Sabtu, 17 Disember 2011

SMM ROBOT MENYERANG , SUDAH KU BILANG TAPI KALIAN ENGGAN MENDENGARNYA.

alt

BENDERA DS NAJIB RAZAK DITURUNKAN BENDERA KOMUNIS DINAIKKAN
(Mahasiswa Atau Mahabahlol ?)

Keangkuhan dan kebiadapan mahabahlol robot belaan bekas reformis 98 dalam PKR dengan bantuan dan kerjasama gunting dalam lipatan melakukan aksi simbolis di bangunan UMNO di bawah batang hidung ahli UMNO tanpa sebarang usaha menghalangnya. Baca di sini mengenai insiden tersebut KLPOS.

Mustahil tiada maklumat terawal mengenai kejadian dilakukan oleh mahabahlol robot tersebut. Namun mengapa ianya terjadi? Dimanakah pengawal keselamatan di bangunan PWTC? Dimanakah Ketua Cicak Rumah berada pada waktu kejadian?

Apakah mahabahlol robot tajaan Reformis 98 dalam PKR fikir bahawa simbolisma yang mereka lakukan itu akan menjadi kenyataan? Tidak ada perbuatan yang angkoh mampu berjaya. 

Jelaslah bahawa kepimpinan UMNO telah terpedaya dengan mainan segelintir puak Pembaharuan di dalam UMNO. 

Perkara yang paling lucu ialah mahabahlol robot yang melakukan perbuatan angkoh itu rupa-rupanya telah lama diprogramkan menjadi robot untuk PKR. Hamba ingat mereka cerdik sangat rupanya lebih bahlol dari robot. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HOI MAMAT DAP DIMANAKAH KAMU HENDAK MENCARI TUHAN?

BILA MAK BAPAK SURUH MENGAJI 
TAPI ASIK MEMONTENG INILAH AKIBATNYA.


Disyakki pemilik akaun Fesbuk Nama Ahmad Arshad Amir atau Rock Lee. Nama Rasmi Firdaus Zolkifli ( Mak Aiiihhh gabungan Nama Surga dan Nama Nabi Allah Tapi Tak Tau Di mana Tuhan )
Skestsa.

" Eh Mat ko cari apa tur?"
" Berlian aku tadi hilang"
" Berlian jenis apa? kat mana kau letak? Saiz berapa?"
" Entahlah , aku pun tak tau berlian apa, jenis apa, saiz apa dan di mana aku letak"
" Dah tu macamana hendak kau hendak mencari berlian kau tu yang kau tak kenali?"
" Alarh, cari je la .. nanti jumpa AKU TAU LAH SEBAB AKU DAH TANYA TUKANG KASUT, yang kau sibuk kenapa?"
Begitulah keadaannya mamat di atas semasa menulis sebuah artikel di Roketkini. Beliau hendak mencari berlian yang hilang tetapi tidak mengenali berlian yang di cari. Begitulah halnya dengan manusia sepertinya yang mahu mencari agama tetapi tidak mengenali siapakah Tuhannya. Jenis manusia seperti ini memang ramai di dalam SOSIALISMA terutama di dalam DAP. 
---------------------------------------------------------------------------------

Mamat dalam gambar di atas bernama Firdaus Zolkifli. Seorang penulis dan ahli DAP Rasis Melayu Sosialis yang sering menulis di dalam Roketkini. Artikel terbarunya ialah mengenai topik 'MENCARI TUHANBAH. 1' klik di sini untuk artikel penuhnya ROKETKINI

Beliau membicarakan bab ketuhanan dari aspek pertembungan falsafah Hegel dengan Feuerbach. Dalam artikel itu juga beliau ada menghentam UMNO, seperti berikut;-
Apa solusinya?
Di sini, Feuerbach kelihatannya radikal, bukan seperti radikalnya ahli-ahli politik di Malaysia.  Feuerbach berpendapat untuk membuang keterasingan ini jauh-jauh dari diri manusia ialah dengan menenggelamkan agama itu.  Keseluruhannya. Bukan menolak agama, bahkan menarik ke dalam dirinya sendiri.  Manusia harus punya kekuatan untuk percaya, bahawa dia sendiri yang punya potensi untuk mencapai maha baik, maha adil, maha kaya dan segala macam maha. (Bermaksud manusia menjadi Tuhan)
Pada fikiran anda bagaimanakah mamat itu mampu menggarap siapakah Tuhan yang sebenarnya jika beliau bertanya dan mencari Tuhan kepada tukang kasut  dan bukan mengenali NYA di dalam Al Quran dan Hadis ?

Pada akhir pencariannya nanti beliau akan menjadi seorang athies kerana Allah swt itu walaupun ghaib tetapi tidak hilang. Melalui al Quran dan Hadis Rasul Nya kita mampu mengenali NYA. Allah swt bukanlah suatu "benda" yang perlu di cari tetapi Allah swt adalah Zat yang wajib dikenali melalui segala kitab-kitabNya dan segala para Rasul Nya. Inilah bahaya fahaman SOSIALISMA yang ada dalam DAP RASIS.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

INILAH SEBAB DAP RASIS AKAN HILANG SEMUA KERUSI. JOM TONTON APEK TUA MEREPEK.

BILA APEK TUA INI MEREPEK
RAMAI YANG BUAT-BUAT FAHAM.

Siapa yang mempercayai kata apek tua ini memanglah jenis sekolah tinggi tapi tak habis belajar.

Suatu soalan kepada Apek Tua ini : Apakah DAP Rasis Mampu Berubah (termasuklah dirinya yang tak berapa nak fasih berbahasa Melayu) ?

Apek Tua ini menuduh DAP dan beliau menerima Islam sebagai Agama rasmi Persekutuan tetapi bukan Tauhid Islam serta syariat Islam. asalkan saja murtad dibenarkan mengikut piagam Hak Asasi Manusia bebas beragama. Anda faham?

Apek Tuan ini menuduh tidak menentang institusi Raja-raja Melayu asalkan institusi itu tidak berfungsi. Anda faham?

Apek Tua ini yakin UMNO tidak akan mampu berubah kerana jika beliau yakin UMNO mampu berubah itu bermakna mengakui kekuatan UMNO. Anda faham?

Apek Tuan ini menuduh pentadbiran DS Najib lebih rasuah daripada pentadbiran terdahulu berdasarkan kepada indeks yang di buat oleh pihak DAP sendiri tanpa di audit oleh pihak bebas ketiga. Jika Apek Tua ini kata pentadbiran DS Najib bagus nanti rakyat tak mengundi DAP Rasis. Anda faham?

Apek Tua ini menuduh Ketua Wanita UMNO adalah korup kerana jika Apek Tua kata Ketua Wanita UMNO tidak korup itu bermakna beliau tidak menyokong aspirasi pengimpot daging lembu yang majoritinya adalah penyumbang dana DAP Rasis. Anda faham?

Anda dengar dan nilaikan sendiri dengan apa yang telah Apek Tua ini lakukan dan sebutkan pada 13 Mei 1969 ' MALAI SI- MATI MELAYU!"


Jangan Lupa juga Teresa Kok kata Apek Tuan ini adalah seorang ATHIES. kalau setakat cakap boleh lah. Adakah anda fikir Apek Tua tidak anti Melayu dan tidak anti Islam ?
MUSTAHIL !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HAMBA TETAP SOKONG UTUSAN MALAYSIA.

PEMBANGKANG TAK BISING PULA KATA MAHKAMAH TAK ADIL.


Inilah cara kebebasan Media yang diamalkan oleh DAP Rasis. Utusan Malaysia di serang kerana mengkritik Lim Guan Eng. Bagi menutup segala kritikan terhadapnya Guan Eng memfailkan Saman Futnah ke atas Utusan Malaysia. Pada peringkat awal beliau berjaya. Namun keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tersebut boleh di rayu. Memang Lim Guan Eng tidak 'macho'. Para pecacai pembangkang mula meniupkan segala macam sorakan terhadap Utusan Malaysia. Di satu segi mereka terlupa bahawa saman fitnah terhadap Harakah, Suara Keadilan, Roketkini , mahkamah memberikan keputusan memihak pihak yang menyaman mereka. 

Para pecacai pembangkang selama ini melaungkan dan menyebarkan persepsi tiada kebebasan media. Bagaimana media hendak bebas jika pemimpin pembangkang sendiri seringkali mengekang kebebasan media?  Mereka juga selama ini mengecam sistem kehakiman negara tetapi mereka akan berdiam diri jika sesuatu keputusan mahkamah itu memihak kepada mereka.

Kenapa pada kali ini mereka tidak menjerit mengatakan bahawa mahkamah tidak adil, tidak telus dan dipengaruhi? Sebabnya kerana mahkamah pada kali ini menyebelahi mereka.

Bolehkah kita katakan bahawa konsep keadilan pihak pembangkang ialah ' Mahkamah sentiasa menyebelahi mereka'.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAS PERCAYA CAKAP BOMOH SIAM?


BOMOH SIAM PENASIHAT POLITIK PAS?

Seperti yang di duga PAS menyalahkan UMNO dalam hal isu berbangkit mengenai Hasan Ali dan Nasharuddin Isa. Mungkin orang PAS ada berjumpa Bomoh Siam untuk menilik siapakah yang bertanggungjawab. Bomoh Siam kata UMNO ! 

Tuduhan PAS tersebut telah di bidas oleh Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya kedua pemimpin PAS itu tidak dipengaruhi oleh UMNO. Mereka berdua menyatakan pendirian mereka sendiri. Tambahnya lagi kedua pemimpin PAS itu tidak mengamalkan politik sempit.
"Seperti sebelum-sebelum ini, Pas terus menjadikan UMNO sebagai kambing hitam pada setiap masalah yang menimpa mereka. Mereka terlalu takut untuk menggalas tanggungjawab selesaikan masalah sendiri.

"Dalam hal Hasan dan Nasharudin ini, kedua-dua secara jujurnya menyuarakan pendirian mereka. Adakah setiap kali terdapat pemimpin jujur, berfikiran terbuka dan tak amalkan politik sempit, golongan itu terperangkap dengan UMNO?

"Saya jelaskan di sini, UMNO tidak ada kena-mengena berkaitan perkara ini. Bagaimana pula dengan kedudukan Ketua Pemuda Pas (Nasrudin Hassan) yang menyokong Hasan? Terperangkapkah mereka dengan UMNO?"
 "Kepada Pas, janganlah membuta tuli mengikut telunjuk DAP yang sudah menjadi 'taukeh baru' mereka. Secara jelas, tindakan tersebut menukar kiblat politik mereka kini, semuanya berpunca daripada DAP,"
Sememangnya berlaku perpecahan dan perebutan kuasa di dalam PAS. Kini apabila semakin hampir dengan PRU 13 ianya bertambah kronik. Ini amat jelas semasa Muktammar PAS pada Jun lepas. Hakikat ini cuba disembunyikan oleh PAS kepada pengetahuan umum. Tetapi selama mana PAS mampu menyembunyikannya? Lebih baik PAS Pusat akur saja kepada kehendak umat Islam di negara ini yang mahukan PAS dan UMNO bekerjasama dalam satu jemaah. Buat apa dengar cakap 'Bomoh Siam' dalam DAP Rasis dan PKR?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PENGETUA MUSLIM DI SEKOLAH MUBALIGH.

Lantik Muslim pengetua SMK Convent Bukit Nanas cetus rasa tidak senang 
Oleh Debra Chong 

December 17, 2011 KUALA LUMPUR, 17 Dis — Bagi Katolik Malaysia, langkah terbaru Putrajaya melantik seorang Melayu-Muslim sebagai pengetua SMK Convent Bukit Nanas (CBN), sekolah berprestij di Malaysia, mencetuskan kebimbangan baru kemungkinan usaha mengetepikan hak dan sumbangan gereja aliran itu di negara ini. 

Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam membangkitkan pertikaian antara pemilik sekolah berusia 112 tahun itu dan Kementerian Pelajaran ekoran kehadiran mengejut pengetua baru, Datin Seri Zavirah Mohd Shaari. 

“Pelantikan pengetua CBN bukan sahaja bertentangan dengan dasar kerajaan berkenaan perundingan maksimum tetapi juga memberi gambaran ia juga strategi kerajaan untuk mengambil alih sekolah-sekolah mubaligh bagi mengetepikan status, etos dan ciri-ciri khas sekolah mubaligh khususnya CBN,” kata Pakiam (gambar) dalam satu kenyataan disiarkan dalam akhbar Katolik, The Herald. 

Justeru, beliau merayu kepada Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud agar mempertimbangkan semula keputusan dan melantik seorang yang sesuai dicalonkan oleh pemilik sekolah di bawah perintah Infant Jesus (IJ) Sisters order. 

CBN dianggap sebagai antara sekolah paling terbaik di kalangan sekolah-sekolah rahib negara ini.

Encik Pakiam mungkin menggunakan khidmat 'Bomoh Siam' dalam hal ini. Pandangan encik Pakiam ini mempamirkan sifat anti Islam, prejudis dan ekstrimis melampau. 

Tempat orang encik Pakiam hendak kacau , di tempat sendiri tidak boleh di usik sedikit pun. Encik Pakiam ini tinggal dalam mimpi ngerinya sendiri.

