Gambar Kilang Fitnah Tempat Iblis Setan Lidah Zionis Bekerja Bawah Jenama WSJ.
BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR
Berikut adalah kenyataan lanjut daripada Peguam Negara, Gani patail berkenaan Kenyataan Rasmi berkaitan pembekuan 6 akaun & 17 dokumen sebelum daripada ini, di mana pentaksub arwah Tun M dan arwah pengadu domba telah sengaja dengan Niat Jahat menyalah tafsirkan pemahaman sebenar status siasatan dan pembekuan berkenaan :-
(Peguam Negara Sahkan Akaun Yang Dibeku Bukan Akaun PM)BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERIPeguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menekankan kebimbangannya berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke dalam perkara itu. Kebimbangan itu turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.Peguam Negara mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal, “Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib” bertarikh 7 Julai 2015 merupakan hal perkara suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.Peguam Negara menekankan bahawa ini bukan persoalan “whistle-blowing” kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.Peguam Negara juga memperjelas bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.TAN SRI ABDUL GANI PATAILPeguam Negara Malaysia8 Julai 2015
Sekarang ini ada plak malaon pengadu domba viralkan gambar kononya Polis serbu pejabat 1MDB. Adeehhh. Makin terok dah puak arwah pengadu domba sekarang neyh sejak penangkapan Xavier atas kesalahan jenayah memeras ugut.
Pada ambe lah, jika pasukan polis melawat pejabat 1MDB dan mengambil dokumen itu bukan 'Rampasan' tapi prosedur biasa dalam mana-mana siasatan. Dah tentu lah pihak pengurusan 1MDB yang serahkan dokumen secara sukarela kepada pihak polis bagi membantu siasatan Polis.
Tapi kalau hati sudah hitam legam dan penuh kebencian, maka tindakan kerjasama 1MDB dengan polis itu akan digambarkan seolah-oleh berlaku 'Rampasan'. Citt poddaaahhh !
Puak arwah pengadu domba asik nak buat tohmahan sahaja agar kredibiliti 1MDB dicemarikan dan akhirnya siapa yang bakal rugi dalam semua pelaburan yang di buat?
Berita seperti itu merupakan suatu Jenayah mengganggu Siasatan di bawah Kanun Kesiksaan. Kerana ianya cuba memprejudiskan siasatan yang sedang berjalan. memang patut dikenakan tindakan ke atas puak arwah pengadu domba yang berniat jahat berusaha mencemari siasatan yang sedang berjalan.
Sejak arwah Tun M buat bising dan memperpanjangkan fitnah Rafizi ke atas 1MDB, Najib telah arahkan siasatan di buat. Audit di buat malah merujuk semua komplen arwah Tun M & Rafizi kepada PAC. Ditubuhkan Pasukan 'Task Force' untuk menyiasat semua komplen & fitnah Rafizi berkenaan.
Malangnya, arwah Tun M dan arwah Tun Daim tidak menunggu keputusan siasatan Polis. hasil siasatan PAC dan laporan audit. Apa motif sebenar kedua arwah berkenaan? Adakah kedua arwah berkenaan benar-benar berminat nak tahu Kebenaran atau cuma berminat nak 'spin' agar Najib tunduk kepada kehendak kerakusan & ketamakan hawa nafsu mereka arwah berdua?
Apa yang kedua arwah lakukan sebenarnya memprejudiskan siasatan yang sedang berjalan. Sepatutnya kedua arwah ambil maklum mengenai siasatan yang sedang berjalan dan bukan terus menerus berkelakuan seperti cybertruper mendiang Pakatan Rakyat. Buat apa lah kedua arwah bikin malu diri sendiri dengan berkelakuan demikian kan?
Kesimpulannya, jelaslah bahwa pembekuan akaun tak membabitkan Najib. Dan siasatan itu adalah siasatan yang bertujuan untuk menyiasat dakwaan WSJ bagi membersihkan imej negara dan pejabat PM daripada serangan fitnah media asing.
Semua kena ingat dan fikir bahawa SIASATAN SEDANG BERJALAN. Janganlah dilemparkan lagi pelbagai tohmahan yang akan menggangu dan memprejudiskan SIASATAN, ITU LAH MESEJ PEGUAM NEGARA KEPADA SEMUA.
Akhirkata dari ambe, persetankan sahaja semua tohmahan, penfasiran & lanjutan fitnah daripada puak arwah pengadu domba kerana mereka BUKAN ANGGOTA PENYIASAT. Kita jangan jadi gelojoh tak bertempat cam puak arwah pengadu domba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan