Isnin, 5 September 2011

ISU KOS PERUBATAN MAT SYABU: GUAN ENG SEMAKIN KEPANASAN!

Polisi DAP 'Good Governance' , 'Amar Makruf Nahi Munkar' serta C.A.T  bolehlah di buang ke dalam Selat Melaka sahaja. Terbukti kesemuanya hanya setakat di lidah manis di bibir. Kit Siang boleh merotan anaknya Guan Eng kerana menjadi KM nakal tiada kredibiliti. Atas arahan Guan Eng, Pengarah PBAPP mengakui PBAPP telah menanggung kos perubatan Mat Syabu di atas kecederaan yang dialami oleh Mat Syabu dalam aktiviti haram (BERSIH 2.0). Adakah BERSIH 2.0 merupakan salah satu aktiviti korporat PBAPP? 

Justifikasi yang diberikan oleh Pengarah PBAPP (sudah tentunya mengikut skrip diberikan - bukan di atas kerelaan-atas arahan) ialah PBAPP perlu menjaga kesihatan para ahli lembaga Pengarahnya pada setiap masa. Tujuannya ialah supaya ahli Lembaga Pengarahnya dapat menghadiri mesyuarat. Mat Syabu ada 100% kehadiran. Oleh itu berhaklah Mat Syabu menerima 'habuan khas' bagi kos perubatannya akibat cedera dalam aktiviti haram bukan aktiviti korporat.

Sampai begitu sekali tahap kesihatan ALP PBAPP di jaga dan di pelihara. Andaikata yang tercedera itu peon dan pencari fail agak-agaknya PBAPP hendak tanggung tak kos perubatan mereka? Besh Mat Syabu, selepas ini dia boleh merempait sesuka hati dan jika tercedera patah riok tulang temulang PBAPP boleh tanggung bayar. Kalo alat kelaminnya terseliuh pun PBAPP akan tanggung, yea la kalu tak nanti Mat Syabu tak dapat hadir mesyuarat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa