Jumaat, 14 Oktober 2011

EKSKLUSIF: RAHSIA BESAR BERSIH 2.0 DIRUNGKAI. SIRI 2

DIALEKTIKA & KONTRADIKSI IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA. 


وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا
Dan bagaimana engkau akan bersabar ke atas perkara yang engkau  tidak mengetahuinya secara meliputi 
(ayat 68 Surah Al Kahfi- Peringatan daripada Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.)

BERSIH digunakan sebagai satu gerak kerja atau Alat Politik bagi menghasilkan Kontradiksi bertujuan melahirkan sesuatu yang baru. Inilah juga yang di bawa oleh pemikiran Politik Baru. Sasaran Utama ialah menajamkan lagi kontradiksi-kontradiksi yang sedia ada dalam 'golongan elit' UMNO dan antara rakyat dengan UMNO.

Seterus di tulis:-
Adalah salah jika kita berpendapat bahawa tunjukan perasaan telah menjatuhkan Sukarno, Raja Iran, atau Mubarak di Mesir. Ini tidak betul. 
Tidak ada kerajaan jatuh kerana tunjukan perasaan. Ahmad Reza Pahlevi di Tehran jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. Mubarak di Khaerah jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. First Lady Leila Trebelsi bersama Ben Ali lari dengan 1 tan jongkong emas ke Saudi Arabia bukan kerana tunjuk perasaan. Kalau bukan kerana tunjuk perasaan kerana apa rejim-rejim ini runtuh? 
Tunjuk perasaan itu hanyalah alat politik yang paling ampoh untuk melahir satu kontradiksi dikalangan elit pemerentah. 
Untuk memahami ini mari kita lihat apa yang terjadi sebelum, ketika dan sesudah 9 Julai yang lalu. Dengan melihat dan memahami 9 Julai diharapkan para pembaca akan dapat memahami apa itu kontradiksi dan apa itu dialektika. 
Apabila orang ramai mula turun ke jalan raya apa yang berlalu ialah kontradiksi bertambah tajam. Ertinya berlaku pertentagan anatara dua pihak – rakyat dengan United Malay National Organisation – semakin tajam. 
Suasana ini adalah dialektika yang baik dalam perjuangan politik. Pada 9 Julai lalu, Najib Razak yang mewakili United Malay National Organisation kini berhadapan dengan ujian dan dugaan dari rakyat. 
Bukan BERSIH sahaja yang digunakan oleh Pakatan Tipo Rakyat untuk menghasilkan dan menajamkan Kontradiksi sedia ada bagi menghasilkan suasana dialektika. Bahkan isu-isu berikut juga digunakan oleh mereka bagi menghasilkan suasana dialektika melalui kontradiksi, seperti berikut:

  • Isu Hudud.
  • Isu Murtad
  • Isu Institusi Raja-raja
  • Isu Ketuanan Melayu
  • Isu SPR
  • Isu Kuota Bumiputera
  • Isu PDRM.
Bersambung ke Siri 3 (Akhir)

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...