Jumaat, 28 September 2012

BAJET 2013. MEMAKMURKAN NEGARA SEJAHTERA RAKYAT-JANJI DITEPATI RM 251.6 BILION.


PEMBENTANGAN BAJET TELAH TAMAT DIBENTANGKAN.

TERBUKTI PRU 13 BAKAL DIADAKAN DALAM MASA TERDEKAT.

DS NAJIB PERLI DAN SINDIR PAKATAM .."MANIFESTI .. MANIFESTO PAKATAM BUKAN KOMITMEN PAKATAM UNTUK TUNAIKAN JANJI"

ANTARA LAIN YANG MENARIK DALAM BAJET BERIMBANG INI, SUBSIDI PUKAL DI TUKAR KEPADA SUBSIDI BERSASAR.

HARGA SUBSIDI DISELARASKAN (KURANG 20 SEN TAPI KERAJAAN MASIH TANGGUNG SUBSIDI GULA)

BR1M DIPERLUASKAN KEPADA GOLONGAN MUDA.

SECARA KESELURUHAN BAJET INI BAGU DAN TERBAIK KERANA MEMBERIKAN FOKUS KEPADA KUMPULAN SASARAN DAN BUKAN SECARA PUKAL.

TERIMAKSIH BN!

selebihnya diserahkan kepada rakan-rakan lain untuk mengulas lebih lanjut dalam blog-blog mereka. 

BAJET 2013 MEMAKMURKAN NEGARA SEJAHTERA RAKYAT-JANJI DITEPATI LIVE STREAMING.



klik pautan untuk ke laman yang menyiarkan secara langsung.

Agak malang kerana pihak pakatam mendahului grup siber UMNO/BN yang diberikan kepercayaan untuk melapurkan Bajet 2013 ni di mana Pakatam telah menggunakan sebuah laman sesawang mereka untuk memberikan ulasan terperinci mengenai Bajet 2013 secar terus menerus 'Realtime'.
Kesian kerajaan BN sentiasa agak terkebelakang kerana sgrup siber yang di pilih tidak berapa cekap dan efektif dalam melapurkan dan meringkaskan Bajet 2013 secara real-time.
Kepada yang berkenaan terimalah kritikan ini secara konstruktif.


Belum ada lagi mana-mana blog grup yang diberikan kepercayaan berjaya melakukan seperti yang dilakukan oleh siber pakatam tersebut.
Rakan-rakan seperjuangan jangan marah dengan teguran dan kritikan ini. 

TERIMA DENGAN LAPANG DADA DAN JANGAN MEROYAN OK?

Khamis, 27 September 2012

BESOK BELANJAWAN NEGARA DI BENTANG, SARKIS APA PAKATAM NAK BUAT?


Esok DS Najib akan membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen.

Kebiasaannya, pembentangan itu akan disertai dengan Persembahan Sarkis dan Gangguan semasa daripada pakatam semasa DS Najib berucap. 

Dan selepas itu di lobi Parlimen akan meriah dengan sidang-sidang media lawak ahli Parlimen Pakatam yang tak berpuashati dengan kebaikan BN kepada rakyat. 

Bakal kita dengari pula pelbagai pendapat 'Pakar-pakar Ekonomi' Pakatam yang mencela Belanjawan tersebut. 

Ba-JET Pakatam semalam mendapat reaksi luarbiasa di twitter (penuh dengan maklumbalas sindiran) 


Sumber Asal - Gelombang WangsaMaju 

Rabu, 26 September 2012

CERITA WAYANG EDIKO MARTOPO SUDIYANTO KE HAPA DAH KELUAR SEPERTI YANG DIJANGKAKAN.

Mana lah kesan-kesan kena hempuk nie Erdikop Martopo ?

Sudah betul nak eja dan sebut nama kepala samsneg dan gengster kumpulan Pro Militan ni nama macam warga Indonesia baru dapat kad pengenalan biru. Seperti yang telah dijangkakan oleh rakan-rakan bloger lain pro Militan akan keluarkan cerita wayang untuk raih simpati dan belas kasihan. Ternyata betul. 

Hari ini keluarlah cerita pasal ketua samseng Pro Militan Edikop Martopo Sudiyanto Ntahapakebondo buat lapuran polis konon kena pukul lah dan macam-macam. Tapi dalam gambar takde plak kesan-kesan lebam dan kesan kena hentak dengan helmet. Biasa je muka nya macam kena tampar manja dengan mak nyah jek.

Anda masih ingat kisah kepala babi dalam surau, 
kisah minah ngok ngek boleh halimunan di kawasan flat kemudian muncul semasa kempen PRK
kisah bantahan e-undi 
dan sekarang kisah kena pukul dengan samseng yang tak dikenali,

Kira dasat lah mamat erdikop martopo nie walaupun jatuh motorsikal cam Syabu dan di hentak di pukul di lanyak dengan helmet (skrip wayang) tapi masih mampu bergambar dan buat laporan polis. Mat Syabu jatuh motor terlanggar bahu jalan sendiri pun hampir lumpuh duduk atas kerusi roda berbulan lamanya. Sampaikan terpaksa buat tuntutan rawatan yang tak munasabah. 

Tapi si Erdikop Martopo ni selamber derk je buat laporan polis dan boleh bergambar lagi. Dasat kan?

Kalau dah dasar penipu tu memang penipu juga lah. Itulah didikan pakatam ke atas anak-anak muda Malaysia. Pakatam ajar anak-anak muda Malaysia bagaimana hendak menipu orangramai dan menjadi pencela tegar speanjang masa. 

Fikirlah sendiri. Ini macam punya generasi ke nak di bawa ke tengah ?

MEMANG LAWAK JEPUN TEMBAK AIR DENGAN CHINA TAIWAN. REBUT WILAYAH LAUT.


TOKYO 25 Sept. - Kapal-kapal pengawal pantai Jepun dan Taiwan bertempur menggunakan meriam air hari ini, selepas berpuluh-puluh bot Taipei yang diiringi kapal pengawal, belayar memasuki perairan di sekitar kepulauan Diaoyu yang dikuasai Tokyo.

Rakaman saluran penyiar kebangsaan NHK menunjukkan, kapal pengawal pantai Jepun menyembur air ke arah kapal nelayan Taiwan, menyebabkan kapal pengiring dari Taipei itu bertindak balas membuat perkara sama.

Pencerobohan terbesar ke atas wilayah yang dianggap Jepun sebagai miliknya itu adalah insiden terbaru ketika pertikaian berhubung penguasaan kepulauan Diaoyu oleh Tokyo ditentang Beijing dan Taipei.

Taiwan berkata, pegawainya menaiki kapal pengawal yang dihantar ke kawasan itu dengan anggota pengawal pantai elit yang lengkap bersenjata.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Osamu Fujimura memberitahu dalam satu sidang akhbar, lapan kapal pengawal pantai dan 40 bot nelayan Taiwan telah memasuki perairan negara ini pada pukul 9 pagi (8 pagi waktu Malaysia) hari ini.

"Kami telah menghubungi pihak berkuasa Taiwan dan memaklumkan kepada mereka bahawa mereka tidak boleh memasuki perairan kami," katanya.

Seorang jurucakap pengawal pantai Taiwan mengesahkan, hampir 60 bot menghampiri kepulauan itu, dengan beberapa daripadanya berada tiga batu nautika dari pantai, iaitu di dalam kawasan zon wilayah eksklusif 12 batu nautika.

Pengawal pantai Jepun bagaimanapun berkata, kesemua kapal Taiwan itu telah keluar daripada kawasan perairan mereka beberapa jam kemudian. - AFP

Komen JS: Cara China Taiwan ini sama macam DAP PAKATAM yang cuba menafikan hak budaya, bahasa dan sejarah pribumi Melayu di Tanah Melayu. Lainkali kita main sembur air dengan puak DAP.

Dipetik dari sumber Utusan Malaysia. Bacalah Utusan Malaysia macam-macam berita menarik ada di dalamnya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...