Memaparkan catatan dengan label Isu Bloger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Bloger. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Jun 2013

ELITIS: Bloger Terlebih Pandai Nak Tunjuk Pandai Daripada Orang Lebih Pandai , Akhirnya Jadi Pundek & Pandir @NajibRazak

Artikel ini ditujukan khas kepada segelintir bloga yang rasa mereka hebat sangat dan pandai sangat daripada PM;  DS Najib. Mereka yang ambe maksudkan ialah mereka yang sedang berkempen pemecatan penasihat-penasihat kepada PM DS Najib. Peel haramjadah dan kepala besar mereka ini, diterajui oleh seseorang yang jika diberikan amanah, maka beliau akan menjahanamkan amanah itu. Apa kelebihan dan keistimewaan mereka pun berbanding penasihat-penasihat PM? Mereka tersebut, jika di kritik dan di cuit sikit pun, mereka akan mencantas dan buang pautan blog anda. Kemudian mereka akan menjaja segala fitnah-fitnah ke atas anda di seluruh pelusuk negera. Itulah sikap dan peel haramjadah puak berkenaan. Sikap dan ego mereka sudah melampaui batasan. 

Pada hemat ambe, jika mereka yang berkenaan di buang negara pun tidak akan memudaratkan kepada BN. Apa pengaruh yang mereka ada pun kepada rakyat? Cakap besar, berlagak macam Malaysia ini mereka punya. Kehendak mereka melebihi dari apa yang mereka mampu lakukan. Apa pun jasa mereka? Bukan mereka sahaja yang siang malam menulis blog di Malaysia ini. Sebab itu, anda tengok, mereka menyalak macam anjing tapi tidak dipedulikan. Memang patut tak dipedulikan pun, mereka bukan buat kerja. Mereka lebih banyak beri kelebihan kepada puak DAP dan PKR.  Orang Melayu pun tak perlukan mereka. Sebaliknya, mereka perlukan orang Melayu untuk mengunjungi blog mereka.

Mereka tak sedar yang apa mereka dapat pada hari ini kerana sikap keterbukaan PM DS Najib. Malah, selama ini, pemimpin UMNO yang bersikap dingin kepada bloger dan fesbuker, kerana peel haramjadah puak-puak berkenaan. Kerja tak seberapa; tapi permintaan mereka bukan-bukan. Segala gunung dan bukit emas mereka nak. Tetapi setiap penulisan mereka, membawa pengundi lari lebih jauh dari BN dan UMNO. Puak-puak haramjadah berkenaan jugalah yang banyak melakukan kesilapan dalam strategi di alam maya. Gara-gara mereka, BN tewas teruk dalam Perang Persepsi. Kerana mereka puak yang tak berdisplin dan keras kepala tak tentu hala. 

Bosan sungguh dengan peel mereka tersebut. Mereka bukanlah golongan cerdik pandai pun. Atau sarjana dalam bidang keilmuan yang mampu menghasilkan teknologi canggih. Atau mereka dari golongan usahawan yang mampu memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang. Atau mereka adalah saintis; yang mampu melonjakkan kemajuan sains; yang mampu dimanafaatkan oleh ramai orang. Mereka sekadar penulis. Itupun mereka mampu menulis siangmalam, kerana .......($$$$$$$) ???

Tapi belum tentu lagi jika mereka diberikan amanah dan tanggungjawab mentadbir dan memerintah negara, mereka mampu mengendalikan negara ini seperti DS Najib dan para penasihatnya. Ramai mereka hanya bersangka buruk tanpa berfakta. Pada hemat ambe, mereka sebenarnya mahu menutup kelemahan ketara mereka sendiri. Mereka telah gagal 100 peratus dalam Perang Persepsi. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka, dalam medan perang alam maya,  begitu mengecewakan PM Najib, UMNO, Barisan Nasional dan penyokong tegar BN.

Kesimpulannya, mereka sepatutnya memperbanyakkan penulisan yang mengandungi nilai-nilai positif, prinsip-prinsip positif yang bersifat intelektual. Mereka seharusnya menulis dalam gaya dan nada yang seiring dengan polisi-polisi Barisan Nasional. Sekiranya, perlu mengkritik, ianya perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati. Penuh berilmiah dan berprinsip. Dilakukan dengan mencerminkan nilai-nilai budaya Melayu yang penuh adab sopan-santun serta bertatasusila. Bak kata pepatah , " Kalau Tak Boleh Menjadi Garam, Jangan Jadi Langau".

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.

DILEMA ELITIS : Bloger Elitis Suruh PM Pecat Penasihat Elitis. Huh, Logika Elitis Kelam Kabut. @NajibRazak


Berapa ramai yang benar-benar faham dengan makna ELITIS? 
Elitis bukan Bangsawan. Elitis adalah berasal dari perkatan Elite. Perkatan ini di ambil dari bahasa Perancis, bermakna secara harfiah, ELECT, Terpilih. Ringkasnya, Elitis ialah merujuk kepada kumpulan orang Terpilih kerana kemahiran tinggi, status sosial, status ekonomi dan intelek superior.

Konotasi ELITIS, bila digunakan oleh puak-puak yang selalu menjahanamkan nahu bahasa, akan menjadi pelik dan anih. Kenyataan Tun Daim, pada hemat ambe sudah dijadikan satu 'spin'. Bila kita kaji balik kenyataan Tun Daim, tidak di sebut pun mengenai ELITIS. Beliau hanya menyebut mengenai penasihat yang beri salah strategi. Hanya satu nama saja yang Tun Daim terang-terang sebut; iaitu ZIN BADAK. Tun Daim begitu bersungguh-sungguh menyebut nama ZIN BADAK sahaja. 

Apa yang ambe musykilkan, ialah mengenai sikap bloger dalam kategori bloger Elitis ne. Beriya benarlah mereka mendesak PM memecat penasihat PM yang mereka label sebagai Elitis. Tang mana penasihat tu menjadi elitis pun ambe tak tahu lah. Betul, Tun Daim ada sebut bahawa penasihat PM sudah salah strategi. Namun, menyerang mereka atau memecat mereka , belum tentu lagi memberikan kemenangan besar kepada BN pada PRU14. Silap haribulan, BN kalah kerana pemecatan mereka.

Selepas PRU13, ambe lihat, banyak pendekatan salah sudah di ambil oleh pihak-pihak tertentu. Pendekatan-pendekatan itu di ambil oleh sesetengah bloger ELITIS. Bloger yang sama juga yang diberikan AMANAH DAN KEPERCAYAAN oleh PENASIHAT ELITIS PM, untuk MENANG DI MEDAN ALAM MAYA PADA PRU13 lalu. Ternyata, PERANG PERSEPSI sudah kalah teruk. Salah siapa? Kenapa PERANG PERSEPSI di alam maya boleh KALAH TERUK? Sedangkan , yang menjadi Panglima Perang nya, amboi, bloger-bloger yang ada ranking dan rating tinggi-tinggi (Selangor je dan yang tertentu sahaja). Tapi kenapa masih kalah? Kalau betul mereka bloger hebat, sudah tentu pada hari ini, TIADA HIMPUNAN 505.

Sepatutnya, selepas PRU13, semua muhasabah diri. Bukannya pergi Memburu Ahli Sihir untuk dijadikan Korban di atas altar kemenangan pada PRU14. Ramai yang tersilap tafsir kenyataan Tun Daim. Sebaliknya, kenyataan Tun Daim digunakan sebagai senjata dan peluru menembak pihak sendiri dalam kubu. Apa yang perlu dilakukan oleh semua bloger mesra kerajaan ialah menyebarkan maklumat betul. Di samping, meneruskan kempen menarik hati para pengundi. Bukannya melakukan, tembakan-tembakan rambang dan rawak sesama sendiri. 

Kepada para pengkritik bloger Elitis, jika anda menjadi penasihat PM; belum tentu lagi BN mampu meraih kemenangan besar pada PRU 14. Biarlah, mereka yang diberikan kepercayaan oleh PM, melakukan tugas-tugas mereka.Mengenai kemenangan dan pilihan, biarlah rakyat yang membuat pilihan mereka. Mendesak PM memecat penasihat-penasihatnya secara rambang; hanya memburukkan lagi keadaan; dan tidak sesekali memberikan kemenangan kepada BN pada PRU 14  nanti. Cukup dan sudah-sudahlah nak menggoncangkan bot sendiri.

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.

Selasa, 2 Oktober 2012

LAINKALI LANTIK SAJA BLOGER MENJADI MENTERI SERBA TAHU.@NajibRazak


Nak gelak pun ada , nak marah jauh sekali nak terasa hati pun tak ada langsung. Kadang-kadang gelak dan ketawa sendiri sahaja. Itupun bersembunyi dari pengetahuan orang. Bimbang di fitnah orang sebagai Orang Gila ketawa berdekah-dekah seorang diri. Ada banyak jenis bloger di Malaysia ini. Kategori bloger di Malaysia pun banyak juga. dalam dunia ini hanya Malaysia sahaja memberikan peluang dan ruang luas kepada bloger menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri , Senator, Ketua Menteri, Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri pun berblog juga. Itulah budaya politik Malaysia pada hari ini. sentiasa ke hadapan tak pernah ke belakang dalam menggunakan teknologi internet. 

Di Malaysia ini peranan dan fungsi bloger melebihi kuasa Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang ada bahkan melebihi kuasa Parlimen dan DUN. Begitu hebat dunia blog di Malaysia ini sehinggakan mampu mengugat kuasa Kehakiman juga. 

Kepandaian dan kecerdikan bloger Malaysia sehebat dan secerdik serta setaraf mana-mana ahli politik teragung di dunia, mana-mana ahli falsafah kuno, mana-mana ahli saintis di dunia, mana-mana ahli politik terkenal di dunia bahkan mana-mana pakar di dunia. Termasuklah juga melebihi mana-mana ulama di dunia serta ahli nujum.. Sebutlah apa sajalah berkenaan apajua perkara, bloger Malaysia mampu memberikan jawapan dan penyelesaian terbaik untuk semua dan wajib diikuti. 

Kalau bloger Malaysia kata Airasia tak guna maka wajiblah semua rakyat Malaysia angguk-angguk kepala tanda setuju.

Kalau bloger Malaysia kata makan durian Kg. Dusun baik untuk kesihatan maka wajiblah hanya makan durian Kg Dusun sahaja walaupun durian Kg Durian Tunggal lebih enak. 

Kalau bloger Malaysia kata si polan bin si polan manusia tak boleh dipercayai maka wajiblah di akur kata bloger. 

Kalau bloger Malaysia kata esok dunia nak kiamat maka wajiblah semua segera bertaubat kerana memang akan berlaku kiamat sepertimana bloger kata. 

Mustahillah para bloger Malaysia ini tidak tahu. Semuanya bloger Malaysia ini tahu belaka. Baik mengenai bilangan jumlah skru yang ada di setiap pintu masuk JPM sehinggalah jumlah penutup mangkuk tandas di seluruh Malaysia. Semuanya bloger Malaysia ini tahu. Jangan nak kelentonglah bloger Malaysia ini. Semuanya mereka tahu belaka. 

Jangan persoalkan niat dan motif mereka menulis kerana niat dan motif mereka hanya berjuang untuk kepentingan rakyat jelata dan kawan-kawan yang menghulur wang barang seikat dua. 

Jadi sudah tibalah masanya untuk pentadbiran DS Najib mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa di Malaysia ini para bloger semuanya di lantik menjadi MENTERI SERBA TAHU dan diwujudkan sebuah kementerian khas yang diberi nama KEMENTERIAN SERBA TAHU khas dan khusus untuk para bloger di Malaysia yang tahu serba serbi. 

Kepada bloger yang tahu adab sopan, batasan dan dalam kategori ' Tidak tahu Serba Serbi' moleklah anda semua berdiam diri sahajalah. Tak perlu nak tegur sana sini sebab anda bukan bloger yang ada trafik pembaca berpuluh ribu sehari.

Kepada rakan-rakan bloger jangan ambil hati kerana kadangkala Berkata Benar Itu Lebih Pahit daripada moto di blog. 

Sabtu, 1 September 2012

GELAGAT SEGELINTIR BLOGER


BLOGER atau penulis alam maya kini di anggap sebagai aset dan sayap terpenting di dalam politik.  Peranan dan pengaruh kumpulan ini amat besar. Bagi sesetengah pihak ianya menjadi satu kerjaya yang lumayan. Berbelog membuka banyak ruang dan peluang kepada sesiapa jua untuk memperolehi kuasa populariti dan wang yang tak pernah diimpikan sebelum ini. Tak kira apa latatbelakang dan profesion penulis belog ternyata belog mempunyai daya tarikan dan kuasa pengaruh yang tersendiri dan unik. Komunikasi berlaku pada setiap masa dan pelawat belog mudah berhubung dengan pemilik belog. Tak kira di mana pelawat berada dan di mana pemilik belog pun komunikasi tidak terputus.

Bila kuasa populariti dan wang mudah yang tak pernah diimpikan terbuka luas bagi mereka dan mula mendapat perhatian para pemimpin maka satu bahaya besar menanti mereka. Iaitu sifat mudah lupa daratan. Ego mula meninggi. Kalau dulu mereka beriya iya mempertikaikan para pemimpin kini mereka pula tidak mahu dipertikaikan oleh sesiapa. Alasannya mudah kalau para pemimpin memdengar cakap mereka siapa pula orang lain hendak mengkritik mereka?

Kalau dulu mereka mempertikaikan cara pemimpin kini mereka pula menjadi pengamal cara yang pernah mereka pertikaikan suatu masa dulu. Ramai yang berlumba lumba untuk mengepalai para beloger yang mempunyai nama dan populariti. Mengaku itu dan ini. Ada beloger yang berada di puncak kemahsyuran pula merasakan mereka sahaja yang betul dan benar. Ada beloger yang diberikan amanah dan tanggungjawab mula merasakan diri mereka terlalu hebat dan mula bertindak menentukan segala galanya ke atas beloger lain tanpa sebarang rujukan. Keputusan di buat hanya berdasarkan kepada nafsu dan kehendak sendiri. Tiada siapa pula yang ada keberanian untuk memberikan nasihat dan teguran kepada mereka.

Semua suara kritikan di kekang dan pengkritik akan dilabel dengan macam macam label serta di pandang serong. Fenomena ini jika dibiarkan  berterusan akan mengujudkan satu suasana yang tidak kondusif dan sihat kepada perkembangan dan kepercayaan umum. Lama kelamaan kepercayaan umum akan terhakis.

Setiap beloger perlu memikirkan kepentingan umum dan mengkritik secara konstruktif dan bukan melebarkan lagi perbezaan politik. Beloger perlu memainkan peranan yang positif sebagai agen perpaduan di negara ini. Melaporkan fakta yang sahih dan benar serta tidak bertindak sebagai tukang fitnah dan penyebar gosip liar. Beloger juga perlu memikirkan kesan dan impak penulisan mereka kepada pembinaan mentaliti dan sikap pembaca mereka. Beloger perlu menjadi penulis dan manusia beretika. 

Sumbangan terbesar beloger kepada pembinaan masyarakat dan negara dalam memacu negara ini ke arah kemajuan pemikiran ialah menjadi manusia yang tak mudah lupa daratan. Menjadi manusia yang bermaruah dan bukan sekadar mengejar populariti dan wang ringgit sahaja. Adakalanya beloger perlu mengambil pendirian sentiasa berpihak kepada kebenaran. Beloger juga perlu bersikap terbuka kepada kritikan yang membina.

Beloger seharusnya menjauhi dari menjadi manipulatif dan diktatif kerana itu menyebabkan mereka bersifat destruktif. Jika mereka bergerak dalam kumpulan dan secara kolektif, mereka perlu menjaga dan melindungi setiap ahli kumpulan mereka. Tetapi jangan sampai mempertahankan kejahatan ahli dan peneraju kumpulan pula.

Tapi dah namanya manusia, beloger tetap akan terjerumus ke dalam perangkap dan jerat fenomena lupa daratan dan mementingkan diri sendiri.

Sabtu, 28 Julai 2012

JANGAN PERTIKAIKAN PERANAN BLOGER BEBAS BANTU BN.


Artikel pada kali ni bukan artikel Cari Gadoh, tapi artikel ini menengahkan sudut pandang alternatif kepada Sudut Pandang artikel terbitan PJO sebuah laman sesawang milik pasukan Tun Faisal di bawah UMB. Bukan nak cari gadoh atau nak bantai sesiapa , cuma nak ketengahkan sudut pandang yang berbeza agar kesemua pandangan di ambilkira dan menjadi seimbang. 

Berikut adalah petikan artikel berkenaan , tumpukan kepada tanda hashtag # dan perenggan yang berwarna merah kerana akan di jawab satu persatu.:-
#MindaPjO : Implikasi Kebergantungan UMNO Terhadap Blogger Bebas 
IMPAK daripada keputusan PRU12 yang lalu terhadap kemerosotan majoriti Barisan Nasional di kerusi Parlimen telah menyedarkan UMNO daripada terus terlena dari hanya sekadar meyakini keampuhan kaedah propaganda konvensional semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.
Kenyataan DS Najib Razak pada 18 Disember 2011 menjelaskan desakan beliau agar Barisan Nasional mengiktiraf medium media sosial sebagai salah satu elemen propaganda alternatif dalam transformasi kempen parti.
"Permintaan untuk maklumat begitu tinggi di kalangan masyarakat dan sebab itu komunikasi dengan rakyat perlu menggunakan pelbagai kaedah tambahan, tidak semestinya pakai media rasmi, tetapi perlu babitkan media sosial sebagai tools of engagement (alat komunikasi) terutama orang politik dan mereka yang terlibat dalam pentadbiran," 
Kejayaan besar pakatan rakyat yang sangat signifikan dari keputusan PRU12 yang lalu adalah kerana mereka berjaya menguasai jaringan media sosial dengan sangat berkesan. Terdapat analisa statistik yang menyatakan bahawa viral propaganda dari jaringan media sosial pada ketika itu sekitar 24%.
Justeru terkejut dari kemenangan tipis Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia iaitu tidak lebih dari 6 kerusi Parlimen, UMNO mengambil tindakan untuk menerima medium media sosial sebagai salah satu elemen harapan bagi memulihkan kredibiliti propaganda parti.
# (1) Begitupun, adalah sangat malang kerana UMNO menceburi bidang media sosial dengan agak 'semberono' iaitu tidak dirancang, tidak teratur dan yang paling teruk sekali ialah ianya tidak distrukturkan dengan baik agar langkah kerjanya terorganisasi. 
JAWAPAN: Persepsi di atas adalah tidak benar. Pengalaman UMNO mentadbir negara selama 64 tahun memustahilkan UMNO membuat sebarang keputusan dengan sembrono. Penulis artikel nampaknya cuba memburukkan pemimpin UMNO. Ini tidak molek. 
 # (2) Akibatnya, pelaburan tinggi yang dibelanjakan sekadar memberi pulangan yang sedikit disamping beberapa 'kerosakan' yang semakin mencalarkan reputasi media Barisan Nasional.
JAWAPAN: Ini juga tidak benar. Sebaliknya, keyakinan rakyat mampu diseimbangkan melalui gerak kerja bloger bebas yang pro UMNO. Walaupun mereka tidak menerima sesen duit pun berbanding dengan jentera rasmi seperti UMB dan PJO. Bloger Bebas lebih dipercayai rakyat kerana bukan menjadi Jentera Rasmi Parti. Malah imej UMNO menjadi semakin pulih disebabkan oleh kejujuran bloger bebas yang tidak mengharapkan wang ringgit. 
# (3) Isu NFC baru-baru ini adalah kes yang wajar dijadikan rujukan bagi analisa kesan media sosial UMNO. Begitu juga dengan kenyataan penafian yang terpaksa dikeluarkan oleh Polis Malaysia di Raja Malaysia (PDRM) terhadap penyebaran berita palsu oleh jaringan media sosial UMNO berhubung kononnya terdapat laporan seorang mahasiswa telah diliwat oleh Ketua Pembangkang.
JAWAPAN: Apa kaitan pulak dengan isu NFC dengan laporan mahasiswa kena liwat?   Tak ke pelik tur? Nampaknya penulis tersebut pun mindanya agak celaru dan keliru. Isu NFC berjaya dipertahankan oleh bloger bebas manakala bloger di bawah UMB seperti APA lebih banyak menyerang NFC daripada mempertahankannya. Kini APA mendakwa beliau 'Bebas' tapi ada cerita disebaliknya. 
# (4) Imej UMNO juga tercalar teruk apabila propaganda UMNO dilabelkan selari dengan unsur porno kerana kaedah propaganda media sosial yang tidak bermoral.
JAWAPAN: Penglabelan tersebut tidak mencemarkan imej UMNO. Malah penglabelan tersebut telah berjaya menonjolkan sikap hipokrasi dan ketololan sibertruper Pakatam sendiri. Imej kelucahan yang cuba ditonjolkan oleh sibertruper pakatam akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila penglabelan tersebut berjaya dibuktikan sebagai Penafian Kosong belaka. 
# (5) Kebergantungan UMNO terhadap blogger bebas dilihat sebagai kelemahan jentera penerangan UMNO dalam mengawal berita yang disebarkan. Akibatnya, kekuatan, kebenaran dan keikhlasan UMNO disorot secara negatif di mata para pengundi.
JAWAPAN: UMNO tidak bergantung 100% kepada bloger Bebas. Malah banyak sumber-sumber penerangan lain yang turut membantu UMNO memperjelaskan banyak isu-isu. Adalah salah mengatakan UMNO bergantung 100% kepada Bloger bebas. 
# (6) UMNO harus berbuat sesuatu terhadap perbelanjaan menyara blogger bebas yang kelihatan sangat bebas dari justifikasi KPI keberkesanan propaganda. Banyak konvensyen dan program media sosial dibuat tetapi ia sekadar satu program yang tidak lebih daripada wayang ataupun 'show off'.
JAWAPAN: Ini juga tidak benar. Sebenarnya konvensyen media sosial bukan program bloger Bebas pun. Ianya adalah program kerjasama semua agensi kerajaan. Hanya di bantu oleh bloger bebas mempromosikannya sahaja. Setahu hamba dalam penglibatan program tersebut, KPI turut diambilkira. Peranan Bloger Bebas hanya mempromosikannya sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Apa yang dimaksudkan dengan jaringan media sosial sebagai transformasi kempen parti seharusnya membantu pengundi untuk lebih memahami politik dengan cara yang lebih rasional, memandu pemikiran mereka ke arah yang lebih berhala tuju dengan tujuan membangunkan politik negara yang positif selain mampu menjadi agen penafian bagi menangkis fitnah dari sebarang serangan tidak berasas terhadap dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional.
# (7) Akhirnya, UMNO harus kembali kepada asas bagi membina dasar jaringan media sosial sebagai transformasi penerangannya. UMNO harus membangunkan jentera sokongan dan komuniti yang menyeluruh selain tidak mengkelompokkan dana yang besar dalam bentuk sumbangan yang dimonopoli oleh sekumpulan blogger besar tertentu yang sekadar mengejar upah dan tidak mustahil oleh kerana visi mereka yang berasaskan orientasi upah maka mereka mungkin akan membelot dari UMNO satu masa nanti apabila aliran politik beralih arah.
JAWAPAN: Tidak molek mempersalahkan sayap dan jentera penerangan UMNO. Mereka telah melakukan banyak program-program yang efektif dan berkesan. Juga tidak benar samasekali dakawan pengkelompokkan dana tertentu kepada sekumpulan bloger besar. Mana ada dana pun ! Orientasi Upah pun salah. Setahu Hamba bloger jentera parti lah yang paling banyak menerima dana besar-besar. Betul lah kerana dana tersebut adalah Dana Parti bukan Dana Awam pun. Jadi sudah tentulah jentera rasmi parti yang wajar menerimanya berbanding bloger bebas. Setahu hamba juga satu-satunya bloger yang derhaka dan membelot ialah seorang bloger di bawah naungan UMB sendiri yakni APA. Beliau tidak pernah menganggotai mana-mana kumpulan Bloger Bebas Pro UMNO. Kami Bloger Bebas pun tak bising-bising nak membalun APA kerana sudah kami jangkakan beliau akan bertindak begitu. Ada cerita disebaliknya. Belum ada lagi mana-mana Bloger Bebas yang membelot dan akan membelot seperti di dakwa. Jahat dakwaan tersebut.
POLITIK AYAM
(Aktivis Media Sosial)
Kesimpulannya , tidak molek menangguk di air keroh dan mengerohkan keadaan. Ini lah satu sebab kenapa Bloger Bebas menyampah dengan Tun Faisal. Hamba akui Tun faisal memang efektif menggerakkan jentera siber nya, namun itu bukan bermakna memberikan beliau 'LESEN' untuk membantai dan menghentam sesuka hati Bloger Bebas yang juga tersusun dan berorganisasi. 

Sebenarnya, apa yang penting ialah GERAK KERJA KERJASAMA di antara semua pihak. Mana-mana pihak yang hendak membantu UMNO dan BN mengekalkan Perpaduan dan Kententeraman Awam serta menangkis fitnah Pakatam sepatutnya di alu- alukan. 

Janganlah melayan mereka seperti sampah dan memperlekehkan mereka. Mereka tak minta upah seduit pun daripada UMNO. 

Jangan juga berhasad dengki dengan mereka. Jangan tamak dan irihati dengan Bloger Bebas. 

Hamba berharap agar perkecohan yang takde manafaat seperti ini dihentikan saja. Jika hendak mengusulkan sesuatu tak perlu lah kita menghentam dan membantai pihak lain. Melainkan jika berlaku pengkhianatan yang tidak wajar. 

Perlulah diingatkan bahawa Bloger Bebas tidak ada sebarang kepentingan peribadi mengejar jawatan di dalam parti. 

Lebih baik menerima kritikan dan teguran daripada sahabat daripada menerima makian dan kutukan daripad apihak musuh. 

Bloger Bebas adalah sahabat dan bukannya Musuh kepada UMNO/BN. Tetapi Bloger Bebas adalah Musuh Kepada Pakatam. 

Bukankah selama ini pemimpin UMNO/BN melaungkan POLITIK IALAH NOMBOR?
Bukankah Bloger Bebas Menambah Jumlah Nombor Di Dalam Sokongan Kepada UMNO/BN?

Fikirkanlah .....

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUH ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU 
PAS ADA NABI PALSU.

Ahad, 27 Mei 2012

HBN 2012 TELAH SAMPAI KEMUNCAKNYA TAPI WARTA RAKYAT SYNDICATE KENCINGKAN BLOGER.



JUTAAN TAHNIAH KEPADA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) yang telah berjaya mengumpulkan para belia Malaysia dari pelbagai budaya, agama dan latarbelakang HBN 2012 telah berjaya mencapai sasaran dan matlamatnya. Seramai dua juta orang belia telah berjaya dikumpulkan. Pelbagai jenis aktiviti disediakan untuk para belia. Penyertaan belia amat menggalakkan. Selama lima hari para belia Malaysia belajar membuat pilihan mereka sendiri. Program ini amat elok dijadikan acara tahunan berterusan kerana para belia mempunyai tempat dan acara untuk melakukan aktiviti yang mereka minati. Bak kata DS Najib Jadikan Hari Esuk Lebih Baik Dari Hari Ini. 

Namun pada masa yang sama satu kumpulan bernama WARTA RAKYAT SYNDICATE telah mengencingkan bloger yang melakukan kerja. Grup WRS nie memakan hasil titik peluh orang lain dan hanya mementingkan diri mereka sendiri, Mereka tidak layak bersama-sama KBS untuk menjayakan HBN di tahun-tahun hadapan kerana sikap mereka yang lebih pentingkan wang daripada kebajikan bloger yang bekerja bertungkus lumus untuk memastikan HBN 2012 mendapat sambutan hebat. Pelbagai cara dan kaedah WRS gunakan untuk memeras ugut dan menindas bloger yang mereka peralatkan . 

Hamba berharap agar grup WARTA RAKYAT SYNDICATE tidak alagi diberikan sebarang peluang dan ruang untuk menyertai lagi program-program mana-mana kementerian dan agensi kerajaan. Ini kerana mereka hanya akan memperdayakan ramai bloger untuk kepentingan diri mereka sendiri. Pada akhirnya, akan memberikan nama buruk kepada kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Kepada KBS, sekali lagi tahniah kepada usaha-usaha baik anda meraikan belia-belia di Malaysia ini. 

Ahad, 20 Mei 2012

YU WELKAM BLOGER APA 'BAYI SAWAN TANGIS' & ANUAR REFORMIS.

Jangan Tanya Diskusi Mereka Bertiga .. Nanti Bayi Sawan Tangis Tak Berenti Menangis Kena Bawa Jumpa Uncle Seekers Pula Untuk Merawatnya Lagi.

Hamba amat berbesar hati apabila bloger APA memuji-muji hamba di dalam blognya, Bukan mudah bagi seorang bloger tersohor dan ter-Wahid sepertinya untuk memuji orang lain. Apatahlagi untuk memberikan gelar-gelar yang menggambarkan mentaliti Bayi Drypersnya (Beliau amat merindui bapanya). Pengasuhnya pernah menulis mengenai Bayi Sawan Tangis tersebut (di antara bayi-bayi yang disayangi olehnya selain Bos Viagra):-
Pada mulanya saya mensyaki sesuatu yang tidak kena dengan rakan bloger langgar tembok – APA @  www.aku-tak-peduli.blogspot.com yang mula dengan mempamerkan gambar sedikit demi sedikit. Gimik apa yang APA mahu lakukan
Moral yang mahu saya dan mungkin APA pamerkan adalah – bila perasaan MARAH kita lemparkan – maka jawapannya pun adalah MARAH. Kita perlu tahu dan faham kerana sekiranya tidak kita akan sentiasa tersasar dari mengetahui langkah kerana kita tidak tahu senario.
Oleh kerana itu – katalah apa sahaja mengenai saya dan rakan blogger langgar tembok lain – kami mahu kepimpinan UMNO faham – sebelum melanggar dan tahu bahawa tindakan kita adalah untuk jangka masa panjang bukan pendek dan tidak memberi kesan besar. (yakni menjadikan UMNO sebagai KLON PKR)  (klik di sini 
Demikianlah rapatnya hubungan di antara bayi sawan tangis dengan pengasuhnya bernama Anuar Reformis graduan tak berijazah dari Universiti Bangsar Utama di bawah seliaan dan kelolaan Dr Isham Rais 'Tukar Lampin Bayi'. Bezanya ialah Anuar Reformis berjaya grad manakala bayi sawan tangis gagal lulus kerana tak cukup mata kredit kerana sering merindui bapanya.


Pengasuhnya berjaya diserapkan masuk ke dalam UMB oleh Bos Viagra yang bercita-cita untuk mengklonkan UMNO menjadi PKR Reformis. Terdapat dua orang lagi bayi sawan tangis yang bermasaalah di asuh dan di didik oleh pengasuh yang sama di bawah pengawasan Bos Viagra. 

Bayi-bayi sawan tangis ini diberikan kemudahan dan diberikan sepenuh kasih-sayang oleh pengasuh dan Bos Viagra berbanding dengan mana-mana ahli UMB lain. Dengan katalain, ahli-ahli UMB dianaktirikan oleh mereka berdua. Susah nak menjaga ramai bayai-bayi sawan tangis. Cukup dengan memelihara tiga orang bayi sawan tangis. Lagipun ketiga bayi sawan tangis tersebut memang mempunyai pelbagai masaalah sebelum menyertai UMB. Mereka terpilih masuk ke dalam UMB kerana mereka adalah bayi bermasaalah. Hanya mereka yang bermasaalah sahaja mampu menimbulkan masaalah. nak pukul tak boleh sebab mereka bayi.

Dalam mana-mana peperangan, kumpulan pengkhianat tetap ada. UMNO di ancam oleh kumpulan pengkhianat yang menyamar dan berpura-pura bersimpati kepada UMNO.Pengasuh, Bos Viagra dan tiga orang bayi sawan tangis adalah dalam kategori Lingkaran Spesifik Api Dalam Sekam. 

Pengasuh mereka memang terkenal dengan sikap dan budaya pemikiran reformasi Hisham Rais yang cenderung kepada pluralisma dan sekularisma. Adalah lebih senang dan tidak dicurigai sekiranya mengkritik dan menghentam serta membunuh karekter pemimpin UMNO jika berada dalam pasukan UMNO sendiri.

Mula-mula berlagak macam pengemis merempat untuk menarik simpati. Setelah simpati diperolehi, mereka membina pula keyakinan dan kepercayaan. Apabila semuanya sudah dalam genggaman barulah wajah-wajah sebenar mereka terbongkar. Ada banyak lagi pendedahan akan di buat terhadap kumpulan pengkhianat tersebut yang berusaha mensabotaj dan menjatuhkan pemimpin-pemimpin UMNO agar Bos Viagra boleh naik takhta. Modus Operandi mereka adalah sama seperti yang digunakan oleh Anwar Ibrahim sewaktu berada di dalam UMNO.

Mereka tidak pernah menghentam mana-mana pemimpin regim Pakatan sebaliknya sering memuji dan mendewakan regim pakatan. Bayi Sawan tangis selalu menghentam DS Najib, Pak Lah, DS Rosmah dan Raja Nong Chik serta Kak Ijat. Jadi untuk apakah UMNO membazirkan wang ringgit untuk mereka ini ? sedangkan ramai lagi ahli-ahli UMB yang lebih hebat dari mereka seperti Dr Novandri, Pisau, Mat Kilau Penang dan ramai lagi.

Papa Gomo adalah salah seorang sahabat baik hamba dalam Ikatan Persaudaraan Bloger Jalanan. Bloger GAP, Prapukari, AAKJ, Pas Beruk, DET, MEDAN INFO KITA, THE FLYING KICK dan ramai lagi juga adalah sahabat-sahabat baik hamba. Adat bersahabat ialah mempertahankan sahabat apabila sahabat kita di serang tanpa sebab. Manakala ADAT BERPENGASUH macam APA ialah menyerang bloger jalanan yang menjadi ancaman kepada Bos Viagra dan Pengasuhnya. Serangan dilakukan olehnya agar niat jahat dan perancangan licik mereka tidak dapat di hidu oleh mana-mana pihak yakni bagi menghilangkan kecurigaan dan syak wasangka terhadap mereka.

Seperkara lagi, mereka amat pandai berpura-pura, berlakun baik di depan dan menipu. Tidak hairan jika selepas ini mereka akan menyiarkan kisah-kisah 'skandal' hamba dengan bukti-bukti bergambar. ADA HAMBA KESAH PUN? Cuma Hamba musykil lah sebab gambo Mak Nyah manalah pulak nko amik nie brader?


Mak Nyah Yang Dikatakan Hamba ... Huh Hamba 300% Lagi Encem Lor .. Lainkali Letaklah Gambo Rio DiCapprio ...baru Mantap 

Nasihat Hamba kepada bloger Bayi Sawan Tangis ialah jika umur masih belum capai Akil Baligh yang sempurna, ukurlah kail sendiri samada cukup panjang untuk sampai ke dasar lautan yang paling dalam. Bak kata pepatah dan bidalan orangtuha Bani Jawi,' Yang pendek sejengkal tak usah menongkat tujuh petala langit. Lagipun untuk mengaibkan dan melawan hamba, Bayi Sawan tangis perlukan seribu orang Einstein.. itupun belum tentu dapat mengaibkan dan mengalahkan hamba seorang bloger jalanan. Bimbang nanti terpaksa pula hamba belikan sebotol Dettol dan sepasang sarung tangan untuk membawa bayi sawan tangis berjumpa Uncle Seekers di Janda Baik sebagai rawatan menghilangkan sawan tangisnya. Ha ha ha ha ha .....

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU 

Jumaat, 18 Mei 2012

CAI SPESIFIK CEMARI NAMABAIK UMB MULA KENA SAWAN TANGIS.

Bloggers Langgar Tembok
Aku Nak Jadi pemes Jadi Aku Hentam lah Gomo.

BILA GOMO TULIS ARTIKEL klik di sini ARTIKEL PANAS GOMO ada pihak kata GOMO berperang dengan UMB. Ini bukan perang saudara yang diletuskan oleh Gomo. UMB adalah sebuah unit di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO MALAYSIA. Adalah mustahil Gomo mahu mencetuskan perang dengan unit di dalam parti. 

UMB pada masakini dikuasai oleh seorang individu spesifik yang mabok kuasa dan ingin mendaki tangga hirarki parti. Di bantu oleh cai spesifiknya yang ada beberapa kerat sahaja. Manakala penasihat strategiknya adalah seorang yang cacat mindanya. Si Mamat tu amat diragui peranannya kerana sikit yang dibukakan rahsia pihak sana tapi banyak yang dibocorkan dari sini ke sana. Malangnya setiap perlakuan jahat segelintir cai spesifik dalam UMB yang berada di dalam LINGKARAN SPESIFIK API DALAM SEKAM merosakkan dan mencemari namabaik UMB. 

Mereka inilah jugalah yang turut menyerang dan mahu menghapuskan dominasi dan intergriti IKATAN PERSAUDARAAN BLOGER OTAI yang bersekutu tambah mutu dengan Gomo. Apa yang Gomo tuliskan di dalam artikelnya adalah berkenaan dan merujuk kepada individu, penasihat dan cai spesifik Lingkaran Spesifik Api Dalam Sekam yang merosakkan namabaik UMB. Bilangan mereka tidak ramai. Kurang lebih hanya dalam sepuluh orang sahaja. Mereka bersarang di Putrajaya. Telahpun menubuhkan sebuah grup spesifisik yang membawa nama dan aspirasi spesifik mereka. Mereka diberikan kemudahan lengkap dan pelbagai kemudahan lain oleh individu spesifik berbanding dengan anggota-anggota lain UMB.

Kami pemerhati di luar ini menyatakan kebimbangan kami mengenai keberadaan dan kewujudan vakum  yang disengajakan oleh Lingkaran Spesifik Api dalam Sekam tersebut di kalangan pejuang maya pro UMNO/BN. Kami tidak mahu lagi melihat mana-mana ahli UMB dan tunas muda UMB diperalatkan oleh grup Lingkaran Spesfik Api dalam Sekam tersebut bagi tujuan pengukuhan dan kepentingan peribadi-peribadi yang menjadi Pak Dalang menaikkan diri mereka sendiri melampaui fungsi asal UMB itu sendiri. UMB adalah jentera parti dan bukan jentera peribadi bagi mana-mana kepentingan individu spesifik dan grup spesifik. Malah mereka menggunakan blog-blog mereka untuk menghentam pemimpin-pemimpin UMNO.

Papa Gomo merupakan Halangan Utama yang wajib mereka musnahkan agar mereka dapat mengumpul Dana sebanyak mungkin. Paip air mereka sudah tersumbat dek karenah mereka sendiri. Cai spesifik seperti APA yang pernah mengemis simpati dan belas kasihan daripada Gomo bertindak sebagai Cai Utama yang suka melancap mindanya sendiri dan berangan untuk menjadi terkenal. Mereka ini hanya takut kepada bayang-bayang mereka sendiri sahaja.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Rabu, 20 Julai 2011

GEMPAR TERHANGAT ! GOMO MEMFAILKAN SAMAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM

Pepatah kata  'Cakap Siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar' Bloger kena saman itu perkara biasa kita dengar, apakata bloger pula menyaman subjek penulisannya? Contohnya Papa Gomo saman Anwar brahim kerana menafikan KEBENARAN semua pendedahan yang beliau lakukan ke atas Anwar Ibrahim. Itu baru gempaq beb !

Entri ini berkaitan dengan entri berani Papa Gomo kepada Anwar Ibrahim. Ada benar juga apa yang di tulis oleh Papa Gomo, kalaulah benar dan betul kami bloger pro kerajaan yang mendedahkan gambar belalainya anugerah Tuhan dan video seksnya sebagai FITNAH dan MENGAIBKANNYA, apakata Anwar Ibrahim mencontohi Datuk Seri Rais Yatim? 



Jangan hanya meminta AMK buat lapuran polis dan lapuran kepada SKMM mendakwa Papa Gomo menyebarkan bahan pornografi. Itu bukan tindakan lelaki berhemah tinggi. Kalau benar-benar seorang lelaki berhemah tinggi, saman je ler atau sendiri buat lapuran polis. 

Andaikata, Anwar Ibrahim menyaman Papa Gomo, China Doll kami persembahkan, jika AMK buat laporan polis terhadap Papa Gomo, kami akan buat laporan polis mengatakan berlakunya kesalahan seksual di dalam video tersebut dan orang yang disyakki ialah Anwar Ibrahim. Baru lah adil dan saksama. Iya tak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ALAMAK ! SUDAH KENA KLON LAH KT FB ... KUI KUI KUI TAMBAH PEMES JAS SALLEH.

KEH KEH KEH , JS GELAK SAJA. TERBARU USAHA PEPUAK ANAK DIDIKAN IBLISETANIROJIM LAKNATULLAH BAGI MENGELIRUKAN ORANGRAMAI , MEREKA TELAH BERKERJA KERAS MEMBUAT AKAUN FB KLON 'JAS SALLEH'. 

JS TAK MARAH PUN CUMA DI SINI JS HENDAK WAR-WARKAN KEPADA SEMUA UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA KEKELIRUAN DI KEMUDIAN HARI NANTI.

BEGITULAH PEPUAK IBLISETANIROJIM LAKNATULLAH DAPKRPASM BILA MENGHADAPI PIHAK LAWAN DAN KRITIKAN, MEREKA BERLAKU TIDAK GENTEMAN PUN. MEREKA MEMINTA LAWAN MEREKA BERSOPAN SANTUN DAN BERLAKU ADIL SAKSAMA KEPADA MEREKA TETAPI MEREKA ENGGAN BERLAKU ADIL & SAKSAMA KEPADA PIHAK LAWAN. SEBAB ITULAH DIN BINJAI KENA SAMAN.

