Isnin, 5 September 2011

ISU KOS PERUBATAN MAT SYABU: GUAN ENG SEMAKIN KEPANASAN!

Polisi DAP 'Good Governance' , 'Amar Makruf Nahi Munkar' serta C.A.T  bolehlah di buang ke dalam Selat Melaka sahaja. Terbukti kesemuanya hanya setakat di lidah manis di bibir. Kit Siang boleh merotan anaknya Guan Eng kerana menjadi KM nakal tiada kredibiliti. Atas arahan Guan Eng, Pengarah PBAPP mengakui PBAPP telah menanggung kos perubatan Mat Syabu di atas kecederaan yang dialami oleh Mat Syabu dalam aktiviti haram (BERSIH 2.0). Adakah BERSIH 2.0 merupakan salah satu aktiviti korporat PBAPP? 

Justifikasi yang diberikan oleh Pengarah PBAPP (sudah tentunya mengikut skrip diberikan - bukan di atas kerelaan-atas arahan) ialah PBAPP perlu menjaga kesihatan para ahli lembaga Pengarahnya pada setiap masa. Tujuannya ialah supaya ahli Lembaga Pengarahnya dapat menghadiri mesyuarat. Mat Syabu ada 100% kehadiran. Oleh itu berhaklah Mat Syabu menerima 'habuan khas' bagi kos perubatannya akibat cedera dalam aktiviti haram bukan aktiviti korporat.

Sampai begitu sekali tahap kesihatan ALP PBAPP di jaga dan di pelihara. Andaikata yang tercedera itu peon dan pencari fail agak-agaknya PBAPP hendak tanggung tak kos perubatan mereka? Besh Mat Syabu, selepas ini dia boleh merempait sesuka hati dan jika tercedera patah riok tulang temulang PBAPP boleh tanggung bayar. Kalo alat kelaminnya terseliuh pun PBAPP akan tanggung, yea la kalu tak nanti Mat Syabu tak dapat hadir mesyuarat.


DAP TERDESAK DAN SUDAH TIDAK MEMPERCAYAI SEKUTU MEREKA!

DAP membuat TAWARAN TERBUKA (konsep Rumah Terbuka & Segala Terbuka) meniru Konsep DEB kepada semua bloger Melayu dan bumiputera agar menyertai mereka (mereka sahaja dan bukannya PAS atau PKR atau PSM). Misi DAP adalah untuk menyaingi dan menambah pengaruh di kalangan orang Melayu agar menyokong perjuangan Sosialisma Pro Komunis mereka. Apakah motif politik dan agenda mereka?

Tidakkah ini bermakna bahawa :-
1. DAP mahu menyaingi sekutu-sekutu mereka sendiri dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
2. DAP sudah tidak mempercayai rakan sekutu mereka dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
3. DAP sudah tidak mengharapkan lagi rakan sekutu politik mereka dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
4. DAP sudah mahu bergerak sendiri dan mahu memperkuatkan dominasi di dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
5. DAP mahu menjadi PEMBULI dan AGRESOR di dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
6. DAP mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.
7. DAP mengamalkan Budaya Politik Pecah dan Perintah. 

Di bawah ini di petik mengenai tawaran DAP tersebut (daripada blog Semut Hitam):-

DAP sedang aktif mempelawa beberapa blogger kalangan orang Melayu untuk menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu, kata pemimpin pusatnya Loke Siew Fook. Difahamkan pengumuman kemasukan mereka, dilihat sebagai perkembangan terbaru di sebalik peredaran landskap politik semasa, dijangka diumumkan secara rasmi dalam waktu terdekat, kemungkinan bulan ini.“Memang kita aktif mempelawa beberapa blogger kalangan masyarakat Melayu... tetapi masih dalam perbincangan, kita hanya dapat membuat pengumuman selepas cuti sambutan hari raya,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.Tanpa memberi butiran lanjut Loke, ketua Pemuda Sosialis DAP berkata, “kita sedang berbincang dengan beberapa individu, memang ada mendampingi mereka untuk menyertai DAP.”“Sudah ada perbincangan awal dan mereka juga sudah menunjukkan perkembangan positif untuk menyertai DAP. Kami berharap kemasukan mereka akan memberi semangat untuk lebih ramai menyertai DAP,” katanya lagi.Loke berkata ia sebahagian daripada pendekatan parti itu untuk membawa masuk pemimpin-pemimpin kalangan kaum Melayu dan Bumiputera menyertai DAP.“Usaha ini dilakukan secara aktif, khususnya selepas pilihan raya umum 2008,” kata Loke sambil menambah, perundingan itu yang bertujan menarik pemimpin pelbagai lapisan dalam masyarakat Melayu untuk menganggotai parti itu.Malah kata beliau, selain landskap politik baru negara memerlukan keperluan itu dipertingkatkan, malah kalangan orang Melayu dan Bumiputera sendiri melahirkan hasrat untuk menyertai parti berusia lebih empat dekad ini.“Kami mengundang mereka yang boleh memberi tenaga kepada perkembanagn DAP daripada kalangan orang Melayu, dan di Sarawak Dayak... ini merupakan dua etnik khusus, yang DAP beri perhatian buat masa sekarang,” katanya.Loke, antara pemimpin yang secara aktif terlibat dalam proses itu membawa masuk ahli-ahli kalangan Melayu dan kaum Dayak berkata, DAP tidak berhadapan masalah mendapatkan keahlian kalangan kaum India di Semenanjung dan juga masyarakat Kadazan di Sabah.Majoriti ahli DAP buat masa sekarang adalah orang Cina.Katanya, walaupun musuh-musuh politik mereka melabel DAP sebagai “parti kaum Cina”, tetapi umumnya “kami bangga untuk mengatakan bahawa DAP adalah sebuah parti rakyat Malaysia.”“Kami sentiasa berjuang sebagai sebuah parti rakyat Malaysia... perkara ini sudah mula disedari oleh orang Melayu sendiri,” katanya yang memberi alasan sebab pihaknya mula diterima oleh kaum Melayu dan Bumiputera dengan terbuka - perkembangan yang dilihat sejak selepas pilihan raya umum 2008.Katanya, DAP pernah ada pemimpin-pemimpin Melayu sebelum ini, antaranya Allahyarham Ahmad Nor, tetapi selepas kematian beliau, penekanan membawa masuk lebih ramai orang Melayu sebagai pemimpin ‘agar perlahan’ buat satu tempoh tertentu.“Jadi, sekarang usaha ini dipertingkatkan dan diaktifkan di seluruh negara... sebab itu kita ada program ‘outreach’,” kata Loke lagi sambil menambah, “di peringkat Semenanjung, kami perlu berusaha untuk mendapatkan lebih ramai pemimpin Melayu.”Katanya, pendekatan sejak kebelakangan ini merupakan satu hala tuju baru yang tepat dan “saya juga memainkan peranan aktif untuk bertemu dan sama-sama menjemput mereka masuk ke dalam DAP.” “Saya fikir bahawa sudah sampai masanya, DAP, kita berharap yang ini akan menjadi satu usaha berterusan terutama dengan kemasukan golongan cendekiawan Melayu... masuk ke dalam DAP, kami berharap proses ini akan menguatkan, dan memberi satu suntikan baru ke dalam DAP,” katanya lagi.DAP menerima penyertaan terbaru iaitu tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar awal bulan lalu.
Cendikiawan Melayu harus sedar bahawa DAP adalah sebuah parti politik yang berfahaman Sosialis Demokrat yang tidak mengiktiraf sebarang hak-hak Melayu dan Bumiputera. Malah institusi Raja Berperlembagaan tidak diiktirafkan oleh mereka.

DAP tidak memerlukan penyertaan 100% orang Melayu. DAP hanya memerlukan 30% penyertaan orang Melayu. Apalah sangat kadar 30:70 (30 Melayu : 70 Cina Ultra Kiasu) . Kaum Cina ultra kiasu akan tetap berdominasi di dalam DAP.

DAP akan tetap kekal dengan identiti Parti Cauvinistik Perkauman Cina Ultra Kiasu. Adalah bodoh bagi kelompok Cina ultra kiasu yang selama ini berdominasi di dalam DAP akan berkongsi kuasa dan taraf dengan Melayu dna Bumiputera yang menjadi ahli mereka. 

Golongan cendikiawan Melayu akan hanya menyumbang kepada Polisi-polisi mengasimilasikan corak pemikiran Melayu mengikut acuan fahaman Cina Ultra Kiasu Sosialis DAP.

Jika DAP benar-benar ikhlas sebagai dalam perjuangannya sebagai sebuah wadah politik Rakyat Malaysia, kenapa DAP enggan bekerjasama dengan Barisan Nasional?

Selama ini Barisan Nasional yang merupakan sebuah Parti Politik mewakili semua kaum di Malaysia yang lebih realisitik dan dinamik berbanding DAP.

Kenapa DAP tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendaftarkan Pakatan Sosialis Pro Komunis menjadi sebuah pertubuhan sah seperti BARISAN NASIONAL?

Seruan DAP tersebut wajib di pandang serius oleh kepimpinan UMNO/BN dan bersedia untuk membuat langkah tindak-balas agar DAP tidak berjaya menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Republik bercorak Sosialisma yang bertunjangkan kepada dominasi penguasaan politik Cina Ultra Kiasu cauvinis Sosialis pro komunis. 



PAKATAN SOSIALIS PRO KOMUNIS HENDAK SAMAN UMNO ATAS KEMATIAN ARWAH NORAMFAIZUL.

Berdasarkan kepada penulisan bloger the Flying Kick, Pakatan Sosialis Pro Komunis menawarkan bantuan guaman kepada keluarga arwah untuk menyaman UMNO atas alasan halusinasi mereka sendiri kononya semua wartawan Malaysia ini tidak layak dan tidak cukup terlatih untuk membuat liputan di kawasan zon perang seperti di Somalia. 

Pakatan Sosialis Pro Komunis memang suka menyaman UMNO jika ada peluang terbuka walaupun berdasarkan kepada 100% halusinasi minda mereka. Inilah sekelompok puak penghasad dengki di Malaysia yang mengamalkan Budaya Politik paling kotor dan keji. Pada masa yang sama mereka menuduh UMNO/BN yang berlaku keji dan kotor. 

Memang sukar untuk mendidik kelompok Pakatan Sosialis Pro Komunis ini untuk menjadi baik dan bersifat manusiawi kerana mereka sudah tenggelam dalam arus halusinasi dan delusional ciptaan mereka sendiri. Mereka enggan menyumbang sebarang kebaikan kepada rakyat sehinggalah mereka menguasai Malaysia. Mereka sebenarnya sedang menghukum rakyat Malaysia kerana enggan menyokong mereka!

Nafsu Ammarah 300% menguasai kegelapan hitam pekat zulmat minda dan hati mereka. Mereka menyangka merekalah pihak yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Dalam tiga tahun mereka memerintah negeri-negeri  yang rakyat berikan mandat percubaan kepada mereka, mereka gagal dan enggan melaksanakan sebarang polisi pemulihan yang sebelum 2008 mereka laungkan. Mereka menghukum rakyat!  

Pakatan Sosialis Pro Komunis lebih di dorong oleh dendam kesumat. Jika mereka menjadi pemerintah Pusat, jangan haraplah mereka boleh menerima sebarang teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak. Pertelingkahan politik ini sudah lama bermula semenjak 1947 dan pada 1969 serta kembali segar pada 1997-2008. Semakin ketara teruknya selepas 2008. Rakyat terhukum dengan pemilihan Pakatan Sosialis Pro Komunis. 

Berbalik kepada isu tawaran bantuan guaman oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis kepada keluarga arwah, ini merupakan tindakan berdasarkan kepada motif politik hasil halusinasi dan delusi mereka seperti dalam isu pilihanraya. Mereka mengajar rakyat Malaysia agar tidak bersifat manusiawi dan bersikap menyalahkan pihak lain atas apa jua perkara. 

Mereka mengajar kepada rakyat Malaysia agar menjadi sebuah masyarakat buta kebajikan. Nilai-nilai murni ajaran Islam sudah digantikan dengan nilai-nilai wang ringgit. Inilah budaya yang Pakatan Sosialis Pro Komuis bawakan. Adakah seluruh rakyat Malaysia rela menjadi hamba abdi dan terjajah minda mereka dan menjadi sebuah masyarakat yang hanya mementingkan diri mereka sendiri?


KLIP VIDEO MEMPAPARKAN ARWAH NORAMFAIZUL 20 MINIT SEBELUM TERKENA PELURU SESAT TENTERA KESATUAN AFRIKA (AU)

Papa Gomo telah menerbitkan klip video yang menunjukkan situasi 20 minit sebelum arwah terkena tembakan peluru sesat tentera Kesatuan Afrika. Dari paparan klip video tersebut ternyata S.O.P keselamatan begitu memuaskan. Dakwaan-dakwaan pencacai tukang fitnah Pakatan Sosialis Pro Komunis (Semangat PUTERA-AMCJA 1946-1948) mengenai S.O.P Keselamatan dan isu kejadian tembak-menembak sememangnya hanya berdasarkan kepada 100% andaian dan halusinasi mereka sahaja. Mereka tiada di lokasi kejadian. Perlukah kita mempercayai kata-kata pihak seperti mereka yang suka berhalusinasi 100% berbanding dengan kenyataan mereka yang berada di lokasi?


Papa Gomo menceritakan bagaimana dalam 20 minit sebelum kejadian menimpa arwah, pasukan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia berada di suatu lokasi bagi menghantar bekalan makanan. Kebetulan lokasi tersebut merupakan lokasi di mana insiden helikopter Blackhawk di tembak jatuh. 

Seluruh anggota misi bergerak dalam konvoi berkumpulan dan tidak terpisah-pisah antara satu sama lain. Dalam konvoi itu adanya lori yang membawa bekalan makanan. Di dalam paparan klip video tersebut jelas menunjukkan bahawa mereka sentiasa di kawal rapi oleh tentera sementara Somalia.Mereka juga tidak lama berada di lokasi tersebut. Jadi tidak timbul lah soal pengambaran santai-santai ala Jejak Rasul (kepala hotak halusinasi puak Pakatan Sosialis Pro Komunis)

Penghargaan yang diberikan kepada arwah menjadi satu igauan mimpi ngeri bagi Pakatan Sosialis Pro Komunis di Malaysia kerana simpati rakyat kepada arwah mampu mendiamkan segala fitnah dan rekayasa mereka terhadap UMNO/BN. Oleh itu amat penting bagi mereka memperlekehkan, mempersendakan dan menghina Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia.

Guan Eng dan Mat Syabu masih lagi belum dapat menjawab isu penyelewengan pembayaran kos perubatan Mat Syabu oleh PBAPP atas arahan Guan Eng. Isu MB Kedah juga masih belum mereka dapat selesaikan. Malah timbul pula isu perebutan kuota kerusi Parlimen di antara mereka. 

1945-1989 PEMBERONTAKAN KOMUNIS (PKM) BUKAN MELAYU JE YANG MATI, CINA , INDIA & KADAZAN DAN RAMAI LAGI MATI DI HUJUNG SENAPANG KOMUNIS!

BERAPA RAMAIKAH YANG TERKORBAN DI MUNCUNG SENAPANG KOMUNIS ANTARA TEMPOH MASA 14 HARI DALAM TAHUN 1945 (ANTARA JEPUN MENYERAH KALAH DAN PENUBUHAN BMA), 1948-1960 (DARURAT) DAN 1968-1989. PERCUMAKAH PERJUANGAN KOMUNIS? RAKYAT PADA MASA ITU BARU SAHAJA MENDERITA SELAMA 3 TAHUN 10 BULAN DI BAWAH PENJAJAHAN TENTERA JEPUN.

8hb Disember 1940, PKM menjadi Talibarut British menentang Jepun melalui MPAJA / BINTANG TIGA. Pada tarikh itu PKM menandatangani Perjanjian dengan British untuk mendapatkan latihan kententeraan dan bekalan senjata daripada British yang kemudiannya digunakan semula oleh PKM terhadap British pada masa darurat 1948-1960 dan terhadap Kerajaan Malaysia selepasa merdeka sehinggalah ke tahun 1989.


JOM KITA KIRA berapa NYAWA RAKYAT terkorban di atas nama PERJUANGAN PEMBEBASAN RAKYAT ANTI BRITISH -Kempen PKM pada tahun 1948-1960, Siapa Pembunuh Rakyat dan siapa Pembela Rakyat (1945-1989) :-

14 HARI (1945)
Selama 14 hari Bintang Tiga (MPAJA) atau PKM berkuasa sementara di Tanah Melayu sebelum BMA ditubuhkan. Pada masa ini jumlah sebenar orang Melayu Cina dan India yang dijadikan korban dendam PKM tidak terkira banyaknya. Hanya melalui sejarah Kiai Salleh di Johor dapat kita gambaran betapa dalam tempoh 14 hari Bintang Tiga /PKM mengganas dan ramai yang terkorban di muncung senapang komunis yang mahu menguasai Tanah Melayu dan mendirikan sebuah negara Komunis sebelum British tiba. 

Kekejaman 14 hari Bintang Tiga/ PKM di sekat oleh kebangkitan Kiai Salleh dan bberapa lagi pemimpin-pemimpin setempat Melayu di seluruh Tanah Melayu pada masa itu. Bintang Tiga / PKM telah gagal dalam misinya untuk menguasai Tanah Melayu bagi mendesak British menyerahkan pemerintahan Tanah Melayu kepada mereka kerana perjuangan orang Melayu menentang keras Bintang Tiga/PKM terutama Kiai Salleh Johor. 

1948-1960
Apabila British kembali dan menubuhkan BMA, Bintang Tiga/PKM yang tewas di tangan panglima-panglima dan pendekar-pendekar Melayu setempat pada 1945, menyerahkan senjata dan membiarkan British berkuasa kembali. Ini berdasarkan kepada Perjanjian yang telah di buat oleh mereka pada 8hb Disember 1940 dengan pihak British.

Pembentukan Malayan Union 1946 di sokong kuat oleh PKM dan Melayu berhaluan kiri (PKMM). Apabila ianya di tentang hebat oleh orang Melayu di bawah panji-panji UMNO dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 serta penolakan Deraf Perlembagaan Rakyat pada 1947-1948 PUTERA-AMCJA (dipengaruhi oleh unsur-unsur komunisma dan nasionalis sosialis) yang membawa kepada Hartal pada 1947. Ini juga suatu isu yang bakal diperbincangkan dengan jelas. Adakah benar PUTERA-AMCJA dan Hartal pada 1947 merupakan gerakan bersepadu pertama ke arah kemerdekaan atau hanya merupakan perjuangan untuk memperjuangkan kerakyatan kaum lain.

Antara 1948-1957 , selepas kegagalan PKM menyusup dan memperalatkan PKMM dan PUTERA -AMCJA menentang PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948. akibat penolakan British dan Raja-raja Melayu ke atas Deraf Perlembagaan Rakyat (1946 -1947) yang mirip kepada Malayan Union 1946 serta berunsurkan komunisma & sosialisma, PKM telah mengangkat senjata terhadap pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. 

Unit Rejimen ke 10 PKM dianggotai oleh bekas PKMM yang radikal dan yang gagal menzahirkan aspirasi REPUBLIK KESATUAN INDONESIA RAYA. Akibat penentangan bersenjata oleh PKM pada 1948, seramai lebih 3,000 orang awam terkorban. PKM meneruskan tektik kekerasan memaksa orang awam menyertai mereka.

Ini disebabkan mereka yakin kerjasama yang terjalin sebelumnya pada tahun-tahun 1946-1947, antara Malayan Democratic Union, PUTERA-AMCJA dan MIC mereka mampu meraih sokongan besar rakyat. Ternyata mereka tersilap besar kerana sebahagian besar orang Melayu menentang keras fahaman komunisma akibat kekejaman Bintang Tiga selama 14 hari. 

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengikut acuan UMNO dan Raja-raja Melayu serta dipersetujui oleh British menyebabkan kegagalan PUTERA-AMCJA (yang dimanipulasikan oleh PKM) dan deraf Perlembagaan Rakyat 1947 menjadi tidak relevan dalam perjuangan mencapai kemerdekaan,

Tempoh masa dari September 1945, 1946, 1947 sehinggalah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Januari 1948 sebenarnya amat menarik untuk diperbincangkan dan kenapa perjuangan PUTERA-AMCJA , PKM , MDU & MIC antara tempoh 1946-1947 yang menderafkan Perlembagaan Rakyat sebagai bantahan terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan UMNO bukanlah perjuangan kemerdekaan yang hakiki. 

JOM BERSAMA BLOGER P.PINANG BALUN GUAN ENG & MAT SYABU MENGENAI PENYELEWENGAN PEMBAYARAN KOS PERUBATAN MAT SYABU.


Mana mao lari lah Guan Eng sama Mat Syabu ! Pada kali ini bloger Pakatan Sosialis Pembangkang haramjadah sengaja terlepas pandang kesilapan dan kesalahan Guan Eng dan Mat Syabu. Apakah kesalahan Besar mereka berdua kepada rakyat Pulau Pinang? 

Terdedah mengenai kecurigaan besar penyelewengan pembayaran kos perubatan Mat Syabu. Kos tersebut telah dibiayai oleh PBAPP. Disyakki prosedur tersebut adalah menyalahi terma-terma Perjanjian bagi pekerja PBAPP tak kiralah samada Ahli Lembaga Pengarah atau bukan. 

Walaupun Mat Syabu dan Guan Eng terketar-ketar menjawab isu berkenaan dengan hanya mengatakan ianya fitnah di pihak Guan Eng dan di pihak Mat Syabu beralasan bahawa kos 'konsultansi' KPJ 'lebih murah' berbanding dengan sebuah hospital swasta yang ditanya oleh Mat Sabu (sebuah saja tau bukan dua tapi sebuah sahaja) walaupun hospital gomen ada, kedua-duanya gagal menjawab kenapakah perlu PBAPP membiayai kos rawatan Mat Syabu yang cedera bukan semasa bertugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP tetapi semasa menjadi ketua perhimpunan haram BERSHIT 2.0?

Sebenarnya kedua-duanya sudah kantoi tahap Mat Rempit hilang motor. Mat Syabu dan Guan Eng gagal mengemukakan sebarang inbois pembayaran daripada pihak 'Con-Sultan' perubatan yang mengenakan caj bayaran RM 3,373.50.

Mat Syabu hanya beri alasan tolol mengatakan caj 'Con-Sultan' perubatan di KPJ lebih murah berbanding di sebuah ... SEBUAH .. hospital swasta di Shah Alam ! Kenapa bertanya hanya kepada sebuah hospital swasta? Kenapa tidak lebih daripada sebuah? 

Peliknya, kenapa Mat Syabu pilih Shah Alam ? Kenapa tidak di Pulau Pinang ke, Kuala Lumpur ke atau Puchong ke, kenapa Shah Alam? Hai ada 'Projek' lain ke Mat Syabu ? Shah Alam kan sudah terkenal dengan PUSAT URUT TENAGA BATIN!


KLIP VIDEO MB PAHANG BALUN MAT SYABU & HJ HADI PASAL MEREKA BERDUA TERLEBIH JAHIL DARI 'ARAB JAHILIYYAH ZAMAN RASULLULLAH S.A.W.


JOM LAYAN KLIP VIDEO INI SIDANG MEDIA MB PAHANG YANG DIAJUKAN SOALAN MENGENAI PENDAPATNYA KE ATAS KENYATAAN MAT SABU MENYOKONG KOMUNIS MENYERANG BALAI POLIS DI BUKIT KEPONG PADA FEBUARI 1950. 


BELIAU TURUT MEMBIDAS KENYATAAN HJ HADI YANG MENYAMAKAN KEPUNGAN KOMUNIS KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPONG 1950 DENGAN PERISTIWA PENGEPUNGAN TENTERA ISLAM KE ATAS KOTA MEKAH.

KESIMPULANNYA, MAT SYABU 77 LEBIH JAHIL DARI ORANG JAHIL. 7 HARI 7 MALAM TERMASUK DI MALAM RAYA MAT SYABU NGOMEL KENA BALUN DAN KATA NEGARA MASIH BELUM MERDEKA DISEBABKAN ITU.


PUNYALA TONGONG MAT SYABU DAN SELURUH KEPIMPINAN PAS PADA MASA INI.



RASHID MAIDIN PERNAH MELAKSANAKAN ARAHAN MEMBUNUH SEMUA WARIS RAJA-RAJA MELAYU DI SELANGOR

Ada sebuah kisah benar yang sukar dinafikan kerana sumber cerita ini diperolehi daripada salah seorang waris dan keturunana Raja-raja Melayu di Kedah dan Selangor. Beliau sudah kembali ke rahmatullah tapi saya pernah berkesempatan bertemu beliau di atas kajian sejarah PKM tidak lama dahulu. 

Si arwah waris keturunan Raja-raja Melayu di Kedah dan Selangor pernah menceritakan secara lisan kepada saya mengenai kekejaman komunis di Selangor dan berkenaan ayahandanya turut berjuang menentang komunis termasuk Rashid Mydin, Pada masa beliau menceritakannya beliau sudah berusia lebih 80 tahun. 

Menurut beliau oleh kerana ayahandanya giat dan menentang komunis di Selangor dalam daerah permastautinnya, ayahandanya sangat dikehendaki oleh komunis dan Rashid Maidin. Rashid Maidin telah diarahkan untuk membunuh ayahandanya serta seluruh waris keturunan Raja-raja Melayu Selangor sebelum PKM berkuasa. 

Rashid Maidin telah mencuba sebanyak dua kali untuk membunuh ayahandanya tetapi gagal. Akhirnya ayahandanya dan beliau telah pergi ke sarang komunis (mereka berdua ini ilmunya tinggi bukan sebarang orang) di mana Rashid Mydin berada. Mereka berdua telah mencabar Rashid Maidin untuk bertarung sehingga ke titisan darah terakhir di mana Rashid Maidin menjadi gugup dan ketakutan. Akibatnya, Rashid Maidin telah di beri amaran oleh keduanya agar keluar dari negeri Selangor.Rashid Maidin akur dan keluar dari Selangor.

Saya sengaja mengeluarkan kisah ini kerana terdapat sebuah artikel yang dikeluarkan di blog pro Pakatan Sosialis Pro Komunis yang menyanjung kehebatan Rashid Maidin. Sekarang anda nilailah sendiri siapakah Mat Indera dan Rashid Maidin yang di puja-puja sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan mereka berdua sendiri sanggup membunuh orang Melayu yang enggan menyertai Komunis. 

Hebat sangatkah Mat Indera sehingga terpaksa berlutut kepada Kiai Salleh ? Hebat sangatkah Rashid Maidin sehingga terketar-ketar ketakutan dan terpaksa melarikan diri dari Selangor apabila berhadapan dengan dua orang wairs Raja-raja Melayu di Kedah dan di Selangor?

Pejuangkah mereka apabila bersengkongkol dengan PKM untuk menubuhkan sebuah NEGARA KOMUNIS?