Kata-katanya itu tidak membantu kepada sifat saling menghormati dan membina persefahaman dalam hubungan antara agama. 

Anihnya, ahli Politik seperti Khalid Samad boleh masuk gereja dan beri ceramah. Manakala ahli politik DAP Rasis seperti Teresa Kok, Nga Kor Meng boleh masuk masjid dan memetik ayat-ayat al qur'an tanpa sebarang teguran daripada beliau. 

Para lebai dalam PAS tidak sedar lagi ker? Apakata Pengetua itu orang PAS ? Adakah encik Pakiam juga tidak bersetuju?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

NURUL IZZAH MENGAKUI ANWAR IBRAHIM BEBAN POLITIK.

WACANA SINAR HARIAN
(Bakal Ganti Maharaja Lawak)

Tidak mengejutkan bila dalam Wacana Sinar Harian petang semalam Nurul Izzah mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah BEBAN POLITIK buat pakatan haram jadah. Segala amalan kronisma, nepotisma dan penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semasa di dalam UMNO dan menjawat jawatan menteri adalah BEBAN POLITIK. Baca di sini GELAGAT ANWAR.

Pengakuan Nurul Izzah itu hanya setakat kata-kata seorang ahli politik Malaysia. Ahli politik Malaysia memang terkenal dengan pandai cakap saja. Nurul Izzah sepatutnya mengakui bahawa agenda Reformasi yang dijanjikan oleh Pakatan haram jadah telah GAGAL dan seluruh kepimpinan Pakatan haram jadah adalah BEBAN POLITIK kepada rakyat Malaysia. Ahli politik Malaysia juga terkenal dengan sifat KETIDAKJUJURAN mereka terutamanya kepimpinan Pakatan haram jadah. 

Malah, ibu kandungnya dan dirinya sendiri juga adalah BEBAN POLITIK kepada rakyat Malaysia. 

Malaysia menjadi agak terkebelakang kerana terlalu banyak sifat KETIDAKJUJURAN pada ahli politik dan ahli parti politik. Ahli politik Malaysia merupakan Tukang Fitnah yang tersohor. Kita sendiri melihat bagaimana sejak Tun Dr Mahathir bersara dari aren politik, Malaysia mengalami masalah kepimpinan yang amat serius. 

Kesemua ahli politik Malaysia termasuk kesemua orang politik yang di lantik memegang jawatan dalam mana-mana GLC merupakan orang tidak mampu memegang amanah. 

Rakyat Malaysia sudah muak mendengar cakap-cakap kosong yang tidak disusuli dengan tindakan yang selari dengan apa yang dipertuturkan. 

Setakat pada hari ini hanya DS Najib sahaja yang benar-benar 'Cakap serupa Bikin' termasuklah pemimpin UMNO di Pulau Pinang. Selain daripada mereka itu semua pemimpin politik di Malaysia ini seperti Nurul Izzah yakni PANDAI CAKAP KOSONG sekosong air kosong di kedai mamak.

Persoalan kepada pengundi di Malaysia buat pada masakini ialah bukan memilih mana parti yang terbaik tetapi memilih mana parti yang kurang jahatnya dari pihak pesaing. Mengaibkan sungguh.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GOT TO GO ? OMG !

For Those Who Are Too Old To Continue And To Be Winnable Candidate But Not Too Young And Inexperience please.
And please Do Not Consult The Magic Mirror


TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANWAR & AMBIGA JADI SAKSINYA ? MEMUALKAN BILA JANTAN NIKAH JANTAN KESUKAAN

MEMUALKAN SUNGGUH AMALAN TERLAKNAT INI!
(Bukan Salah Didikan Ibubapa)





Jangan salahkan kedua ibubapanya dan ahli keluarganya. Beliau telah diberikan didikan sempurna untuk menjadi insan yang mulia. Namun beliau sendiri memilih jalan sedemikian. Memanglah perlakuannya itu turut mencalitkan dan memalukan seluruh umat Melayu Islam. Nampaknya PETRONAS wajar mengambil langkah-langkah drastik menukar pemilihan pelajar yang bakal di taja olehnya belajar di luar negeri. Amat dikesali kerana beliau mengenakan baju kebanggaan tradisional Melayu. Kita mendoakan agar beliau kembali ke pangkal jalan. Beginilah keadaannya bagaimana bakat-bakat muda negara tidak kembali ke pangkuan negara. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MEREKA SUDAH MULA MENYERANG.


