Selasa, 18 September 2012

BUDAYA REVOLUSI SOSIALISMA PEROSAK AKIDAH ISLAM.

Filem 'Innoncence of Muslims' memang menghina Akidah Islam dan baginda Rasulullah s.a.w. Kelompok yang berani menyokong penghinaan tersebut adalah golongan Liberalisma, Sosialisma dan Pluralisma. Apabial Pemuda UMNO menyeru agar bantahan di buat ke atas filem tersebut, puak Sosialisma DAP seperti Pengerusi DAP Perak memperli dan menyindir usaha tersebut. 

Bantahan tersebut bakal di buat dengan gabungan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Dewan Pemuda PAS. Mungkin inilah yang menakutkan DAP yang anti ISLAM & MELAYU. Sebarang kerjasama di antara UMNO-PAS akan di tentang hebat oleh DAP kerana takut orang MELAYU BERSATU. 

Menuduh bantahan tersebut kerana dasar politik , Pengerusi DAP Perak yang anti Islam dan Melayu berani mengatakan bahawa bantahan itu buang masa dan tenaga orang Islam sahaja. Sekali imbas kita dah tahu niat sebenar DAP untuk mengagalkan bantahan itu bersesuaian dengan semangat fahaman SOSIALISMA DAP YANG ANTI ISLAM & MELAYU. 

Budaya Revolusi Sosialisma tidak melibatkan anak-anak muda komuniti Cina tetapi hanya melibatkan anak-anak muda Melayu yang mudah terpengaruh dengan budaya liar untuk mencari keseronokan semata-mata tanpa memikirkan impak kesan kepada agama, negara dan bangsa. 

Mohonlah kepada anak-anak muda Melayu agar tidak terjerumus ke dalam perangkap dan jerat merbahaya Budaya Liar dna Ganas Revolusi Sosialisma yang ditunjangi oleh DAP dan puak Sosialisma di dalam PKR serta Sosialuis Religus (Parasit PAS) di dalam PAS.

Fikirlah. Kalau hanya nak berseronok tapi hanya menjadi alat manipulasi ahli politik jahat seperti DAP buat apa? 

TOLAK PAKATAM JAHANAM PADA PRU 13 NANTI !

Begitulah bencinya DAP kepada ISLAM dan MELAYU yang diserapkan ke dalam semangat REVOLUSI REFORMASI dan dakyah putar belit sejarah kemerdekaan negara, 



Isnin, 17 September 2012

APA TINDAKAN ?


'KEJAHATAN MELATA KERANA ORANG BAIK-BAIK TAK BERBUAT APA-APA" Bila ketegasan tidak ada kerana berfikiran tiada dua pertiga majoriti di Parlimen akhirnya kebiadapan dan kejahatan semakin melata. Provokasi dan pencetusan konflik sentiasa berlaku kerana tidak di cabar. Yang di tangkap dan di tahan hanya balaci kecil sedangkan penghasut utama dibiarkan berleluasa. Apakah tidak ada makna undi empat juta lapan puluh satu ribu seratus limabelas (4,081,115) yakni 51.4% kepada Barisan Nasional dalam PRU 12 lalu?

Kita hendak juga bertanya apakah tindakan susulan BARISAN NASIONAL memujuk dan menundukkan pengundi tegar Parti Rakyat Malaysia sebuah parti Sosialis seramai 19,126 orang ?Walaupun bilangan mereka hanya 0.02% dari 10.740 juta pemilih pada PRU 12 dan jauh lebih kecil dari 29.3 juta penduduk Malaysia tapi pepuak inilah yang paling ramai buat kacau termasuklah yang mengundi PKR dan DAP. 

Tapi BARISAN NASIONAL masih menguasai 51.4% pemilih berdaftar pada PRU 12. Apakah suara keresahan dan kegelisahan mereka tidak ada makna? 

Kali ini masih ada lagi penyokong Pakatam Jahanam yang berterusan menghina institusi Raja-raja, Cabaran ini sering berlaku dan terjadi. Apakah sebabnya? Apa pula tindakan susulan mengenainya? 




Dimanakah pemantauan ke atas propaganda dan dakyah serta program-program puak Sosialisma ke atas anak-anak muda kita? Setiapkali perkara ini dikeluarkan dan dimaklumkan di blog-blog pro UMNO, apakah tindakan dan reaksi orangramai ?

Bagaimana hendak mendapat lebih dua pertiga majoriti jika tiada langsung ketegasan yang nampak di pandang ? Dan bilamana ada tentangan hebat akibat ketegasan yang di ambil , pepuak yang diberikan kepercayaan untuk mempertahankan tindakan tersebut mestilah bekerja keras.

Jangan lah asik makan budu cecah roti John sambil minum dan bergelak ketawa serta memuji diri sendiri sahaja dan menyangka begitu hebat mampu mengubah dengan hanya berblog dan berfesbuk sahaja.

Sampai bila ?


VIDEO KHAS MEMPERINGATI 16HB SEPETEMBER.


Pembohongan Terbesar Oleh Anwar Aib Braheem. 



HARI MALAYSIA BERSYUKURLAH KITA ADA NEGARA.


Hamba tak peduli lah dengan macam-macam Teori Konspirasi Illuminati ke Freemason ke berkaitan dengan penubuhan NEGARA BERNAMA MALAYSIA. Buat pening kepala je nak memikirkannya. Tidak ada satu pun Fakta, Bukti kukuh dikemukakan. Semuanya berbentuk prejudis dan perlancapan minda songsang yang gilakan kuasa semata-mata. Kerana semua hujah-hujah yang anti MALAYSIA ini banyak dipengaruhi oleh idealisma komunis dan sosialis yang tak keruan hujung pangkal. 

Jangan pedulikan lah mengenai kertas kerja MALAYSIA A STUDY OF DIRECT AND INDIRECT RULE tulisan Professor Ruppert Emerson yang dijadikan hujah dangkal oleh pepuak anti MALAYSIA. kalau tak suka sangat MALAYSIA ini sila berimigrasi ke negara lain. 

Hamba juga tak ambil peduli pasa penubuhan NEGARA ISLAM dan perlaksanaan HUDUD rayuan undi retorik puak PAS yang sejak sekian lamanya asik nak berbunuh sesama Islam yang sebangsa. Mengkafirkan sesama Islam sebangsa dan yang menolak kecintaan kepada bangsa.Yang menuduh semangat WATANIYYAH adalah ASSOBIYAH sedangkan merekalah pengamal sebenar ASSOBIYAH apabila enggan menerima kebenaran video salahlaku seksual Anwar Aib Braheem. 

Hamba juga tidak ambil peduli mengenai seruan JIHAD oleh para kelompok bangang yang mengaku Tentera Al Mahdi yang sentiasa berkhayal bahawa MELAYU adalah BANI JAWI yang di sebut-sebut sebagai keturunan Keturah yang bakal menghancurkan Israel.  Silap besarlah kalau masih menyakini bahawa MELAYU ini pemegang PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR. Mungkin Hang Tuah menyebutkan RUMPUN BANGSA MELAYU yang lain dari TANAH MELAYU ini.

Mustahil satu bangsa yang berpecah-belah dan sentiasa dahagakan darah sesama sendiri serta melupakan asal-usul mereka adalah bangsa yang ditakdirkan mencapai kegemilangan di akhir zaman.  Kita sahaja yang perasan lebih. Syok sendiri yang tak keruan. Itu semua adalah dalam pengetahuan rahsia Allah Ta'ala jua. Kita hanya menduga-duga dalam kesamaran yang tak nyata.

Hamba juga tidak kisahkah apa jua slogan KETUANAN RAKYAT, KUASA RAKYAT, MAKKAL SAKHTI dan KEBANGKITAN RAKYAT kerana semua itu retorik politik bangang yang mahu merobek-robek keadaan harmoni dan aman negara ini sejak 1969. 

Hamba juga tak peduli mengenai kemiripan bendera JALUR GEMILANG dengan bendera USA. Hamba tak peduli dengan Teori Sang Saka Malaya yang membawa aspirasi Neo Kolonialis Komunis yang telah gagal dan di tolak mentah-mentah oleh majoriti rakyat TANAH MELAYU sejak 1930an lagi. 

Hamba juga tidak ambil peduli seruan Mat Syabu pepatungan DAP yang mahukan para pembunuh dan penyumbangleweng Rejimen ke 10 PKM sebagai Pejuang Kemerdekaan. Mereka yang sanggup bersama Chin Peng walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan. Sanggup membunuh Ketua Polis. Sangggup membunuh para suami dan para bapa yang berkhidmat dalam Tentera dan Polis. Kelompok yang sanggup hidup dalam buangan kerana kedegilan dan kejahilan mereka enggan mengakui mereka di tipu oleh pihak komunis.

Hamba pun tak peduli dengan tuduhan melulu mengenai Assobiyah yang telah diselewengkan maknanya oleh PAS demi kepentingan politik sempit mereka. Kemungkaran sekutu tahaluf Siyasi PKR dan DAP yang dipertahankan oleh PAS. Menyeru agar memusnahkan kasih sayang kepada bangsa.  

Tapi Hamba memang pedulikan yang Hamba ini adalah seorang warganegara MALAYSIA. Hamba ada bangsa keturunan Melayu dan ada negara bernama MALAYSIA dan agama Hamba sama dengan agama negara ini yakni ISLAM. 

Anda bagaimana ?

Ahad, 16 September 2012

PETRONAS JADI LUBUK LGBT ANWAR AIB BRAHEEM.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBHNEemC8dgqnJqvL8CG8lMLtSqvKW_dQI2Pa4RqruPNEa2fUF97Pkt1x3PFvZDJTxm09jthwxEHQII3tEJDgw3bKZGpkjSTs0KXXLW958w2QGxJfuPowJOLA0w-nu-lg6P_07agwEJ22X/s1600/800px-Petronas_logo_svg1.png

Apabila berlaku terlalu ramai Bekas Pekerja SHELL berimigrasi ke dalam PETRONAS semangat kerja SHELL mula menguasai PETRONAS.  Kononnya, bagi mengemaskini mutu perkhidmatan Petronas dan SOP Petronas yang di dakwa oleh kelompok imigran SHELL sebagai lapok dan usang. Berlakunya kebanjiran kontraktor minyak dan gas dari Singapura. Gaji yang terlalu lumayan bagi sesetengah 'Penasihat'. Paksaan mengikut penyelesaian SHELL. Malangnya, menurut sumber maklumat sehingga ke hari ini tiada satu pun polisi efektif yang nampak di pandang dan dilaksanakan. Sebaliknya imigran SHELL ini semuanya bersemangat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. Ramai pekerja Melayu yang mahir, professional, cekap, rajin, komited, patriotik, berkebolehan serta setia kepada syarikat minyak nasional ini rasa terpinggir dan dipinggirkan oleh bekas-bekas pekerja SHELL yang di bawa masuk.. Baca seterusnya di sini LGBT MENGUASAI PETRONAS.

Lebih membimbangkan bila perkara yang sama berlaku dalam industri perbankan negara. Terutamanya di dalam Bank Islam. Dikatakan terlalu ramai golongan profesional daripada bank komersial lain di ambil dan diletakkan di dalam pengurusan tertinggi. Kemahiran 'baru' yang diharapkan menjadi 'Mimpi Ngeri' bilamana semangat yang di bawa bertentangan dengan 'Semangat Islam' yang di pupuk selama ini. Sedikit demi sedikit Semangat Ke-Melayuan' di kikis. Berlakunya satu corak diskriminasi Budaya Kerja. Ramai kakitangan berkebolehan terpaksa meninggalkan Bank Islam yang selama ini mereka sayangi untuk menyertai Bank Ar-Rajhi.

Kalau sebelum ini pengabungan AirAsia-MAS meresahkan pekerja MAS akibat budaya korporat AirAsia yang ibarat 'Ular Lidi Hendak Menelan Naga' menjadi mimpi ngeri. Usaha penyelamatan yang di dakwa sebagai inovatif dan kreatif lebih cenderung kepada amalan 'Merompak Di Sianghari'.Akibatnya, keresahan mula timbul di kalangan kakitangan MAS. 

Akhirnya apakah kesan impak ke atas undi kepada BARISAN NASIONAL? Undi kaum Cina tetap tidak akan berubah sedikit pun. Tetapi undi kakitangan Melayu di dalam PETRONAS, INDUSTRI PERBANKAN dan INDUSTRI PENERBANGAN akan berubah menjadi UNDI PROTES yang tak mampu di kesan oleh para pembodek di sekeliling DS Najib.

Berapa banyak lagi kelompok pengundi protes senyap yang bakal muncul jika situasi-situasi sebegini tidak ditangani dengan baik? Polisi Keterbukaan yang di tuntut oleh pertubuhan pengundi Cina mengundang malapetaka paling besar buat BARISAN NASIONAL. 

Dibimbangkan bahawa Polisi Keterbukaan di sektor GLC membawa keuntungan kepada satu kelompok khas etnik manakala etnik Melayu semakin Tertutup mendapat peluang-peluang yang sama di sektor swasta. Helo, mana ada pekerja Melayu yang berkebolehan dan berkemahiran diberikan peluang menjawat jawatan di peringkat pengurusan. Memang berlaku diskriminasi di tempat kerja terhadap orang Melayu.

Kepada para pembodek bertaraf 'Punahsial' yang berada di sekeliling DS Najib sila lah buka mata dan buka minda anda terhadap rungutan Polisi Keterbukaan yang menutup periuk nasi orang Melayu di dalam GLC dan perbankan. Sikap bodoh sombong anda telah banyak merugikan masa depan dan potensi orang Melayu.

Kalau masih tak reti bahasa juga jangan menyesal jika peratusan undi protes senyap semakin meningkat terhadap BARISAN NASIONAL. Ibarat kata , ' Yang di Kendong Berciciran dan Yang Di Kejar Tak Dapat'. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...