Jangan syedih lah bro Mat ... I kan ada ... meh I pujuk ...
Wa syedih ini bos wa sakit tenat di Thailand .. jum ...
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM),Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Bangkok,Thailand kini berada dalam keadaan tenat,menurut sumber risikan daerah.Chin Peng yang baru menyambut kelahirannya yang ke 87 pada 21 Oktober lalu dirawat di sebuah hospital swasta terkemuka di Bangkok sejak Rabu lalu.Kesihatan Chin Peng dilaporkan bertambah buruk dan ahli keluarga serta teman-teman rapat termasuk dari Malaysia diminta melawat bekas pejuang gerila berkenaan.“Dia sangat uzur.Kami difahamkan doktor telah memaklumkan kepada ahli keluarganya supaya melawat beliau secepat mungkin,” kata pegawai risikan berkenaan.Difahamkan Chin Peng kerapkali berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan rapi sejak dua bulan lalu kerana ingatannya dipercayai semakin merosot.Chin Peng,yang dilahirkan di Sitiawan, Perak,kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 30 April 2009.Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya itu dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth. Chin Peng yang pernah membuat desakan untuk pulang ke Malaysia ditolak bulat-bulat Kerajaan Pusat kerana penderhakaan beliau terhadap Negara yang sukar diterima rakyat.Adakah Chin Peng bakal dibenarkan pulang ke Malaysia ??? Itu merupakan wasiat yang bakal beliau pinta dan jika benar beliau meninggal dunia,beliau pernah meminta agar ditanam di tanah air. Adakah rakyat Malaysia dapat menerima wasiat terakhir Chin Peng sebelum beliau pergi selama-lamanya ???
Patutlah, Mat Syabu dan DAP dok beriya promosikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Rupa-rupanya ada maksud tersembunyi dari ini semua.
Kalau jasadnya semasa hidup tidak dibenarkan pijak bumi bertuah ini, abu mayatnya juga diharapkan tidak diizinkan ditaburkan ke bumi bertuah ini.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan