh kepimpinan kaum lain?

Rabu, 5 September 2012

HAI FAEKAH KALU NAK BOGEL PUN TUNGGU ABANG PINANG DERR ...

Kalau Tak Mampu Jadi Garam Jangan Jadi Langau Ijau Lah Faekah Lalink ... 

Andartu seorang ini kalau buka mulut gerenti membuatkan anda ketawa guling-guling. Nak di katakan tak cerdik, kelulusan akademiknya tinggi melangit. Nak dikatakan ada masaalah mental, dari luar nampak sihat. Nak di kata pandai buat kerja memang sahih beliau tak pandai buat kerja pun. Bila Faekah nak pertahankan tindakan kerajaan Pakatam Jahanam sengaja kesampingkan Sultan Selangor dalam sambutan Hari Kemerdekaan nampak sangat Faekah ini peguam sain kertas kosong je. 

Kesilapan dan kesalahan yang disengajakan oleh pentadbiran Pakatam Jahanam tersebut tak mampu nak di  tutup oleh Faekah. Peliknya, Faekah ini sanggup memperbodohkan dirinya sendiri. Bercita-cita nak menjadi calon macam AAKJ dan RAK. Kerja tak tahu buat tapi sentiasa memperkudakan orang lain untuk raih populariti dan wang ringgit. 

Tapi dah peel Pakatam Jahanam tak akan mengaku kesilapan dan kesalahan sendiri. Pihak lain jugak dipersalahkan macam AAKj dan RAK selalu lakukan. Spesis seperti inilah yang banyak membawa kerosakan kepada perpaduan umat Islam. Kalau dah salah tu mengaku sahaja lah. Kemudian perbetulkan. Ini tidak masih nak mengaku diri tu betul walaupun dah kantoi dan terbogel sendiri. 

Bayangkan kalau Pakatam Jahanam menjadi kerajaan Pusat dan mentadbir Malaysia, setiap saat anda akan dipersalahkan oleh mereka walaupun anda TAK BERSALAH ! 

Pakatam Jahanam berjanji macam-macam dalam Manifesto kemudian menafikannya ianya adalah JANJI YANG PERLU DITUNAIKAN ! Kemudian meroyan pasal Tema Kemerdekaan JANJI DITEPATI. 

Ini ke jenis kerajaan yang anda kehendaki ?
"Sultan pernah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan pada peringkat negeri, cuma saya tidak ingat tahun sambutan berkenaan," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.
Ditanya sama ada Istana Selangor pada kebiasaannya perlu dimaklumkan mengenai program rasmi kerajaan negeri, Mohamad Munir berkata pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan. 
Katanya, Istana berkenaan dimaklumkan walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada baginda.
"...kecuali tahun ini. Istana selalunya dimaklumkan mengenai program kerajaan negeri dan saya akan bertanya kepada baginda Sultan sama ada baginda kelapangan untuk menghadirinya.
"Baginda akan memaklumkan kepada saya sama ada baginda ada kelapangan untuk menghadirinya dan saya akan memaklumkan kepada kerajaan negeri pengesahan berkenaan.
"Tahun ini, kita tidak dimaklumkan. Bagaimana kita nak tahu sama ada baginda mahu menghadirinya atau sebaliknya," katanya dipetik.
Mohamad Munir turut berkata baginda hairan bagaimana Anwar dijemput dan berucap pada majlis itu sedangkan beliau menang kerusi di Pulau Pinang dan "tiada sumbangan" di negeri itu.
"Baginda tidak gembira dengan perkara ini," kata Mohamad Munir lagi.
Faekah dalam kenyataannya semalam berkata, setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput untuk majlis sambutan ambang kemerdekaan.
"Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri," kata Faekah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...