Khamis, 16 Mac 2017

PULITIKOS, PULUNTIKOS & FULUSTIKOS

BISMILLAHI
Allahumma Sholli 'ala Mohammad

Dunia Pulitik Malaysia masakini dikuasai sepenuhnya plawok-plawok dan badot-badot pulitik.

Semakin hari, semakin jauh rakyat meninggalkan isu-isu pulitik.

Bermula dari Januari 2017 sehingga kini bulan Mac 2017, takde isu-isu politik yg baru melainkan isu-isu kitar semula sejak 2004.

Lawatan Raja Salman dan pelaburan bernilai RM37 biliyun beserta tambahan kuota Haji melemahkan semangat DAP PKR PAN PPBM.

Di samping isu hubungan diplomatik di antara Korea Utara - Malaysia akibat pembunohan Kim Jung Nam di KLIA, tidak dihiraukan sangat. Waima, Korea Utara mengambil tindakan drastik melarang 11 orang rakyat Malaysia keluar dari Korea Utara.

Antara yang agak menarik perhatian netizen ialah mengenai kemalangan maut melibatkan lapan orang kanak-kanak di Johor Bharu yang berbasikal pada waktu dinihari. Melibatkan seorang pemandu wanita duapuluhan berbangsa Cina. Tapi isu itu tak lah di war-warkan sangat.

Terbaru, kemalangan maut melibatkan pemandu wanita berbangsa Cina yang memandu melawan arus di Pulau Pinang. Wanita itu kini dalam tahanan reman polis.

Selain dari itu tidak ada isu pulitik yang terbaru dan sensasi.

Kecuali mengenai permohonan BRIM yang melibatkan pengesahan SSM.

Isu RUU355 pun hanya sekadar melepaskan Batok Di Tangga. Tiada kesunggohan dan komitmen sebenar dalam merealisasikan ianya menjadi suatu kenyataan.

Nampaknya, gulungan Pulitik boleh lah di pecah bahagi kepada tiga jenis utama;

1. PULITIKOS
Golongan Pulitik yang masih percaya Pulitik adalah wadah Perjuangan Suci sesuci embun pagi. Plaing tidak begitulah pendapat mereka.

Maka banyaklah 'hantu-hantu' di cipta oleh mereka berdasarkan kepada prinsip dan pegangan fahaman pulitik mereka.

Strategi pulitik masih tak berubah yakni menimbulkan ketakotan dengan cerita-cerita tahyul dan kurafat mengeni 'hantu-hantu pulitik'.

2. PULUNTIKOS
Gulungan ini paling bebal waima ada kelulusan tinggi dari segi akademik.

Kerja mereka hanya pulun semua perkara untuk menjadi isu pulitik berdasarkan kepada sentimen kebencian terhadap kerajaan dan pentadbiran Najib.

Puak Opurtunis dan Playsafe paling ramai dalam kategori ini.

3. FULUSTIKOS
Gulungan ini bukanlah ahli pulitik tapi mempunyai hubungan baik dengan Pulitikos.

Kerja mereka cuma balun duit gomen tanpa memikirkan kesan terhadap rakyat bawahan.

Gulungan ini adalah Elit dan akan menyalahkan rakyat serba-serbi bila ada rungutan daripada rakyat.

Termasuk dalam kategori ini adalah mantan-mantan yang pernah berkuasa dulu dan berkuasa di atas Politik Wang.

Tidak memberi sebarang input kecuali hanya memikirkan berapa banyak 'Input' nak masuk dalam bank akaun dan poket sendiri.

Sebenarnya, ada banyak perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian serius oleh gulungan pulitik tapi mereka lebih fokus untuk 'berperang' sesama sendiri berbanding saling bantu membantu membangunkan agama, bangsa dan negara.

Mereka lebih fokus kepada mengekalkan status-quo mereka dengan retorik-retorik pulitik usang seusang usia dan penglibatan mereka dalam pulitik.

Amalan Pulitik Hentam dan Pukul saingan pulitik masih menjadi Agenda Utama mereka.

Mereka enggan bekerjasama dan menjadi matang sebaliknya lebih suka bergadoh siang malam tanpa henti. 

Akibatnya, gulungan kartel-kartel kapitalis mengambil kesempatan di mana harga ikan kembong pun mencanak naik.

Mereka tidak berusaha memulihkan imej negara sebaliknya berusaha memburukkan lagi imej negara.

Kita pun tak tahu lah sampai bila mereka nak sedar dan berhenti bergadoh siang malam.

Seharusnya, mereka berhenti bergadoh kerana perbuatan itu amat sia-sia dan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Tapi mereka lebih suka memilih jalan bergadoh sebagai Amalan Menu Utama Pulitik mereka. Kita tidak lagi mendengar sebarang ide-ide bernas daripada mereka. Sebaliknya kita dihidangkan dengan jerit pekik maki hamun mereka dalam Sidang Dewan Rakyat atas isu-isu remeh temeh.

Rakyat masih menanti dan menunggu, apakah Solusi Terbaik untuk rakyat dan masadepan rakyat.

Kita mempunyai barisan Pembangkang yang lebih cenderung menjadi Kaki Gadoh di kaki Bukit.

Bunyi Je Lebih, Kerja nya Tidak.

Balik-balik salahkan rakyat dan kerajaan Pusat.

Jadi kita nak bertanya kepada mereka, apa yang rakyat dapat manapaat dari pergadohan mereka tanpa henti? 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...