PELAN PEMBANGUNAN KG BARU kini sudah direalisasikan ke dalam bentuk PERUNDANGAN. Rasionalisasinya ialah bagi menjamin dan menjaga hak-hak pewaris dan tuantanah asal. Melalui perundangan ini setiap hak dan tanggungjawab dinyatakan dengan jelas. Mana-mana pihak boleh menguatkuasakan hak mereka melalui mahkamah jika tidak berpuashati.
RUU KG BARU mempunyai 55 Fasal yang menggariskan hak semua pihak. Tertubuhnya Perbadanan memudah cara pembangunan sahaja. Tidak timbul soal pengambilan tanah secara paksa dan tidak adil. Malah Perbadanan dianggotai oleh pewaris dan pemilik tanah. Mereka diberikan pilihan samada mahu membangunkan tanah mereka atau sebaliknya. Baca selanjutnya DOUBLE-Y.
Antara lain RUU Pembangunan Kg Baru menetapkan:-
1. Hakmilik kekal kepada orang MELAYU.
2. Perbadanan dianggotai oleh 5 orang pewaris/pemilik tanah, 2 wakil kerajaan yang dilantik oleh Menteri, wakil kerajaan Negeri Selangor yang dilantik oleh Sultan Selangor dan 3 orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam hal ehwal pembangunan Kg Baru.
3. Akaun Laporan Tahunan dibentangkan setahun sekali di Parlimen.
Inilah baru dinamakan POLISI BERKEBAJIKAN DAN MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT DI MANA RAKYAT TERLIBAT LANGSUNG DALAM PENGURUSAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN. BUKAN SEPERTI SLOGAN 'KETUANAN RAKYAT' , RAKYAT DIPERHAMBAKAN SEPERTI HAMBA ABDI.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan