"GUANO DEMO BOHs, " Ungkapan ni gerenti ada orang salah faham punya ! Payoh mentaliti imaginasi yang suka melancap minda sendiri sampai terinzal macam-macam halusinasi. Kamonlah, dari mula keluar tewit DS Najib mengwar-warkan tanggungjawab dan amanah setel dengan TELCO memang terletak pada Shabery Chek; sampailah ke 'Tajuk Portal', tak abis-abis ada manusia masturbasi minda mereka dengan macam-macam setail lancapan minda nak syokkan diri mereka. Apa sebab? Sebabnya, ada yang alah malu lah kerana tersilap cakap sebelum ini . Dok mandai-mandai nak obertake di selekoh tajam. Buat kerja yang bukan dalam bidang tugasan. Kuar stetmen kena trol kow-kow.
Apa yang dipetik dan dijadikan tajuk 'Berita' kat sesetengah portal itu, jangan dok difahamkan cam Shabery Chek ini takde hati perot dan tak fikir langsung pasal rakyat marhaen dan impak sokongan kepada BN. Bukan salah Shabery Chek ke atas pemilihan 'Tajuk Berita' yang disengajakan oleh portal untuk mensensasikan rangking portal mereka. Takkan dengan begitu mudah, minda korang dilancap sesuka hati dek tajuk-tajuk berita camtu? Kata dah otai dengan Game Psywar Media Sosial, tapi korang punya latah cam nenek bongkok tiga.
Shabery Chek itu menyentuh mengenai pelbagai sudut yang perlu dipertimbangkan dalam isu GST ke atas Kad Tambah Nilai perkhidmatan talipon prabayar. Shabery Chik hanya menyentuh mengenai pertimbangan cadangan pemansuhan GST ke atas kad Nilai Tambah Prabayar sahaja. Bukannya Shabery Chik menekankan mengenai kerugian di pihak gomen semata-mata. Angka itu hanya di sebut sebagai perbandingan dan justifikasi betapa ruginya rakyat jika pemansuhan GST ke atas Kad Nilai Tambah prabayar dimansuhkan.
Lancapan minda bermula bila ada yang menyanggah kenyataan Shabery Chek dengan memberikan alasan bahwa sebelum GST, setiap kad Nilai Tambah prabayar sudahpun dikenakan SST 6%. Betul ke atau sekadar lancapan minda akibat kekeliruan dengan kadar cukai yang dibenarkan sebelum ini mengikut Akta yang berkuatkuasa? Tang ini ambe kena tanya Shabery Chek bila berpeluang berjumpa beliau. Kalau jumpa la.
Yang ambe nampak ada dua perkara mengenai lancapan minda terbaru ini:-
1. Pasal bidangkuasa Menteri untuk penetapan atau pemansuhan GST ke atas kad Nilai Tambah prabayar;
2. Pasal rakyat marah kononnya sebelum ini SST sebanyak 6% sudah dikenakan. Jadi bila tolak SST itu dan digantikan dengan kadar GST (kadar yang sama 6%) sepatutnya tiada penambahan. Ini kefahaman lancapan minda yang berlaku lah.
Pada pemahaman ambe pulak, cer tengok la sapa empunya saham terbesar dalam TELCO ni kan. Apa yang ambe kaji dan analisa ialah, TELCO ni macam nak sabotaj gak la GST ni. Cuma sapa punya Game ni sebenarnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan