Rabu, 7 Mac 2012

KERANA KOMISYEN BALAK & JALAN SAMPAI SATU NEGERI JADI KECOH? APA PUNYA PAS .....


Roslan Ahmad: bagus soalan yg baik.!! pertama, berkaitan komisyen koleq kuin, mahfus tanya pd yg kena bagi komisyen..kata nya dah bayar pd tok zan, dan labu dan labi dua ekor tu pi tanya, sori ana yg punya. nilai nya berpuluh juta lah, kemudian labudan labi itu mintak utk uruskan projek jlan dan baik pulih, tu pun zizan kona,,, hingga akhirnya duit itu di pulangkan pd JKR dan melantik kontrektor sendiri.. labu dan labi bertambah marah dan kemudian, tanya lagi komisyen balak, selama 2 thn itu, yg setahun nya komisyen nya RM 20 juta, itu pun zizan kona. zizan dah balaih sebanyak 90juta....dan syarat syarat nya ialah... zizan tak boleh dah menguruskan apa apa projek tampa merujuk pd mereka dan pembahagian komisyen hendaklah di agihkan bersama ..itu lah ada nya.faham?
19 hours ago · Unlike ·  4

Sebarang keterangan lanjut dan pengesahan sila tanya sendiri kepada empunya komen di atas ini pautannya ROSLAN AHMAD

Rakan bloger MKP (MatKilau Penang) turut mempunyai maklumat mengenainya. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

"GIMME ME MONEY, YOU ARE MAI FREN LAAA SOROS" ANWAR IBRAHIM 2006.


Cerita seterusnya di AIDC

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BANYAK NYA SORGA PAS .... ...


PAS sejak di ambil alih oleh puak ngaku ulama' yang diijazahkan oleh Anwar Ibrahim semasa di dalam ABIM dulu (sekarang ABIM dan bersih dari unsur Anwarinas) menjual agama ikut suka hati mereka sahaja. Di atas adalah sepucuk surat yang tertera nama MPKB ' Bandaraya Islam' Kelantan. Kesahihan surat ini terpulang kepada diri masing-masing untuk menilainya sendiri. Soal memberikan jaminan masuk sorga ini sudah mendarah mendaging dalam PAS sejak Pok Nik mula perasan beliau lebih mulia daripada Rasulullah s.a.w. khatimuun anbiyaa'. 

Pok Nik pernha menghina baginda Rasulullah s.a.w. sebagai ' Budak kampung nama Mat' malah sebelum itu pernah menghina Allah Ta'ala dengan sifat yang tidak sepatutnya. Tapi itu semua bagi pentaksob dan penyembah tegar Pok Nik adalah perkara kecil. 

Akibatnya, Allah Ta'ala pertontonkan kepada mereka bagaimana PAS PUSAT tergamak memecat Hasan Ali kerana beiau mempertahankan akidah umat Islam. Bagaimana Hj Hadi sendiri mengakui dalam Al Qur'an tidak ada di sebut Negara Islam. Bagaimana PAS mendiamkan diri dalam isu Seksualiti Merdeka. Bagaimana PAS beriya-iya mempertahankan salahlaku seksual Anwar Ibrahim dalam isu kes liwat II dan video Chinadoll serta sokongan Anwar Ibrahim kepada regim Zionis.

Terkini PAS Kedah mengalamai kemelut yang paling besar. Sudah ada perbezaan pendapat yang ketara di dalam PAS. Manakala PAS Kelantan sentiasa dihantui dengan dosa-dosa mereka kepada rakyat Kelantan selama ini. Taktik mereka menutupi kejahatan mereka dengan mempersalahkan UMNO melalui isu Hudud dan royalti minyak semakin memakan diri mereka sendiri. Mulut tempayan PAS boleh tutup tapi mulut rakyat Kelantan yang sentiasa bergosip di kedai-kedai kopi macamana PAS hendak tutup walaupun PAS keluarkan fatwa mengarot sebagai usaha menghalanginya.

Ceramah-ceramah PAS di masjid-masjid dan di surau-surau semakin hambar sejak Hasan Ali mendedahkan kepincangan PAS selama ini. Ini turut di bantu leh YB Zulkefli Nordin. Kisah Badrul Amin di tangkap berkhalwat dengan bini orang. Kisah pemimpin PAS di tangkap kerana mencabul kanak-kanak. Kisah orang PAS menerima rasuah. Kisah orang PAS mencabar akidah manhaj Ahlisunnah wal jamaah. Kisah kegiatan pelacuran semakin membiak di Kota Bharu. Semuanya itu semakin menyedarkan rakyat yang tertipu dengan serban, janggut, jubah dan alunan lunak bacaan-bacaan al Qur'an yang bertujuan mempersonakan dan bukan di atas niat beribadat.

Bak kata negarawan ulung Tun Dr Mahahtir rakyat mempunyai pilihan samada mahu membuat keputusan yang benar atau tidak dalam memberikan mandat kepercayaan memerintah kepada mana-mana aprti politik.  Kalau Hamba , Hamba berikan kepercayaan kepada BARISAN NASIONAL.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Selasa, 6 Mac 2012

KUDETA PENTADBIRAN EKSEKUTIF KEDAH SUATU PENGHINAAN KEPADA AMALAN DEMOKRASI DAN PERLEMBAGAAN NEGERI KEDAH.

Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh PAS Pusat atas alasan menyelesaikan konflik dalaman antara seorang ketua eksekutif negeri berjawatan Menteri Besar (perlantikan dan kuasa-kuasa yang ditetapkan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah di atas perkenan Sultan Kedah) dengan dua orang EXCO Kedah sebenarnya suatu eksperimen pemecahan kuasa dan penumpukan kuasa sebuah parti politik untuk berkuasa penuh di sebuah negeri mengatasi dan menghina kuasa-kuasa Ketua Negeri dan kuasa-kuasa Dewan Undangan Negeri.

Ini bermakna DAP, PAS dan PKR mampu mentadbir sebuah negeri berdasarkan kepada polisi mereka sendiri tanpa merujuk dan bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri , menghormati Undang-undang Tubuh Negeri dan mengkesampingkan peranan institusi Raja-raja.  

Belum pernah ada dalam sejarah Malaysia di mana kemelut Menteri Besar dengan EXCOnya menjadi penyebab kudeta kepimpinan Pusat sebuah parti politik tapi PAS melakukannya tanpa merujuk kepada Dewan Undangan Negeri Kedah, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah dan berunding dengan Sultan Kedah. PAS macam biasa ikut kepala mereka sahaja.

Nampaknya PAS memulakan sesuatu yang amat bertentangan dengan asas kenegaraan ini tanpa ramai menyedarinya implikasi dari segi kerangka perundangan dan asas Perlembagaan Malaysia. Hanya di dalam amalan sebuah negara Republik sahaja di mana kepimpinan Pusat sebuah Parti berkuasa penuh sepertimana yang dilakukan oleh PAS dalam kudeta di Kedah.

Apa yang Hamba nampak ialah kemelut MB Kedah dengan dua orang EXCO nya hanyalah sebagai pencetus kepada amalan idealisma Republika yang begitu halus dengan perancangan teliti. Jika kita analisa betul-betul, kewujudan Jawatankuasa Pemandu adalah sama dengan peranan Jawatankuasa Pusat di sebuah negara Republik.

Sedangkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah dan di dalam Perlembagaan Malaysia tidak mengesahkan dan mengizinkan sebuah Jawatankuasa Kudeta yang haram seperti Jawatankuasa Pemandu Kedah tersebut ditubuhkan tanpa sebarang sanksi oleh Dewan Undangan Negeri Kedah dan perkenan Sultan Kedah berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh Kedah. 

Jawatankuasa Pemandu tersebut juga berperanan sepertimana Sistem Residensi di zaman penjajahan imperial British suatu ketika dulu. Hamboi ..... Hamba mohon lah kepada semua agar kita mendesak PAS PUSAT tidak campurtangan dalam pentadbiran Eksekutif Kedah yang mana sepatutnya PAS PUSAT menyelesaikannya melalui saluran parti ataupun melalui perundangan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Bukannya menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu tanpa sebarang sanksi daripada Dewan Undangan Negeri Kedah dan perkenan Sultan Kedah, Perbuatan sedemikian itu menghina dan melanggar keluhuran perlembagaan negeri Kedah, kedaulatan undang-undang dan kuasa-kuasa Sultan Kedah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LYNAS: BAHAN SISA BUANGAN KILANG DI HANTAR KE LUAR NEGARA.

Dalam perkembangan terbaru, syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju menghantar bahan sisa buangan hasil pemerosesan kilang itu ke luar negara. Surat Jaminan untuk melakukan demikian telah diberikan kepada kerajaan menurut Mustapha Mohammed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kerajaan sememangnya berpuashati bahawa tidak ada bahan residual radioaktif dalam sisa buangan hasil pemerosesan kilang, langkah itu di ambil sebagai langkah tambahan mengambilkira cadangan IAEA Agensi Tenaga Atom Antrabangsa. Ianya juga sebagai pengotaan janji yang di buat oleh DS Najib di mana sisa bahan buangan hasil kilang Lynas akan di buang jauh dari penempatan penduduk. Jika Lynas tidak memperolehi Kemudahan Perlupusan Tetap (PDF) jauh dari penempatan penduduk/awam, sisa bahan buangan tersebut akan di hantar ke luar negara. 

Jadi tidak perlulah menutup kilang Lynas tersebut kerana persetujuan dan pencapaian alternatif telah diperolehi. Janganlah pula selepas ini Mustapha Mohammed dan Adnan Yaakob dikriritik dan di kccam di atas keputusan tersebut kerana kebimbangan Fuziah Thoron ialah mengenai sisa bahan buangan. yang di dakwa beradioaktif sedangkan dakwaannya itu adalah palsu.

Hamba setuju lah. Bagaimana kalu halaman rumah kediaman rasmi Ketua Menteri P.Pinang, rumah Fuziah Thoron, rumah Mahfuz Omar dan stor ibupejabat PKR DAP PAS dijadikan PDF. Maklumlah mereka kan mempunyai kepakaran dan teknologi yang amat tinggi untuk melupuskan dan meneutralisasikan mana-mana bahan sisa buangan kilang nadir bumi. Tengok saja kepakaran PKR dalam isu sampah di Selangor yang dilupuskan secara bioteknologi tinggi di mana dibiarkan bertimbun-timbun di tepi jalan dan bekalan air di Kelantan di mana airnya sentiasa kerohagi memastikan kualiti air yang tinggi. Begitu juga di Pulau Pinang bagaimana berjayanya kempen alam sekitar DAP sehinggakan sungai-sungai di Pulau Pinang semakin diperkayakan dengan baja-baja organik hasil sisa buangan dari ladang-ladang kerbau pendek, sampah sarap dan sisa buangan kilang-kilang. Sebab itulah Pedofilia Regim amat sesuai dijadikan PDF kerana otak mereka pun dah macam PDF jugak.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...