Berikut adalah snapshot akaun FB yangdipalsukan di atas nama JAS SALLEH, mohon kerjasama rakan-rakan.



























Paling menggelikan hati apabila akaun klon ini inbox kepada saya, berikut adalah snapshot inbox tersebut:-




Pesanan buat pepuak iblisetanirojim laknatullah yang buat kerja susah payah tersebut, LAINKALI KROANG LETAK LE GAMBAR LEONARDO DICAPPRIO KE, INI BALIK-BALIK LUMBU TENUSU AMBIGA GAK KORANG LETAK. JS TAU LER KORANG ADALAH LUMBU TENUSU AMBIGA .... Hahahaahhaahahahha.

BELUMPUN MEREKA MENJADI KERAJAAN PUSAT, MEREKA TELAH MEMPERLIHATKAN CONTOH-CONTOH REJIM KUKUBESI DAN TAHAP IQ YANG AMAT RENDAH. SBB TU MEREKA GUNAKAN GAMBAR LUMBU TENUSU AMBIGA KERANA ITULAH MELAMBANGKAN TAHAP PEMIKIRAN MEREKA SENDIRI. 

Sekian dimaklumkan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Isnin, 13 Jun 2011

PEMBELAAN KEPADA YANG TIDAK DIPERTAHANKAN.



1. Kenyataan yang di buat oleh Zahid Hamidi mengingatkan saya kepada peristiwa sepanjang tempoh tahun 1997 sehingga kini . Saya tidak akan mengupas ebih lanjut atau meneka apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Zahid Hamidi sebaliknya saya mengambil opsyen bersangka baik terhadap kenyataannya.

2. Sepanjang tempoh berperang di alam siber melalui NADI RAKYAT terutama di dalam Facebook, pengalaman mengajarkan kepada saya untuk bersikap keras dalam setiap isu-isu yang dibangkitkan oleh pencacai pembangkang yang rata-rata isu-isu berbangkit itu tidak mempunyai fakta mahupun berdiri di atas alasan yang munasabah. 100% isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang adalah bersifat kenyataan umum yang berbaur fitnah temberang semata-mata dan tidak masuk akal langsung. 

3. Zahid Hamidi sedar bahawa penjelasan dan penerangan secara perincian jelas di buat oleh agensi-agensi kerajaan yang sedia ada dan ianya berada di luar bidang para bloger untuk memperjelaskannya.. Apa yang disarankan oleh Zahid Hamidi ialah keperluan mendesak kepada sebuah Unit Tempur Siber yang tahan lasak dan bersistematik untuk menjawab semua isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Apakah Bersistematik yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi biarlah beliau sendiri yang menerangkannya. 

4. Sebuah blog pro BN, Audie's61 mengulas kenyataan Zahid Hamidi dan mengambil kesempatan untuk membuat pembantaian lembut kepada kelompok bloger yang menjadi askar  upahan dan musuh dalam selimut yang lebih mementingkan kadar rating sehingga menjadi liabiliti kepada kerajaan, benarkah begitu?

5. Saya berpandangan bahawa ianya merupakan pendapat peribadi penulis blog tersebut dan apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi juga adalah pendapat peribadinya sendiri. Besar kemungkinan realitinya adalah lebih jauh dari apa yang sebenarnya berlaku, adakah ianya bersifat negatif atau positif? Adalah mustahil untuk saya memberitahunya kepada umum kerana ianya melibatkan RAHSIA STRATEGIK & PERGERAKAN PEPERANGAN SIBER , TAKKANLAH SEMUANYA HENDAK DICERITAKAN , YEA TAK? ~ wink wink wink

Teringin juga melihat bagaimana jenis sibertruper bersistematik Zahid Hamidi tersebut ditubuhkan untuk melihat sejauhmana kehandalan mereka menghadapi semua isu-isu berbangkit. Adakah mereka akan rebah atau menjadi rubah. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Khamis, 12 Mei 2011

KECIL HATI, BESAR HAJAT. ADA TERIMA JEMPUTAN KE PWTC SEMALAM?

Nak tergelak membaca entri terkini Papa Gomo yang mempunyai tajuk yang hampir sama dengan entri JS pada kali ini. Entah di mana silapnya, sambutan ulangtahun ke 65 UMNO semalam menjadi bualan hangat di kalangan para bloger. JS ada menerima undangan, tapi daripada UMNO Terengganu bagi acara sambutan di Terengganu. Terimakasih kepada rakan JS yang menjemput. Disebabkan kesibukan tugas harian, JS juga tidak dapat hadir bersama semalam di PWTC. JS percaya dan yakin, jika para bloger pergi ke sana pun takkan kena halau punya. Memanglah tiada jemputan rasmi, namun sambutan itu bukan bersifat Privasi. Ianya terbuka untuk semua. 2 bloger yang dihantar oleh Gomo untuk buat liputan pun tidak menerima jemputan dan tidak di halau daripada membuat liputan. 





1. Malas hendak mengulas panjang mengenainya tapi JS ingin utarakan pendapat JS sahaja. Sambutan semalam bukan bersifat Privasi dan mana-mana ahli serta penyokong UMNO serta orang awam boleh hadir ke sambutan tersebut. Bagi JS soal menerima atau tidak jemputan rasmi bukanlah pengukur kepada kepada sebarang nilai dan penghargaan. 

2. Namun, JS turut bersimpati dengan keluhan dan luahan rasa rakan-rakan bloger JS, ialah kalo iya pun, Jawatankuasa sambutan ulangtahun UMNO ke 65 takkan sampai terrrrrr -lupa nak sebut-sebut bloger datang, iya tak? Bak kata Gomo, ramai pemimpin UMNO yang amat menghargai jasa-jasa bloger, terimaksih kepada mereka.

3. Kami bloger jalanan ini tahulah membawa diri memasing bagi memastikan Barisan Nasional menang besar dalam PRU 13 nanti. Cuma dibimbangkan janganlah berkecil hati walaupun hajat besar nak menyambut bersama-sama di PWTC semalam.

SELAMAT ULANGTAHUN KE 65 UMNO ! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...