Khamis, 26 April 2012

SIAPA SOKONG REVOLUSI GANTI SISTEM PILIHANRAYA? SILA DUDUK & BERAK.



TIMBALAN PRESIDEN DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim pada 26hb April di lobi Parlimen membantah perhimpunan revolusi haram 3.0. Bantahan beliau :-

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka? Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tunku Aziz turut berpendirian BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.

"Keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga turut tidak terjamin," jelasnya lagi.
Sebelum dari itu Nasaruddin Mat Isa sendiri menyelar Ambiga mengetuai perhimpunan revolusi haram 3.0. Hanya Pok Nik sahaja mengeluarkan fatwa mengatakan wajib menyertainya. barangsiapa tak menyertainya maka tiadal berimanlah dengan PAS.Munafiklah tarafnya. Kafirlah statusnya. Niscaya keluarlah dari agama Pakatanista Rakyat. Bakal kena tendang lah macam Hasan Ali.


Di dalam debat anjuran The Malay Mail pula, Ambiga tetap berkeras mahu meneruskan perhimpunan revolusi haram 3.0. Katanya, " Tak acilah, kawe ni dah lah aci, mana sempat nak tukar-tukar lokasi. Dataran Merdeka itu kawe yang buat sorang-sorang"

Katanya lagi " Kawe ni rakyat Malaysia. SPR kena dengar cakap kawe. Orang lain bukan rakyat Malaysia. Kawe je rakyat Malaysia. Sekali kawe undi jumlahnya 12.67 juta undi"

" Kawe nok bertanding jadi Menteri. Kawe takot kalah nie. Duit kawe dah banyak abis nie. Anwar dah janji dengan kawe nie"

Itulah kan peel pengamal undang-undang di bawah Akta Profesion Guaman 1974. Bila dah pandai pasal undang-undang kenalah ajar orang lain melanggar undang-undang negara. Barulah ROCK!

Ya la kesian plak kat Pak Samad duk berkhayal 500,000 orang membanjiri Dataran Merdeka. Kalau ditangguhkan dan dibatalkan dah tentu Pak Samad akan merajuk panjang.

Betul jugak, Ambiga nilah satu-satunya rakyat Malaysia yang ada. Yang lain semuanya Pengundi hantu belaka,  termasuklah Pok Nik, Kit Siang, Guano End, Kapal Karam, Wan Jijah, Nuor "PapaKu Hebat' Israil, Nurul 'Aku Cinta Gomo' Izzah, Elizabeth' Bukan Salah Daku Berbogel' Wong, Khalid 'Hina Raja Isu Kecik' G, Azmin 'Tuhan Tolonglah Jangan Pisahkan Aku dengan Nuo' Ali, Haj Hadi 'Hudud 0.0001% Fiqh Islam' Awang dan termasuklah hamba nie. Cait ! Poodah !!!

Ini bukan pasal Ambiga atau SPR tak buat kerja. Ini pasal Anwar Ibrahim dan konco-konconya nk merampas kuasa secara revolusi sebab takut nak bertanding dalam PRU. Majoriti rakyat sebenarnya dah naik nyampah kat PR. Anak-anak muda Malaysia pun dah naik mual dengan karenah dan retorik politik mereka. Apabila mereka terlalu mendesak sangat nak itu dan ini dan dipenuhi pula desakan mereka tapi mereka masih pura-pura menjadi giler kerana malu, mana rakyat tak marah.Betul tak?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU.

BILA GAGAL TUNDA PRU 13, CAI PKR MEROYAN PASAL PERANCIS.

Sorang Tunjuk Jari Telunjuk dan Sorang Tunjuk Ibu Jari
kah kah kah kah Ini pun Mereka Tak leh Nak Bersepakat nak angkat jari mana


AMBIGA NAK TUNDA PRU 13, ANWAR NAK TUNDA PRU 13, KHALID G PUN NAK TUNDA PRU 13 PENDEKATA SEMUA PEMIMPIN PR DRAKULA DAN SEKUTU MEREKA BERHARAP AGAR PRU 13 DI TUNDA . DIAORANG NAK PERINTAH MALAYSIA MELALUI REVOLUSI BERDARAH DAN BUKAN MELALUI PROSES PILIHANRAYA YANG BERSIH DAN ADIL. KALAU IKUT CARA PILIHANRAYA ALAMATNYA NANTI MEREKA SEMUA JADI HANTURAYA TAK BERTUAN SELEPAS PRU 13.

Apasaja Ambiga Cakap Anwar dan Pok Nik Angkat Jari!

Macam-macam cara diaorang buat nak tunda PRU 13 nie. Salah satunya ialah diaorang terpaksa pura-pura jadi giler meroyan pasal Perancis, meroyan pasai Zahida-Shafie Apdal dan akhirnya meroyan pasal Datuk Bandar KL. Kah ... kah ... kah ... kah ... kah 

Amat lucu bila Ambiga buat lawak kata tak cukup masa nak tukar  lokasi. Kah ... kah ... kah ... tak cukup masa atau tak cukup peserta nak datang? Datuk Bandar KL dah buat benda betul. Dataran Merdeka ini bukan tempat nak berhimpun tunjuk-tunjuk perasaan cukup lah apa yang mahasewel buat maksiat di Dataran Merdeka sampai JAIS datang tangkap. 

Kira dah ok lah beri stadium-dtadium yang ada di sekitar KL untuk Ambiga berpesta dan mempopulerkan dirinya nak jadi Menteri nanti. Yang lain-lain tu kira macam bagi free je la promosikan Ambiga nak bertanding. Bila Ambiga dah jadi menteri nanti, lembu-lembu yang pernah bantu beliau akan dikorbankan oleh Ambiga untuk meraikan kejayaannya nanti. Kah kah kah kah kesiannya lembu-lembu suci BERSIH itu nanti. Apalah nasib diaorang kan. Dah penat-penat buat kerja , hasilnya Ambiga sorang je yang merasainya nanti. itupun jika rakyat pilih Ambiga lah. Kalau rakyat tak pilih Ambiga, kita tengok plak macamna Ambiga nak kata pasal tindakannya yang paling kotor dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
TOLAKLAH PR DRAKULA PADA PRU

AMBIGA NAK TUNDA PRU SAMPAI KIAMAT SEBAB BANGANG.



BERSIH ialah sebuah gabungan beberapa buah persatuan. sebagai sebuah gabungan ianya adalah sebuah 'pertubuhan' Sebagai sebuah pertubuhan ianya wajib didaftarkan. Selagi ianya tidak didaftarkan bermakna BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram waima apa pun matlamat dan tujuan prinsip penubuhannya. selagi ianya berstatus haram maka apasaja tindakannya, penganjurannya dan sebarang aktivitinya adalah berstatus haram juga. Ambiga memanipulasikan pengetahuan dan pengalamannya sebagai seorang pengamal undang-undang untuk menyalahtafsirkan kuasa-kuasa SPR. Melalui cara ini Ambiga meletakkan kesalahan-kesalahan yang tak wujud kepada SPR dengan tuduhan-tuduhan yang tak berasas samasekali.

Kejahilan mengenai batas-batas kuasa dan bidangkuasa SPR dijadikan batu loncatan oleh Ambiga untuk menabur persepsi-persepsi buruk kepada SPR. Di dalam debat dengan KJ baru-baru ni, Ambiga memanipulasikan tafsiran salah mengenai kuasa-kuasa dan bidangkuasa SPR. Ambiga dengan sengaja menimbulkan kekeliruan dan keraguan kepada SPR.

Sebagai contoh, Ambiga sengaja mengelirukan orangramai dengan 'istilah 'Pembetulan' dengan 'Perpindahan'  lokaliti PDM pemilih berdaftar. SPR mempunyai bidangkuasa untuk membetulkan lokaliti PDM pemilih berdaftar dan bukannya memindahkan lokaliti PDM pemilih berdaftar. 

BERSIH turut mendakwa melalui lisan busuk Ambiga bahawa SPR sengaja cuai dan lalai 'tidak membersihkan' senarai nama pemilih berdaftar yang berstatus 'Mencurigakan' seramai 41,000 orang. Apakah Ambiga bercakap benar? SPR telah mempamirkan senarai nama pemilih berstatus 'mencurigakan' tersebut selama 3 bulan berturut-turut dan tiada pihak tampil memberikan maklumat. 

SPR memang mempunyai bidangkuasa 'membersihkan' dan 'membuang' nama-nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia setelah berpuashati dengan segala bukti dan maklumat yang telah di terima olehnya samada atas inisiatif sendiri atau dimaklumkan oleh waris serta disahkan oleh JPN.

Apa yang jelas ialah matlamat perhimpunan haram BRSH 3.0 pada kali ini ialah membuat tekanan kepada Parlimen Malaysia dan SPR agar menunda PRU setahun lagi. Alasan yang diberikan oleh Ambiga ialah kerana menurutnya beliau tak berpuashati dengan Senari Daftar Pemilih yang ada. Muakakakakaka .... terer gak makcik Ambiga nie kan. Sebab dia tak puas hati, auntie Ambiga nak tunda PRU setahun ! Ha ha ha ha kalau lepas setahun auntie Ambiga masih tak berpuashati nak tunda lagi ke PRU? Sampai bila nak tunda? Sampai kiamat?

Proses pembersihan, penambahan dan pemotongan nama pemilih di dalam senarai pemilih berdaftar SPR adalah suatu proses yang berterusan. mana ada logik nak tunggu semuanya ok? Bukan semua oran glahir serentak pada satu masa. inilah bingainya Ambiga. Jadi apa maknanya bila Ambiga gunakan alasan tersebut untuk tunda PRU? Tidakkah itu bermakna Ambiga sengaja hendak timbulkan huru hara dan kekecohan sahaja?

Sebelum ini pun Anwar Ibrahim menyatakan benda yang sama jugak yakni nak tunda PRU apabila mengarahkan DUN Selangor tidak dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen.

Lagi satu, soal pemilih berdaftar yang bermastautin di luar negara nie, di manakah komitmen mereka sendiri sebagai pemilih berdaftar? Hambuih semuanya tak nak beri komitmen dan nak mudah belaka. Semua pemilih berdaftar macam mereka ini duduk di negara-negara yang matawangnya lebih besar dari Malaysia. hai takkan tak mampu nak simpan USD1 sehari kot? Kalau dikumpulkan selama 5 tahun berapa tu? Balik pun takat 3 hari jek. Sehari sebelum PRU, hari PRU dan sehari lepas PRU. Takkan kosnya berjuta ringgit plak kan? Ke kad pengenalan dah hilang atau takut terbongkar di kerakyatan? Takut kantoi ke kalau mengundi balik ke Malaysia? Yea tak?


Yang benornya, PR DRAKULA nie dah takot nak bertanding dalam PRU. kalau boleh diaorang nak rampas pemeerintahan negara ini secara kekerasan dan ini disahkan sendiri oleh Shamsul Iskandar semasa berceramah di Ampangan Negeri Sembilan dulu.

Kalau and seoarng yang cintakan keamanan dan sayangkan negara ini maka molek benarlah anda menjauhi Agenda Jahat BERSIH 3.0 itu.

TEPUK DADA TANYA IMA WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU 
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
JANGAN PERCAYA CAKAP AMBIGA YANG JAHAT TU!

Rabu, 25 April 2012

BERSIH 3.0 TIPU RAKYAT MALAYSIA - FAKTA SPR ADALAH BENAR & BETUL.


Hari ini, aku akan keluarkan 12 pendedahan menjawab fitnah yang dibuat pembangkang kepada SPR. Maklum je la, Bersih 3.0 tak dapat sambutan... oleh itu, pakatan pembangkang yang jumlahnya hanyalah minoriti tu kena berhempas pulas buat fitnah nak raih simpati rakyat disamping menanam kebencian kepada Kerajaan dan SPR.

Mereka mendakwa kononnya... kononnya lah, SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti.

Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali !!!

SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan.

SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13.

SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual.

Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004.

Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang.

Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan.

Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan.

SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing.

Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan.

Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
UNDILAH BN PADA PRU

SIRI 9/10 & 10/10 JKTP: KEMPEN 21 HARI & KESIMPULAN. BERSIH 3.0 MEMANG AGENDA TIPU RAKYAT!


SIRI 9/10
MASA KEMPEN 21 HARI.


KESIMPULAN
SIRI 10/10
32 CADANGAN JKTP TELAH DILULUSKAN PARLIMEN DAN SPR AKAN MELAKSANAKANNYA


Setelah semua 8 tuntutan BERSIH dipenuhi, MAFREL dan penganjur BERSIH 3.0 masih tidak berpuashati. Kenapa? Biasalah tujuan sebenar BERSIH 3.0 ialah untuk mengotorkan amalan demokrasi dan sistem pilihanraya Malaysia. kerana itulah walaupun kesemua lapan tuntutan BERSIH dipenuhi malah diluluskan oleh Parlimen dan cuma memberikan sedikit masa dalam 30 hari atau 90 hari untuk SPR melaksanakannya, MAFREL, MAJLIS PEGUAM, pihak PR Drakula (DAP-PKR-PAS) dan PENGANJUR BERSIH tetap berdegil hendak meneruskan niat curang dan jahat mereka kepada rakyat. 

Mungkin kerana mereka fikir mereka adalah pihak paling kotor yang perlu dibersihkan.
Kerana itu jugalah, mereka terpaksa mengabungkan BERSIH 3.0 dengan HIMPUN HIJAU ANTI LYNAS , LGBTX dan ANTI PTPTN.

KOTOR KAN MEREKA SEMUA KAN?
NAK KOTORKAN DIRI ANDA YANG BERSIH LAGI SUCI?
DUDUK KAT RUMAH TENGOK TV JE LA 


TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
PENGANJUR BERSIH TERSIPU MALU.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...