Isnin, 5 September 2011

KLIP VIDEO MEMPAPARKAN ARWAH NORAMFAIZUL 20 MINIT SEBELUM TERKENA PELURU SESAT TENTERA KESATUAN AFRIKA (AU)

Papa Gomo telah menerbitkan klip video yang menunjukkan situasi 20 minit sebelum arwah terkena tembakan peluru sesat tentera Kesatuan Afrika. Dari paparan klip video tersebut ternyata S.O.P keselamatan begitu memuaskan. Dakwaan-dakwaan pencacai tukang fitnah Pakatan Sosialis Pro Komunis (Semangat PUTERA-AMCJA 1946-1948) mengenai S.O.P Keselamatan dan isu kejadian tembak-menembak sememangnya hanya berdasarkan kepada 100% andaian dan halusinasi mereka sahaja. Mereka tiada di lokasi kejadian. Perlukah kita mempercayai kata-kata pihak seperti mereka yang suka berhalusinasi 100% berbanding dengan kenyataan mereka yang berada di lokasi?


Papa Gomo menceritakan bagaimana dalam 20 minit sebelum kejadian menimpa arwah, pasukan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia berada di suatu lokasi bagi menghantar bekalan makanan. Kebetulan lokasi tersebut merupakan lokasi di mana insiden helikopter Blackhawk di tembak jatuh. 

Seluruh anggota misi bergerak dalam konvoi berkumpulan dan tidak terpisah-pisah antara satu sama lain. Dalam konvoi itu adanya lori yang membawa bekalan makanan. Di dalam paparan klip video tersebut jelas menunjukkan bahawa mereka sentiasa di kawal rapi oleh tentera sementara Somalia.Mereka juga tidak lama berada di lokasi tersebut. Jadi tidak timbul lah soal pengambaran santai-santai ala Jejak Rasul (kepala hotak halusinasi puak Pakatan Sosialis Pro Komunis)

Penghargaan yang diberikan kepada arwah menjadi satu igauan mimpi ngeri bagi Pakatan Sosialis Pro Komunis di Malaysia kerana simpati rakyat kepada arwah mampu mendiamkan segala fitnah dan rekayasa mereka terhadap UMNO/BN. Oleh itu amat penting bagi mereka memperlekehkan, mempersendakan dan menghina Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia.

Guan Eng dan Mat Syabu masih lagi belum dapat menjawab isu penyelewengan pembayaran kos perubatan Mat Syabu oleh PBAPP atas arahan Guan Eng. Isu MB Kedah juga masih belum mereka dapat selesaikan. Malah timbul pula isu perebutan kuota kerusi Parlimen di antara mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa