Rabu, 12 Oktober 2011

JANGAN JADI BAHLOL BOLEH TAK AZIZ BARI?

Kamon lah ... bang Nuo dah janji nak jadikan aku Menteri ...

AZIZ BARI. Akalnya tidak sampai sejengkal tapi mahu menduga laut yang dalam. Apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari tiada kewajaran dan kewarasan di sisi syariat Islam dan perundangan negara. Belaiu di petik sebagai berkata:

Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.
Memanglah tidak salah mengkritik Raja-raja tetapi biarlah berpada dan beradab dan jelas khekhilafan berlaku. Takkanlah bila KDYMM mengatakan bahawa JAIS bertindak betul menurut perundangan sedia ada menyatakan baginda tersinggung dan tidak melakukan pendakwaan maka kenyataan itu suatu khilaf perundangan? Rekod sedia ada menunjukkan setiapkali pihak DAP-PKR-PAS buka mulut mengkritik Raja-raja ianya berniat untuk memansuhkan institusi raja-raja. Buktinya si ADUN Seri Muda, kenyataan Karpal Singh dan banyak lagi. Takkan buat-buat lupa  kot? 

Si Bahlol itu mengatakan lagi:
“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.
Helo ! Tolong sikit. Berikan peruntukan dalam Perlembagaan dimanakah dinyatakan adanya Hak sedemikian (Hak Pembayar Cukai Menilai Prestasinya). Kenyataan kamu (Aziz Bari) sudah terlalu melampau dan memesongkan takrifan perundangan. 
“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.
Aziz, jangan lupa kisah saidina Ali karamullahiwajhah bila ada umat yang berperangai seperti kamu mempersoalkan pemerintahan beliau di mana dengan sinis beliau menjawab 'Dulu semua umat berakhlaq seperti aku tapi sekarang semua umat berakhlaq seperti kamu!'
Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa
Baiklah, adakah institusi awam dan swasta lain seperti DUMC tidak boleh dikenakan sebarang perlaksanaan perundangan? Adakah DUMC ini lebih tinggi daripada institusi awam dan institusi raja-raja?  

Perlukah dan wajarkah mengkritik institusi awam dan institusi Raja-raja dikritik apabila Tiada Kekhilafan Berlaku Dalam Perlaksanaan Tugas-tugas mereka?

Persoalan sebenar ialah bukan sepertimana yang kamu (Aziz Bari) sebaliknya persoalan yang sebenarnya ialah Kenapa DUMC Melakukan Kegiatan Pengembangan Doktrin dan ajaran agama lain di kalangan Umat Islam di mana perbuatan tersebut jelas melanggar peruntukkan Perlembagaan dan perundangan negeri. Sila jawab Aziz Bahlol.

Kesimpulannya.
  • Aziz Bari sengaja memberikan takrifan dan tafsiran salah mengenai peruntukan Akta Hasutan.
  • Aziz Bari sengaja mengelirukan takrifan had-had kritikan yang dibenarkan.
  • Aziz Bari bukanlah orang yang diberikan kuasa di bawah Perlembagaan dan mana-mana perundangan negeri dalam hal ehwal Islam untuk mengkritik.
  • Aziz Bari bersifat melampau tanpa asas perundangan.
  • Aziz Bari telah dengan sengaja menyeru rakyat memansuhkan institusi raja-raja secara tersirat.
SELAMAT MENOLAK DAP-PAS-PKR PADA PRU 13 NANTI YEA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila Orang BENGONG Bercakap maka Hasilnya dalah kenyataan BANGANG!!!, sbbnya si Bengong ni dah tak tau dia bangsa apa,raja yang dikritik tu raja cina atau raja india agaknya. dia belajar tinggi2 jadi Prof.Dr tapi hasilnya jadi Bengong!!! Bodoh punya Olang!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...