Khamis, 7 Jun 2012

JAWAPAN MERAPU PAKATAM PASAL ISU AIR SELANGOR.

PUAK YANG PALING PANDAI MERAPU DAN MEREPEK IALAH PAKATAM. TAK HAIRAN JIKA MEREKA BAKAL KALAH TERUK DALAM PRU 13. DEK KERANA ITU MEREKA SENTIASA MEROYAN MENGENAI TARIKH PRU 13. SUSAH SANGAT KE NAK TEKA BILA TARIKH PRU 13?  TARIKH PRU 13 YANG PASTI IALAH SELEPAS HABISNYA MANDAT PRU 12 TAHUN DEPAN. BETUL TAK?

Baru-baru ini kerana tekanan kuat dari Noh Omar dan Mat Zin yang banyak mempersoalkan komitmen dan agenda tersembunyi Pakatam dalam isu krisis air dan sampah menyebabkan Pakatam terpaksa menjadi begitu defensif . dalam satu klip video sidang media Pakatam Selangor menjawab isu krisis air amat jelas Pakatam kehabisan modal untuk mempertahankan kedegilan dan kegilaan mereka mempolitikkan isu air. 

Noh Omar dan Mat Zin mempertikaikan apakah usaha-usaha dan langkah-langkah Pakatam bagi mengatasi krisi rizab air di Selangor yang kin berada di tahap paling kritikal. Pakatam tidak menjawab langsung mengenai komitmen mereka untuk mengatasai krisis air. Sebaliknya Pakatam merapu mengenai Tariff Air dan WASIA. Apa kaitannya Tariff Air dan WASIA dengan komitmen Pakatam Selangor mengatasi krisis rizab air yang kritikal? Adoyai ... fenin kepala otak pemimpin Pakatam Selangor nie. Masaalah kritikal rizab air di Selangor tidak akan selesai dengan membangkitkan soal Tarif Air dan WASIA. 

Rizab air bersih Selangor berada di paras 2.4% sahaja pada waktu ini, Tiada nampak sebarang usaha-usaha positif dan komitmen tinggi Pakatam Selangor melaksanakan sebarang gerak kerja positif mengatasinya. Paling tidak kita hendak tengoklah berapakah saiz besen untuk menadah air hujan ataupun sistem penapisan untuk menapis semula air kumbahan. Ini tidak kedengaran langsung. Lombong-lombong yang ada di Selangor pun tidak kedengaran dibersihkan dan disediakan untuk menjadi bekalan air.

Ini tidak lain tidak bukan memperjelaskan maksud dan agenda tersembunyi Pakatam engan membantu rakyat dan mendahului kepentingan politik mereka dari kebajikan rakyat. Kesian rakyat Selangor dapat Kerajaan Papantanda macam Pakatam.

SUARAM IALAH SUARA HARAM PAKATAM.

SUARAM? SUARA HARAM? Ya , NGO yang ditubuhkan pada 5hb Ogos 1989 selepas Operasi Lalang adalah suara-suara haram Pakatam. Ia bukan sebuah NGO yang bebas dalam ertikata tiada pertalian dan perhubungan dengan mana-mana parti politik di Malaysia. SUARAM ialah sebuah NGO yang terikat kemas dan tersimpul erat dengan Pakatam terutamanya DAP dan PKR. Ibarat isi dengan kuku, SUARAM bertindak mewakili kepentingan politik DAP dan PKR yang cenderung kepada ideologi Sosialisma bagi pembentukan sebuah Negara Republik. 

SUARAM ditubuhkan oleh keluarga bekas-bekas pesalah-pesalah ISA yang di tahan di bawah ISA kerana melakukan aktiviti-aktiviti mengancam keselamatan negara. Tujuan asalnya ialah menghapuskan ISA yang di anggap sebagai suatu AKTA drakonian di mana seseorang yang melakukan aktiviti mengancam keselamatan negara boleh di tahan selama dua tahun tanpa perlu dibicarakan.

SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.

Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.  

Ia bermula dengan SUARAM menumpang aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia.   Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene.  Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit.   Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.  

Semua ‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau ‘air-liur’ SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.  

Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’ kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini.  Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.   Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis.  Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.

Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami.   Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.

Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan.  Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia.  Antaranya:

1.      Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga ‘key-person’ dalam pembohongan isu scorpene.  Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

2.      Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP

3.      Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling

4.      Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

5.      Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

6.      Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.

7.      S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

8.      Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia

9.      Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor

10.  Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua.  Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.

Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.  SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene.

Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.   Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Selasa, 5 Jun 2012

K-POP HALAL CAP PAKATAN.


Yang berjubah dan berkopiah itu sebenarnya sedang memberikan nasihat kepada Penganjur BERTAM NITE 2012 anjuran PKR bahawasanya PAS menghalalkan K-POP acara pentas malam itu kerana ianya mampu membawa anak-anak muda-mudi bertambah kuat iman mereka.
Jom kita saksikan K-POP HALAL CAP PAS.


TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

TERIMAKASIH DI ATAS KEPERCAYAAN ANDA " KAMI JANJI TURUNKAN CUKAI PINTU, CUKAI LAIN KAMI NAIKKAN YEA!" SELANGOR


Poster sebelah Pakatan ucap Terimakasih kepada rakyat. Kenapa? Tengok poster di atas pula ... TERIMAKASIH RAKYAT SELANGOR YANG UNDI PAKATAN AGAR SELANGOR MENJADI HARTABENDA MILIK KEKAL PEMIMPIN PAKATAN ! ha ...ha ...ha .....



Terbaru sebagai menambahkan lagi kebocoran pada kapal Pakatan yang semakin karam di Sungai Klang, Kerajaan Papantanda Selangor BERJANJI LAGI ! Janji sahaja..perlaksanaannya tunggu sampai kiamat. Apakah janji terbaru Kerajaan Papantanda Selangor? Mereka berjanji mahu menurunkan CKAI PINTU sebanyak 25%. WOW ! 25% bukan 70% tau atau CUKAI PINTU PERCUMA. Tapi ...... .......


Aiks??? !!! Hanya untuk pemilik rumah kos rendah yang mendiami sendiri rumah mereka? Welaweh ... ini sudah putar alam punya janji. Lagipun menurut rakan bloger AKAR UMBI yang menulis:-
Kadar Vukai Pintu bagi rumah kos rendah sekarang adalah RM80 dan bermakna kadar cukai tersebut akan turun kepada RM60 (untuk 6 bulan).
Berbanding dengan rumah teres kos rendah, kadar cukai pintu yang dikenakan  ialah pada kadar RM66, bermakna ia bukan penurunan. Sebaliknya adalah pelarasan kadar seperti yang dinikmati oleh pemilik rumah teres kos rendah.
Lagi satu silap mata dari Khalid Ibrahim
Halamak ! RAKYAT KENA TIPU LAGI DAAAAAAAAA !!!!

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU 

MASIH ADA MASA LAGI NIE ....


PADA WAKTU ARTIKEL IN DITERBITKAN SEKARANG SEDANG BERLANGSUNG PENDAFTARAN BAGI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR.

EHH ADA MASA LAGI LAAA....
JOM ANDA BAKAL BERTEMU DENGAN BLOGER TERHEBAT TANAHAIR DAN BERSARAPAN DENGAN MEREKA !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...