Memaparkan catatan dengan label BNS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BNS. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Julai 2012

CONTOH EXCO SELANGOR PERJUANGKAN ISLAM - KENCINGKAN RAKAN.


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, membayar RM100,000 kepada bekas rakan niaganya, Md Azmi Mohamed.

Jumlah bayaran tersebut adalah sebagai bayaran kepada wang yang dilaburkan oleh Md Azmi bagi membuka Pusat Dialisis Sijangkang (PDS) bermula tahun 2002.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada 8 September 2011, Md Azmi meminta mahkamah memutuskan bahawa beliau berhak ke atas syer PDS sebanyak 25 peratus.

Beliau juga menuntut kira-kira keuntungan tahunan berdasarkan jumlah pelaburan dari tahun 2005 hingga 2010.

Md Azmi yang juga seorang Pembantu Perubatan turut menuntut pembayaran balik wang sebanyak RM100,000 sebagai ganti rugi khas dan ganti rugi am yang akan diputuskan Mahkamah.

Keputusan penghakiman dibuat oleh Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz di dalam kamar. Md Azmi diwakili peguam Syahredzan Johan, manakala Dr. Ahmad Yunus diwakili Hanipa Maidin.
sumber mysuara.net. 

Komen JS : Beginilah cara dan didikan para pemimpin PAS di mana jua di seluruh negara. Perjuanggkan Islam dengan mengencingkan semua orang yang rapat, kenalan dan memungkiri amanah kepercayaan orang lain. 

Pemimpin Pakatam turut 'sampai hati' menghalau isteri tua sendiri dalam bulan Ramadan. Kepada anda semua yang masih terbuai dengan persepsi 'Akhlak Serban dan Jubah' buka minda dan hati anda .... memakai serban dan jubah serta duduk dalam PAS atau PKR atau DAP serta membenci UMNO ... itu belum lagi cukup syarat dan kelayakan untuk menjadikan anda seorang yang lebih berakhlak daripada mana-mana orang di mukabumi ini. 

Jangan fikir orang Serban dan Jubah tak mampu melakukan kejahatan yang teramat jahat. Walaupun mereka nampak pergi ke masjid setiap waktu dan bersolat serta berwajah manis itu bukan jaminan bahawa mereka sentiasa 'Bersih lagi Suci'. 

Fikirkan, bila mereka mampu menganiayai dan melayani secara kasar dan kejam terhadap ahli keluarga dan rakan karib mereka sendiri .... apa kamu fikir mereka akan melayani baik dan menjaga amanah kepercayaan rakyat kepada mereka ?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUH ISLAM DAN MELAYU 
PKR KAKI PENIPU 
PAS JANGAN HARAP NAK PERJUANGKAN ISLAM & MELAYU


Khamis, 26 Julai 2012

ALAMAK ! PAKATAM SELANGOR MATI LEMAS DALAM ISU AIR.



Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang

Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.

Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.

Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.

Tepuk Dada Tanyalah Iman Wa Cakap Sama Lu
DAP Musuhi Islam & Melayu
PKR Kaki Penipu
PAS Plak Satu Sen Tak Guna.

Rabu, 25 Julai 2012

PKR KUALA LANGAT BERGOLAK KERANA POLIS REPOT INI.


Ahli Parlimen Kuala Langat yang telah kesurupan sindrom 'Haramjadah' jangkitan Anwar Ibrahim dalam kem Azmin Ali akhirnya terpaksa akur dan mengakuinya bahawa beliau memang mempunyai sifat Haram Jadah. Hj Hadi dalam temuramah selepas kemenangan di PRK beberapa tahun lepas menyatakan bahawa pengundi mempunyai tanggungjawab untuk memilih calon yang berakhlak tinggi. Jika beginilah akhlak seorang pemimpin PKR yang mewakili pengundi Kuala Langat di Parlimen, kita mampu menafsir mengenai kebolosan dan keboborokan PKR menapis dan memilih calon-calon mereka. Sementelahan, PKR Selangor juga kini memegang potfolio Hal Ehwal Agama Islam. Repot polis di atas jelas membuktikan PKR hipokrit dan gagal melahirkan serta mendidik ahli-ahli Parlimennya menjadi insan berintergriti dan bermaruah tinggi. 

Malah Ketua Umum PKR turut terpalit dengan pelbagai masaalah moral. Selain dari itu pemimpin PKR seperti Badrul Amin yang menjadi Penasihat kepada Penasihat EXCO Hal Ehwal Agama Islam Selangor mempunyai kes moral. 

Pemimpin PKR baik dari kalangan orang Melayu mahupun dari kalangan orang Cina dan India belum pernah terbukti mempunyai rekod baik dalam pencapaian akhlak dan moral. Hampir kesemuanya mempunyai rekod buruk dalam pencapaian akhlak dan moral. 

Kesimpulannya PKR ini sebuah parti yang mempunyai masaalah moral dan akhlak. 

Persoalan kepada semua pengundi, " Adakah anda ingin meneruskan sokongan kepada sebuah parti politik yang menjadi kawah eskapisma bahan-bahan rejek sosial yang mempunyai rekod buruk dalam akhlak dan moral?



Isnin, 23 Julai 2012

KHALID G REBAH DI KAKI LEE KEE HIONG.


Pada 2011, satu pengaduan rasmi telah di buat kepada Menteri Besar Selangor dan berita mengenai keluhan penduduk di Zon 4, MPKj telah diterbitkan. Pengaduan mengenai Ahli Majlis MPKj Lee Kee Hiong yang juga merupakan ahli DAP berpengaruh di Selangor. Lee Kee Hiong ni juga melayan kakitangan MPKj macam anjing gelandangan. Belaiu juga yang buat kecoh semasa demonstrasi DONG ZHONG.


Berikut adalah salinan surat pengaduan yang telah di hantar kepada Khalid G selaku MB Selangor sejak 2011. Sehingga ke hari nie tidak diketahui samada ianya sudah di ambil tindakan atau tidak. 




Latheefa Khoya meletak jawatan sebagai ahli Majlis. Puncanya kerana disyakki melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kepentingan ahli-ahli DAP. Tapi pemimpin DAP yang menjadi ahli majlis tidak pernah di sentuh dan diberikan teguran oleh EXCO yang bertanggungjawab kerana EXCO nya adalah ahli DAP yakni RONNIE LIU. 

Manakala Khalid G kelihatan semakin tertekan kerana berseorangan dan bersendirian dalam menghadapi semuanya itu. Akhirnya Khalid G menjadi Menteri Besar yang TAKDE KUASA POLITIK pun. Setakat boneka sahaja. 

Sebab itulah Khalid G semakin rebah di kaki-kaki pemimpin-pemimpin DAP walaupun pemimpin DAP tersebut adalah kecil berbanding beliau. Lihat sahaja gambar di bawah ini , di mana tiga bendera DAP mendominasikan SELANGORKU.


Jika Masih Tak Nampak Juga Objektif DAP , Hamba Fikir Eloklah Bertaubat Segera Sebelum DAP Menghapuskan Semua Kaum di Malaysia Ini Melalui PAS dan PKR.

Rabu, 18 Julai 2012

ISU AIR NAK BUAT APA MARAHKAN PAKATAM SELANGOR.. MEMANG DIAORG BENGONG.


Apabila EXCO kanan Selangor, Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air, ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar.

Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri.

Eloklah, kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar. Semacam MB Selangor dan EXCOnya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat.

Entah bala apa yang sedang menimpa Selangor tika ini hingga terpaksa menanggung bebanan membayar gaji pemimpin-pemimpin negeri yang akal pendek cuma sejengkal, bebalnya pula tak boleh diajar.

Rakyat sedang berkecamuk memikirkan masalah bekalan air bersih yang dirawat di loji-loji rawatan air, MB dan EXCO yang pekak badak masih bercerita pasal air mentah dari empangan dan sungai-sungai. Dah jadi macam itik bercakap dengan ayam pula.

Walhal, air empangan dan sungai masih penuh pun tiada gunanya bila kemampuan loji rawatan air sedia ada yang berjumlah 33 buah itu gagal untuk memproses bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 7 juta pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semua 33 loji rawatan air sedia ada sekarang hanya dapat menampung sejumlah 4,326 JLH (Juta Liter Harian) air bersih sahaja manakala jumlah pengeluaran air bersih sekitar 4,000 JLH hingga 4,219 JLH sehari, mahu tidak mahu loji baru tetap diperlukan.

Jumlah penduduk akan kian meningkat, kilang-kilang dan pejabat akan bertambah dan semuanya ini memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian kecualilah kalau Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu boleh membuktikan air empangan dan sungai yang masih mentah boleh diminum begitu sahaja barangkali bolehlah ditangguhkan dulu loji rawatan air Langat 2.

Zaman sekarang mana ada lagi orang basuh pinggan mangkuk, mandi seharian atau basuh kereta guna air sungai, rata-ratanya guna air paip yang telah dirawat di loji-loji rawatan. Masing-masing tahu air yang belum dirawat risikonya boleh memudaratkan kesihatan dan tak sesuai untuk kegunaan harian.

Tak tahulah kalau Khalid dan Ronnie sudah terbiasa mandi pagi petang guna air lombong, minum siang malam pula dari sumber air mentah dari empangan, maka mungkin sebab itu wajah kelihatan kusut masai dan akal cuma sejengkal.

Sementelah 33 buah loji rawatan air sekarang masih berkemampuan menampung bebanan keperluan air bersih untuk kegunaan harian, semolek-moleknya kita sediakan payung sebelum hujan dengan bertindak segera menyiapkan satu lagi loji rawatan air Langat 2.

Dengan demikian, tidaklah nanti bila loji-loji sedia ada terpaksa diselenggara dek kerana kerap beroperasi melebihi kemampuan kapasitinya, maka tidaklah kerap sangat bekalan terputus atau terpaksa dicatu selalu.
Jikapun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang gagal menjangka apa yang bakal berlaku beberapa tahun mendatang dek kerana akal sejengkal, janganlah pula digadaikan keperluan air bersih untuk kegunaan harian para hamba rakyat jelata.

Cukuplah sekadar Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu sahaja yang kekal bebal tapi kami rasa jelata masih belum bangang untuk minum air mentah dari sungai dan empangan.

Isnin, 9 Julai 2012

Fakta Menarik Pemilikan Aset Ekonomi Hasil Usaha Gigih UMNO.


Fakta yg tak boleh sapa2 auta.....dikawasan CBD KL, terdirinya 4 menara yg menjadi Mercu Tanda dikawasan itu..

1 ) Tabung Haji..
2 ) PNB
3 ) KLCC
4 ) Felda

Perlu diingat keempat2 entiti diatas adalah hasil usaha Umno/Perikatan/BN dan diuruskan sepenuhnya (Pengurusan Tertinggi) oleh Melayu Islam dan asset (tunai & harta) mencecah lebih kurang RM 1 trillion.....

Helmy BasriZubir ZainuddinMdsidek HazemiShamsuddin Hassan,Mega BidamanShazuein Azmaini AzmilAbu OsmanSubri Jeniang,Halim MansurLily Hashim

Jumaat, 6 Julai 2012

PKR SELANGOR MASIH GAGAL UNTUK MENJAWAB SKANDAL PEMBELIAN HUTANG TALAM CORPORATION.

Walaupun PKR Selangor masih gagal menjawab dengan baik skandal pembelian hutang Talam Corporation dan kehilangan RM 1 bilion, tidak diketahui samada ianya mampu menggoyahkan keyakinan rakyat kepada PKR Selangor. Sememangnya ada bukti-bukti jelas bahawa PKR Selangor melakukan beberapa tindakan meragukan dalam skandal pembelian hutang Talam Corporation. Malah tindakan membeli hutang Talam Corporation pun nampaknya tidak membawa impak seperti yang dikehendaki. Penyelewengan dalam skandal pembelian hutang Talam Corporation seolah-olah mendapat restu pula daripada rakyat Selangor. 

Majoriti rakyat Selangor perlu disedarkan terlebih dahulu mengenai bahaya dan ancaman penyelewengan yang lebih besar jika PKR masih terus mentadbir Selangor. Sebagai contohnya dalam isu usul Penstrukturan semula konsesi Air; di sini PKR Selangor memainkan sentimen rakyat Selangor mengenai Hak Air terlebih dahulu sebelum PKR mengaitkannya dengan tuduhan liar amalan kronisma yang tak berlaku pun dalam pemilihan pemegang konsesi. 

Rakyat Selangor mesti diyakinkan bahawa pembelian hutang Talam Corporation sebenarnya tidak perlu langsung. Ini kerana hutang tersebut hanya wujud dalam kerangka hubungan fidusiari sahaja. Ianya tidak menjejaskan secara langsung kepentingan rakyat Selangor. tetapi pembelian hutang Talam Corporation menjejaskan kepentingan rakyat Selangor. Kerana pembelian tersebut melibatkan penjualan tanah-tanah milik Talam Corporation yang bakal dibangunkan di masa depan bagi kepentingan rakyat Selangor. 

Apabila PKR Selangor bertindak membeli tanah-tanah Talam Corporation melebihi harga pasaran, cara yang paling cepat dan mudah bagi mendapatkan semula wang yang dibelanjakan ialah dengan menjual semula tanah-tanah tersebut pada harga yang lebih tinggi lagi. Apabila ini berlaku bermakna pemilikan tanah-tanah tersebut bertukar tangan dari kerajaan negeri kepada pembida tertinggi. Kehilangan pemilikan tanah-tanah tersebut takkan mampu digantikan semula oleh PKR Selangor. 

Timbul pula persoalan seterusnya. Bagaimanakah pula wang pemerolehan dari penjualan tanah-tanah berkenaan dibelanjakan pula dan untuk apa? Inilah yang perlu rakyat Selangor disedarkan. Inilah yang benar-benar termasuk dalam amalan pembaziran dan ketirisan sebenar. Buat apa membelanjakan wang rakyat untuk 'bail-out' satu syarikat yang bukan dalam keadaan nazak? Kemudian menipu dengan licik pula melalui penjualan tanah-tanah tersebut sehingga menyebabkan kehilangan pemilikan ke atas tanah-tanah tersebut. Sehingga ke hari ini kita masih tertanya-tanya dimanakah Kertas Putih mengenai pembelian hutang Talam Corporation berkenaan ?

Rakyat Selangor perlulah sedar bahawa tindakan PKR sudah banyak merugikan rakyat Selangor di masa depan. Segala aset-aset yang dikumpulkan oleh kerajaan BN dahulu kini semakin hari semakin menyusut akibat tindakan tidak bertanggungjawab PKR Selangor. Semakin lama PKR mentadbir Selangor semakin banyak aset-aset milikan negeri Selangor bakal terjual tanpa ada penggantian semula. 

Di masa depan apalagi tinggal untuk rakyat Selangor ?

Selasa, 3 Julai 2012

STATISTIK MENARIK ANGAN-ANGAN PAKATAM NAK KUASAI PARLIMEN.


TUKAR KAN SAJA NAMA PAKATAM RAKYAT KEPADA PAKATAN SKANDAL.

BERTEMAKAN ' JOM UBAH' ... MELAUNGKAN SLOGAN ' UMNO TIPU MELAYU' DAN MENJANJIKAN SYURGA , pada fikiran hamba sudah sampai masanya PAKATAN RAKYAT mengubah namanya menjadi PAKATAN SKANDAL.

Terkini didedahkan lagi skandal penyelewengan kewangan UNISEL dan Skandal RM1 bilion 'bail-out' Talam Corporation. Di tambah lagi dengan sumber dana RM300 juta yang mencurigakan. Di tambah lagi dengan Skandal Faekah-Azmin Ali-Rafizi. D tambah lagi dengan Skandal Perletakkan Jawatan Rafizi. Di tambah dengan Skandal Seksual para pemimpin PKR, DAP & PAS. Di tambah dengan Skandal Penstrukturan Konsesi Air. Di tambah lagi dengan Skandal RM3 bilion Anwar Ibrahim. Di tambah lagi dengan Skandal artis tajaan PAS menerima bayaran RM50k. Di tambah lagi dengan Skandal Lebuhraya Ke Sorga yang belum diluluskan oleh EXCO Kerajaan Langit PAS Kelantam. Di tambah lagi dengan Skandal Kristianisasi oleh DAP. Di tambah lagi dengan Skandal KUIN di Kedah, DI tambah lagi dengan Skandal Pertelingkahan dalaman dalam PAS KEdah, Di tambah lagi dengan Skandal bilangan rumah urut berlambak-lambak di Selangor. Di tambah lagi dengan Skandal pemecatan Hasan Ali. Di tambah lagi dnegan Skandal pembongkaran penipuan kes Scorpene. Di tambah lagi dengan skandal pendedahan SUARAM ialah sebuah syarikat dan bukan NGO. Di tambah lagi dengan skandal janji-janji PRU 12 yang masih belum tertunai. Di tambah lagi dengan Skandal papan iklan lebih banyak di Selangor. Di tambah lagi dengan Skandal Nizar Lambai berdoa agar Pakatam hancur di semua peringkat. Punyalah banyak Skandal penyelewengan oleh DAP PKR PAS sehingga tak habis sampai 100 tahun memperkatakannya. 

Jadi tak salah sekiranya Pakatan Rakyat Tukar nama jadi PAKATAN SKANDAL je lah.

ULAMAK PAS NAK KE PUTRAJAYA, ULAMA MUDA UMNO NAK BERDAKWAH.



Ulama' PAS nak ke Putrajaya dan taknak ke sorga tapi ulama' muda UMNO nak berdakwah meleraikan segala salahfaham mengenai Islam dan menyeru kepada kebaikan perpaduan ummah. Di antara keduanya amat jelas perbezaan pendekatan. Sudah tentu fitrah Islam tidak menolak fitrah yang baik tapi kalau hanya hendak  ke Putrajaya pada fikiran hamba tiada dalam rukun Islam dan rukun Iman.

Isnin, 2 Julai 2012

PKR SELANGOR MEMANGSAKAN RAKYAT UNTUK KERJAYA POLITIK.

rafizi lembu

APA YANG BOLEH PKR SELANGOR BANGGAKAN SELAMA EMPAT TAHUN MENTADBIR SELANGOR ? Aset negeri bertambah ? Banyak yang kena jual pun. Masaalah rakyat selesai ? PAKAR (Pusat Aduan Rakyat) BN Selangor menerima lebih 56,000 aduan sejak beroperasi tak sampai pun tiga bulan. Masalaah sampah selesai setelah ALAM FLORA ditamatkan kontrak? Huh ! Yang ada lima puluh biji kompektor sampah yang tak boleh digunakan atau disewakan kerana dokumentasi tak selesai. Pendidikan Percuma? Aset UNISEL pun hendak digadaikan. Subsidi Air 250ml sebulan? Penghuni flat yang menggunakan meter pukal pun masih tak dapat nikmatinya. 

Bersih rasuah dan telus? KSSB seleweng hasil pasir, padang awam dijadikan kompleks membeli belah, amalan rasuah pemimpin DAP dalam pemeberian kontrak mengutip hutang didedahkan dan salah urus UNISEL sampai nak bankrap UNISEL. 

Janji PKR Pakatam tidak mahu menanugerahkan sebarang kontrak melalui direct nego masih tak tertunai! Selangor kehilangan pelaburan sejumlah RM3.8 billion yakni 300% dari tabungan yang dibangga-banggakan oleh PKR Pakatam. Sebanyak 12,000 peluang pekerjaan terlepas akibat kesombongan dan keangkuhan PKR Pakatam yang hendak membolot tamak konsesi perkhidmatan air.

Akhirnya rakyat menjadi mangsa permainan politik PKR Pakatam Selangor yang menjadikan kepala-kepala rakyat Selangor sebagai batu-bata loncatan ke Putrajaya. Hanya dengan memijak kepala rakyat Selangor PKR Pakatam Selangor nampak gah. Para pemijak kepala rakyat Selangor dengan bangganya merompak sana sini kerana kepala rakyat Selangor sudah di pijak leh mereka sehingga bisu suara-suara rakyat Selangor.

Sampai bila rakyat Selangor hendak biarkan sahaja kepala mereka di injak dan di pijak oleh PKR Pakatam demi kerjaya politik PKR Pakatam Selangor ?

SKANDAL RM 1 BILLION PKR PAKATAM SELANGOR ! BANYAK TU

alt

PETALING JAYA, 2 Julai - Koordinator Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Pakatan Rakyat perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan telah menyusut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan menerusi beberapa tulisannya di Twitter mengenai kontroversi itu pada Ahad bahawa beliau akan mendedahkan “skandal yang melibatkan penyelewengan dan urusan bernilai RM1 bilion”.

Mohd Zin turut menambah pendedahan tersebut amat serius kerana melibatkan kepentingan awam dan merupakan satu 'tamparan' terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta dibawah geran Selangorku Sayang adalah dari sumber yang meragukan.

baca seterusnya di sini KL POS

UNISEL LUBUK DUIT HARAM PKR PAKATAM SELANGOR !


Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu,lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Tindakan Abdul Khalid itu jelas apabila melantik individu dari kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang banyak mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan di universiti berkenaan.

Ahli politik dimaksudkan ialah:

1) Faekah Hussin- Setiausaha Politik Menteri Besar
2) Dato Rashid Din - Ahli Parlimen Merbok ( PKR )
3) Che Rosli Che Mat- Ahli Parlimen Hulu Langat ( Pas)

Keadaan ini sama sekali tidak pernah berlaku pada zaman BN yang tidak pernah melantik ahli politik dalam Lembaga Pengarah kerana lebih mengutamakan kualiti pendidikan dan modal insan sehingga berjaya meletakkan Unisel setaraf dengan universiti awam dan swasta yang lain.Naib Canselor,Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan 2 Ogos tahun lalu kerana tidak tahan dengan tekanan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di universiti itu.Beliau yang menggantikan Profesor Datuk Dr Razali Agus pernah berazam ketika mula-mula menjawat jawatan berkenaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik akhirnya terpaksa mengalah.Dua pegawai kanan iaitu bekas Dekan Fakulti Perniagaan,Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah meletak jawatan kerana ketidakadilan terhadap mereka.Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan peletakan jawatan tindakan dua Ahli Lembaga Pengarah kerana tekanan politik iaitu:

1) Datuk Adnan Alias - Bekas Pensyarah UKM
2) Datuk Dr Mohammad Ariffin Aton - Bekas CEO Sirim-Penyelidik

Dengan pengunduran Adnan dan Mohammad Ariffin, jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang tinggal hanya 8 orang dengan tiga daripadanya adalah Ahli Politik daripada PAS dan PKR.Selain Ahli Lembaga Pengarah,salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) juga adalah aktivitis politik Pas yang aktif dan pernah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.Seorang lagi TNC berdepan dengan dakwaan salah laku berkaitan kes rogol seorang pelajar ketika menjawat jawatan sebagai dekan di UPM Serdang.Abdul Khalid mengetahui kes tersebut namun demi menjaga kepentingan kroni,beliau hanya memekakkan telinga.Tindakan itu menyebabkan ibu bapa bimbang menghantar anak-panak belajar ke Unisel.Kos pentadbiran meningkat,sebaliknya jumlah pelajar semakin berkurangan.Ini menyebabkan Unisel menanggung kerugian.Kerajaan negeri melantik tiga TNC dengan gred gaji Jusa B.Jawatan Pendaftar Kanan turut diwujudkan dengan gred gaji Jusa B.(lihat perbandingan di bawah).

BN

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

Seorang TNC - Gred gaji Jusa B

Seorang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Pakatan Pembangkang

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

3 TNC - Gred gaji Jusa B

1 Pendaftar Kanan - Gred gaji Jusa B

1 orang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Berdasarkan bukti ini,saya cabar Abdul Khalid mengumumkan kedudukan kewangan Unisel.Saya beri tempoh seminggu untuk beliau berbuat demikian.Rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan negeri hanya ‘auta’ sahaja dan mereka lebih kemaruk berpolitik untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa memikirkan kebajikan dan pembangunan rakyat.

Datuk Seri Noh Omar,


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor


Sumber : Badut Rakyat

Ahad, 1 Julai 2012

DAP MULA MENGKHIANATI PKR & PAS. DI SELANGOR.


SELCAT adalah baby DAP. Satu projek dan alat bagi DAP memusnahkan dan menghancurkan PKR & PAS. SELCAT juga menjadi saringan DAP memlih dan menentukan pucuk pemimpin di dalam PKR & PAS. Tidak pernah seorang pun pemimpin DAP dihadapkan kepada SELCAT walaupun dalam siasatan Suruhanjaya DiRaja Teng Beng Hock ada saksi mengemukakan bukti penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah oleh pemimpin DAP. Setakat ini SELCAT hanya digunakan sebagai satu bentuk propaganda licik dan jelek DAP bagi menggambarkan kelemahan dan keburukan orang Melayu menjadi pemimpin. 

Selanjutnya dibuktikan lagi mengenai salahlaku penyelewengan kuasa dan amalan rasuah yang bermaharajalela di kalangan pemimpin DAP. Bahkan adanya sms yang berbunyi ' DAP perlu dibersihkan dari pemimpin sampah macam Ronnie Liu dan Teresa Kok'. Di Pulau Pinang, kita melihat dengan penuh geram bagaimana Guan eng menjadi seorang diktaktor tulin mirip Lee Kuan Yew. Di Perak, kita melihat bagaimana Jawatankuasa Displin DAP Pusat membebaskan kesalahan rasuah dan amalan penyelewengan kuasa oleh Nga Kor Meng. Kita melihat juga bagaimana DAP memecat Naib Presiden DAP yang menjadi senator kerana tidak bersetuju dengan BERSIH 3.0. Kita juga menyaksikan bagaimana Guan Eng membazirkan RM 5 juta wang rakyat dengan merobohkan kompleks parkir awam di Bukit Bendera. Kita menyaksikan bagaimana Guan Eng menjadi broker tanah di Pulau Pinang dan mengenepikan pembinaan rumah kos mampu beli. Kita juga menyaksikan bagaimana pemimpin DAP yang menguasai PBT berlagak sombon dan angkuh serta mendiskriminasikan kakitangan Melayu di dalam PBT.  Kita juga menyaksikan bagaimana DAP masuk campurtangan dalam urusan perlantikan AJK Masjid di Selangor dan di Pulau Pinang. Kita juga menyaksikan bagaimana pemimpin DAP Kedah mampu mengugut Menteri Besar Kedah dalam isu pembukaan pusat maksiat semasa bulan Ramadan. 

Suatu ketika dulu semasa berada di dalam Angkatan Perpaduan Ummah, DAP tidak teragak-agak untuk keluar A.P.U kerana kehilangan banyak kelebihan. . KINI DI DALAM PAKATAN RAKYAT, PAS SUDAH BANYAK KEHILANGAN KELEBIHAN BERBANDING DAP. MANAKALA DOMINASI PKR SEMAKIN TERHAKIS APABILA DAP MENGGUNAKAN SELCAT UNTUK MEMBURUKKAN IMEJ PKR DAN PAS SECARA ISTIBQAMAH. DAP TAK PERNAH BERMINAT UNTUK WIN-FOR-ALL DALAM PAKATAM SEBALIK MENGAMBIL PENDIRIAN WINNER TAKES ALL-LOSER JADI KUDA. 

Samada anda undi DAP . PKR atau PAS sebenarnya ianya adalah satu langkah pembukaan untuk Malaysia terjajah dengan idealisma NANYANG RAYA ( THE GREATER NANYANG) yang di bawa oleh PAP. 

Sabtu, 30 Jun 2012

POLITIK MENGENAI NOMBOR, PAKATAM ADA RAMAI BOMOH NOMBOR

HAMBA pun tak tahu lah ide mengong siapalah yang punya mengatakan bahawa Politik Ialah Mengenai Nombor. Nombor apa ? Nombor ekor ke Nombor 4D Magnum ? Siapa kata Politik Ialah Mengenai Nombor? Nombor dengan politik takde kena mengena pun. Kalau ada kena mengena pun masa kira undi sahaja. Kerana itulah kita melihat pelbagai illusi secara magis dilakukan oleh para politikus dalam mengujudkan nombor yang tiada menjadi ada melalui pelbagai kajiselidik dan bancian. Tidak ada seorang pun benar-benar berani tampil ke hadapan untuk memberikan satu jaminan 100% bahawa nombor itu akan kekal begitu sewaktu para pemilih berdaftar membuang undi mereka di kertas undi. Sebenarnya ia adalah satu tipu muslihat sahaja. Siapa tipu siapa ?

Penyakit utama bagi politikus di tanahair kita ialah mereka suka menipu diri mereka sendirri. Mereka menipu untuk memberikan satu ilusi berbentuk persepsi mengenai sokongan kepada mereka. Apa yang mudah dijadikan persepsi sokongan ? Sudah tentulah melalui nombor dan angka. Penyakit ini pula menular di kalangan mereka yang berada di dalam lingkungan kebergantungan hidup kepada ahli politikus tersebut. Masing-masing akan menunjukkan melalui statistik angka dan nombor bahawa apa yang mereka lakukan berjaya membuahkan hasil sokongan bertambah kuat kepada politikus berkenaan. Natijahnya ialah kemudaratan yang menyeluruh.

Fikirkan secara rasional, pertama , semasa di soal selidik adakah kumpulan sasaran benar-benar bercakap benar atau berbohong? Sejauhmanakah kejujuran kumpulan sasaran memberikan jawapan mereka?

Kedua, bolehkah dipercayai bahawa sekelompok kecil knumpulan sasaran minoriti benar-benar mewakili isihati dan luahan rasa serta pendapat majoriti dua puluh lapan juta penduduk? Bolehkah kita mempercayai segala teori-teori statistik berkenaan perosoalan berbentuk subjektif?  Sudah tentu tidak. Terlalu banyak variasi model statistik bagi satu-satu kondsi subjektif. Tidak ada yang muktamad. Jadi hujah ini membatalkan  pegangan mengenai Politik itu Adalah Nombor, ianya satu bullshit !


Lalu apakah Politik itu sebenarnya? Politik ialah suatu ketidakpastian yang membawa kepada satu kepastian. Ianya bersifat berubah-ubah berdasarkan kepada kecekapan pemerintah dan kelemahan pembangkang. Tidak ada mana-mana politikus mampu mengawal keadaan dan pendapat umum. Apa yang berlaku ialah perubahan pendapat secara rawak mengikut tahap ketidakpuashati dan kepuasan hati para pemilih dari masa ke semasa. Ianya sentiasa berubah dan tidak konsisten. Kena tepat pada masa dan waktunya, seorang calon yang tak terkenal pun boleh menang dalam PRU 13. 


Bilakah masa dan waktu yang sesuai ? Inilah yang menjadi igauan ngeri bagi setiap politikus di dunia ini. Mana ada manusia mampu mengawal masa dan menentukan masa? Yang ada hanyalah beberapa indikasi , petanda , alamat dan ramalan sahaja. Samada berdasarkan kepada kaedah saintifik atau kaedah Feng Shui atau Tajul Muluk atau bomoh nombor, ianya hanyalah variasi tafsiran kepada indikasi, petanda, alamat dan ramalan yang ada. Tiada yang muktamad.

Seorang politikus yang berjaya ialah seorang yang mampu membaca dan menafsir segala indikasi, petanda, alamat dan ramalan yang ada. Pokok pangkalnya ialah keyakinan pemilih. Sejauhmana pemilih mempunyai keyakinan kepada satu-satu pihak ? Memilih waktu tersebut di mana kemuncak keyakinan pemilih berada di tahap maksimum itulah yang dikatakan sebagai Waktu Tepat Dan Sesuai. Bagaimana hendak menafsir indikasi, petanda dan alamat mengenai tahap maksimum keyakinan pemilih itulah yang sebenarnya Politik. 


Mana-mana politikus hanya mampu berusaha mengadakan kondisi-kondisi kondusif bagi merayu undi di samping membina tahap keyakinan maksimum para pemilih. Mengekalkan kondisi-kondisi kondusif tidak ada masaalah tetapi mengekalkan momentum keyakinan pemilih itulah yang amat bermasaalah.

Kepada para pemilih sekelian anda perlulebih berhati-hati untuk menggunakan kuasa anda sebagai pemilih kerana ianya hanya boleh digunakan sekali dalam setiap lima tahun. Ini jauh berbeza dengan mana-mana politikus yang berkuasa dari kuasa tersebut. Anda hanya sekali sahaja berkuasa tetapi politikus berkuasa selama lima tahun. Fikirkan dan pertimbangkan dengan begitu halus.

Jumaat, 29 Jun 2012

SELCAT DEDAH PENYELEWENGAN ISU PADANG.


Cubaan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil tidak berhasil semalam.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim bersama beberapa anggota Selcat lain cuba mendapatkan jawapan itu, namun usaha mereka gagal apabila bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ Faiwos Abdul Hamid dilihat sering berdolak dalik.

"Siapa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang memulakan usaha untuk menukar status padang PKNS di Kelana Jaya daripada rekreasi kepada komersil?

"Siapa yang mengambil inisiatif untuk mencadangkan penukarannya? Adakah seorang pegawai, atau adalah keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam satu mesyuarat? Penukaran ini tentunya tidak berlaku dengan sendiri," soal Teng pada sesi pedengaran awam Selcat yang menyiasat isu pindaan draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di sini.

RTPJ2 menimbulkan kontroversi apabila dokumen yang dirujuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor mendapati padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial.

Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah apabila mengetahui padang PKNS di Kelana Jaya itu hendak dibangunkan kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau selain menimbulkan kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Faiwos berkata pihak MBPJ ada melakukan pindaan terhadap RTPJ2 selepas satu mesyuarat bersama antara pihak berkuasa tempatan itu dan JPBD Selangor awal tahun lepas.

Kenyataan Faiwoz itu bagaimanapun disangkal Timbalan Pengarah JPBD Selangor Norasiah Bee Mohd Haniff, dengan mendakwa mesyuarat yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai sebarang pindaan kepada pelan tersebut tetapi lebih tertumpu kepada proses percetakan RTPJ2 yang telah diwartakan.

Noraini pula mengakui beberapa pindaan yang terdapat pada RTPJ2 dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang, sebaliknya dilakukan berdasarkan amalan biasa sebelum ini.

Beliau mendakwa berdasarkan amalan itu, MBPJ akan membuat pindaan terhadap RTPJ2 meskipun selepas diberi kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diwartakan.

"Saya akui yang pindaan tersebut dibuat tidak mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan, sebaliknya hanya berdasarkan amalan biasa sebelum ini. Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon sesuatu kawasan itu," katanya.

Pendengaran awam itu ditangguhkan sehingga 5 Julai.

Sumber : Gelombang Rakyat

Khamis, 28 Jun 2012

SEBARKAN NILAI MURNI AGAR NEGARA TIDAK KACAU - RAIS YATIM.

Puak PKR sentiasa Mengocak Kemarahan Rakyat Kepada UMNO/BN Melalui Propaganda-propaganda Seperti Ini. Ini Adalah Contoh Nilai Yang Tidak Murni Yang Mampu Mengacau-bilaukan Negara.

HARI INI kita cerita mengenai perkaitan di antara Nilai Murni dengan Kestabilan Negara. dalam satu catatan di dinding mukabuku, Rais Yatim menyebut secara ringkas peri pentingnya Nilai Murni dalam Transformasi Negara. Tanpa Nilai Murni negara akan menjadi kacau. Perkara yang sama pernah disebutkan oleh DS Najib dalam meperkenalkan Wassatiyyah yakni bersikap sederhana. Tidak terlalu ekstrim dan terlalu lembik. Professor DiRaja Ungku Aziz pernah memberikan panduan katanya : Kerja Kuat, Cakap Kuat itu bagus , Kerja Malas, Cakap Kuat itu Bodoh' Baginda Rasullullah s.a.w. pun diturunkan sebagai contoh teladan akhlak mulia. 

Apakah Nilai Murni ? Nilai Murni ialah segala perbuatan dan percakapan yang membawa manafaat kepada orang lain. 

Apakah contohnya ? Contohnya ialah :-
  1. Tidak menyokong dan mengamalkan LGBTX
  2. Tidak menghina para Sultan Melayu 
  3. Tidak menghina agama Islam 
  4. Tidak menghina Thaipusam 
  5. Mematuhi Perundangan Negara
  6. Tidak berdemo di jalanan dengan melakukan provokasi melampau
  7. Tidak mengacu dan mengadu-domba sesama rakyat Malaysia. 
  8. Tidak memanipulasikan mandat Rakyat untuk merompak Rakyat.
  9. Tidak memungkiri setiap janji yang di buat.
Nilai Murni mampu di pupuk melalui pendidikan samada di sekolah , IPTA/IPTS dan di media sosial. Selain itu penguatkuasaan perundangan negara perlulah efektif. Ini tidak bermakna penguatkuasaan melalui kekuatan fizikal dan kekerasan tetapi penguatkuasaan yang efektif melalui proses mahkamah. 

Bagi maksud itu kita perlu mempunyai Jabatan Peguam Negara yang berani dan disegani pihak lawan dan kawan. PDRM sudah melalui proses Transformasi yang jitu. Hanya tingga Jabatan Peguam Negara sahaja yang belum melalui proses Transformasi menyeluruh. 

Kelemahan di segi penguatkuasaan perundangan melalui proses mahkamah akan mengakibatkan rakyat tidak menghormati perundangan. Ini membawa kepada kecelakaan kepada negara. Perundangan negara bila tidak dihormati dan di pandang enteng oleh rakyat maka akan berlaku kejahatan berleluasa. 

Hishamuddin Hussein pernah menyebutkan bahawa pihak Polis sudah melaksanakan tugasan mereka dengan baik dalam setiap siasatan dan terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan samada untuk melakukan pendakwaan. 

Kita berharap agar Pejabat peguam Negara lebih peka kepada denyut nadi rakyat yang mahukan Ambiga dan penganjur BERSIH di dakwa di mahkamah. Termasuklah semua pemimpin dan orang perseorangan yang seringkali menghina dan mencabar kedaulatan dan keluhuran perundangan negara. Tanpa pendakwaan yang efektif dan nampak lemah di mata rakyat dibimbangkan rakyat yang menyokong kerajaan BN akan menyampah dan enggan mengundi BN lagi. 

Sebuah kerajaan akan menjadi sebuah kerajaan yang disukai ramai apabila di lihat mampu mnedakwa dan bertindak tegas dalam ruang litup penguatkuasaan perundangan negara. Sesuatu yang amat perlu difikirkan dengan amat serius oleh Jabatan Peguam Negara.

Rabu, 27 Jun 2012

SADISNYA ... POK NIK DI JUAL PADA HARGA RM20 (TAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN) !


TEMPAHAN - "T-shirt JOM MASUK PAS TGNA (TGNABG)' Lengan Pendek dibuka sehingga 2 Julai 2012 (Isnin). Penghantaran akan dilakukan pada 6 Julai 2012 (Jumaat).
Harga = RM20 sehelai (Tidak termasuk kos penghantaran) 
Kos Penghantaran : RM5 (Semenanjung) RM10 (Sabah & Sarawak)
Jika ingin membuat pembelian tuan/puan perlu sms/email/pm admin
Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 158024839585 (Mohd Fahrul Razi Bin Jamahuri)
Begitulah bunyinya bagaimana pepuak cagcai PAS Pakatam dan anak-anak muda yang terpengaruh dengan Pok Nik menjual Pok Nik pada harga RM20.00 sahaja tak termasuk kos penghantaran RM5 (Semenanjung Malaysia) RM 10 (Sabah & Sarawak).

Bukan sahaja Pok NIk di jual pada harga RM20.00 tak termasuk kos penghantaran, turut di jual secara komersil ialah ISLAM pada harga yang sama. Cuma bezanya, Pok Nik lebih laris di jual jadi diletakan di hadapan manakala ISLAM diletakkan di belakang kerana ISLAM TAK SEMULIA POK NIK menurut pandangan penjual Pok Nik dan ISLAM tersebut. 

Jadi fikirlan sendiri. Adakah pepuak sebegini punya tahap mentaliti hendak dijadikan sandaran kepada Perjuangan Islam ? Segala benda mereka komersilkan dan dijadikan bahan jual-beli (tak termasuk kos penghantaran) Langsung tidak ada sebesar debu pun rasa hormat mereka kepada perkataan ISLAM. Bagi mereka asalkan ianya boleh buat duit maka mereka jual sajalah (tak termasuk kos penghantaran!)

GEMPAR !!!! FAEKAH SUPOL SUDAH DI PECAT ????!!!


PKR SELANGOR SEMAKIN BERGOLAK. Berikutan dengan perkhabaran yang dikatakan bersumberkan dariapada Azmin Ali sendiri bahawa FAEKAH HUSIN , SUPOL /SETPOL kepada Khalid G sudah di pecat !

30 minit selepas di pecat , Faekah dikatakan telah keluar PKR efektif serta-merta !

Faekah telah di lamar oleh Mat Sabu sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Presiden PAS .. ha ha ha ha ha 

Manakala Badrul Amin pula dikhabarkan sedang 'berkaunseling' untuk memujuk Faekah kembali semula ke dalam PKR.

Apakah ini semuanya BENAR atau GOSIP?

Kita tunggu dan lihat apakah kenyataan rasmi daripada Faekah, Mat Syabu, Badrul Amin, Azmin Ali, Khalid G dan Presiden PKR Kak Wan Jijah, Jangan tanya bang Anwar Ibrahim, beliau sedan gsibuk mengira wang RM3 bilion.

REPUBLIK SAMPAH SARAP PAKATAM: APA YANG TAK KENA DENGAN LORI KOMPEKTOR SAMPAH DALAM GAMBAR INI ?

Kemain Sukanya Bergambar Depan Lori Kompektor Baru Jenama Dongfeng Dari China. 
Tapi Boleh DiGunakan Ke ? 
Spesifikasinya lebih baik ke Dari Lori Kompektor Sampah Yang Digunakan Oleh Alam Flora?




Item
unit
parameter
Vehicle model

CLW5082ZYS Garbage compactor
Chassis model

EQ1071G2ADJ3
Overall dimensions
mm
7000×2200×2700
Body internal dimensions
/
Fact cubage
L
6000-8000
GVW
kg
Appro×7800
Rated loading capacity
Appro×2000
Mass in working order
Appro×5605
Wheel base
mm
3800
F/R track base
1750/1586
Front/rear overhang
1110/2090
Approach/departure angle
°
18/12
Max speed
km/h
90
Engine
Engine model
Engine manufacturer
Exhaust
Power
EQ6102DT-20
Dongfeng Motor Co. engine plant for commercial vehicles
5638
103
Fuel type
Diesel
Number of axles
2
Axle-load
2650/5150
Pieces of spring
7/8+5
Number of tires
6
Tire specification
7.50-16
Equipment
Equipped with hermetic dustbin, hydraulic system and operating system.
Automatic compress and uninstall, sewage can be collected by the dump tank.
Pressure is large, leakproofness is good, operation is convenient and security is dependable.
Matching function
Matching a barrel after the hanging flip flip bucket or refuse bodies.
Performance parameters
Loading cycle time :12-30s; discharge garbage time: ≤ 30s; filler upgrade point of view: ≥ 95 °; oil: 19.6 (200) (Mpa) (kg); compression ratio: 1/3-1/2.

Lanjutan daripada pendedahan oleh BN Selangor dalam sidang media pada 26hb Jun 2012 yang menyentuh mengenai dakwaan dalam hal Ronnie Liu menjadi kaya kerana Sampah dan Pasir. Seorang rakan fesbuker memberi komen berikut:-
Saiful Torres RONNIE LIEW BELI LORI COMPACTOR SAMPAH SEBANYAK 50 BUAH DGN HARGA 14.5JUTA. JATUH SEBUAH BERHARGA 290,000. SETAKAT LORI DONGFENG CHINA, TONG CHINA HYA BERHARGA 120,000 JER LA. LOCAL SPEC PUN LEH DPT LG BAIK DR TU. TP LORI RONNIE LIEW TU MANA LEH REGISTER. MAMPOS XLEPAS. SPRM SILA SIASAT LA.
Saiful Torres LORI DONGFENG. kat sini ada agen dia tp ronnie liew langgar jer, mana mungkin dia leh bwk masuk jika xder AP. info kata diorg belum declare. lori tu xleh operasi pun.
Kita desak Ronnie Liu dan Khalid G serta MBSA memberikan penjelasan mengenai perkara ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...