Berdasarkan kepada penulisan bloger the Flying Kick, Pakatan Sosialis Pro Komunis menawarkan bantuan guaman kepada keluarga arwah untuk menyaman UMNO atas alasan halusinasi mereka sendiri kononya semua wartawan Malaysia ini tidak layak dan tidak cukup terlatih untuk membuat liputan di kawasan zon perang seperti di Somalia.
Pakatan Sosialis Pro Komunis memang suka menyaman UMNO jika ada peluang terbuka walaupun berdasarkan kepada 100% halusinasi minda mereka. Inilah sekelompok puak penghasad dengki di Malaysia yang mengamalkan Budaya Politik paling kotor dan keji. Pada masa yang sama mereka menuduh UMNO/BN yang berlaku keji dan kotor.
Memang sukar untuk mendidik kelompok Pakatan Sosialis Pro Komunis ini untuk menjadi baik dan bersifat manusiawi kerana mereka sudah tenggelam dalam arus halusinasi dan delusional ciptaan mereka sendiri. Mereka enggan menyumbang sebarang kebaikan kepada rakyat sehinggalah mereka menguasai Malaysia. Mereka sebenarnya sedang menghukum rakyat Malaysia kerana enggan menyokong mereka!
Nafsu Ammarah 300% menguasai kegelapan hitam pekat zulmat minda dan hati mereka. Mereka menyangka merekalah pihak yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Dalam tiga tahun mereka memerintah negeri-negeri yang rakyat berikan mandat percubaan kepada mereka, mereka gagal dan enggan melaksanakan sebarang polisi pemulihan yang sebelum 2008 mereka laungkan. Mereka menghukum rakyat!
Pakatan Sosialis Pro Komunis lebih di dorong oleh dendam kesumat. Jika mereka menjadi pemerintah Pusat, jangan haraplah mereka boleh menerima sebarang teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak. Pertelingkahan politik ini sudah lama bermula semenjak 1947 dan pada 1969 serta kembali segar pada 1997-2008. Semakin ketara teruknya selepas 2008. Rakyat terhukum dengan pemilihan Pakatan Sosialis Pro Komunis.
Berbalik kepada isu tawaran bantuan guaman oleh Pakatan Sosialis Pro Komunis kepada keluarga arwah, ini merupakan tindakan berdasarkan kepada motif politik hasil halusinasi dan delusi mereka seperti dalam isu pilihanraya. Mereka mengajar rakyat Malaysia agar tidak bersifat manusiawi dan bersikap menyalahkan pihak lain atas apa jua perkara.
Mereka mengajar kepada rakyat Malaysia agar menjadi sebuah masyarakat buta kebajikan. Nilai-nilai murni ajaran Islam sudah digantikan dengan nilai-nilai wang ringgit. Inilah budaya yang Pakatan Sosialis Pro Komuis bawakan. Adakah seluruh rakyat Malaysia rela menjadi hamba abdi dan terjajah minda mereka dan menjadi sebuah masyarakat yang hanya mementingkan diri mereka sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa