Syaddap U! .. nanti akaq lempang kang! ....
INI MENGENAI BOB LOKMAN DAN TITAH UCAPAN KDYMM SULTAN SELANGOR DIPERKOTAK-KATIKKAN. Pertama, siapa tidak kenal Bob Lokman? Dulu kuat berjenaka kini kuat bertazkirah tanpa tauliah. Di tangkap dan di tahan oleh JAIS. Beranglah si Bob. Katanya seorang ulama sepertinya haram di tangkap. Dalam herdikannya ia mengungkit, kenapa dulu masa ia buat jahat JAIS tidak tangkap tapi masa buat 'baik' JAIS tangkap? Si Bob ini jugalah menyalahkan 'sistem' bila gagal mendidik anak sendiri. Amatlah dikesali dengan sikap si Bob tersebut. Si Bob patut boleh membezakan antara tugas dakwah dengan kegiatan politik. Pada pandangan hamba, si Bob ini ibarat masuk ke mulut buaya. Sendiri mencari padah. Kemudian menyalahkan penguatkuasaan. Tidak moleklah begitu.
Samalah seperti halnya puak-puak anti institusi Raja-raja Melayu. Pantang mana-mana Sultan Melayu bertitah di atas kapasiti Ketua Agama Islam negeri pasti di bangkang dan di bantah sesuka hati. Kewarasan pembantahan pula tidak masuk akal. Sengaja di buat-buat. Sekadar atas maksud membangkang sahaja. Bagi membuktikan bangkangan dan bantahan mereka tersebut adalah berniat jahat, di sini hamba siarkan klip video penuh kejadian di DUMC. Memanglah pepuak sinun DUMB-C.
PAS PUSAT pula mengambil jalan berdiam diri sahaja. Hanya Dato Hasan Ali sahaja yang beriya-iya mahu bekerjasama dengan JAIS dan KDYMM Sultan Selangor. PAS telah gagal melaksanakan apa yang mereka tuturkan selama ini.Begitu juga pemimpin dan ahli Melayu di dalam PKR. Mereka lebih pentingkan politk daripada agama Islam.
PAS PUSAT pula mengambil jalan berdiam diri sahaja. Hanya Dato Hasan Ali sahaja yang beriya-iya mahu bekerjasama dengan JAIS dan KDYMM Sultan Selangor. PAS telah gagal melaksanakan apa yang mereka tuturkan selama ini.Begitu juga pemimpin dan ahli Melayu di dalam PKR. Mereka lebih pentingkan politk daripada agama Islam.
Kesimpulan.
- Menjadikan Sultan sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri bukanlah suatu kesalahan di sisi syariat Islam. Ini kerana sejak pengembangan agama Islam di nusantara, para Sultanlah memainkan peranan besar dan memakai gelaran 'Amirul Mukminiin'. Gelaran tersebut dipahat pada matawang emas mereka.
- Segala peraturan berkenaan Tauliah mengajar ilmu-ilmu agama adalah untuk menjaga kesucian agama Islam dan kemashlahatan umat agar tidak mudah dipesongkan dan diselewengkan akidah mereka.
- JAIS dan KDYMM Sultan Selangor hanya bertindak mengikut syariat Islam dan perundangan negara melindungi agama Islam dan akidah umat Islam.
- Nampaknya PAS tidak boleh di harap untuk mempertahankan agama Islam dan akidah umat Islam di negara ini kerana mereka hanya mendiamkan diri apabila enggan bekerjasama dengan JAIS dan KDYMM Sultan Selangor.
SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS PADA PRU 13 NANTI YEA.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
2 ulasan:
Aku hanya nampak Bob ni jadi "kambing hitam" yang dipergunakan oleh orang lain saja untuk buat kecoh.
Aku Yang Bingai
tu la pasal bro ....
Catat Ulasan