SERANGAN BERMULA.
(Perebutan Kuasa Politik)

Siapakah yang menyerang, siapakah di serang dan siapakah dalang? Rakan bloger The Flying Kick menerbitkan sebuah emel yang diterimanya daripada seorang pembacanya. Sila ke pautan ini THE FLYING KICK. Berikut hamba memetik sebahagian emel tersebut yang pada pendapat hamba merupakan intipatinya:-

Pelbagai perkara yang menimbulkan tanda tanya tentang FELDA sejak PM melantik orang kuat politik menjadi Chairman .........DG FELDA dikurangkan kuasanya, direhatkan... sedangkan ramai peneroka begitu percaya pada beliau dan dekat dgn DG Felda.

Mengapa perlu menambahkan kemarahan peneroka pada kerajaan? Apa keutamaan yang peneroka FELDA akan dapat dalam penyenaraian FELDA? Pink form? Blue form? Ataupun mereka langsung tak tahu apa itu account CDS? UMNO dan kerajaan BN mesti sedar yang mereka telah tersilap langkah dalam menjaga kebajikan pengundi tetap mereka di Felda-Felda.

Jangan salahkan orang lain jika terjadi tsunami yang tidak dijangka pada PRU13! 

-pu3 kbb-
FELDA Global Ventures Sdn Bhd (FGVH) adalah ilham DS Najib. Kita teliti pula kenyataan ini yang di petik dari laman sesawang LAMAN KL TODAY.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa bekas pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor Yusof dan Rozali kemungkinan bergandingan dengan pembangkang dalam menentang penyenaraian FGVH. Katanya, beliau ada maklumat Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Syabas menyasarkan jawatan pengerusi Felda.
Ini pula petikan kenyataan Tan Sri Rozali (dari LAMAN KL TODAY):
“Masalahnya ialah soal penerangan tidak terurus. Sekarang ia mudah. Felda Global boleh datang kepada kami dan membuat penjelasan, hanya satu pihak. Jadi, kami akan berurusan dengan mereka.“Sehingga kami memahami cadangan penyenaraian, kami tidak akan ya atau tidak. Saya berharap Felda Global Ventures dan Felda akan memahami kekangan kami,” kata beliau. Rozali juga menafikan beliau mahu menggantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Holdings.“Persoalan mengenai jawatan tidak timbul buat saya. Kami bekerja untuk melindungi kepentingan Felda dan generasi semasa dan akan datang.
NGO ANAK di bawah Mazlan Aliman pula sering berkata penyenaraian FGVH bakal merugikan peneroka dalam jangkamasa panjang tetapi tidak menyebutkan bagaimanakah ianya merugikan peneroka.

Banyak persoalan yang sengaja dibangkitkan oleh pihak tertentu mengenai penyenaraian FGVH. Apakah matlamat dan tujuan mereka sebenarnya? 

Adakah benar-benar untuk kebajikan dan kemajuan peneroka FELDA atau untuk kepentingan kerjaya politik mereka sendiri?

Adakah tindakan pelan transformasi FELDA bagi kepentingan jangkamasa panjang peneroka FELDA dan generasi FELDA seterusnya itu adalah salah?

Atau yang cuba menghalanginya daripada berlaku itulah tindakan yang salah?

Kenapa Tan Sri Rozali perlu menyibukkan dirinya dalam soal FGVH sedangkan isu konsesi perkhidmatan air di Selangor pun tidak dapat diselesaikan olehnya dengan bijaksana?

Apakah benar semua peneroka menentang penyenaraian FGVH di bursa saham?

Adakah DS Najib menzalimi peneroka FELDA sedangkan FELDA adalah ilham dan cetusan warisan arwah bapanya sendiri?

Apakah NGO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali benar-benar mewakili suara majoriti peneroka FELDA di seluruh Malaysia?

Sejak bilakah NGO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali itu mendapat mandat daripada semua peneroka FELDA untuk mewakili suara mereka?

Di atas kapasiti apakah Tan Sri Rozali bertindak?

Apakah jasa-jasa tampak Tan Sri Rozali kepada semua peneroka FELDA selama ini?

Apa hendak dikejarkan sangat dalam kerjaya politik ini? Melainkanlah jika benar-benar mampu memberikan manafaat besar kepada ramai orang. 

Kuasa bersifat sementara sahaja. Tidak ada yang kekal berkuasa. Politik ini sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab yang amat berat serta menjadi penyesalan di akhirat kelak kecuali bagi mereka yang ditakdirkan mampu melaksanakannya. Fikir-fikirkanlah. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!