Apakah mereka benar-benar mahu menghalau British keluar atau hanya ingin menjadi ORANG BERKUASA DALAM SEBUAH NEGARA KOMUNIS?


PAS SEMAKIN TOLOL PEMIMPINNYA SEMAKIN BANGANG PENGIKUTNYA SEMAKIN TAKSOB.

SEJARAH PAS TIDAK PERNAH BERTUNJANGKAN KEPADA ISLAM. NAMA SAJA ISLAM TAPI PERJUANGANNYA BERGANTUNG KEPADA PEMIMPINNYA. JIKA PEMIMPINNYA CENDERONG KEPADA KOMUNIS MAKA PERJUANGAN PAS ADALAH KOMUNIS. PERJUANGAN PAS KULITNYA SAHAJA KULIT ISLAM TAPI ISINYA BUKAN AJARAN ISLAM TAPI TOGHUT.

Dalam meniti usia tua senjakala 60 tahun (1951-2011) PAS jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa istiqamah dalam halatuju dan perjuangannya, PAS sentiasa BERSALIN KULIT seperti tabie seekor ular.. Walaupun PAS pada kulitnya lebih indah daripada kulit ular sawa batik (spesis ular sawa terbanyak di Malaysia) kemahiran PAS juga lebih hebat daripada belitan maut Ular Sawa Batik. 

Ular Sawa batik mempunyai corak kulit yang menarik dan nampak seperti tidak merbahaya tapi cubalah mendekatinya pada masa ia lapar, tak kira apa saja didepannya pasti ULAR SAWA BATIK tersebut akan MEMBELIT KUAT terlebih dahulu mangsa untuk mematah-matahkan tulang temulang mangsanya sebelum di telan bulat-bulat jadi makanan. Begitulah juga dengan PAS. 

Dalam 60 tahun perjuangan PAS, pernahkah kita mendengar PAS berbakti kepada masyarakat? selama lebih 21 tahun PAS berkuasa di Kelantan, dimanakah kelompok masyarakat alim ulama yang setaraf dengan Wali 9 atau sehebat pendakwah-pendakwah awal di Nusantara? Berapa ramaikah PAS mengislamkan orang lain?

Kita cuma tahu, Ibrahim Libya dan sekelompok orang kampung menjadi mangsa pembelitan PAS dan ramai isteri-isteri orang lain menjadi kerakusan nafsu serakah pemimpin PAS seperti Mat Syabu. Adakah setelah 21 Kelantan di bawah PAS, Kelantan semakin harum di persada keilmuan Islam di dunia? Dimanakah alim ulama yang hebat-hebat dilahirkan oleh PAS selama 21 tahun memerintah Islam? Dimanakah yang disebutkan sebagai MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DI KELANTAN yang kita benar-benar nampak jelas kesannya? Kuil dan berhala terbesar adalah di Kelantan. Masjid dan pondok perguruan keilmuan Islam entah di mana , tak nampak pun!

Setelah menguasai Kedah Pulau Pinang dan Selangor apa yang kita perolehi daripada PAS ialah seperti berikut:-
(1) Kalimah ALLAH dilacurkan demi politik;
(2) kegiatan memurtadkan orang Islam semakin terbuka;
(3) Bacaan al Quran adalah bising
(4) Perjuangan baginda Rasullullah s.a.w. disamakan dengan perjuangan PKM di Malaya.
(5) Menentang pemerintah Islam yang adil dan saksama seperti UMNO adalah wajib
(6) Bersengkongkol dengan kafir harbi adalah harus
(7) Menerima bantuan daripada iblisetanirojim laknatullah adalah dibenarkan
(8) Perbuatan kaum Nabi Luth a.s. wajib diamalkan 
(9) Komunis sama taraf seperti syuhada' awal muslimiin yang gugur dalam jihad

Inlah KULIT PAS ARI DULU SEHINGGA SEKARANG MENAKUT-NAKUTKAN PENGUNDI DENGAN AGAMA.

5 HUJAH MENAFIKAN REJIMAN KE 10 PKM ADALAH PEJUANG & TIDAK AKAN MAMPU DI JAWAB OLEH PRO KOMUNIS!

BLOGER UMNO DAN PRO BN TIDAK PERLU MENULIS PANJANG-PANJANG DAN BERHUJAH PANJANG-PANJANG KERANA KEBENARAN ITU BUKAN PANJANG-PANJANG, PENDEK JE, CUBA EJA 'HAQ' CUMA ADA TIGA HURUF, CUBA EJA 'BATHIL' ADA ENAM HURUF. OLEH ITU DIPERSEMBAHKAN DI SINI UNTUK SEMUA 5 HUJAH SAHAJA YANG MENAFIKAN REJIMEN KE 10 PKM ADALAH PEJUANG DAN TIDAK AKAN MAMPU DI JAWAB OLEH PRO KOMUNIS !

HUJAH PERTAMA.
Jika PKM berjaya mengalahkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan sebelum 1957, apakah pada hari ini akan terdiri sebuah kerajaan DEMOKRATIK RAJA BERPERLEMBAGAAN?

Adakah Rejimen ke 10 PKM mampu mengatasi majoriti POLITBURO PKM yang majoritinya terdiri dari Cina Komunis?

Adakah ISLAM menjadi AGAMA RASMI NEGARA?

Adakah UMAT ISLAM mampu beribadah seperti sekarang?

Adakah penganut-penganut agama lain bebas menjalan amalan & upacara keagamaan mereka?

Adakah pada hari ini selama 54 tahun KEMERDEKAAN benar-benar dapat dirasai nikmatnya seperti sekarang sebagai sebuah NEGARA KOMUNIS?


HUJAH KEDUA.
Kenapa Rejimen ke 10 PKM tidak memaklumkan mengenai perancangan serangan Balai Polis Bukit Kepong kepada anggota-anggota Polis yang semuanya beragama Islam dan berbangsa Melayu?


Kenapa Rejimen ke 10 PKM tidak membantah langsung serangan tersebut jika benar mereka sayangkan bangsa dan agama ?


HUJAH KETIGA.
Semasa PKM berkuasa selama 14 hari dan sepanjang masa darurat di mana Rejimen ke 10 PKM membela nasib orang Melayu ayng di bunuh oleh POLITBURO PKM?


HUJAH KEEMPAT
Kenapa TIDAK ADA SEORANG PUN ANGGOTA REJIMEN KE 10 PKM sanggup menyerah diri secara sukarela apabila NEGARA SUDAH MERDEKA?

Kenapa Rejimen ke 10 PKM tidak menjadi SUARA DOMINAN dan KUASA DOMINAN dalam POLITBURO PKM?

Kenapa penyertaan Melayu di dalam Rejimen ke 10 PKM begitu kecil jumlahnya?

Kenapa Rejimen ke 10 PKM di tolak mentah-mentah oleh majoriti orang Melayu?

HUJAH KELIMA
Adakah negara ini akan menjadi sebuah syurga dunia seperti sekarang dan PKM mengiktiraf hak-hak peribumi di Tanah Melayu?

Kepada Pro Komunis silalah jawab, jangan beri jawapan tolol bahawa sebelum merdeka BRITISH BERKUASA kerana dari 1948-1957 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU BUKAN TANAH JAJAHAN BRITISH dan PROSES KEMERDEKAAN SEDANG DIBERIKAN. 


Bermakna 1948-1957 , PERSEKUTUAN TANAH MELAYU merupakan sebuah NEGARA SEPARUH MERDEKA DENGAN KERAJAAN SENDIRI.




HATA WAHARI BUKAN SAJA BERAS HABIS TAPI APA PUN TAK BOLEH!

HATA WAHARI, PRESIDEN NUJ SAMA TARAFNYA DENGAN PRESIDEN KELAB BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH RENDAH. APA YANG KEBOLEHAN BELIAU PUN? KALAU SETAKAT BUKA LAMAN SESAWANG DAN MENCIPLAK PULAK NAMA BERITA HARIAN MENJADI HARIAN MALAYSIA, BUDAK SEKOLAH TAHUN 5 PUN TAHU BUAT. 

KALAU SETAKAT MENCEDOK BERITA TANPA TURUN PADANG BUAT KERJA HAKIKI  KEWARTAWANAN BUDAK SEKOLAH TAHUN 3 PUN LAGI PANDAI DARIPADA BELIAU. 

KALAU SETAKAT BERKEPIT DNEGAN NURUL IZZAH YANG MENJADI PENAJA KEPADA LAMAN WEB NYA YANG BERADA DI RANKING 1 JUTA LEBIH ALEXA DAN 12 RIBU LEBIH DI MALAYSIA LEBIH BAIK LAH NURUK IZZAH UPAH BUDAK SEKOLAH TAHUN 2 UNTUK MELAKUKAN BENDA YANG SAMA. 

HATA WAHARI INI PATUT LETAK JAWATAN SEBAB DIA BIKIN MALU SAMA SELURUH WARTAWAN TANAHAIR. HATA WAHARI BILA KO NAK PERGI KE SOMALIA BUAT LIPUTAN DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN TAJAAN LATHEEFA LOYA KOYAK? ADA TELOR KE KAMU ?