وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
~Al Baqarah 124.
Kupasan ayat di atasAyat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.
Kesimpulan:-(1) Pemimpin mestilah yang 'adil(2) Pemimpin yang ada ihsan(3) Pemimpin yang mulia.
Kenapa ayat berkenaan Hamba pilih? Di pilih kerana sudah tiba masanya untuk membangunkan semangat Melayu semula. Memperbaharui sumpah janji yang telah di buat. Menyedarkan umat Melayu bahawa kewujudan mereka di bumi ini sesuai dengan kata-kata Hang Tuah 'Tak Melayu Hilang Di Dunia". Memperbetulkan kembali pemahaman orang Melayu. Menyeru kembali orang Melayu kepada asal-usul mereka sebelum ianya terjadi.
Di sini, jika benar-benar pemimpin UMNO ini zalim sudah tentu mereka tidak menjadi pemimpin negara selama 65 tahun di dalam Barisan Nasional. Lihat pula pemimpin PAS di dalam Pakatan Rakyat adakah mereka menjadi imam di dalam Pakatan Rakyat ? Tidak.
Begitu juga pemimpin PKR di dalam Pakatan Rakyat. Adakah mereka menjadi imam kepada Pakatan Rakyat? Tidak. Anwar Ibrahim hanya menjadi Ikon dan Idola sahaja. Anwar Ibrahim bukan imam di dalam Pakatan Rakyat. Kerana beliau sendiri terpaksa akur kepada keputusan pemimpin DAP.
Kita lihat pula apa yang berlaku di Selangor. Adakah Khalid G seorang imam ? Tidak ! Kebanyakan keputusan Khalid G bergantung sepenuhnya kepada restu pemimpin DAP. Begitu dengan pemimpin PAS. Mereka terpaksa akur kepada kehendak pemimpin DAP sehingga memecat Hasan Ali.
Pada tahun lepas dan pada tahun ini didedahkan pelbagai skandal seksual pemimpin DAP PKR PAS. Badrul Amin di tangkap berhalwat dengan bini orang. Skandal seks ADUN Selinsing terbongkar semula. Skandal seks Anwar Ibrahim semakin terdedah. Skandal seks Azmin Ali turut terdedah juga. Malah Nurul Izzah turut dikatakan memunyai skandal seks dengan Tian Chua.
Bukan itu saja, skandal rasuah, amalan nepotisma dan kronisma semakin membarah di kalangan pemimpin DAP, PAS dan PKR. Bermacam-macam skandal didedahkan. Bermula dari skandal penyelewengan hasil pasir oleh KSSB sehinggalah kepada skandal KUIN, Skandal Ladang Rakyat, Skandal Bayan Mutiara, Skandal Seksualiti Merdeka, Skandal macam-macam ada.
Pemimpin PAS , PKR dan DAP pula kalau berada di atas pentas ceramah amat suka memaki hamun dan sumpah seranah pihak tiu dan pihak ini. Jadi dimana kemuliaan mereka semua? Pemimpin Pakatan Rakyat amat gemar berlakun dan berpura-pura dalam semua segi. Malah mereka juga suka berbohong.
Kepada orang Melayu sedarlah dan bangkitlah. Sesiapa yang masih belum sedar dan bangkit semangat Melayu nya mereka akan ketinggalan mengecapi Zaman Kegemilangan Kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa