Sabtu, 7 Julai 2012

PERCINTAAN ROMANTIS GUAN END.

Hamba copy n paste je lah mengenai perkara ini dari blog kawan-kawan, kalau menulis sendiri nanti ada plak terasa hati lah nak merajuk lah dan macam-macam lagi. Dalam Skandal ini Prapukari memetik Flying Kick :-


Sokongan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sememangnya sudah boleh dibaca dan diagak. Sebabnya, Wan Azizah memerlukan seseorang yang senasib dengannya terutama apabila ianya bersabit dengan kejahatan KEMALUAN si suami. 

Kata Wan Azizah, serangan yang dihalakan kepada Betty Chew adalah sangat keji!

Serangan apakah yang dimaksudkan oleh Wan Azizah? Adakah bertanya kepada Betty Chew di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka, merupakan satu serangan? Adakah perbuatan Betty Chew terhadap RAINBOW tidak dianggap sebagai satu serangan?


Yang sahnya sekarang ialah, Betty Chew sememangnya telah melakukan serangan fizikal terhadap seorang wanita yang mempunyai skandal dengan suaminya sendiri.

Barangkali kalau bukan kerana Betty Chew adalah seorang pemimpin politik, maka tiada sesiapa pun yang akan peduli dengan perangainya. Samalah juga dengan Wan Azizah sendiri!

Anehnya, Wan Azizah bersimpati dengan Betty Chew yang telah memukul seorang wanita lain dan mengutuk mana-mana pihak yang mendedahkan rahsia tersebut. Namun pada masa yang sama, Wan Azizah langsung tidak bersuara apabila Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dikeji-keji, dikatik-katikkan dan dihina-hina walaupun Rosmah Mansor bukanlah orang politik dan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam politik. 

Serangan? 

Nampaknya Wan Azizah sendiri sudah terdesak sehinggakan tidak tahu siapa yang diserang dan siapa yang kena serang!!!

Sumber: Flying Kick

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa