Isnin, 5 September 2011

DAP TERDESAK DAN SUDAH TIDAK MEMPERCAYAI SEKUTU MEREKA!

DAP membuat TAWARAN TERBUKA (konsep Rumah Terbuka & Segala Terbuka) meniru Konsep DEB kepada semua bloger Melayu dan bumiputera agar menyertai mereka (mereka sahaja dan bukannya PAS atau PKR atau PSM). Misi DAP adalah untuk menyaingi dan menambah pengaruh di kalangan orang Melayu agar menyokong perjuangan Sosialisma Pro Komunis mereka. Apakah motif politik dan agenda mereka?

Tidakkah ini bermakna bahawa :-
1. DAP mahu menyaingi sekutu-sekutu mereka sendiri dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
2. DAP sudah tidak mempercayai rakan sekutu mereka dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
3. DAP sudah tidak mengharapkan lagi rakan sekutu politik mereka dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
4. DAP sudah mahu bergerak sendiri dan mahu memperkuatkan dominasi di dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
5. DAP mahu menjadi PEMBULI dan AGRESOR di dalam Pakatan Sosialis Pro Komunis.
6. DAP mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.
7. DAP mengamalkan Budaya Politik Pecah dan Perintah. 

Di bawah ini di petik mengenai tawaran DAP tersebut (daripada blog Semut Hitam):-

DAP sedang aktif mempelawa beberapa blogger kalangan orang Melayu untuk menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu, kata pemimpin pusatnya Loke Siew Fook. Difahamkan pengumuman kemasukan mereka, dilihat sebagai perkembangan terbaru di sebalik peredaran landskap politik semasa, dijangka diumumkan secara rasmi dalam waktu terdekat, kemungkinan bulan ini.“Memang kita aktif mempelawa beberapa blogger kalangan masyarakat Melayu... tetapi masih dalam perbincangan, kita hanya dapat membuat pengumuman selepas cuti sambutan hari raya,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.Tanpa memberi butiran lanjut Loke, ketua Pemuda Sosialis DAP berkata, “kita sedang berbincang dengan beberapa individu, memang ada mendampingi mereka untuk menyertai DAP.”“Sudah ada perbincangan awal dan mereka juga sudah menunjukkan perkembangan positif untuk menyertai DAP. Kami berharap kemasukan mereka akan memberi semangat untuk lebih ramai menyertai DAP,” katanya lagi.Loke berkata ia sebahagian daripada pendekatan parti itu untuk membawa masuk pemimpin-pemimpin kalangan kaum Melayu dan Bumiputera menyertai DAP.“Usaha ini dilakukan secara aktif, khususnya selepas pilihan raya umum 2008,” kata Loke sambil menambah, perundingan itu yang bertujan menarik pemimpin pelbagai lapisan dalam masyarakat Melayu untuk menganggotai parti itu.Malah kata beliau, selain landskap politik baru negara memerlukan keperluan itu dipertingkatkan, malah kalangan orang Melayu dan Bumiputera sendiri melahirkan hasrat untuk menyertai parti berusia lebih empat dekad ini.“Kami mengundang mereka yang boleh memberi tenaga kepada perkembanagn DAP daripada kalangan orang Melayu, dan di Sarawak Dayak... ini merupakan dua etnik khusus, yang DAP beri perhatian buat masa sekarang,” katanya.Loke, antara pemimpin yang secara aktif terlibat dalam proses itu membawa masuk ahli-ahli kalangan Melayu dan kaum Dayak berkata, DAP tidak berhadapan masalah mendapatkan keahlian kalangan kaum India di Semenanjung dan juga masyarakat Kadazan di Sabah.Majoriti ahli DAP buat masa sekarang adalah orang Cina.Katanya, walaupun musuh-musuh politik mereka melabel DAP sebagai “parti kaum Cina”, tetapi umumnya “kami bangga untuk mengatakan bahawa DAP adalah sebuah parti rakyat Malaysia.”“Kami sentiasa berjuang sebagai sebuah parti rakyat Malaysia... perkara ini sudah mula disedari oleh orang Melayu sendiri,” katanya yang memberi alasan sebab pihaknya mula diterima oleh kaum Melayu dan Bumiputera dengan terbuka - perkembangan yang dilihat sejak selepas pilihan raya umum 2008.Katanya, DAP pernah ada pemimpin-pemimpin Melayu sebelum ini, antaranya Allahyarham Ahmad Nor, tetapi selepas kematian beliau, penekanan membawa masuk lebih ramai orang Melayu sebagai pemimpin ‘agar perlahan’ buat satu tempoh tertentu.“Jadi, sekarang usaha ini dipertingkatkan dan diaktifkan di seluruh negara... sebab itu kita ada program ‘outreach’,” kata Loke lagi sambil menambah, “di peringkat Semenanjung, kami perlu berusaha untuk mendapatkan lebih ramai pemimpin Melayu.”Katanya, pendekatan sejak kebelakangan ini merupakan satu hala tuju baru yang tepat dan “saya juga memainkan peranan aktif untuk bertemu dan sama-sama menjemput mereka masuk ke dalam DAP.” “Saya fikir bahawa sudah sampai masanya, DAP, kita berharap yang ini akan menjadi satu usaha berterusan terutama dengan kemasukan golongan cendekiawan Melayu... masuk ke dalam DAP, kami berharap proses ini akan menguatkan, dan memberi satu suntikan baru ke dalam DAP,” katanya lagi.DAP menerima penyertaan terbaru iaitu tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar awal bulan lalu.
Cendikiawan Melayu harus sedar bahawa DAP adalah sebuah parti politik yang berfahaman Sosialis Demokrat yang tidak mengiktiraf sebarang hak-hak Melayu dan Bumiputera. Malah institusi Raja Berperlembagaan tidak diiktirafkan oleh mereka.

DAP tidak memerlukan penyertaan 100% orang Melayu. DAP hanya memerlukan 30% penyertaan orang Melayu. Apalah sangat kadar 30:70 (30 Melayu : 70 Cina Ultra Kiasu) . Kaum Cina ultra kiasu akan tetap berdominasi di dalam DAP.

DAP akan tetap kekal dengan identiti Parti Cauvinistik Perkauman Cina Ultra Kiasu. Adalah bodoh bagi kelompok Cina ultra kiasu yang selama ini berdominasi di dalam DAP akan berkongsi kuasa dan taraf dengan Melayu dna Bumiputera yang menjadi ahli mereka. 

Golongan cendikiawan Melayu akan hanya menyumbang kepada Polisi-polisi mengasimilasikan corak pemikiran Melayu mengikut acuan fahaman Cina Ultra Kiasu Sosialis DAP.

Jika DAP benar-benar ikhlas sebagai dalam perjuangannya sebagai sebuah wadah politik Rakyat Malaysia, kenapa DAP enggan bekerjasama dengan Barisan Nasional?

Selama ini Barisan Nasional yang merupakan sebuah Parti Politik mewakili semua kaum di Malaysia yang lebih realisitik dan dinamik berbanding DAP.

Kenapa DAP tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendaftarkan Pakatan Sosialis Pro Komunis menjadi sebuah pertubuhan sah seperti BARISAN NASIONAL?

Seruan DAP tersebut wajib di pandang serius oleh kepimpinan UMNO/BN dan bersedia untuk membuat langkah tindak-balas agar DAP tidak berjaya menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Republik bercorak Sosialisma yang bertunjangkan kepada dominasi penguasaan politik Cina Ultra Kiasu cauvinis Sosialis pro komunis. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa