Sabtu, 7 Julai 2012

TIADA ANWARINAS & ANWARISTA DI JPM SEPERTI DI DAKWA OLEH TOK JANGGUT.

ARTIKEL ini diterbitkan semula memandang para penjilat tegar, pembodek dan penyembah tegar Tok Janggut cukup marah dengan artikel balas ini kepada artikel Tok Janggut. Ya la kalau tak bodek, tak puji melangit dan tak pertahankan Tok Janggut tu banyaklah periuk nasi tutup. Nak buat macamana kan dah mereka lebih miskin harta dan budi daripada hamba ini. Nampaknya mereka lebih bertaat setia kepada Tok Janggut berbanding dengan PERDANA MENTERI MALAYSIA, DS NAJIB. Siapa Tok Janggut ini kalau hendak dibaindingkan dengan PM DS Najib ? Betul ke SUA UMNO menjadi mangsa ? Sebenarnya tidak. Artikel ini akan terus di ulang terbit sehingga Tok Janggut sedar kesilapan beliau mengadu-domba JPM.
Menghormati Perbezaan pendapat adalah penting di dalam politik. Namun jika ianya hanya berdasarkan kepada persepsi dan bukti dengar cakap daripada pihak kedua dan ketiga maka ianya wajib di tegur. Politik opis dan politiking keterlaluan mampu mencetuskan syak wasangka yang tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa melainkan kepada pihak musuh. 
Sebelum ini hamba telah menegur dan mengkritik artikel di belog Sanggah Tok Janggut yang mula mencetuskan polemik dan berkemungkinan besar mampu membawa kesan negatif kepada kewibawaan DS Najib selaku Perdana Menteri dan Ketua di Jabatan Perdana Menteri. Malangnya Tok Janggut tetap berdegil mahu meneruskan persepsi-persepsi buruk mengenai 'Anwarista' dan Anwarinas yang tidak wujud pun di JPM. 
Pada pendapat hamba apa yang di tulis oleh Tok Janggut ialah mengenai kepentingan politik opis dan politiking keterlaluan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan Anwarista atau Anwarinas, suatu label yang digunakan bagi melabelkan pihak saingan di dalam perlumbaan opis politik dan politiking keterlaluan. 
Ianya begitu mustahil sekali apabila tindakan seseorang pegawai di dalam JPM yang tidak digemari dan disukai oleh saingannya dikatakan sedang menderhaka. Kita tidak mempunyai peluang untuk mendengar kisah dan cerita pihak yang dijadikan sasaran penulisan Tok Janggut. Kita sebenarnya hanya disajikan oleh Tok Janggut cerita gosip sebelah pihak sahaja. Sudah tentulah gosip tersebut berpunca daripada pihak yang menjadi saingan kepada individu sasaran di dalam penulisan Tok Janggut. Tapi buat masa ini kita berikan Manafaat Keraguan Kepada Tok Janggut Untuk Membutktikan Dakwaannya. Jika ternyata tidak benar maka Tok Janggut wajib memikul  tanggungjawab sepenuhnya di atas penulisan beliau tersebut. 
Sebelum ini Tok Janggut pernah memburukkan bekas Ketua Setiausaha Negara , Tan Sri Sidek Hasan dalam isu SBPA. Ternyata pendedahan oleh The Unspinners membuktikan tanggungjawab SBPA diletakkan sepenuhnya di atas bahu bekas KPPN Tan Sri Abu Bakar. Isu ini hampir menjadi duri dalam daging apabila mantan KPPN Tan Sri Abu Bakar mendakwa beliau ditamatkan perkhidmatannya. Walhal, perkhidmatannya memang dah tamat dan tidak dilanjutkan. Jadi beliau bukan diberhentikan dan/atau ditamatkan perkhidmatan beliau. 
Samalah halnya apabila Tok Janggut mula meniupkan persepsi mengenai sasaran penulisannya. Setelah membaca dengan teliti dakwaan Tok Janggut, Hamba dapati tidak ada asas dan setakat ini ianya hanya berbentuk gosip liar berdasarkan kepada gosip yang diterima olehnya. 
Hamba agak hairan apabila Tok Janggut cuba membina persepsi buruk sekumpulan pegawai yang diberikan amanah oleh PM untuk menapis calun-calun bagi pilihanraya. Ini sungguh merbahaya. Tok Janggut juga cuba membina persepsi seolah-olah beliau lebih tahu apa yang berlaku di JPM berbanding PM sendiri ! Melucukan !
Membuat dakwaan bahawa penyokong setia kepada DS Najib di JPM sebagai berpura-pura adalah sama perbuatannya seperti menikam DS Najib dari belakang. Mustahil DS Najib tak mampu mengenal siapa musuh, siapa kawan, siapa seteru, siapa berpura-pura dan siapa sahabat beliau. Semua yang bekerja di JPM sudah di tapis awal-awal dan di siasat latarbelakang mereka terlebih dahulu. Mustahil Tok Janggut lebih mengenali musuh DS Najib berbanding dengan DS Najib sendiri. 
Inilah bahayanya apabila politik opis dan politiking keterlaluan menjadi dasar kepada pendedahan Tok Janggut. Terutama bila dijadikan bahan ukur untuk melonjakkan populariti. Di samping mencari pengaruh untuk menaikkan kepentingan pihak yang bersaing di dalam politik opis dan melakukan politiking keterlaluan. 
Jika anda bertanya kepada hamba, sudah tentulah hamba akan berkata tindakan dan penulisan Tok janggut seperti bermain api dalam sekam. Hamba amat berharap agar Tok Janggut segera sedar mengenai perkara ini dan menghindarkan dirinya dari arus politik opis dan politiking. Lebih baik beliau tumpukan penulisannya yang bermutu itu untuk mendedahkan segala salahlaku pihak PAS yang diketahuinya.
Jangan marah yea ditujukan khas kepada penjilat tegar, pembodek dan penyembah Sanggah Tok Janggut.