Ahad, 13 Oktober 2013

Pilihlah Calun Yang Ber-Jiwa UMNO Asal


Calun MT #36, 
Orang yang bertanggungjawab merealisasikan Pergerakan Puteri UMNO dengan sebenar semangat UMNO Asal. Maju kehadapan tapi pada masa yang sama tidak memperlekehkan sesiapa dengan pelbagai label dan jenama. 
Beliau adalah Pemimpin UMNO Sejati. 
Maknanya, beliau memperjuangkan Hak Melayu tapi pada masa yang sama tidak akan memprejudiskan hak kaum lain. 
Beliau ada ILMU AGAMA kerana setiap kelahiran anak negeri Johor, wajib ada ilmu agama didada. 
Beliau tahu dan kenal siapa itu MELAYU.
Beliau tahu dan kenal apa itu AGAMA.
Beliau tahu dan kenal apa itu BANGSA
Beliau tahu dan kenal apa itu NEGARA.
Beliau tak pernah meminggirkan HAK AGAMA, HAK BANGSA dan HAK NEGARA. 
Inilah yang Perwakilan mahukan. 

Kemenangan KJ adalah Kemenangan Liberalisma - Kerana Kempen Atau Apa ?


Bloger Din Turtle berpendapat bahawa kemenangan KJ adalah 'Kemenangan Puak Liberal keatas puak Melayu Jati dalam UMNO. Beliau mendasarkan analisa beliau kepada kenyataan KJ yang tak pernah disiarkan diakhbar Melayu, tapi disiarkan diakhbar pro Pakatan Haram, :-
"Kalau kemenangan itu kemenangan yang besar, ini adalah pengesahan bahawa saya sedikit sebanyak telah berjaya membawa pemikiran progresif ini menewaskan kuasa konservatif dalam parti Umno," 
"Saya anggap pemilihan kali ini sebagai satu pertarungan antara pemikiran progresif dalam parti kita dan pencabar-pencabar saya malangnya bawa pemikiran regresif yang ke belakang.
"Jadi bagi saya kalau sekiranya kalau saya berjaya dan diberi amanah oleh akar umbi, saya rasa ini pengesahan bahawa pendekatan dan pemikiran  progresif ini sebenarnya diterima oleh akar umbi,"- Mkini.
Manakala bloger The Unspinners  memetik analisa Din Turtle dan melemparkan satu persoalan:-
Adakah Perwakilan memberikan kemenangan besar kepada KJ, kerana menerima Liberalisma atau kerana Kempen Yang Berkesan?
Manakala, bloger lain menyeru agar 'Kembali Bersatu' setelah keputusan dibuat. Pada hemat ambe, istilah 'Pemikiran Progresif' adalah istilah Badut Sarkas yang dicipta oleh KJ untuk memasarkan peribadi beliau dan bukan UMNO/BN. Ternyata strategi Pemasaran KJ berjaya. Tetapi itu belum bermakna, perwakilan yang memberikan mandat besar kepada KJ , menerima 'Pemikiran Progresif' acuan KJ si Liberal. Kejayaan Strategi Kempen dan Pemasaran Politikal KJ banyak dibantu dengan ugutan ETIKA juga. Diatas nama, 'Menjaga Persatuan dan Ukhuwah' dalam UMNO, ramai bloger yang kritikal tapi konstruktif, akur kepada ETIKA. Dengan harapan agar ianya juga dipatuhi dan ditaati oleh para penyandang seperti KJ. Malang, sebaliknya berlaku. Disebalik kepatuhan dan ketaatan kepada ETIKA untuk memastikan 'Persatuan Dalam UMNO' dijaga dan dipelihara, penyandang mengambil sepenuhnya kesempatan untuk 'Berkempen Acuan' mereka. 

Dan amat menimbulkan kecurigaan, apabila Dato Raouf gagal memenuhi 'Janji Beretika' untuk mengumumkan keputusan penuh sebanyak dua kali. Ambe menyeru semua , Ya Kita memang patut 'bersatu' selepas 'Pertandingan' tapi itu tidak bermakna, kita akur kepada 'sebarang kecurigaan' kerana sebarang keputusan wajib nampak telus dan perlu telus, Kalau dah dua kali buat lawak sarkis dimana telusnya dan nampak telusnya?

Sudah Jam Dua Petang, Mana Keputusan Penuh? Lawak Sarkis lagi Ke Dato Raof?


Malam semalam dalam berita perdana, Dato Raouf kata keputusan penuh jam tiga pagi.
Kemudian, selepas mengumumkan keputusan siapa menang menjadi Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri, Dato Raouf kata, Jam tiga tak dapat lagi sebab nak tidur dulu, esok tenghari (hari ini) keputusan penuh akan dikeluarkan.
Sekarang sudah jam dua petang, tapi masih belum dengar suara Dato Raouf. Tidur lagi ke ?
Nampaknya, setelah dua badut sarkas berjaya kekalkan jawatan mereka, sindrom Sarkas terus-menerus menjangkiti kepada Jawatankuasa Pemilih. 
Alahai , badut-badut sarkas dalam UMNO, cukup-cukuplah membadutkan dan mensarkaskan UMNO.....

TAHNIAH KEPADA YANG MENANG & KEJAYAAN ETIKA MEMANSUHKAN TRANSFORMASI.

Artikel pendek saja. 
Semua orang sudah tahu, KJ dan Kak Ijat menang besar dalam pemilihan kali ini.
Dan semua rakyat sudah tahu juga, perwakilan UMNO dalam sayap Pemuda dan Wanita, memilih mereka yang 'Tidak DiPilih oleh Rakyat'.
Transformasi hanya berlaku dalam Pergerakan Puteri UMNO sahaja , menyaksikan Mas Ermieyati Samsuddin terpilih menjadi Ketuanya. 
Manakala, Jamawi Jaafar berjaya membuat kejutan besar.
Agak malang kerana Jawatankuasa Pemilihan hanya isytihar kemenangan bagi mereka yang bertanding bagi jawatan-jawatan ketua sahaja. 
Dato Raouf berkata tengahari ini akan diumumkan keputusan penuh. 
Sebelum ini beliau berkata akan umumkan keputusan jam 3 pagi. Ambe fikir bila sampai tengahari nanti, beliau mungkin akan umum 'siaran tergendala' lagi.
Adalah jelas, ada beberapa calun mendapat 'perlindungan istimewa'. 
Nampaknya, ETIKA (Engkau Terpaksa Ikut Kata Aku) berjaya memansuhkan 100 peratus TRANSFORMASI. Dan ETIKA adalah senjata 'Ugutan Paling Berkesan' untuk mengekalkan mereka yang 'Bukan Favorit Rakyat' .
Ambe kurang yakin UMNO/BN akan mampu bertahan pada PRU14 jika pada PAU 2016, ETIKA masih menjadi 'Senjata Ugutan Ampuh'. 

Sabtu, 12 Oktober 2013

Berjayakah Transformasi Sayap Pemuda, Wanita & Puteri UMNO Atau Kekal Dengan Imej Lama? Analisa.

Malam tadi sampai ke pagi ini, ramailah calun-calun yang bertanding jawatan dalam sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO akan 'Patigeni' (amalan tak tidur malam). Atau dalam bahasa intelektual puak Politik Baru, Insomnia. Selepas itu, akan menjalar pula sindrom Amnesia (buat-buat lupa ingatan pernah jadi mulut longkang). Dan diikuti dengan sindrom 'Kita lupakan apa yang lepas....kita mesti move forward'. Alarh, andaikata ambe menjadi calun pun, camtu juga. Jadi tak perlu lah sesiapa nak tersinggung. Anggap saja lawak tak lucu. dalam politik ini, kalau terlalu serius, lautan luas pun boleh menjadi kering kontang. Hal mengenai politik ialah ehwalnya politikus serta para pengikut mereka. Sikap mereka. Pemikiran mereka. Perbuatan mereka. 

Sayap Pemuda UMNO.
Sebelum kepimpinan 'mamat' berkenaan, Pemuda UMNO memang 'boleh diharap'. Sebut saja, nama Pemuda UMNO, timbul gerun dihati-hati parti lawan. Bila 'mamat' berkenaan menerajui Pemuda melalui proses pengiraan selama lapan jam bagi 700 undi yang berakhir dengan teriakan, Pemuda dibawa kearah berbeza. Ramai yang skeptikal. Ada yang kata halatuju Pemuda untuk mengukuhkan kedudukan 'mamat' berkenaan. Ada yang kata, halatuju itu untuk membawa 'kelainan' kepada Pemuda. Entahlah. Hanya mereka yang benar-benar terlibat didalam Pemuda UMNO sahaja yang mampu mengupasnya. Pada ambe yang memerhati dari luar, memanglah ambe dapat rasai Pemuda 'kurang Power' tapi 'Terlebih Material'. Part ekonomi memang Pemuda melonjak-lonjak kehadapan. Jika dulu, susah nak tengok pemimpin Pemuda berkereta mewah , sekarang cukup mudah dilihat. Tapi sukar untuk melihat Pemuda 'beraksi'. Kebanyakan gerak kerja mereka memang tak nampak 'gempaq' tapi sikit sebanyak ada juga hasilnya. Si mamat tu lebih utamakan Politik Intelektual dan Material untuk mematangkan Budaya Politik. So, kelihatan lebih banyak 'defensif' daripada posisi 'menyerang'. Cuma, Budaya dan amalan lama mencari pengaruh dan memperkuatkan pengaruh dikalangan ahli-ahli sahaja masih ikut cara lama dan kurang berkesan. Ada masanya, saf kepimpinan Pemuda perlu lebih banyak bekerja daripada berfikir terlalu panjang dan terlalu banyak membaca serta mengambil hati musuh untuk menawan musuh. Mereka juga perlu 'rendah' kan lagi egois dan lebih banyak mendengar. Dan perlu Sifar Syok Sendiri.

Sayap Wanita.
No komen. Tapi terlalu ramai sangat yang sudah berusia. Perlukan lebih ramai yang muda. Banyak terpalit dan tercalar kerana fitnah isu NFC. Tapi masih kuat bekerja untuk parti dan dilihat oleh DAP sebagai 'ancaman besar' kepada Pakatan Ahzab. Imej lama masih kuat terpalit. Perlukan imej baru dan kekalkan komitmen sedia ada. Lebih ramai ahlinya perlu diberikan peluang menjawat jawatan penting diperingkat cawangan dan bahagian. Serta didalam kabinet. Suara mereka sepatutnya diambilkira. 

Sayap Puteri.
Boleh dikatakan macam 'Silencer'. Tak banyak diketahui aktiviti Puteri dan gerak kerja mereka sekarang ini. Sentiasa menjadi mangsa fitnah dan dilabel 'Gediks'. Dulu ada juga kedengaran beberapa kumpulan kecil Puteri membuat kempen pendaftaran pemilih. Ketua Puteri , otomatisnya menjadi Naib Presiden UMNO. Itulah peri pentingnya peranan Puteri. Kerana mereka ada 'suara' diperingkat tertinggi. Kita memang amat jarang mendengar 'suara-suara' Puteri dalam pelbagai isu. Orang luar lebih banyak berprasangka buruk mengenai Puteri. Puteri UMNO memang perlukan lonjakan Imej. Seharusnya Puteri menjadi pemangkin dalam mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi remaja di bandar, di kalangan profesional dan IPTA/IPTS.

Ketiga-tiga sayap UMNO ne, ada suara diperingkat tertinggi. Ketua-ketua mereka adalah Naib Presiden UMNO. Dua daripadanya membawa suara orang muda. Satu darinya membawa semua suara. Tapi kalau terlalu banyak 'Suara Orang Muda' maka akan tenggelam pula suara-suara lain. Aspirasi Orang Muda tak sama dengan aspirasi Orang Muda Purba. Bila ketiganya mampu berkordinasi dalam semua gerak kerja bagi mencapai satu Objektif/Sasaran bagi satu tempoh masa, ambe yakin mereka mampu melakukan berbagai keajaiban. Perlumbaan sesama sendiri adalah tidak sihat. 

Akhirnya, kesemua mereka akan dinilai oleh rakyat melalui peti undi pada setiap PRK dan PRU. Pada masa itulah, mereka akan tahu samada Langit itu rendah atau tinggi. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...